Thursday, March 13, 2014

Journey as A Final Year Student.

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

Fuh! Fuh! Fuh! Sapu-sapu sikit blog yang dah lame tak diconteng. Conteng dengan pelbagai warna kehidupan. Sebab, jadual yang pack *yeke* dan jugak ketiadaan internet nak berblog 24jam. 

Macam-macam perkara yang saya lalui sepanjang sem ni. Berada di tahun akhir, semester kedua terakhir sangat mencabar. Baru degree. Belum lagi Master, Ph.D, brlum lagi jai lawyer, belum lagi jadi seorang isteri, ibu yang berkerjaya. Ok, ni bukan gatal. Tapi ini berfikir ke hadapan. Ngeh3

Minggu ini, minggu study week bagi student KUIS. I'm one of 'em tapi dengan hati yang senang, tak start lagi study. Study belom start, blogging boleh? Haha Ok, ketepikan lima saat soal belajar. Sekarang, saya nak fokus menconteng.

Saya nak throwback apa yang berlaku sepanjang sem ni. Masa masuk sem, macam biaselah. Busy amek jadual. Assignment dan presentation itu makanan lazim student lah. Memandangkan saya berada dalam sem 7, kerja semakin mencabar. Sem 7, bukan setakat rasa best dressing white-and-black, tapi dah didedahkan serba sedikit mengenai how to be a lawyer. Belajar membentuk sebuah pasukan, pemfailan, sebutan kes, penghujahan, perbicaraan penuh. Sem ni ialah sem yang banyak kali tido lambat *bagi saya yang memang tdo awal* dan ada masa sampai tak tido malam menyiapkan kerja-kerja. Mengeluh? Bukan. Menyesal ambil jurusan perundangan? Jauh sekali. Waktu sampai masa untuk tidur lambat atau tak tidur langsung, saya ingatkan diri saya, ini baru kerja kecil. Belum jadi lawyer. Belum berkahwin dan berkerjaya. Jadi, saya cabar diri saya untuk menyelesaikan kerja-kerja saya dengan sehabis baik. Tidur, lain-lain kali boleh. Kualiti kerja yang paling penting. Tapi, sampai masa ngantuk, saya tdo je. Tak peduli dah kiri kanan.

Saya juga tak lupa untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi kerjasama dengan saya sepanjang sem nie. Tq banyak-banyak pada Abg Fahmi, pegawai Mahkamah Rendah Syariah Klang yang banyak bagi info untuk saya prepare sesi perbicaraan penuh kes "Perkahwinan Bawah Umur". Kepada teammate, Tetuan Nadrah & Co.; Hatem, Ayied dan Fizah, tq korang untuk full cooperation. Alhamdulillah, saya dan Fizah antara yang dapat anugerah best mooter dari sir. Thank you sir! Seterusnya, kepada Thahar sebab tolong cut video untuk presentation subjek keterangan. Terima kasih membantu. Puan Bie puji, kami punya presentation adalah presentation yang terbaik. Kepada ahli Tetuan Imtiyaz & Associates, Hashlinsyah, Hariz, Khursyiah, Fizah, Muhsinah; terima kasih korang. Saya banyak belajar dari mereka mengenai selok-belok pengurusan kepeguaman.


Mid-term? Alhamdulillah. Allah masih sudi berikan yang baik-baik pada saya yang pemalas nie. Thesis, berulang-ulang hamdalah pada Yang Esa sebab sangat memudahkan saya. Tajuk tesis saya ialah mengenai Kecuaian Guru di Malaysia: Satu Kajian Menurut Undang-Undang. Lebih banyak sumber rujukan dalam English, dan alhamdulillah, saya sahut cabaran saya kepada diri saya, untuk menterjemahkan sumber rujukan tersebut untuk digunapakai dalam tesis saya. Alhamdulillah, saya dah berjaya settlekan bab 1 dan bab 2 walaupun dalam kepadatan masa yang ada. Saya nak kongsikan pada kawan-kawan, saya sangat gembira sebab Allah mempermudahkan kerja saya. Dan paling saya suka bila Sir cakap, "Awak salah sikit-sikit je ni. Bahagian teknikal." Maksudnya, saya tak perlu untuk buat pembetulan yang perlu dihantar kepada Sir, untuk Sir semak kali kedua. Kesalahan teknikal yang saya buat tu, kira macam Sir suruh adjust sendirilah. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Saya sangat tak jangka, sebegini mudah Allah permudahkan urusan saya.

Haritu, Ustaz Syuhadak ada panggil saya untuk berikan sikit motivasi kepada adik-adik sem 3. Terkejutnya saya bila Ustaz suruh saya, sebab saya rasa, ramai lagi yang hebat-hebat. Saya berterima kasih kepada Ust Syuhadak sebab bagi saya peluang untuk berkongsi tips untuk hadapi exam, walaupun sebenarnya raaaaaamai lagi yang hebat-hebat dari saya. Saya rasa, nak kongsikan juga di sini. Nak berjaya dalam exam senang je. Sesiapa pun boleh. Serius! Yang susahnya ialah menjaga keberkatan ilmu yang kita ada. Bukan mudah tapi tak mustahil. Antaranya, jaga adab dengan guru, jangan kutuk-kutuk guru, masuk lebih awal dari guru *pernah jugak saya lambat hehe* cakap dengan guru penuh sopan, muliakan buku, hormat parent, jangan sakitkan hati parent, mintak mereka doakan kita. Dengan kawan-kawan pun jaga hubungan. Jangan meniru masa exam, walau sesusah manapun soalan, sebab di situ punca keberkatan ilmu. Kalau pernah meniru, minta maaflah dengan guru.

