Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt
Semalam hari yang indah.
Date kami berdua. Tak jauh pun, pegi Shah Alam je. Saya turun KTM kat Batu 3 and dia amek saya, bawak pusing kat Shah Alam.
Mula-mula, jalan tanpa arah tujuan.So, stop kejap kat PKNS, pk and pk ke mana nak pegi untuk date setengah hari. Setengah hari je kami plan. Saya cakap, saya mcam separuh gila rindu kat Big Apple, so saya ajak dia g SACC Mall.
Before that, kitorang pegi PAS. Asalnya nak lepak-lepak je, tapi disebabkan agak lapar, kitorang duduk kat KFC. Sebenarnya aku kalo bab-bab makan kat luar nie, tak reri sangat makan kat kedai makan. Lebih suka tempat macam fast food. Sebab apa? Benda sekali sekala nak makan, kan? Kalau makan kat kedai, dah biasa mesti makan lauk-lauk macam kat umah, so bek lah mase kua nie melantak Domino ke Pizza ke...
So, kami duduk lah makan kat KFC.
Bercerita...
Bertukar pendapat...
Berkongsi rasa...
Kami jalan berpegang tangan. Sweet sangat!
Rasa nak berhentikan moment semalam.
Rindu... Bahagia... Bersyukur...
Tu je yang mampu aku ungkapkan.
Biarlah orang nak tengok kami semacam. Yang penting kami tau, kami tak buat salah. Kami berkasih sayang kerana Allah.
Betul, berukhwah bila kerana Allah, sangat manis.
Bukan setakat berukhwah yang perlu disandarkan pada Allah, bahkan semua perkara.
Kebetulan pulak, masa kitorang masuk kat PAS *Plaza Alam Sentral* semalam, tengah ada promosi perkahwinan. Kami jalan tengok contoh-contoh pelamin. Baju kahwin. Paling kelakar, ada sorang kakak tu tahan saya, kasik pamplet wedding card.
Nampak sangat ke kitorang macam nak kawen? Ke... ada aura kitorang nie insya Allah tak lama lagi kawen? Amiin3... Kikikikiki
Kua dari PAS, kami lepak SACC pulak. Masuk MPH dulu walaupun hidung dah tangkap bau BIG APPLE.
Masuk MPH best, sebab saya memang suka lepak tempat yang boleh carik bahan membaca. Lepas tu, kami dok borak-borak. Tak lama sebab dia pun dah nak balik. Saya faham...
Tapi, tak lupa sebelum balik saya beli BIG APPLE sebagai buah tangan untuk family. And saya beli sebijik lagi tambahan untuk saya ngap mase kat sana. Saya suap dia, dia kata tak nak. Full tank! Saya paksa jugak *padan mukeeeee*
Ok, dan kemudian kami berpisah. Tak sedih, tapi hari nie... baru rasa sedihnya.
Kalau Hilali Asyraf selalu menguar-uarkan "uhibbuka fillah", aku pulak nak cakap Malay je, betapa aku rasa sangat bertuah sayang orang sebaik kau. Moga panjang umur kita berjumpa lagi ye... Miss this moment..
1 Nov 2012 *FatinNadia, kalau awak ada mesti lagi best... :'( * |
Sahabat yang solehah itu, bila kita pandang dia kita rasa gembira
Bila kita sedih, dia kuatkan kita dengan janji-janji-Nya.
Tertanya-tanya jugak pada diri sendiri, bila saya mampu jadi sahabat yang sebegini pada sahabat-sahabat saya?
Ini sahabat PLKN, satu-satunya sahabat yang berjaya reunion dengan dia once in a couple year. Ok lah kan... Ingat nak jumpa Fatin sekali tapi berhalangan pulak... Insya Allah next time eh. Kalo boleh nak ada Djah, Atika Sharom, Atikah Charlie, Yun, Yen, Melda. Rindu sweet memory kat PLKN. Alhamdulillah jugak dapat kem yang letak AGAMA NO 1.
Thanks Allah for Your gift. ^__^
No comments:
Post a Comment