Sunday, November 11, 2012

Terima Kasih ALLAH SWT

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Hari nie ialah hari peperiksaan SPA. Alhamdulillah, dapat tawaran soh pegi exam tapi MALAS nak pergi. Mula-mula lagi memang dah malas nak pergi. Sebab yang menguatkan lagi saya malas nak pergi ialah bila tengok belakang surat tawaran tu, dia kata cengginih, "CALON YANG TIDAK MENGHADIRI PEPERIKSAAN TIDAK AKAN DISENARAIHITAMKAN". Lam ga alif! Bila saya baca ramai kawan-kawan yang pergi, good luck untuk korang! Sorry lambat wish memandangkan hari ini sangat sibuk dengan persiapan nak melawat Amir. *eleh bukan wat ape sangat pun. haha*

Dan hari nie juga hari keputusan final exam Sesi 1 2012/2013 di KUIS diumumkan. Serius dari malam tadi bukak asyik ERROR je. Dan sangat tensyen! Pagi tadi masa nak breakfast, dengan tangan yang sungguh berat nak bukak laptop, maka saya telah meminjam iPad mama untuk cek result. Line pulak selow, membuatkan rasa nak mengamuk itu memuncak! *mengamuk tu sebenarnya lebih kepada takut dan berdebar-debar nak tau result berapa* Bukak exam result, still result last sem. Then, carik kat partial transcript. LAMA dia load sampai aku rase dah nak close tab dah. Then, KELUAR. 

Aku tengok, aku terperanjat! Aku tekup mulut, aku besarkan image result tu and tunjuk kat mama. Alhamdulillah yang tak terhingga pada Allah SWT. Ya Allah... Memang tak sangka dan sangat-sangat bersyukur. Mama mesej ayah, cerita. Ayah balas cengginih, "Alhamdulillah, cakap kat kakak tu ingat, ada 4 sem lagi kena maintain." Perghhh Seyes berat rasanya masa baca mesej ayah. Hilang mood senyum. Haha Tak baik lah aku nie. Ye, aku paham ayah nak aku sentiasa beringat. Sape lagi yang sudi nak ingatkan kita kalau bukan orang-orang yang dekat dengan kita?

Teringat Sir Farouk pernah cakap, "Awak nak naik pointer bukan senang ye tapi kalau nak jatuh pointer senang je. Awak bersenang lenanglah, maka dengan senangnya pointer awak akan jatuh." Masa Sir Farouk cakap gini, meremang bulu roma aku.

Ada orang kata, ilmu bukan pada pointer tapi aku menjadikan kata-kata lecturer aku sebagai prinsip aku, "daripada pointerlah kita akan dapat tau tahap kefahaman kamu pada ilmu." Dan aku juga secara jujurnya sangat tak setuju bila orang kata, tak dapat DEAN LIST tak apa asalkan dapat DEEN LIST. Memang setiap orang tu tak mesti dapat 4 flat atau markah yang hebat. Tapi ingat formula kehidupan, USAHA dahulu baru TAWAKAL. Ye, semua orang takkan berjaya setiap masa tapi ingat, sekali tersungkur jangan terus jadikan diri terbelenggu dalam kejumudan. Menolak kepentingan untuk mencapai highest mark dengan alasan NAK ZUHUD. Tolong ye jangan nak cemarkan prinsip kejayaan dalam Islam.

Kala berjaya itu tak penting, kenapa Allah letakkan dalam laungan azan? Maaf emo. Geram dengan orang yang ala-ala zuhud gini.

Lihat balik kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin al-Ayyubi, Imam Syafie sendiri. Kebijaksanaan mereka yang memandu mereka menyumbang untuk membawa umat Islam ke arah kecemerlangan. Tahu kenapa? Kerana mereka itu bertindak berlandaskan ilmu dan iman, bukan ilmu dan nafsu semata-mata.

Satu pesanan dari seorang sahabat saya, yang saya rasa tahap kebijaksanaannya bagi saya amat luar biasa. Dia seorang dari Majlis Perwakilan Mahasiswa *masa kat KUIS lah*.  Dan macam kita tau, MPM nie kelazimannya, jadualnya sangatlah padat dan masa senggang yang ada sangatlah singkat *atau lebih tepat dikatakan sebagai TIADA* Saya cari dan cari, apakah rahsia kejayaannya. Dan saya pernah tanya sendiri pada dia, apa tips belajar yang dia gunakan. Dia sendiri jawab, masa singkat yang ada, dia berehat. Saya tak puas hati, lalu saya selidik sendiri melalui sahabat-sahabat sebiliknya dan sepasukannya dan juga penilaian saya terhadap dia melalui apa yang saya nampakk. Dia, tahap kebergantungan dia dengan Allah sangat tinggi, hubungan dengan Allah sangat rapat, sebarang program mpm yang berjalan semasa sesi perkuliahan, dia takkan ikut kerana prioriti dia ialah pelajaran, di samping ilmu agama, ilmu akhirat pun dia tak lupakan.

Ok, nak membebel panjang macam dah xde mood.
Btw, congrate pd kwn2 sume dan kawan2 yg dean list juga.
Moga maju jaya dengan istiqamah untuk menggilapkan Islam, kejayaan selari dengan tuntutan syara'.

No comments:

Post a Comment