Kita nak berjaya, bukan semata-mata usaha kita yang buat kita berjaya tau! Jangan lupa diri. Amalkanlah perkara-perkara sunat, contohnya puasa sunat, solat sunat dhuha, tahajud. Realitinya, kita sanggup bangun pukul 3, 4 pagi untuk stay up. Kenapa tak luangkan 5-10 minit untuk bertemu dengan-Nya? Mohon keberkatan dari-Nya? Kenapa kita kedekut masa yang DIA pinjamkan pada kita? Kadang kita mungkin rasa, "aku takde mase lah nak tahajud, aku baru nak start study." Anda boleh jamin ke, apa yang anda study tu kompem ingat?? Sebab itulah gunanya, dahulukan solat sunat, mohon Allah permudahkan. Kerana Allah itulah yang mengizinkan untuk kita ingat atau lupa ilmu-Nya.


Lagi...ape ye? Macam panjangggggg je menconteng nie.. Haha Sampai sinilah dulu. Nanti kalau rajin, nak conteng lagi. All da best kawan-kawan. Exam juga medan dakwah. Kerana result dan ilmu yang kita ada, kita akan gunakan sebagai senjata untuk menawan dunia!


Thanks readers for reading my nothing view.
Semoga dapat bagi kita sedikit manfaat..
Wassalam..

Lots of love,

>  

Friday, January 10, 2014

Bahang Final Year!

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt semua!

Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat tak update this beloved blog. Konon-konon mase kelas, sangat2 busy. Bile balik rumah pun, ada cerita nak tulis tapi baru start sebaris dua dah malasssssss sangat nak sambung next sentence. So, how? Haha

Ok, kali ni nak berkongsi pengalaman sebagai final-year-degree student. Final year ialah masa yang saya rasa majoriti akan tunggu. Tertunggu-tunggu dan tak sabar untuk menamatkannya. Serious, I'm one of them! Kita tak boleh nak lompat2 sem, dari sem 1, tiba2 kita lompat ke final year. U cant ok! Never dream for that! Haha. 

Sem 7, Jadual alhamdulillah, takde la apdat sangat. Macam banyak lah jugak mase kosong. Dan kali ni, hari Jumaat takde kelas! Hari Khamis pulak, kelas habis dalam pukul 1.30 gitu.Yehhuuuuuuu! Bolehlah balik dengan hati yang gembira (gembiralah sangat, banyak kerje tunggu). Sebenarnya, walaupun banyak masa kosong, tapi tetap rasa macam jadual sangat pack, sebabnya masa kosong tu lah memang akan digunakan untuk discussion. Nak pulak sem nie, ada dua subjek law, memang lecturer nak kami bekerjasama dengan lelaki, sebagai latihan awal menghadapi dunia realiti nanti. Subjek tersebut ialah Amalan Guaman Syarie I. Nama firma kitorang, Tetuan Imtiyaz & Associates. Team group saya ada 6 orang, saya, Muhsinah, Khursyiah, Hafizah, Hariz Shah & Hashlinsyah. Satu lagi subjek, Tatacara Mal. Yang ni pulak, nama firm group kami, Tetuan Nadrah & Co. Teammate saya ialah Hatem, Syahid dan Fizah.

Tetuan Imtiyaz & Associates.

Bekerjasama dengan lelaki ni ada pro dan kontra. Pro-nya, banyak idea yang di luar jangkaan yang boleh kita dapat. Cooperation yang bagus, tolarate (yeke?? hahaha) dan yang paling penting, bila group dengan lelaki, masa discussion takkan kacau masa tidur saya. Tu yang paling penting! Haha Sebabnya, kalau sesama perempuan, kan sesame dok ostel, boleh buat discussion malam-malam, sampai larut malam. Sampai larut malam tu yg xbest, sebab masa tidur dah kene tolak! Haha Balik-balik tidur.

Pastu, sem nie belajar Undang-Undang Keterangan (Sivil) Puan Bie ajar. Best sangat! Sebab subjek memang best dan Puan Bie pun sangat kelakar. Subjek nie kan, dy lebih macam keterangan orang dalam mahkamah. Kalau rajin tengok CSI, Conan, hah! Elok sangatlah cerita-cerita gitu tau! Sem lepas, saya amek tort. Tak tau la kenapa, tapi memang tergerak sangat hati nak tengok cerita I Hear Your Voice. Cite Korea. Saya secara jujurnya, takde layan yang layan gile cite Korea nie. Ikut cerita lah. Tapi, lepas tengok cerita nie, saya terus gigih mencari cerita Korea tapi yang prinsip crita dy ala lawyer-lawyer gtu. Takpon pasal Prosecutor. And saya jumpa satu cerita nie, Incarnation of Money. Serious, suka sangattttt! Dia part love-love takdelah heavy gile cam cerita-cerita cinta yang memang tema dy pasal love. Crita tema love nie sy malas siket nak layan secara jujurnya. Sebab cite-cite gitu cam menyumbang kepada feeling sorang2. Hahaha.

Subjek yang agama pula ada 2, siyasah & qanun dustur. Dua-dua ni macam lebih kurang la content dy. Pasal perlembagaan dan politik menurut Islam. Cemana application pada Malaysia. Adakah Malaysia ni ikut politik & perlembagaan Islam ke ikut Barat. Gitulah subjeknya. Biaselah, dah last-last nie, belajar lah teori-teori yang akan kami hadapi secara realiti selepas ini. 

Last but not least, my beloved thesis. Thesis saya alhamdulillah, seperti yang saya minta, dapatlah dengan Sir Mohd Farok bin Mat Nor. Saya bersyukur sangat, tajuk yang saya dapat masih dalam lingkungan yang saya nak, iaitu civil law. Tajuk je dalam Bahasa Melayu, bahan-bahan rujukan yang dalam BM, 4 buku sahaja. Yang lain-lain, BI. Dan Allah bagi saya peluang untuk saya cabar diri saya, untuk siapkan tesis dalam bahasa melayu yang sumber rujukan memang majo English. Tajuk tesis saya, "Kecuaian Guru di Sekolah: Satu Kajian Menurut Undang-Undang." Ada kawan saya komen, tajuk ko senang. Saya senyum. Tajuk macam senang, nak cari bahan kena gigih. Kena jangan cepat putus asa, kena kuat semangat. Terima kasih pada Nyrah & Syida terutamanya, menjadi tourist-guide saya sepanjang di UIA. Banyak-banyak library yang saya pergi, UIA lah paling thumbs up! Cakap je buku apa, mesti ada. Bestnyeeeelah kalo gtu. Tapi, kawan2 yg dah g UM cakap, UM lagi best. Saya xtau sebab tak pernah g lagi.

