Friday, November 23, 2012

It's About Knowledge.

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt..

Hello readers! How are you? I'm alhamdulillah fine with His bless, insya Allah.

Kenape lah mata tak ngantuk-ngantuk lagi? Actually, aku barulah mencuba nak buat donut sendiri, for the very first time! Dah lah start mendonut (ok, baru jumpa word nie tadi kat kamus dewan sedisi keseploh!) pukul 11 malam. Dengan ikut timing-timing yang ditetapkan oleh pemunya resepi asal. Sekilo tepung yang aku guna berjaya hasilkan kurang dari 50 biji donut. Sebab ada KING donut, ada jugak CHILD donut. Biaselah, first time buat. Dah lepas 12 bijik buat donut, barulah aku dapat cara hentaman untuk buat donut yang terbaik.

Aku sebenarnya kalau cuba benda-benda baru nie, aku macam cuak masa kat awalnya. Contohnya macam nak buat doh donut tu la. Nak uli tepung pun aku dah cuak. Alamak betul ke tak nie. Mama pulak letih, so takde lah aku nak pegi uli tepung depan mama kan? Tak gadis lah begitu~ Tapi, bila aku dah uli, aku kejut mama, suruh mama tengok betul ke tepung tu jadi macam tu? *lah, name pun tepung, uli macam mana pun, dia tetap tepung lah kan~* kekekekeke

Cuma aku jadi cuak, kalau-kalau tak naik donut aku tu, nangis lah aku nanti. Hah, nak share. Tadi Qila cakap cenggini kat aku, *ni kisah aku tengah nguli tepung* "Kak, best kan dapat kakak macam kamu. Tapi yang tak bestnya, kamu garang sangat." Dalam hati sudah kembangggggg! Tapi still wat muka serius *serius tahan senyum dalam hati* and aku tanya dia, "Apa yang beruntungnya?" Qila jawab, "Yelah, kamu asal balik rumah je cari resepi kat internet lepas tu masak. Nie resepi kamu yang keberapa ye, Qila tak ingatlah." Alamakkk janganlah kau cakap kakak kau nie ada resepi sendiri. Baru belajar nak pilih tepung Qila oiiii. Kakak orang lain dah prooo gile memasak, kakak kamu je baru nak belajar buat mende-mende nie. And aku sendiri tak tau kenapa aku rajin pulak cuti kali nie nak masak-masak. Hehehe

Ada sehari je lagi masa nak bersantai kat rumah. Lepas nie akan meninggalkan internet, kembali hidup yang sibuk, tonggang terbalik, dugaan itu dan ini, mid term, cemas nak final. Fuhhh! That's student's life style.

Terimbau balik journey sebagai pelajar. Memang payah. Nak menangis pun ada.Rasa tak sabar nak habis belajar, berlebih-lebih. Tapi habis je Diploma, semangat nak belajar tu lebih berapi dari semangat nak kerja. Teringat masa Diploma,macam mana dunia baru untuk aku belajar score pointer. Score sijil biru. Tu masa awal-awal masuk lah.. Dah lama-lama, aku sedar. Belajar bukan setakat nak kumpul gelaran 'Dean List' untuk every sem. Bukan setakat nak dapat greatest pointer. Juga bukan setakat nak lawan sesama sendiri. Tapi yang paling penting dalam misi mencari ilmu ialah bagaimana ilmu itu diaplikasikan. Bukan sekadar aplikasi untuk exam final, tapi untuk exam akhirat juga.

Aku beruntung, sebab aku masih dalam course agama. Peluang untuk mendalami ilmu agama itu lebih cerah sepatutnya jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang bukan dari aliran agama. Mereka mungkin dengan daya usaha mereka sendiri mencari sumber dan punca untuk menambah ilmu agama. Sedangkan aku yang aliran agama, ilmu itu tersedia di depan mata. Pilih untuk amal atau tinggal. Aku berterima kasih juga pada Yang Maha Mengetahui, sebab Dia sudi buka pintu hati aku. Ingatkan aku bahawa belajar sekarang bukan sekadar kejar pointer tapi kejar aplikasinya. Terima kasih Allah!! Saaaaayang Allah!

Teringat Dila, my schoolmate. Kerana kepintaran dia lebih dari aku, dia sekarang di Jepun, amek Engineering. Awalnya dia gadis biasa-biasa sahaja dari sudut dress up. Sampailah dia sampai di Jepun, dia diberi hidayah oleh-Nya untuk lebih serius dalam ilmu agama. Dia sedar keperluan ilmu agama dan aku sejujurnya, malu kalau nak berborak dengannya. Sesekali tanya khabarnya, seperti rein-charge iman. Kata-katanya, tak lekang dari perkara menasihati. Aku cermin diri. Aku yang kononnya aliran agama pun tak semampu dia. Jadi, cukupkah untuk aku sekadar malu? Tak! Aku harus berubah untuk meningkatkan kualiti diri. 

Teringat cerita Dila, macam mana dalam kepayahan dia belajar engineering dalam Bahasa Jepun, bagi aku suatu perkara yang gila-gila mencabar. Kalau law dalam BI pun aku mungkin sanggup amek course berkaitan Math daripada belajar law dalam BI. Betullah, Allah takkan uji apa yang tak sepadan dengan kemampuan kita. Dan jugak cerita Dila, macam mana dalam kesibukan dia catch up subjek engine dan cuba faham Japanese, dia tetap aktif ikut urah even dalam Skype. See? Usrah is not something kau tengok muka dia, dia tengok muka kau, last-last sembang kosong. No!! Usrah itu satu perkongsian dalam apa cara sekalipun. Usrah itu objektifnya saling mengingati dan saling merapatkan ukhwah kerana Allah. Dalam usrah itu kita temui teman untuk memperkuatkan kita dalam medan dakwah. 

Talking about dakwah, dakwah is not something kau pompang-pompang kat masjid, atau speech depan orang ramai. Akhlak juga dakwah. Senyum itu dakwah. Karya juga dakwah. Malah, cinta juga salah satu dakwah. Sebab apa? Bila kita cintakan saudara kita, tak mau saudara kita tersasar, maka kita akan cuba mewujudkan jalan dakwah dengannya, betul ? Mungkin dengan bersilaturrahiim?

Erm, rasa macam dah panjang menulis. Sorry, aku kalau dah menulis tak ingat dunia dan jugak TAK INGAT PASAL DONUT. Hahaha

Ok guys. See you next time.
Thanks for reading this nothing.
Good night and may Allah always bless u!


No comments:

Post a Comment