Wednesday, May 18, 2011

I Love Law

Assalamualaikum wbt...

Hari nie Wesak Day dan saya bercuti kerja... Cuti lagi? Banyak betul cuti bulan nie. Cuti nie xbest sebenarnye bile mase saya kerja sambilan, kalau pekerja tetap syoklah, cuti pon gaji on saje... Hehehe... Ok, aktiviti semasa cuti tadi ialah membaca novel Mandatori, walaupun agak lambatlah baru nak bace kn... Orang len dah bace Sutera Bidadari, saya baru nak bace novel Mandatori. Lambat pun lambatlah asalkan bace.


Nak kasik komen siket pasal cerita nie. Amboi, macam dah hebat nak komen2 karya orang kan? Actually, not a comment but just an pandangan peribadi... Same je mendenye... Hehehe Cerita nie bagi saya, biase je lah... Tak berapa best sangat. Sebab banyak babak2 bunuh, tak berapa suke babak2 bunuh nie walaupun thriller.Tapi, saya suke gile cerita Bagaikan Puteri dan saya berazam, next year punye bookfair, saya nak boronglah set cerita tue! Baru dapat baca Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu xde pulak... Xpelah, tahanlah tahun depan baru cari...

Esok, budak2 exam mid-term... Good luck my students... Don't worry, I always pray for ur success! Buat yang terbaik, ingat ape yang murid-murid belajar dalam kelas ye...

Bile bace Mandatori, saya jadi teruja nak tau, macam mana sebenarnya pentadbiran sistem perundangan sivil di Malaysia dengan lebih mendalam. Ye, memang saya ada belajar siket2 subjek law sivil, tue pon mase first year... Serious, bace nivel tue buat saya membuak2 nak tau tentang perundangan sivil secara mendalam... Terutamanya pengaplikasiannya di Malaysia...

Selain membaca Mandatori, saya kemas2 lah saya punya bilik and terjumpalah kertas-kertas artikel Peguam Syarie Menulis. Saya memang suke buat collection mende2 nie... Dlu lah rajen sebab g je perpustakaan, paper ade kan, kad potostat ade duet, ptpstat je lah.. Benda ilmiah... Walaupun tak rajen belek, sekali dapat memang nak wat collection. Sekarang saya dalam proses nak wt koleksi 2011 pulak...

Ok, tajuk artikel yang saya jumpe tue, "Jalan Pintas Bernikah Undang Risiko" by Mohamad Isa Abd Ralip pada 20 Januari 2010 dan satu lagi "Kahwin Tak Ikut Undang-Undang Boleh Dihukum" by Tuan Musa Awang, 10 Februari 2010.  Saya belek punye belek, ade kaetannya antara 2 artikel nie. Artikel yang ditulis oleh dua ornag yang berbeza namun dalam bidang yang sama, sekaligus menampakkan kepada saya betapa gejala KAWEN LARI semakin hangat diperkatakan.

Hahahaha Tergelak saya sendiri mase tengok kartun nie. Tapi, gelak saya bukanlah bererti isu nie xde nilai malah isu kawen lari nie acapkali mendapat sogokan di dada akhbar.

Ingat lagi tak, yang mane ada satu mase lepas, anak-anak dara di Malaysia, lari mengikut jejaka2 di Lombok, Indonesia? Saya yakin, sama ada anda rajin bace paper ke tak, isu tue memang sangat2 hot dan saya rase dah boleh sampai tahap meletup kot!

Ok, dah banyak merepek, meh saya nak bentangkan satu statistik, mengenai kes kahwin lari, yang mane SETIAP TAHUN semakin meningkat!

2005 --->  314
2006 --->  845
2007 --->  1,944
2008 --->  2,342
2009 --->  2,172

Mungkin perkara biasa tetapi....tengok, banyak faktor yang memungkinkan benda2 macam nie jadi... Antaranya berpunca dari pasangan itu sendiri, maksud saya, ini dalm kes poligami. Menurut sistem perundangan, poligami haruslah mendapat izin daripada isteri pertama, dan untuk MAJORITI kes poligami tanpa kebenaran mahkamah nie, lelaki2 yang nak kawen nie, bukannya berada pun, maksudnya, dia tak mampu nak bagi nafkah zahir secara adil, tapi menggatal nak tambah tanggungjawab.