Kesimpulannya, menjadi final-year-student, semangat kena doublekan. Lagi bagus kalau triplekan, even kita masih single (eh???) Yelah, ada jugak kawan-kawan yang dah bergelar mummy, daddy, still struggle dalam batch saya, I do respect all of them. How they can manage their times perfectly in my eyes because they didnt just as a student, but they also as a parent, as a spouse. They have to do extra works than me. I dont know if I can be as good as 'em if I in their shoes. That's why, Allah said in Koran in al-Baqarah, verse 286:
"Allah akan menguji seorang manusia itu mengikut kemampuannya."

Kat sini jugak saya nak ucapkan tahniah buat kawan-kawan sekelas masa Diploma yang dah bertunang dan bakal bertunang. Happy for uols girls! Bie, Aini, Syera dan bakal menyusul Jumaat depan nie, Atul. Congrate3 korang. Boleh pulak diorang plan dalam masa dekat-dekat nak buat kenduri. Korang jangan wey. Bukan semua orang Selangor. Sorang Kelantan, Johor, Pinang.. Phewwww Jalan-jalan satu Malaysialah jawabnye~

Sbenarnya, nak share dengan korang2 tentang talk yang ada kat KUIS, yang saya follow. Tapi, buku tu tertinggal dekat asrama. Insya Allah lain kali ye saya share.

Sampai sini dulu. Ketemu lagi lain kali.
thanks for reading this nothing. ^_~
Wassalam.


 

Friday, October 25, 2013

Bukan Semua Benda Diungkap dengan Kata-Kata

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt..

Lamaaaaaa rasanya tak update blog. By the way, busy. Haha Busy lah sangat... Baru student, dah busy. Kalau ada rezeki jadi lawyer nanti, bertriple busy lah jawabnye...

Sebenarnya tak tau nak cerita apa dalam postage kali nie. Sekadar nak tulis suka-suka. Bercerita untuk apa yang pernah terjadi, sedang terjadi atau bakal terjadi. Eh, ape terjadi, terjadi nie???

Percaya tak, dalam hidup kita, tak semua benda kita boleh ungkap dengan kata-kata. Maksudnya, ini lebih pada perasaan. This is not jiwang-jiwang type of postage la, ok? Tapi, betul kan??? Ada sesetengah masa kita rasa kita tak mampu nak cakap apa yang kita rasa *tapi bagi saya, macam semua masa pun tak boleh cakap*. Nuna lain lah... Kalau saya cakap dengan dia cenggini, "Adik, jangan buat macam tu sayang..." Dia akan direct tanya, "Kak, kamu panggil adik sayang tu, maknanya kamu sayang adik ke?" I just nod my head. Ini budak-budak punya style...

Kita sebagai manusia mesti tak pernah lepas dari melakukan salah, kan? Sebab kita hanya manusia. Dan macam tu jugak saya. Kat rumah, ada masa saya akan gelak-gelak, ada masa kita gembira, tapi saya lebih strict dengan adik-adik saya. Bukanlah setiap masa, tapi kebanyakan masa. Contohnya, bila diorang leka tengok tv dan lengah-lengahkan masa solat, saya akan cakap dulu. Stop kejap tengok tv, pergi solat dulu. And kalau mereka tak dengar, dengan menggunakan kuasa veto saya, saya akan amek remote dan tutup tv. Masa tu memang diorang protes, tapi saya tetap dengan keputusan saya. When I say black, I will be black. Kena bertegas supaya mereka tak jadi manusia yang lalai.


Bila diorang baca Quran tak betul, saya akan suruh diorang betulkan panjang pendek sampai saya rasa betul. Makhraj huruf. Sampai Qila pernah menangis masa saya ajar ngaji. Esoknya, dia cakap dia taknak saya ajar. Dia cakap, nanti dia siap lambat. Saya cakap, dah sendiri baca salah, memanglah kena tegur. Saya tak rotan, tapi volume of voice tinggi siket la. Hahaha. Waktu saya kecik dulu, ayah balik kerja petang, akan ajar saya mengaji. Masa tu, saya paling tak suka ayah balik kerja waktu petang. Selalunya mesti saya tak dapat main, kalau ayah balik petang, sebab ayah akan ajar saya ngaji dan sampai menangis-nangis saya ngaji *sebab tak dapat main*. Saya lagi rela mengaji dengan mama lepas maghrib. 

Bila diorang malas belajar, saya akan sita semua benda-benda yang diorang guna sebagai hiburan. Walaupun kadang-kadang mama pujuk, bagi je barang-barang adik-adik, saya takkan buat. Contoh selalu saya buat, saya akan sorokkan laptop daripada diorang main game, sorokkan remote tv dan buat-buat tak dengar bila diorang jerit-jerit cari remote. Dalam hati, *korang ingat kakak nak bagi selagi korang tak siap belajar?* sambil senyum sorang-sorang. Masa saya kecik dulu, saya rasa saya habiskan sepenuh masa saya pada belajar. Mama sangat strict. No tv during weekday. Mama akan bukak tv waktu malam, tu pun masa saya nak tidur. Kadang-kadang, saya buat-buat pejam mata, tapi mengadap tv *bukak mata kecik-kecik*. Bile kantoi tak tidur lagi, mesti mama marah saya dan terus tutup tv. Sampai ada satu masa saya fikir, mama tak sayang saya ke? Saya bukan anak mama ke? Haihhhh nie lah otak zaman budak-budak dulu. Tak matang. 

