Saturday, January 22, 2011

Bertunang Tanpa Sedar????

Assalamualaikum wbt....
Ops!!! Nak share entri nie.... From I Luv Islam

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Ok, ini di'copy' fresh dari I Luv Islam... Skang nak show pendapat laen dari satu blog nie....


And saya pun diserang confuse... Lalu saya bertanyakan kepada beberapa orang ustazah untuk mendapatkan kepastian... Jadi, seorang ustazah, iaitu Ustazah Hasanah secara suka relanya membantu saya memberikan pandangan beliau, sekaligus menghuraikan lebih lanjut.

Nie ape yang Ustazah Hasanah cakap pulak:

1. Mana ada dalam KONSEP TUNANG nie sebarang rukun? DIPERLUKAN CINCIN sebagai tanda utnuk mengelakkan fitnah...
2. Islam kan tak halang sebarang adat selagin tak bertentangan Islam, sekaligus ISLAM TAK MENOLAK ADAT BERTUNANG YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU.
3. Perlunya untuk keluarga tahu status hubungan anak gadis mereka untuk tidak membelakangkan keluarga. maklumlah, kalau kita belakangkan keluarga, takut akan jadi masalah lain pula dalam proses membina rumahtangga...

Terima kasih ustazah atas input yang sudi ustazah kongsikan...

Moga entry kali ini lebih bermanfaat buat kita faham dengan lebih mendalam perkara2 yang tidak termasuk dalam silibus pembelajaran masing2...
Wassalam...

No comments:

Post a Comment