Tuesday, January 4, 2011

Patah Hati

Bismillahirrahmanirrahim….

Dengan hati yang patah dan terluka, jemariku mencoretkan apa yang aku rasakan saat ini…. Patah hati…itulah apa yang aku alami… Bukan sebab BUAYAPREN ok!!! Tak menlah boypren2 mse2 skarang nie… Tapi entahlah…. Susah nak terangkan namun biarkan jemari ini terus menari meluahkan segenap rasa yang terpendam dalam jiwa~~ Cewah!!!! Ayat tak boleh blah!! Hahaha

Rase yang terpendam? Banyak….

Rase TAKOT dengan exam, especially subject nizhamul qadha’ bile semalam ustazah dah warning, “Klu ada sesiapa yang dapat bwh 20 per 25, mereka ialah orang yang gagal mid-term saya..” Arghhhhhhhhhhhh, memang gile. Disebabkan permintaan ‘sekumpulan makhluk ini’ yang mahukan OPEN BOOK TEST untuk subjek nie, maka ustazah DAH KABULKAN PERMINTAAN MEREKA dan pkul 12.50 sampai 1.39 petang tadi dah berjalan OPEN BOOK TEST MID-TERM NIZHAM. Soalan yang secara jujurnya susah kalau tak baca every single word from the book. Frust? Erm…tak lah cume rase TAK PUAS sebab exam boleh bukak buku…. Tak terujilah kebijaksanaan kotak fikiran and MENYUSAHKAN sebab nak kna belek page by page!!! Huh!! Tapi pape pun, benda dah lepas, doa lah banyak2 mudah2an aku tak tergolong dalam golongan yang gagal. Suke memang suke subjek nie, maklumlah, jiwa dah sebati dengan law, event dy dalam arab…

Rase PATAH SEMANGAT bile tadi ustaz bagi nasihat tentang belajar ke luar negeri. Patah semangat jugak bile ayah gtau kelmarin yang tahun depan (tapi tak sure maksud ayah tahun depan tue 2011 ke 2012) zakat dah xmoh bagi biasiswa untuk further oversea. Patah hati jugak bile dalam advise ustaz tadi dia kata, sekarang nie syariah DAH BERLAMBAK-LAMBAK. Dan ramai dak2 KUIS yang dihantar ke Jordan untuk subjek Syariah. Dia kata, you as a LAW STUDENT should have any addition value, especially in English because nowadays, English Law’s student is very LOW!!! Kurang orang… Dia advice, u can sit on syariah if u think that u are able in that but remember, PLEASE HAVE ANY ADDITION VALUE… Betul jugak cakap ustaz… Tak ada apa yang salah. Ustaz Ehab salah satu ustaz yang in charge student2 yang kursus bahasa arab sebelum belajar ke luar Negara…. Time nie hati hancur… Saya pandang best friend saya, kami terfikirkan perkara yang sama…. Tak tau nak sambung bidang apa…. Sedih… Tapi dia bagus!! Dia suruh saya Tanya abang Ariff, kat Morocco ada course ape… Insya Allah saya akan cube contact dengan abg Ariff…

Rase SUKE.. hihihi…

JARI : Suke kat sape?

HATI : Kat dial ah…

JARI: Sape?

HATI : Die lah…. Dia yang disukai dan dikagumi dalam diam, tanpa pengetahuan dia… Takpe, biarkan je perasaan tu dalam hati… Sekarang bukan masa untuk mencemarkan usia belajar dengan komitmen cinta nie… Mungkin satu masa nanti…

JARI : Habis kalau dia ditakdirkan kawen dengan orang lain?

HATI : Biarkanlah… takkan nak halang kan? Tak elok rosakkan hubungan orang… Doakan je dia bahagia dengan pilihannya…. =)

JARI : Habis tu? Takkan nak biarkan aje? Tak nak bagi tahu hint-hint ke kat dia? Karang melepas….

HATI : Hint? Tak perlu kot…. Berdoa pada Allah, biar Allah yang uruskan soal hati nie… DIA lebih tahu siapa yang terbaik untuk kita, siapa yang mampu mendampingi kita dan membimbing kita…

MATA : Betul3!!! Tak ingat ke macam baca yang dalam blog kawan tu dlu, dia kata tak semsetinya kita nie ditakdirkan berkahwin dengan orang yang kita suka atau kita kagum. Boleh jadi kita ditakdirkan berkahwin dengan musuh lama kita atau orang yang selalu menyakitkan hati kita atau orang yang selama nie kita benci atau tak suka. Ingat, Allah lah sebaik-baik penentu…. Mungkin, kalau kita ditakdirkan berjodoh dengan orang yang paling kita tak suka, hikmahnya hanya kita je yang Allah takdirkan mampu mengubah sesuatu sifatnya?

HATI : Betul tu…. Walau setinggi mana pun kita suka kat sesiapa pun, ingat Allah tetap rancking paling atas. Cakap memang senang, nak buat susah kan? So, didiklah hati kita untuk redha siapa sahaja yang TELAH DITENTUKAN menjadi jodoh kita. Satu je benda yang boleh dipegang… Macam mana perangai kita, insya Allah macam tue lah jugak pasangan kita… Ingat janji Allah dalam surah an-Nur ayat 26… Itu sifir jodoh… Satu lagi formula nya, berusahalah kemudian bertawakkal….

JARI : Haaaaa tang berusaha tue yang tak paham… Camne? Kena selalu mesej ke? Selalu Tanya khabar ke? Ape ke??? Explain siket….

Hati : Ehm… tak perlu saling bersntuh tangan sebab hati kita sebenarnya sudah saling bersentuhan jika sesuatu hubungan itu dijalinkan berpaksikan Allah… Usaha….tak perlu disempitkan konsepnya dengan connection antara kita dan dia…. Tak perlu kita selalu tanya khabar or mesej tanya buat apa…. Kalau kita seorang lelaki, sangat meminati seorang wanita yang kita rasakan dia mampu menjadi sahabat kita dunia akhirat, lamarlah dia dengan cara terhormat agar kita tidak mencalarkan maruahnya sebagai gadis yang kita cinta kerana Allah SWT… Begitu juga dengan perempuan, tak salah untuk melamar lelaki tapi perkara nie gharib (jarang) berlaku pada ‘urf Malaysia… Sebagai seorang muslimah, pebanyakkan doa kepada Illahi, mohon petunjuk daripada-Nya, beristikharahlah moga DIA member jawapan, apakah dia yang kita suka itu yang terbaik untuk kita ataupun tidak…. Itulah usaha…. =)

SEMUA : Owhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh begituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Wallahu’alam…

No comments:

Post a Comment