Dan bila saya dah makin besar, sampai sekarang, saya sedar. Apa yang mama ayah buat pada saya dulu, sebagai tanda SAYANG. Diorang nak saya jadi anak yang berguna, yang boleh serba-serbi bila saya dah besar. Ye, sebab sayang. Bukan sebab benci. And same goes to me. Saya marah adik-adik saya bukan kerana saya benci, semata-mata kerana saya taknak dorang hanyut, leka. Hidup bukan semata-mata untuk dunia, tapi hidup adalah sebagai ladang menyemai kebaikan untuk dituai pahalanya di akhirat nanti. Saya memang tak pandai nak tunjuk saya sayang dengan adik-adik saya, mungkin macam orang lain, diorang akan peluk adik-adik diorang kalau berjaya ke ape ke. Saya, mungkin saya akan bagi hadiah, atau buat makanan yang diorang suka sebagai reward. That's my style. When I do something willingly to you, that's mean I love you.

Saya jugak tak pandai nak pujuk adik-adik saya kalau diorang marah sebab saya sorokkan remote atau sorokkan laptop, tapi saya akan bagi bende2 tu bila diorang habis buat kerja yang disuruh *walaupun diorang terpaksa buat* hahaha Tapi, satu benda yang saya akan buat, kalau saya tau apa yang saya buat tu salah, saya akan minta maaf daripada diorang, even diorang lagi kecil dari saya. Minta maaf bukanlah tanda kita hina, tapi sebagai tanda betapa kita sudi merendahkan ego dengan orang lain. Dan juga sikap berterima kasih. Kalau saya ada minta tolong daripada diorang, saya akan biasakan cakap terima kasih. Sebab perkara ni saya belajar daripada apa yang mama dan ayah buat. Bila kita cakap terima kasih sebenarnya akan memberi kesan, orang yang menghulur bantuan akan rasa dihargai dan nak tolong kita lagi. Tak percaya? Try it, then u know.

Saya, senang je. I'm strict to the point, walaupun ada benda yang tak boleh saya cakap, mungkin perlu disimpan dalam hati dan hanya dikongsi dengan Illahi. Apa yang saya cakap, I do mean it. If I say I hate you, I do mean it. If I say I love you, I do mean it. Itu kalau cakap lah. Kalau tak mampu cakap, kita gambarkan apa yang kita tak mampu cakap dengan perbuatan.



Sampai sini dululah menconteng. Time to go..
Thanks for reading this nothing.
Wassalam..

Tuesday, September 10, 2013

Akibat Lama Tak Berblogging.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Fuh! Fuhh! Fuhhh! Ok, ni bukan sebab tarik nafas lega eh, tapi saebab nak buang habuk yang dah bersarang kat blog nie. Actually, I totally miss to wirte some two thing kiat blog nie. Rindu! Sangat rindu! Namun, apekan daya, bila sebelum-sebelum nei, dihujani kerjaq yang melampau-lampau. *ade ke istilah gtu* Tapi alhamdulillah sangat sekarang free lah siket, walaupun ada sikit-sikit busy. 

Banyak cerita tak kesampaian nak cerita. Start dari keajaiban mid-term, apa yang bberlaku masa raya, dan kerja-kerja assignment yang line-up mintak dihantar. Terbaru, cerita tentang tajuk tesis!

Keajiaiban masa mid term. Tak tahulah kenapa sem nie super duper triple saaaaaaaaaangat malas tau study. Adoiii tolonglah wahai diri. Belum cukup hebat untuk tak nak study tau! Mid-term yang saya rasa macam memang tak baca sampai habis. Semua subjek pun macam tu, takde subjek yang habis baca. Yang habis baca pun, jadi kacau-bilau sebab di'trick' oleh soalan. Haha! Padan muka! Subjek yang paling saya terkesan sekali, subjek Dirasah Nasiah.. Subjek nie kalau belajar memang best, nak menghafal ape yang dalam buku memang not my type. Saya bukan jenis reti nak ngapal word by word buku arab. Dah lah menghafal slow.

So, biasanya saya mengamalkan untuk fahamkan content, kang masa exam, pepandailah goreeeeeeeeeeeeeengg! Masa tu, tah apa-apa perkataan yang keluar pun, hentam sajalah labuuuuu. Memang saya berderau sangat masa mid term subjek ni, sebab baaaanyak sangat tak habis baca. Soalan pulak keluar apa yang saya tak baca, tapi alhamdulillah, saya macam terngiang-ngiang apa yang ustaz ajar masa dalam kelas. Ya Allah, bersyukur sangat sebab Allah SWT sangat baik hati tolong saya yang pemalas nie. Teringat, ada sorang kawan dia siap offer nak bagi jawapan sebab dia nampak saya ada yang tak boleh jawab. I say no. Saya nak markah tu ialah markah hasil usaha saya dengan bantuan Allah dan bantuan doa mama dan ayah. Mungkin, ada yang baca saya cerita nie, komen saya poyo, bajet bagus. Terpulang, tapi ini yang saya alami sendiri.

Dan result alhamdulillah, terkejut sangat. Tapi tak full-mark lah. Haha! Masa sebelum mid-term, saya cerita dengan mama, saya tak habis baca lagi. Saya tak tahulah ape yang saya jawab nanti. Mama opkos lah marah, sebab asal saya kat rumah, download cerita, facebook, tah apa-apa lagi benda tak berfaedah saya buat. Ada lagi paper mid term len yang tak dapat. Cuak!

Masa raya, saya adalah orang yang raya tak berapa nak raye. Mane taknye, mase tu kene Chicken Pox. Orang ramai cakap, umur dah 23 baru nak kene? Habis kau ningat, yang aku boleh cipta sendiri penyakit neh~ Tah pape lah.. Tapi, ok lah daripada kene lagi lambat, kan~ Memang hilang mood beraya, walaupunh duit raya tetap dapat. Heeee. Paling tak boleh tahan, saya dapat tugasan subjek Metodologi, kene buat obeservation cara menyambut perayaan di kawasan rumah masing-masing. Even saya tengah Chicken Pox, still beraya jugak tau, untuk collect data! Haha Walhal memang kaki jalan~

Dua minggu berturut-turut tak silap saya, mula lepas je raya, semua assignment macam mula memunculkan diri nak mintak disiapkan. For the first time, saya ponteng kelas Hifzul Quran semata-mata siapkan assignment nak kene submit and present petang tue jugak. Ya Allah, perangai. Saya sangatlah menjaga bab-bab kelas nie.  Bukan memperlekehkan kelas Quran, tapi sangat darurat untuk saya ponteng sebab nak siapkan assignment. Saya ingat lagi, menggigil tangan saya masa print kerja tu. Padah buat kerja last minute. Padan muka!!! Ada jugak assignment yang sempoi je buat, iaitu subjek Entrepreneurship. Keje temubual usahawan, dapat free gift tau! Best! Haha

Produk Annabella.  Produk Kecantikan yang diusahakan secara semula jadi.

