Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...
Semalam saya telah travel. Sorang. Ye! Saya berjaya travel sorang dari Klang. Ke mana??? KL Sentral.
Spending my time there yesterday. Actually, ayah ajak kitorang sekeluarga untuk pergi bermandi-manda kat Melaka, *ape tah name tempatnye* tapi mama, Ayel, Nuna tak pergi. Abang pun nak kua dengan kawan-kawan dia. Saya pun tolak, sebab saya nampak ada forum kat KL Sentral semalam, by Irma Hasmie & Hilal Asyraf. Dan saya pilih pergi ke sana! Hehe Bukan kerana adanya artis iaitu Irma Hasmie, dan bukan jugak semata-mata nak mintak sign pada Hilal Asyraf. Tapi, saya memang dah lama nak dengar talk daripada penulis yang saya kagum nie. Sebelum nie beliau ade je kat KL Sentral tapi takde lah pulak tau sesi talk ke ape. So, xde lah pegi.
Ok, sebelum saya kongsi apa yang saya dapat semalam, saya nak kongsi gambar2 dulu. Sikit je sebab digabungkan. Ingat nak masuk satu-satu tapi SANGAT LAJU lah pulak line bile sesi upload gamba.
Saya yang dalam bulatan! Tengah amek notes untuk share dengan semua! |
Sweet memory! |
Ok, saya akan mula berkongsi kisah semalam, termasuk ilmu yang saya dapat semalam. Tak lah nak kongsi semua tapi point2 penting lah ye. Saya memang tak rakam sebab kan kat KL Sentral. Sekejap2 pengunguman KTM dah sampai. So, bek saya fokus n take note!
Saya just bawak novel Hero by Hilal. Ok, semalam saya memang tak bergambar dengan Irma Hasmi kerana line up yang sangat panjang. Actually semalam pun sebenarnya malas nak amek sign Hilal, tapi sebab lebih ramai yang serbu Puan Irma daripada Encik Hilal, jadi saya pegi kat Hilal je la. Siap pegi dua kali ok! Bukan sebab terlalu teruja tapi sebab nampak dia free. Bile saya nampak dia macam free siket, baru saya bangun amek sign dia. Masa dia bagi buku, dia siap cakap, semoga bermanfaat baca novel dia. Then, 2nd round, saya amek gamba pulak dengan dia. *men sebat je sape2 tah suh tolong amek gamba*
Saya jugak amek tanda tangan Tuan Zabidi Mohamed. Beli bukunya yang bertajuk Catatan Penglipur Lara Sang Majistret. Word 'Sang Majistret' tu yang menarik-narik saya untuk turun pegi cucuk duit beli buku. Sebab semalam memang saya tak bawak duit banyak, datang bukan nak beli buku tapi semata-mata nak dengar talk.
Saya nak share ayat Tuan Zabidi Mohamed pada buku yang saya beli, yang di 'sign' oleh beliau:
Serius, TERPUKUL dengan kata-kata ini. Alhamdulillah, Allah 'pukul' saya dengan cara ini. Membuatkan saya lihat pada diri sendiri, apa sumbangan saya pada dunia? Pada agama? Pada rakyat? Pada keluarga? Pada diri sendiri? Alangkah kerdilnya diri...
Saya nak share ayat Tuan Zabidi Mohamed pada buku yang saya beli, yang di 'sign' oleh beliau:
JANGKA PENDEK: TAWAN DUNIA
JANGKA PANJANG: TAWAN AKHIRAT.
Serius, TERPUKUL dengan kata-kata ini. Alhamdulillah, Allah 'pukul' saya dengan cara ini. Membuatkan saya lihat pada diri sendiri, apa sumbangan saya pada dunia? Pada agama? Pada rakyat? Pada keluarga? Pada diri sendiri? Alangkah kerdilnya diri...
Ok, semalam forum ada 4 round. Di bawah adalah rangkuman isi-isi dari panelis, iaitu Puan Irma Hasmi dan Hilal Asyraf. Tajuk forumnya saya ingatkan SMILE sahaja. So, saya assume dia nak cakap cara mengatasi masalah ke ape ke. Tapi, tak kisah lah sebab memang nak dengar talk kan. Rupa-rupanya bila sampai kat sana, moderator cakap tajuknya ialah, SMILE, Sebelum dan Selepas Nikah.
- Cinta yang cuba direalitikan oleh Hollywood, Bollywood dan Malaywood sendiri ialah cinta yang makan sepinggan, minum satu straw, berpegang tangan, berdua-duaan tanpa ikatan yang halal dan sah.
- Cinta yang paling indah itu bila kita cintakan Illahi.
- Banyakkan isikharah, minta panduan dan bantuan Allah.
- Nikah bukan mudah, perlu siapkan emosi, rohani dan fizikal.
- Kalau terdetik rasa cinta, konsultasi dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua kerana mereka lebih dulu makan garam. Jangan mudah memberontak. Komunikasi dua hala amat penting.
- Cinta lebih berkat bila diketahui ibu bapa, tapi bukan sebagai tiket untuk couple. Maksudnya, ibu bapa sebagai pemudah cara membina baitul muslim anak-anaknya.
- Sebelum kahwin, lelaki memang perlu siapkan duit bukan kerana materialistik semata-mata tapi duit tu penting untuk pengurusan rumah tangga.
- Cara bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga amat penting.
- Bila ready masuk ke alam perkahwinan, kene ready jadi ibu dan bapa. Kerana ibu bapa adalah guru pertama bagi anak-anak.
- Konflik sekarang ialah, bila ibu bapa tak tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak. Then, solving method yang parent nampak ialah campakkan ke sekolah agama, tapi mak ayah sendiri tak nak berubah ke arah yang lebih baik. Jadi, anak-anak still nampak contoh mazmumah daripada 'first teacher' mereka.
- Kita memang bukan manusia SEMPURNA tapi kita BOLEH BERUSAHA ke arah menggapai kesempurnaan.
Sekian sampai sini.
Wassalam.
Thanks for reading. May Allah bless u.
No comments:
Post a Comment