Sunday, May 27, 2012

My Hopes not Hope! ;)

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt..

Ada benda kita nak kongsi dengan orang lain, ada benda kita kongsi dengan orang-orang tertentu, ada benda jugak yang kita selesa simpan sendiri.

Impian tetap impian. Sedang melakar gambarajah yang sesuai untuk menuju ke arah impian yang disimpan. Baru memegang helaian kertas dan penanya. Lukisannya masih dalam fikiran. Belum mula melukis. Inilah kehidupan aku. Banyak impian yang aku mahu.

Lately, mama asyik cakap benda yang sama pada aku. Pening kepala aku. "Kak, dah jumpa calon ke?" Ya Allah.. Kalau selalu tanya, rase macam nak jerit buat pengunguman, BELUMMMMMMMMM! Hahaha Mama nie, macam dia pulak yang nak kawin. Aku calon pun takde, tak terfikir pun nak ada pasangan hidup dalam masa yang terdekat, dan takde niat nak punyai couple dalam jangka masa masih belajar. Mahu fokus pada pelajara, komitmen usrah, ceramah, assignment, dan beberapa impian lain. Terkadang, mama pun menggesa aku suruh pilih calon, cop dulu katanya. Aku berkali-kali menegaskan, aku tidak mahu sebarang sesi 'cop-mengecop' lelaki yang belum halal bagiku. Buat apa aku bazirkan masa untuk sesuatu yang belum pasti?

Selalu aku cuba sampaikan pada mama, sampai satu masa yang sesuai, insya Allah kahwinlah kakak kalau ada jodohnya. Mama kata, kalau tak usaha cari sekarang, macam mana nak kahwin. Aku lebih suka menggunakan cara 'pekakkan telinga'. Satu perkara yang aku pasti, lelaki memang mudah tergoda dengan wanita jika digoda. Tapi prinsip aku, kalau hari ini kau berjaya memenangi hati seorang lelaki dengan GODAAN YANG KAU BUAT, jangan menangis kalau suatu hari nanti, lelaki itu tinggalkan kau untuk perempuan lain yang LEBIH HEBAT MENGGODA daripada engkau.

So, let it happen naturally. Kalau kau suka aku, aku suka kau, guna cara yang betul. Tak payah nak terhegeh-hegeh mesej2, calling2. Agak menjatuhkan maruah perempuan ok. Taklah aku cakap aku nie suci, tunduk jalan tak pandang depan. Memang tak lah. Aku pun ada jugak call lelaki, pm dekat fb kalau ada perkara yang penting, munasabah nak bincang. Taklah aku tolak nak beraul dengan lelaki. Cuma aku, memang tak pandai berlembut dengan lelaki. Maksudnye, macam perempuan2 ayu gitu. Haih! Tu memang bukan aku.

Bagi aku, aku letakkan syarat bagi bakal suami aku. Sebelum berani nak berkenalan dengan aku, pastikan solat cukup 5 waktu, tak cukup 5 waktu memang aku taknak! Aurat tu jaga sikit. Kalau bab aurat sendiri yang sikit pun payah nak jaga, macam mana nak jaga aurat bakal keluarga? Kalau selalu aku nampak-nampak solat kat masjid, lagilah sejuk mata memandang, sejuk hati nak suke. ngeh3, gatal! Yang paling penting, jangan tau nak kawen. Persediaan dari sudut ekonomi, mental, fizikal. Tu paling penting bagi aku. Kalau orang lain nak kata, duit tak penting sebelum kawen, go on. But that is not me. Duit tak perlulah sampai juta-juta, cukup seadanya untuk meneruskan langkah ke hadapan, dalam alam rumahtangga.

Eh, panjang pulak celoteh aku. Ingat, nak tulis sepatah dua. Haih, kalau tulis sepatah dua mungkin bukan aku. Semuka dua, haaaa ada harapanlah itu aku yang tulis. Ok, ada 'impian' yang perlu mula dilakar sekarang. Doakan ye semua.. ^__^
Wassalam.

2 comments:

  1. salam....
    haha sayang.... standard lah umur2 macam nih kne tyer soklan maut tu.... ak ni, nenek ak la da 2 kali tyer.... mak ak lek2 je... hehhe :p

    da ada nanti gtau ak tros nak nikah bile... hehe

    ReplyDelete
  2. wslm manje~
    haha
    poning pale den~
    skrg blom lg kot, masih belum sedia nak berkomitmen smbil belajar. hehe

    insya Allah sampai satu masa yg dh ditentukan Dia, kahwin le ak nnti. hehe doa sesame eh, tp jgn doa kte laki same tau! nauzubillah, xnak!!! :p

    ReplyDelete