Muhsinah, Wan Haryati, Norazrieamah, PENGASAS ANNABELLA, Noor Ayu, Siti Nur Asyrafiah, Nurhafizah.

Pengasas Annabella, Puan Nabila bersama suami tersayang.


Cerita terbaru, TAJUK TESIS DEGREE! Wahhhhhhhhhhh! Dah sampai masanya untuk buat tajuk tesisi Insya Allah, tak lama lagi akan cuba menghabiskan tesis dalam jangka masa yang ditetapkan. Masa diploma, tajuk tesis saya, "PENSABITAN NASAB ANAK SYUBHAH DAN HAK-HAKNYA: SATU KAJIAN." Diselia oleh Ustazah Norul Huda. Alhamdulillah, sudah lepas yang diploma. Sem nie kami amek subjek Metodologi Penyelidikan, tujuannya untuk belajar lebih mendalam tentang cara buat tesis. Kami kena sediakan tajuk tesis, seorang satu. Tajuk main-main lah.. Nak buat tajuk tu untuk serious tesis pun boleh jugak. Sayapunya tajuk tesis main-main, "PENGGUNAAN DNA DALAM PENSABITAN NASAB ANAK: SATU KAJIAN." Kalau malas nak fikir banyak, boleh lah amek je tajuk nie, guna untuk serious tesis. 

Tapi, untuk tesis degree, saya mencabar diri saya untuk pegang kitab Barat. Saya cabar diri saya untuk buat kajian dalam bidang civil law. Walaupun student KUIS nie kalau budak-budak law, law syariah ialah majority kami, dan civil law ialah minor. Elok pulak sem nie Allah rezekikan untuk saya belajar subjek Undang-Undang Tort. Saya mula-mula macam nak purpose subjek DNA, tapi bila memandangkan akan melecehkan pensyarah penyelia saya untuk sahkan tajuk, maka saya tetapkan hati untuk mencabar diri saya membuat sesuatu yang lebih mencabar, dengan pilih tajuk yang mencabar jugak, iaitu.....


"KESAN DALIHAN CUAI SUMBANGAN DALAM PENENTUAN KADAR GANTI RUGI TUNTUTAN PLAINTIF: SATU KAJIAN."

Satu lagi tajuk yang saya purpose,

"KECUAIAN GURU DI SEKOLAH: SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT." 

Saya sangat berharap dapat tajuk yang pertama. Tapi tajuk kedua nie macam susah.. Kurang bahan tapi kebanyakan bahan dalam bahasa Melayu. Tajuk pertama yang saya nak buat, banyak bahan tapi dalam Bahasa Inggeris. So what? Sampai bile nak terima orang labelkan, budak law KUIS low bahagian English? No! Insya Allah, i'll prove to all of you.

Bila kita betul-betul nak, kita akan bersungguh-sungguh untuk capai apa yang kita nak. Kita akan sanggup untuk lalu atas duri sekalipun kalau itu cabaran yang mesti kita tempuh untuk capai impian. Mama pernah cakap pada saya, "Kak, apa pun impian kita, kita mesti capai. Go3!" Nampak macam kelakar je mama cakap macam tu, tapi itu yang membuatkan saya bersemangat waja. Alhamdulillah, saya masih dikurniakan Allah kedua ibu bapa yang masih panjang usia, yang masih sangat sayangkan kami adik-beradik.

Tadi saya lalu dekat PKK, ada konvokesyen. Saya terdengar orang dalam dewan tu cakap, "diumumkan, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama" meremang bulu roma saya dengan word KELAS PERTAMA. Bertanya pada diri sendiri, mampukah aku hadiahkan anugerah itu kepada kedua ibu bapaku untuk membalas susah payah mereka menanggung aku di KUIS? Yup, senang nak dapat title FIRST CLASS DEAN, tapi percayalah. Sangat susah nak kekalkan... Tips nak dapat? Jaga hubungan dengan Allah, parent, lecturers, study. Insya Allah dapat. Nak kekalkan? Kena kuatkan semangat untuk terus up kan diri dan jangan cepat rasa cukup dengan apa yang kita dah ada. Realitnya, kita cepat ALHAMDULILLAH dengan result yang kita dapat. Bukan saya mengajar untuk tidak bersyukur, tapi apa salahnya kita kerah diri untuk dapatkan yang lebih baik? Lagipun, dengan komitmen semata-mata sebagai mahasiswa, tak banyak lagi tangungjawab, kenapa kita tak boleh buat? Peringatan untuk diri sendiri yang sentiasa leka.

Eh, oklah~ Panjang pulak membebelnya... tu lah, lame sangat tak berblogging. Lepas nie nak berjalan ke pasar pulak bersama roomate. Jumpa lagi~ Thanks for reading coretan yang panjang menggila nie.

Wassalam.

Friday, July 19, 2013

Poligami Bukan Isu Semudah ABC

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

Salam Ramadhan reaaders! Terasa Ramadhan kali nie sangat cepat berlalu. Macam tak sedar, dah nak dekat pertengahan Ramadhan. Ini bukan sebab kejar hari raya or sebab cuti raya just 3 hari *especially KUIS'ian sobs sobs sobs* Bulan Ramdhan terasa berkatnya... Macam terdetik je dalam hati, Allah bagi... Ya Allah, malunya dengan Engkau, tak pernah berkira membagi rezeki, manakala aku sentiasa berkira saat beribadah. Betapa hinanya aku sebagai hamba-Mu... Ya Allah, andai Ramadhan mendatang tak sempat aku merasa, maka aku mohon, Kau terimalah amalan Ramadhanku kali ini. Kau cantikkanlah kitab catatanku...

