Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Terkadang aku lelah menghadapi segala mehnah...
Terkadang aku mengeluh kala diberikan ujian
Walau kusedar, semua ujian datangnya hanya dari DIA
Puas kusimpan sedalam-dalam air mata dari mengalir
Tapi aku tak bisa menahannya lahir dari mata
Kerana air mata itu temanku
Kala aku mohon kekuatan untuk berpaut...
Waktu ini, kewarasanku diperlukan
Bagi membuat keputusan yang matang
Kerana aku tau aku tidak susah seorang
Kerana kupunya teman cerita yang setia
Menggenggam erat suka dan duka
Terima kasih buat abang tersayang dan best friend tersayang
Sentiasa menguatkan aku kala aku tak jumpa jalan
Detik ini, aku hanya mampu berdoa untuk memohon kekuatan
Dan berdoa buat insan-insan yang kusayang
Semoga kaliah sentiasa dirahmati-Nya
Hingga ke syurga sana
Izinkan aku bersama-samanya Tuhan
Dalam semua suka dan duka
Hingga ke akhir kami bertemu dengan-Mu...
Aku hanyalah seorang insan biasa...
No comments:
Post a Comment