Tuesday, December 27, 2011

Aku Anak Imam

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

Entry kali nie, saya nak share satu cerita buat semua pembaca. Semoga kita dapat hayati cerita nie.

Aku seorang anak imam. Ayah aku memang terkenal, dengan wara'nya. Aku tumpang bangga dapat ayah macam nie. Disegani. Aku buah cinta ayah dan ibu. Aku dilahirkan dan disayangi dengan secukupnya. Ibu seorang yang sangat tegas dalam pelajaran. Dan disebabkan itu, aku sentiasa menjadi bintang yang paling kemilau di angkasa. Keputusan sekolah rendah sangat membanggakan. Aku antara top student di sekolah, cikgu-cikgu kenal, malah ingat aku sampai sekarang. Aku selalu mengharumkan nama sekolah dalam sebarang acara. Waktu itu, aku yakin, akulah pahlawan di medan persekolahan. Dengan keputusan yang aku dapat, aku melanjutkan pengajian menengah aku di sebuah sekolah ternama. Di situ, aku mula mengenali erti berdiri atas kaki sendiri. Di situ, aku mula diterapkan nilai-nilai sopan yang selama ini aku abaikan. Di situ, aku mula mengenali batas auratku menurut panduan Islam.

Dan secara jujurnya, ayahku seorang imam tapi tidak pernah menekankan kepadaku, tudung wajib labuhkan, stokin wajib pakai, handsocks itu perlu, baju jangan ketat-ketat, dengan sepupu kena pakai tudung, dengan pak cik belah ayah *adik-beradik kandung ayah* takpe tak pakai tudung dan macam-macam lagi. Semuanya aku belajar sendiri. Bermula di sekolah menengahku, aku mula mencuba memakai tudung labuh. Mula-mula aku malu, sebab aku rasa hipokrit. Lepas tu, aku belajar pula cara untuk istiqamah memakai stokin. Kemudian, aku belajar memakai tudung apabila berkumpul bersama-sama sepupu lelakiku yang boleh aku kahwini. Walaupun ketika mula-mula aku memakainya, seluruh mak cik-mak cikku di kampung menggelakkanku, berkata, "Kenapa nak pakai tudung jugak? Dalam rumah je, takde sape nak tengok." Mak aku pun marah bila aku pakai tudung di kampung. Aku dengan muka selambe nye buat tak tau je. Aku tercari-cari, mana ayah? Ayah tak nak ke bela aku, bahawa tudung itu wajib di hadapan yang bukan muhrim? Tapi, ayah hanya tengok dari jauh. Dalam hati aku sedih, aku tenangkan hati, takpe, benda baik memang ada ujian. Kena sabar. Nak istiqamah itu susah.

Di sekolah itu juga, aku paling suka bila dengar kuliah, tak kisah lah kuliah Maghrib ke kuliah Subuh. Benda yang paling aku takkan miss bawak dalam beg telekung aku, pen dan buku nota. Bukunya kecik je. Mula-mula aku bawak buku kecik. Bila makin besar, start Form 4, cinta aku pada kuliah makin mendalam, so aku beli hard cover book, aku balut cantik-cantik, aku jaga elok-elok. Ilmu kan.. Sayang tau! Aku dilantik menjadi salah seorang barisan Badan Dakwah di sekolahku. Aku sangat gembira. Memegang microphone sambil menyuarakan kebenaran. Namun, dalam aku tak sedar, ada benda yang aku tersalah method. Cintaku pada sebarang majlis ilmu tak pernah malap, malah makin menyala.

Aku yang sekarang sangat merindui peribadiku yang dulu. Solat jemaah, majlis ilmu. Sekarang, alhamdulillah aku masih mampu istiqamah dalam menjaga auratku. Cuma aku tak mampu untuk istiqamah dalam solat jemaah. Mungkinkah masa yang menyebabkannya? Tapi, aku tidak boleh kalah atas alasan masa kerana aku tahu, semua orang diperuntukkan jumlah masa yang sama. Aku juga kurang aktif dalam mengikuti taman-taman syurga di pengajianku kini. Lantaran alasan lebih senang untuk study di bilik. Lepas solat, study, berhenti solat lagi dan sambung study. Sebab masaku sangat padat dengan deretan tugasan sekarang.

Beberapa hari yang lalu, DIA buka pintu hati ini untuk melangkah kaki ke masjid. Duduk di taman syurganya seketika. Pintu hati diketuk keinsafan sesaat. Duduk di majlis ilmu begitu menyenangkan, banyak ilmu yang aku tidak tahu, aku peroleh. Namun dalam masa yang sama, aku berkali-kali melihat jam, "Bile nak habis kuliah nie, nak solat, nak balik." Aku pergi ke surau berdekatan rumahku, kemudian ada yang bertanya, "Anak siapa nie?" Segan aku nak jawab. Maklumlah, aku memang jarang nak ke surau. Tapi aku jawab jugak, "Anak Imam sini..." Dengan sebuah senyuman yang aku rasa, soalan itu begitu tajam padaku.

Sesekali aku berfikir, kenapa aku makin teruk? Banyak masa yang aku ada, aku sia-siakan pada perkara yang tidak sepatutnya. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, kupohon rahmat-Mu, tetapkanlah imanku, kukuhkanlah pendirianku. Didiklah aku dengan cara-Mu, agar aku bisa kuat dengan nama-Mu, agar matiku berakhir dengan lafaz nama-Mu. Biarlah awal hidupku dimulai dengan bisikan nama-Mu di telingaku namun ingin sekali aku mengakhiri hidupku, dengan menyebut nama-Mu yang Maha Suci. Mampukah aku???

Semoga kite same-same dapat manfaat dari cerita nie.
Wassalam ^__^

No comments:

Post a Comment