Penat gelak masa kuliah tort semalam. Yes, belajar tort sangat seronok sebab kita terjun ke dalam pelbagai masalah masyarakat sejagat tapi bukanlah boleh pandang sebelah mata. Biasalah, namanya pun law... Nama pun belajar, takde benda yang senang, course ape sekali pun. Yang penting kita minat. Yang penting, kita tau matlamat kita belajar. And, masa dekat-dekat nak habis masa semalam, Sir Farok, our beloved Tort's lecturer forever and after bukak cerita. Berkaitan isu paling hangat sekarang, membabitkan Mahkamah Syariah, membabitkan poligami, membabitkan hati dan perasaan especially perempuan. Emosi sikitlah bile bab-bab perempuan nie. Not too emotional laa tapi terasa jugak kepedihan yang sedang dilalui oleh Dayana, isteri Asyraf Muslim. *ewah, macam aku pulak bini dia*

Kronologi yang saya tahu tentang berita poligami Asyraf Muslim ialah beliau telah buat permohonan untuk poligami. Yes, dalam Islam memang takde disyaratkan, sebelum berpoligami kene dapat kebenaran mahkamah. Daripada bulan 4 katanya failkan kes. And sekarang bulan berape dah kan... Satu lagi benda yang masyarakat kene tahu, memang urusan membabitkan mahkamah, bukan semalam daftar, hari ni bicara, esok settle semua tuntutan yang anda nak. Not too easy like that. Orang lain pun line up berapa tahun untuk tunggu kes diorang dibicarakan. Then, suddenly dia (Asyraf Muslim) tarik balik tuntutan permohonan poligami SEBABNYA dia dah berkahwin di Thailand bersama isteri keduanya. Dan dia dikenakan untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM8000. That is law, and please make it professional. Janganlah berurusan macam budak-budak. This is my opinion.

Pasal poligami, kita jangan ingat Mahkamah langsung takkan bagi izin pada si lelaki untuk poligami ATAU PUN si lelaki rase mesti xlepas nak kawen lagi KALAU ISTERI YANG SEDIA ADA tak bagi izin. Ingat, Mahkamah akan soal siasat suami dan isteri. Misalnya, mahkamah akan tanya gaji si lelaki, berapa bajet yang dia berikan untuk isteri, anak-anak atau ibu bapa (kalau ada). Mahkamah jugak akan tanya si isteri, macam mana layanan suami, sikap suami pada dia, cukup ke nafkah yang dia bagi. Ke start ada short-short semenjak ada jumpa 'orang baru'. Ni bukan bagi tips orang berpoligami tapi bagitau prosedur yang mahkamah akan jalankan pada orang yang mohon poligami.

Sebenarnya, ada je kes permohonan poligami nie, isteri memang bagi izin pada suami seikhlas hati, dan bagitau tentang keizinannya pada mahkamah, MALANGNYA mahkamah yang tak benarkan si suami berpoligami, atas sebab ekonomi suami tak kukuh untuk pasang 'kabel'. Ada jugak si suami yang kaya tapi tetap tak dapat izin mahkamah, sebab dia tak mampu berlaku adil. Ada kes yang isteri memang tak bagi izin untuk suami berpoligami tapi mahkamah benarkan, sebab mahkamah nampak si suami mampun berlaku adil. So, alang-alang dah sampai mahkamah, why not tunggu lah keputusan mahkamah...

Saya selaku perempuan memang rasa sedih sangat bila baca laporan tentang Asyraf Muslim ni. Saya nampak dia baik, cukup pakej tapi yelah.. Manusia memang tak sempurna. Lagi sedih bila dia ikut cara belakang untuk poligami. Ada ura-ura cakap dia berpoligami sebab isterinya belum mengandung. SABARLAH... Bukan dia sorang yang diuji macam tu. Tak ada ke dalam sirah para anbiya', yang lambat dikurniakan anak? Kisah Nabi Zakaria, ternukil dalam al-Quran, sehingga putih rambutnya, baginda tak jemu memohon pada-Nya supaya ada pewaris keturunannya. Allah know the best time to full fill ur need. Allah give what u need, but not what u want...

Dan saya tengok sendiri video klip pasal poligami Asyraf Muslim. Saya dapat dengar, suara si ayah itu sedih, sebak, menahan rasa... Itu baru si ayah, bapa kepada orang yang mengalami, ape lagi bagi orang yang mengalami. Lagi sebak baca puisi yang dikarang oleh Noor Dayana. Bacalah kat sini... Den yang jenis wanita besi pun sebak-sebak jugak. Masih bertahan tak titiskan air mata.

Sedih bila tengok gambar nie, dipadankan dengan puisi beliau.
Masa bercinta, dunia memang dirasa tercipta hanya untuk berdua. Bila badai singgah sekejap, macam-macam endingnya. Berbalik pada matlamat asal perkahwinan. Kahwin bukan semata-mata nak anak je. Teringat masa saya di Syria dulu, saya terjumpa pasangan suami isteri yang memang sudah tua. Orang Malaysia, dalam lingkungan 50 lebih ke 60 gitu lah. Si suami minta tolong kami guiode isterinya sebab belajar di Jami' yang sama, Jami' Abu Nour. Kami ingatkan mereka datang untuk honeymoon lah, sebab tengok dari usia mereka. Kalau dah anak pun, mungkin dah besar-besar. Pandai jaga diri. Dan makcik tu bukak cerita sebab kami tanya, anak-anak makcik buat apa sekarang? Dengan muka yang tersenyum, dia menjelaskan bahawa dia tidak ada anak. Dia jugak cerita, masanya dihabiskan untuk berbakti sepenuh hati pada suami. Suaminya dilayan seperti raja. Makan pakainya dijaga sempurna. Dan paling penting, pakcik tadi tak pernah cakap "ABANG NAK KAWEN LAGI". Walhal, si suami itu pengarah TNB kat Melaka kalau saya tak salah. Si isteri pernah tanya, adakah suaminya akan cari isteri lain? Makcik tu cakap, "Pakcik ko cakap, dia taknak makcik tanya soalan yang memang menyakitkan hati sendiri". Terdiam aku fikir... Itulah matlamat perkahwinan. Bukan semata-mata nak zuriat. Kadang Allah tak bagi zuriat sebab Allah bagi kita banyak rezeki lain.

