Assalamualaikum...
16 Mei tanggal yang paling bererti buat semua insan bergelar guru...
Terima kasig buat semua cikgu2, ustaz ustazah, sensei-sensei yang dah banyak ajar saya. Buat guru-guru saya, kalau saya tulis semua nama-nama cikgu saya, takkan tercukup lah kat ruangan nie, tapi insya Allah doa saya tak perbah luput buat semua guru-guru yang berjasa, yang telah banyak bersabar mendidik saya, tabah menghadapi karenah saya yang pelbagai semasa menempuh alam pengajian. Teristimewa buat semua guru-guru yang mengajar saya di
Tadika Kastam Pelabuhan Klang, 1996
SK Pelabuhan Utara & KAFA BSS, 1997-2002
Sek. Agama Menengah Hisamuddin Sg Bertih, Jan- Feb 2003
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, 2003-2007
PLKN,Kem KK Di Bawah Bayu Tuaran Jan-Mac 2008
K. Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Mei 2008-Mac 2011
Saya teringat kata-kata Saidina Ali pada para sahabat, "Barangsiapa yang mengajarkan kamu walaupun satu huruf, maka dia adalah guru kamu, Hormatilah guru kamu kerana pada mereka terdapat keberkatan". Simple! Walaupun satu huruf, sape2 pun yang aja, mereka tetap diiktiraf sebagai guru...
Jadi, di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada kawan2 seperjuangan, kakak2 senior, abang2 senior yang dah beri tunjuk ajar pada saya untuk apa2 ilmu pun, terima kasih sebab anda2 juga merupakan guru saya!
Menjadi guru bukanlah satu kerjaya semudah yang dilihat. Bukan sekadar masuk kelas, bercakap, keluar dan balik... Dan juga bukan semudah huruf ABC yang diajar pada students! Tidak sama sekali... Bercakap dari hati, menyampaikan ilmu yang ada untuk membantu anak-anak didik agar terus cemerlang dan berjaya... Selalu saya pesan pada murid-murid saya, kita belajar bukan setakat nak lawan, kau nombor dua exam, aku nombor 1! Selalu saya ingatkan, bahawa tujuan belajar untuk dipraktikkan ilmunya dalam kehidupan seharian...
Ingat, kata-kata seorang guru itu menjadi doa yang sangat mujarab! Sama seperti doa ibu bapa... Jika kita menyakiti hati guru-guru kita, samalah seperti kita menyakiti hati ibu bapa kita sendiri... Kerana, di alam pembelajaran, para guru lah yang diberi mandat untuk mendidik dan mengasuh kita. Tak kisah lah sekolah rendah ke sekolah menengah ke mahupun peringkat IPT.
Jadi, hormati, sayangi dan hargai guru-guru anda selagi mereka masih ada... Guru tak pernah meminta balasan atas ilmu yang diberikan tapi saya tahu, seorang guru itu sangat terharu apabila dihargai oleh anak didiknya... Mereka tak pernah meminta wang berjuta sebagai imbalan kepayahan mereka tetapi cukup sekadar serantai doa kebahagiaan buat mereka yang tak pernah putus...
Akhir kata, Selamat Hari Guru buat semuaaaaaaa yang bergelar guru.
Saya saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang guru-guru saya dan semoga Allah memberkati seluruh kehidupan mereka dan keluarga mereka dari dunia sampai syurga...
Wassalam... ^__^
No comments:
Post a Comment