Faktor laen, apabila cinta dihalang oleh orang tua. Saya ingatkan ini isu lama, kes lama... Rupanya tak... Isu lama, kes baru tetap banyak. Zaman sudah semakin moden, kalau dulu, kebanyakan perkahwinan itu terbina dengan penjodohan daripada kedua ibu bapa. tapi, zaman moden kini, di era IT ini, anak2 muda lebih terdedah dengan kecanggihan multimedia, Facebook, Twitter, muda-mudi berkenalan dan berpacaran. Bila dah jumpa yang berkenan, ibu bapa pula yang rawan, lalu pernikahan tidak dibenarkan. Muda-mudi mengambil jalan singkat. Berbekalkan pengetahuan bahawa wanita itu sah bernikah tanpa wali sekiranya melebihi 80 batu, pasangan ini membawa diri ke sempadan Thailand atau Indonesia, di samping kos nya juga murah. Lihat? Ibu bapa mungkin ada sesetengahnya yang lebih rela menanggung malu anak mereka kahwin lari di luar negara berbanding mereka menikahkan anak mereka dengan tangan mereka sendiri. Terdapat pelbagai aspek yang terkadang perlu dinilai kembali oleh pasangan dan juga ibu bapa, sebelum terjadinya hal menghalang pernikahan.

RAMAI MUDA MUDI SEKARANG YANG TAK TAHU, kahwin nak instant, dan HUKUMAN PUN INSTANT! Tak percaya? Walaupun anda bukan seorang pelajar dari bidang perundangan sama ada perundangan syariah atau perundangan sivil, namun, sebagai WARGANEGARA MALAYSIA BERAGAMA ISLAM, ANDA sepatutnya tahu skop-skop kesalahan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Senarai Negeri.  Perlembagaan Persekutuan telah memberi peruntukan di bawah Senarai 2, untuk memperuntukkan kesalahan-kesalahan berkaitan perundangan syariah bagi setiap negeri. Jadi, setiap kesalahan yang bersabit dan hukuman yang dikenakan juga adalah BERBEZA mengikut negeri.

Saya ingin bawakan contoh, bagi kesalahan POLIGAMI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH. Rujuk Bahagian IX, Penalti bagi kesalahan yang dilakukan. Untuk kesalahan ini, termaktub di bawah Seksyen 123 yang berbunyi:

Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana juapun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu.

Mungkin, bahasanya nampak complicated tapi inilah yang termaktub dalam Enakmen Perundangan Negeri. Dalam bahasa pasarnya, kalau kita buat salah, dan kesalahan tu ada dalam sistem perundangan syariah, kte akan dikenakan hukuman, cth saya bagi nie kesalahan poligami tanpa kebenaran mahkamah, pasangan apabila disabit bersalah layak dijatuhkan hukuman RM1000 / penjara 6 bulan / kedua-duanya...

Wahai pemuda-pemudi sekalian.... Satu kesan perkahwinan yang dibuat tanpa kebenaran mahkamah ialah tidak boleh didaftarkan. Tujuan pendaftaran bukan hanya sebagai syarat untuk mendapatkan sijil nikah, tetapi rekod untuk melihat sejauhmana perkahwinan tersebut mengikut hukum Islam dan juga garisan perundangan syariah. Bagi perkahwinan yang tidak didaftarkan, perkahwinan tersebut secara automatik tidak diiktiraf dari sudut perundangan.

Ok, kita lihat satu persatu. Kesan jika perkahwinan tidak diiktiraf undang-undang, pihak wanita secara tidak langsung tidak diiktiraf sebagai isteri. Andaikata berlaku sebarang perceraian atau kematian, pihak perempuan TIDAK BERHAK untuk menuntut sebarang saguhati ataupun pembahagian di dalam perwarisan harta si suami atau tanggungan nafkah anak kerana dianggap perempuan tersebut berstatus SINGLE. Bukankah bila ini yang berlaku, akan menyusahkan pihak perempuan terutamanya?

Sekiranya sesuatu perkahwinan tidak diiktiraf dari sudut hukum (ini yang paling penting untuk diketahui). Ini akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada anak. Kesahtarafan anak boleh tergugat di sini. Kesahtarafan anak mungkin boleh dilabelkan sebagai anak sah atau pun anak haram, berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh pihak mahkamah oleh Yang Arif semasa sesi perbicaraan dalam mahkamah. Sekiranya, anak yang dilahirkan oleh pasangan melebihi tempoh minima 6 bulan dan 2 lahzah, maka anak tersebut diiktiraf sebagai anak sah taraf, begitu juga sebaliknya. Mungkin, ada yang kurang memahami bahagian ini. Tentang kesahtarafan anak sahaja memerlukan huraian yang panjang dan sebenarnya, ada kaitan dengan thesis yang telah saya siapkan... Insya Allah ada kelapangan saya akan tulis tentang kesahtarafan anak pulak.

Wassalam... ^__^



p/s : tiba-tiba saya teringat, saya pernah bercita-cita untuk masuk dengan lebih mendalam dalam bidang perundangan dan menjadi salah seorang yangduduk dalam barisan penggubal perundangan. Perundangan di Malaysia kan banyak berpandukan perundangan sivil, kan sepatutnya perundangan itu perlu berpaksikan pada al-Quran dan as-Sunnah? So, I'll be the next yang akan melakukan transformasi perundangan Malaysia! Insya Allah!

No comments:

Post a Comment