Tak nak ulas panjang *walhal berjela-jela dah tulis* tentang poligami. Kalau nak faham poligami itu sebenarnya, pendapat yang saya rasa tenang hati untuk menerima, saya sarankan anda-anda cari novel Sebarkan Cinta-Mu by Fatimah Syarha. Padat dengan info. Wanita, jagalah hati anda, sayangilah agama anda, persiapkanlah diri anda menghadapi sebarang kemungkinan dalam perkahwinan. Bukan kita meminta yang bukan-bukan, sekadar peringatan mempersiapkan diri. Jangan rasa dirimu disisihkan dari keadilan agama dan keadilan undang-undang, tuntutlah hakmu dengan cara yang betul supaya agamamu tidak rosak.

Wassalam..
With love,

 
*jangan mudah cakap uhibbuki fillah atau uhibbuka fillah pada orang yang berlawanan gender dengan anda. risau disalah tafsir. hati-hati dalam jaga hati. mujurlah aku jenis hati batu.*

Friday, June 28, 2013

New Journey!!!

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt..

Beloggggggggggggggg! Sesungguhnya saya rasa rinduuuuuuu sangat nak menconteng di blog. Dah berapa kali, masa saya cari maklumkat kat cc atau library, saya dah bukak bahagian blog. Then, baru nak tulis word ASSALAMUALAIKUM, I need to get off from blog. Sebab saya rasa, ada kerja yang ;lebih penting untuk aya settlekan, daripada blogging. But seriously, I do miss my blog. Lame tak bercerita. Ada kawan yang tanye, "Eh, ko dah tak memasak ke cuti hari tu? Biasa rajin post dekat blog." Haha Memasak tu bukan musim okey~ Memasak go on macam biasa, cuma nak post kat blog tu bertangguh... Gamba dah amek tapi tak masukj-masuk lagi. Haihhhh malas laaa. Ada jugak orang tegur, "Lame tak tulis blog?" Saya cuma boleh menjawab, saya busy. Yup, walaupun saya tak sebusy kawan-kawan yang ada meeting program etc, tapi saya rasa kat KUIS hidup saya pack. Bolehlah nak dikatakan bernafas hanya masa tidur. Hahaha

Okay, btw entry yang tertunggak ialah saya nak perkenalkan barisan lecturer-lecturer saya sem nie. One thing ynag saya boleh comment untuk sem nie, sem nie sem baru bermula nak busy-sebusy-busynya. Satu benda penting, even sesibuk mana pun saya, ianya takkan menyekat masa saya nak balik rumah. I dont care ada program ape pun, when I say I wanna be at home, I'll. Full stop. 

Sem nie dah masuk minggu ketiga. Entry nie mungkin dah macam lewat siket but I dont care. Sem nie ialah sem paling tinggi credit hour yang saya amek, 19 credit hour. Kalau ada budak2 IPTA baca my postage nie, mesti diorang gelakkan, sebab diorang punye credit hour 20 above. Never mind, we are in different shoes~  

First, subjek arab, Ustaz Syukri yang aja. Ustaz yang sempoi, tapi setiap minit adalah berharga bagi beliau. Punctual. Dan dia suka ingatkan kami, jangan stress dalam kelas bahasa Arab. Saya tak stress, tapi kadang-kadang termengantuk tu yang buat saya stress. 

Second, subjek Entrepreneurship. Subjek nie sebenarnya ok-ok sahaja, tapi kene cop depan-depan la kalau nak clear dengar suara lecturer sebab microphone sentiasa problem. Subjek nie diajar oleh Puan Suhaila. Lembut orangnye. Ayat beliau yang paling saya nak gelak kuat-kuat ialah, "Kenapa awak taknak duduk depan, wak? Saya bukannya makan orang, wak. Saya nie lagi kecik dari awak-awak semua." Hahaha Biasalah Puan... Tempat besar, masing-masing ada tempat pebret masing-masing... Hehe

Third, subjek Dirasah Nasiah. Ustaz Shuhadak yang ngaja. Macam biasa, selalulah ketawa walaupun beliau buat lawak perli. Makin besar kami, makin banyaklah kene perli, sebab al-'ilm fis sutur, wa la fis sudur.. Tu yang tak habis-habis kena perli. Tapi best. Baca kitab arab lamaaaaaa. Mughni Mughtaj. Sekarang starting belajar bab nikah. Ustaz dia suka test kami punya pengetahuan, yang sememangnya kami tak berapa tau. Benda-benda yang kami tak berapa tau tu lah yang disuruhnya jadikan kerja rumah. Tapi baguslah, menambah ilmu, bukan semata-mata penuhi 'kerja rumah'.

Forth, subjek Metod. This subject more to the practical, teach and guide us, how to built up a quality thesis. Thesis secara jujurnya benda yang paling aku suka. Sebab apa? Tesis ialah kita mengkaji sesuatu tajuk dengan lebih mendalam. Lebih seronok bila itu tajuk yang kita suka. Dan saya pulak memang sangat suka menulis. So, tesis nie memang kene lah dengan jiwa saya pendek kata. Puan Zanariah yang ajar. Tak sabar nak tunggu feedback Puan tentang tajuk-tajuk yang kami usulkan untuk buat tesis olok-olok kami *sem nie je, sem depan, real thesis*

