Wednesday, November 14, 2012

Sementara Cuti Masih Berbaki

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Cuti yang sebulan dua minggu *kot* berbaki lagi seminggu setengah saje. Antara aktiviti yang telah saya buat ialah memasak dan membaca. Tak tau mood kali nie rajin nak mencuba resepi-resepi baru. Salah satu cara nak hilang stress lah bagi saya through cooking nie. Walaupun masak bukanlah standard Masterchef, just tiru resepi dari web, tapi still interesting *bagi orang yang tak berapa nak pro masak ni kan* Orang yang hebat-hebat tak men dah tengok-tengok resepi orang, dia boleh create sendiri. Tapi, saya masih cuba dari resepi-resepi orang.

Pagi tadi mama cakap, "Kak, bila kata nak buat puding caramel nye..."

Alamak!!! Sambil tepuk dahi, baru teringat janji-janji manis nak buat puding caramel. Ekekekeke. Petang sikit, saya pun merangkak menggunakan Honda C70 membelah jalan mencari bahan *ewah! ayat tak yah nak sastera sangat la kan* Saya pun salin resepi kat kertas. Nebes weh kalo nak masak benda yang first time saya masak nie. *walhal bukannye orang nak datang meminang ke ape pon kan~ over 5 saat* Saya ciplak resepi dari sini. Cuma saya alter dari sudut sukatan, memandangkan kat resepi nie bagi sukatan untuk 16cm punya bekas alloy *kecik kot 16cm tu untuk 9 orang nk makan* dan saya punya bekas alloy 24cm. Dekat link yang saya bagi tu, ada gmba yang dah try, dy guna 21cm punya alloy dengan ingredient 16cm alloy, dia kata nipis sikit puding caramel dia. Jadi, saya memperbanyakkan sedikit ingredient supaya puding yang bakal saya buat itu tebal dan manis.

Ok, sape yang guna 24cm macam saya jugak, ni ingredient yang saya tuka:

Bahan-bahan ( saiz alloy : 24cm )
[PUDING]
600 ml susu segar/susu cair
8 sudu besar gula halus
5 biji telur (putih dan kuning) 3 biji kuning telur
6 titik esen vanila

[ KARAMEL ]
8 sudu besar gula
3 sudu besar air

Cara-cara :
1- Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 2 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2- Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3- Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. *aku tak sukat pun suhu, men agak-agak je asalkan susu tak mendidih* Jangan sampai mendidih.
4- Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5- Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree. *guna teknik kukus je memandang oven da rosak*
6- Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
7- Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

Selamat mencuba! Dan ini hasilnya dari saya.


My first puding karamel.

Abang bising saya suruh dia stop makan, bila saya cakap nak amek gamba. Dia cakap, amek gamba post dalam blog. Then saya balas, jeles la tuh!

Gamba terbelobang sebabnye salah keluarkan. Terkorek kat tengah pulak. Hehe

Ok, alhamdulillah menjadi. Walaupun keperangan dia tak berapa nak pekat macam kat bazar Ramdhan. Masa saya makan, waaaah best! Menjadi jugak!

Abang cakap, "Kak, serius sedap gile!" Owh nooooo! Jangan sampai gile eh.

Mama cakap, "Sedap-sedap. Kenapa dia jadi perang? Guna gula merah ke?" Saya cakap "Gulanya tu masak sampai dia perang-perang sikit. Apinya tak leh besar sangat. Takut hangus." *ewah, ajar mama macam dah pro kan?*

Sampai kat ayah, saya cakap, "Cepat yah, komen-komen! Semua orang wajib komen." Ayah diam je tapi senyum. Ish, saya nie tak paham maksud ayah senyum. :p

Saya sukaaaaaa sebab semua orang sukaaaaaa! ^__~

One more projek gergasi sepanjang cuti nie saya telah menghabiskan empat buah buku nie. Paling lama and mula-mula saya rasa bosan gile nak baca, novel Takdir. Dah tengah macam baru dapat catch up sikit lah ceritanya. Pastu best gileeee. Best bile part turunnya bantuan Allah bila kita yakin dengan Dia. Hanya Dia.


Juga menjelajahi novel Hero, sebuah imaginasi yang saya rasakan seperti memang hidup dalam dunia yang dicipta oleh penulis. Best. *tibe-tibe malas nak komen panjang*

Novel Cinta High Class sangat sesuai untuk kita-kita nie baca, panduan tentang apa itu cinta, cinta High Class. Novel nie dwilogi daripada 2 penulis yang subahanallah tak kurang hebatnya, iaitu sweet couple Dr Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha. Yang masih single, elok baca. Yang tengah couple digalakkan baca. Suami isteri, mak ayah, atuk nenek pun boleh baca. Serius, thumb up! Bukan setakat cerita cinta drama, cinta filem sekarang. Lelaki berebut perempuan, kesusah payahan merebut perempuan tu dia dapat perempuan tu, kahwin, mati. Dulu cerita-cerita macam tu lah yang saya baca.

Hobi memang sangat suka membaca. Lebih-lebih lagi novel. Alhamdulillah sekarang banyak novel Islami, sekurang-kurangnya sangat membantu saya untuk mendapatkan ilmu melalui pembacaan, walaupun novel. Jadi, novel-novel islami yang ada bukan sekadar bahan picisan. Tapi, saya tetap ada stok-stok novel picisan, cuma kegemaran untuk 'study balik' novel-novel yang macam tu dah tak berapa nak bernafsu sangat.

Ada beberapa novelis yang saya sangat kagumi iaiti Hilal Asyraf, Fatimah Syarha, Dr Farhan Hadi, Ust Pahrol Mohd Juoi. Dan mudah-mudahan Allah memberi mereka kekuatan untuk terus berkarya untuk pembangunan umat sejagat. Novelis picisan yang paling saya suka ialah Ahadiat Akashah dengan Siti Rosmizah. Dulu masa sekolah menengah kan tak banyak sangat duit. So, tengok buku Ahadiat Akashah nie bahasa dia sempoi dan banyak yang harga pun ok-ok untuk seorang student sekolah beli.

Sampai sini dulu saya membebel.
Thanks for reading this nothing entry.
May Allah bless u! ^__^
Wassalam...

No comments:

Post a Comment