Bismillahirrahmanirrahiim...
Semoga apa yang aku tulis kali nie dijauhkan daripada sebarang fitnah.... Amiin ya rabbal 'alamiin... Manelah tau, kot2 ade yang bace tulisan nie, nak saman saye ke ape ke... Tapi sesungguhnya, aku lebih mengagungi kebenaran dan keadilan untuk setiap gerak!
Berkcimpung dengan dunia kerjaya biarpun nampak sekadar untuk mengisi senggang masa yang ada sekurang-kurangnya mendedahkan diri kita dengan situasi sebenar, satu dunia yang lain! Sesungguhnya, dunia pekerjaan 100% berbeza dengan dunia sebagai seorang pelajar. Dan aku lebih menyenangi dunia belajar. Sebenarnya, dunia apa pun yang kita ceburi, ada rintangan dan cabaran. Akan ada mehnah yang menguji diri. Bukankah Allah telah berfirman di dalam kitabnya, bahawa manusia itu jangan selesa merasakan diri mereka beriman kerana iman mereka itu akan diuji... Maaf kerana aku tidak mengingati maksud ayat ini dari ayat yang ke berapa dan dari surah yang mana... Sekali lagi maaf atas kekurangan ini.
Ok, berbalik semula pada tajuk tadi. Politik dalam kerja? Politik itu ape sebenarnya? Teringat saya pada kata-kata bekas MPM KUIS, Akram Ikrami Taib Azamudden, beliau kata politik ni ada di mana-mana. Sedangkan dalam pelajaran pun ada politiknya. Beliau memberi contoh, "Kalau Amin boleh dapat nombor satu untuk periksa akhir tahun, papa belikan Amin PS2" Wah! Seronok betul lah macam tue kan? Sebenarnya, saya sendiri masih tak dapat tangkap maksud beliau. Ini mungkin disebabkan saya kurang membaca bahan-bahan ilmiah. Tapi....semampu yang saya faham ialah ape pun yang kita buat, akan ada ganjaran. Politik tu apa? Maaf, saya juga tak berminat nak merungkai lebih mendalam bab politik, walaupun saya bekas pelajar perundangan. Saya mengaku bahawa pengetahuan saya tentang politik kurang, dan kadang-kadang rase taknak ambil tahu sebab dunia politik penuh dengan muslihat.
Terlibat dalam dunia kerjaya, sama ada sekejap ataupun lama, sekurang-kurangnya membuka mata saya melihat realiti dunia masa kini. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk dua kali praktikal, di Pejabat Agama Islam dan Mahkamah Syariah dan sekarang tengah kerja sementara di sebuah sekolah. Kat Pejabat Agama, saya senang bekerja bawah Unit Penguatkuasa, walaupun hanya saya sorang perempuan, tapi tue lagi bagus. Bawah Unit Penguatkuasa, saya belajar dunia remaja dan dewasa masa kini. Dunia remaja yang ramai tersasar... Kesian... Umo remaja, kena tangkap khalwat dengan lelaki pangkat Bapak kot! Yang paling seronok, unit nie yang akan siasat ke akar umbi, cerita sebenar ape punca sampai mereka2 boleh terkantoi, tertangkap basah, tertangkap khalwat. Bukan nak bukak aib, tapi untuk kite ambil iktibar mane yang salah, sebagai pengajaran biar kita tak ulang kesalahan yang sama. Ada kes yang perempuan tanggung lelaki sepanjang dorang couple, sampai lah kena tangkap! Yang menyedihkan, perempuan tu degree holder. Ish, kalau lah aku, memang taklah aku nak tunggu lelaki macam tu! Tengok dari gaye pun boleh agak, dia nie lelaki bertanggungjawab ke tak... Alhamdulillah, dapat pengalaman tentang dunia remaja, sesuai dengan usia saya, walaupun saya jauh lebih muda dari mereka...
Praktikal kali kedua, saya telah pilih untuk melibatkan diri dalam dunia kehakiman. Dari sini, saya tengok secara jelas dengan kedua mata saya, realiti alam perkahwinan, dunia perkahwinan... Memang tak seindah dunia percintaan. Saya akui hakikat itu walaupun terkadang lalai dalam rindu dan kasih sayang. Dunia kehakiman banyak melibatkan perceraian, dan perbicaraan kes-kes jenayah. Kes jenayah di mahkamah nie tak lah seseronok di Mahkamah Tinggi Syariah... Kes jenayah kalau di Mahkamah Rendah mungkin setakat kes khalwat, kes rumah urut, kes nombor ekor... Tapi, kes mal lebih banyak dibicarakan lah... Kes berkaitan cerai mencapai rate tertinggi antara banyak2 kes mal yang lain tau! Apa yang dapat saya simpulkan daripada pemerhatian saya, dunia perkahwinan memerlukan kesediaan mental dan fizikal kedua-dua belah pihak, kerjasama dan tolak ansur... Kena sama-sama faham, susah senang sama-sama. Tanggingjawab sama-sama... Ada tersinggung kata, terguris hati, same2 empat mata... Cakap dari hati ke hati... Baru lah jumpa jalan keluar... Nie kalau ada masalah sikit, dua2 melatah, dua2 ambil jalan nak masam muka... Sampai bile pun masalah takkan selesai... Wah, cara saya cakap cm dah kawen pulak kan? Hehehe. I'm single but not available. Saya suke diperingatkan oleh 'dia' tentang teori-teori macam nie... Sebab bile sampai masenye, kena lah praktikkan teori yang dah tau...
Untuk kerjaya yang ketiga, sebagai guru sementara di sekolah rendah saya. Bidang nie saya kira, tersasar sikit daripada bidang yang saya belajar. Guru...sebenarnya tak semudah yang disangka... Bukan kerjanya menghadap murid, membebel-bebel kat depan, bagi kerja, balik... BUKAN! Dan bile Allah bagi saya peluang merasa menjadi guru walaupun sekadar suka-suka. Maksud suka-suka kat sini, bukan untuk jadikan kerjaya tetap, sekadar isi masa sementara nak sambung pengajian peringkat seterusnya. Sepanjang jadi guru, memang menguji kesabaran saya, diberi mandat menjaga 94 karenah... Dekat 100 tue! Baru saya perasan ramai! Kerjaya sebagai guru memerlukan mentaliti dan gaya mengajar yang berkesan, macam mana nak tarik perhatian students... Saya pun tak mahir... Maklumlah, dalm sedar tak sedar, dah 2 bulan seminggu rupenya saya berkhidmat sebagai guru... Untuk murid-murid, saya rasa tak ada masalah yang berat sangat2...
Melalui pemerhatian saya, pilihlah kerjaya apa sekali pun, sikap kerjasama itu perlu ada. Bukan sikap saling tuduh menuduh, pecah amanah, mengata belakang-belakang... Bagi saya, kalau jenis saya, tak puas hati, cakap face-to-face. Apa yang saya nampak, banyak simpan dalam hati atau simpan belakang cakap... Benda nie yang akan musnahkan MELAYU ISLAM. Ramai tak sedar! Habis, dah kalau orang nie tuduh orang tue salah, orang tue pulak tuduh yang lain? Tak ke akan membawa pada perpecahan... Ape yang saya nampak, kat mana-mana pun dalam bidang kerja ni mesti akan berlaku kes penindasan pada orang bawahan. Come on... Kita semua yang kerja dalam bidang agama nie mendukung amanah Allah, kerjaya yang mulia, sepatutnya dihormati dan disegani masyarakat. Bukan nak menuntut penghormatan manusia semata-mata tetapi kemuliaan Allah diabaikan... Bukan macam tue... Cuma, kita nie mendokong icon Islam... Sudahlah sekarang Islam dikecam di mana-mana. Tengok je Palestin yang menjadi hamba di tanah sendiri. Manakah silapnya? Ingat, musuh kita dari golongan kuffar sentiasa intai peluang keemasan. Ye, memang kite akan cakp, relax lah... Nie gaduh antara organisasi dalaman... Kalau kakitangan tak bagitahu orang luar, pekung takkan terbuka... Memang! Pekung takkan terbuka tapi, sampai berapa lama semua orang akan bertahan menahan pekung yang ditutup, menyesakkan nafas sendiri? Maaf, nada agak emosional tapi, inilah hakikat dan realiti sekarang.
Ingat Allah telah berfirman dalam kitab-Nya, yang bermaksud, "Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak akan sekali-kali redha akan kamu (Muhammad) melainkan kamu mengikuti mereka." Saya tak ingat ayat berapa tapi ayat nie dari surah al-Baqarah... Allah dah pesan awal-awal... Mungkin sekarang kite akan rase, pergaduhan atau ketidaksefahaman anggota yang ada hanyalah kisah kakitangan. Kita lupa, sekeliling kita, ramai yang menjadi pemerhati. Ramai yang boleh jadi tukang sebar fitnah, tukang karang cerita. Cerita yang kecil yang kononnya hanya diketahui oleh sang ahli akhirnya tersebar luas dan lebih teruk lagi, bila cerita yang dikarang dengan sepenuh rasa tadi akan menjadi barah yang memburukkan lagi imej yang sedia ada... Tak ke kronik namanya tue...
Bagi saya, BERBINCANG, BERSEMUKA, TERBUKA adalah jalan penyelesaian yang terbaik... Pangkat apa pun yang tercatit untuk kita di hadapan manusia, JANGAN BONGKAK. Ingat, kalau kita kejar mulianya kita di depan manusia, maka Allah akan bagi kita pada manusia, dan ingat, manusia takkan lama untuk memuji kita kerana pusingan roda hidup, akan ada yang lebih baik dari kita muncul, itulah yang akan dipuja-puji. Tapi, kalau kita serahkan diri kita pada Allah, kita akan mencapai dua kebajikan, kemuliaan di sisi-Nya dan kehormatan dari masyarakat. Wallahu 'alam...
No comments:
Post a Comment