Fifth, Hifzul Quran by my new mentor, Ustaz Hairulfazli Mat Som. Best. Kelaka. Tegas dalam kelakar. Ok, benda yang paling penat nak gelak sampai hari nie, when our first class, kitorang dah tutup quran dah sebab dah nak end of class. Then, ustaz cakap, saya nak bagi doa pada kamu nie biar senang kamu nak menghafal. Aku dan adalah jugak kawan-kawan yang lain dah siap-siap keluar pen dan pensil nak tulis doa tu. Then, ustaz cakap, "Ok, ini doanya. Allah humma PAKSA" Masa aku dengar Ustaz tu cakap PAKSA, serius aku blur. Aku try revise balik, ape mende word arab, kata dasar PAKSA nie? Ape maksudnya? Rupa-rupanya, PAKSA in MALAY VERSION. Harghhhhhhhhhhhhhhh. Stress tiga saat~

Sixth, Undang-Undang Harta. Puan Maffuza yang aja. Sem nie seram siket, sebabnya Puan main soal-soal kuliah beliau yang lepas-lepas. Maksudnya, kuliah waktu minggu kedua, beliau revise apa yang dah belajar masa kuliah pertama. Hah, menggelabah lah aku. Tu lah akibat orang pemalas...

Seventh, Undang-Undang Tanah. Best. Panas dengan kes-kes dan isu-isu tanah. Yang sebelum nie, aku ingat subjek tanah nie is a dull subject. Serius, dull-subject actually killed me silently. Bile dull, malas nak belajar, tak fokus. Taklah aku nak cakap aku rajin. Pemalas jugak. Rileks sokmo dah macam aku puilak lecturer nak relax-relax. Haha

Last, Undang-Undang Tort. Alhamdulillah sangat-sangat sebab Allah izinkan aku untuk duduk dalam kelas tort. Best sangat, walaupun kena buat extra work and we need to attend extra lectured. Tapi bagi aku, setakat nie alhamdulillah tak jadi masalah. Study is my priority here. Tapi, taklah sampai mengatasi prioriti kehambaan saya pada Allah. Itu tak mungkinlah. Sir Farok yang ajar. Serius, penat gelak sebab Sir selalu buat lawak. But when he comes to teach us, he is serious. Tapi, tak lame lah seius beliau. Haha But, one thing that made me toooooooo respect to him, sebab nota-nota beliau masa DEGREE, masih tersusun RAPI, dengan tulisan yang SUPER DUPER KEMAS. Malu weyhhhh. AKu yang perempuan pun tulisan bajet taraf-taraf Profesor Madya. Dalam kelas Sir, setiap patah beliau, we need to record in our books. Satu lagi, kalau kau loyar buruk dengan Sir, kau tunggulah loyar buruk Sir balas. Hahaha

Sem nie dapat duduk dengan Amang, my coursemate, Sabahian. Dua lagi adik-adik, amek Quran Sunnah and sorang lagi perguruan. Mereka semua baik-baik sahaja, alhamdulillah. Adik-adik kan... Hahahaha 

Sem nie, aku dah mula rasa BAHANG nak sangat jadi FINAL YEAR STUDENT. Actually, I'm not in final year but becoming for next sem insya Allah... I'm not a star student sebab ramai lagi yang SUPER DUPER hebat dari saya especially my respectful friend, namanya dirahsiakan sebab kami dah ada perjanjian. Tapi, memang saya rasa sem nie, betul-betul banyak kerja yang kene kami buat. Tapi apa pun, walau susah macam mana pun, walau penat macam mana pun, life need go on. Satu prinsip dalam hidup yang kita kena ingat, walau kita buat apa pun, atau dalam bidang apa pun, 

"KALAU KITA BETUL-BETUL NAKKAN SESUATU, KITA TAK KISAH SESUSAH MANA CABARAN YANG KITA KENA TEMPUH, KITA AKAN HADAPI WALAUPUN KADANG-KADANG HATI TAK KUAT. KITA AKAN SEDIA UNTUK MELAKUKAN APA SAHAJA *as long as tak bertentangan dengan Islam lah* UNTUK KITA DAPATKAN APA YANG KITA NAK. SEBAB APA YANG KITA NAK MESTILAH SOMETHING THE BEST FOR OURSELVES. FOR SURE, THE BEST THINGS NEED HIGHEST RISK AND SACRIFICES." 

Kau nak maintain dalam deanlist ke, kau nak terlibat dalam organisasi ke, kau nak someone ke, tetap ini prinsipnya. Sebab Dr Fadzilah Kamsah ada menyebutkan, orang yang banyak bagi dalih dan banyak cakap tak boleh, tipis peluang untuk berjaya. Dan kalau dia berjaya pun, mungkin lalu jalan belakang. Peringatan untuk diri sendiri supaya jangan banyak mengeluh bila dapat kerja. Umur makin naik, tugasan makin naik, semoga tak kurang tinggi naiknya iman kita sebagai pembimbing dalam kehidupan.

Last but not least, thanks for reading this nothing postage. Sekadar contengan dari sudut orang yang munasabah *refer to the tort.wink wink* Appreciate u for reading this nothing and for visit me here. Sorry if toooo much typo. Nie blog, macam malas nak double check ejaan or ape2 yang berkenaan lah. Hihi. Take care readers. Night.
Wassalam.

*jerebu sekarang nie, jaga diri... jangan lupe pakai mask. :)*  -terima kasih sudi mengingatkan. i appreciate your advice! ^__^

 

Monday, May 20, 2013

Ini Cerita Tentang PLKN~!!!

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt readers.

Terima kasih sudi bertandang. Sudi bukak link. Sudi menjengah. Berhabuk lamanya blog nie. Tahun nielah yang saya rasa, paling pemalas nak tulis blog. Dulu masa diploma saaaaaaangatlah rajin. Orang dok sibuk taip thesis, aku dok taip blog. Haha

Kali nie, tiba-tiba rindu pada Tuaran. Rindu pada Kota Kinabalu. Rindu suasana PLKN. Yup, dekat Kem KK Tuaran aku kena menjalani PLKN. Dah lah dormate aku sakat-sakat, aku mesti dapat PLKN kat Sabah. Makbul doa korang. Betapa masa aku tau dapat dekat Sabah, aku nangis. Sampai mama cakap, mama nak tukarkan aku kat kem area2 KL. Aku cakap, takpelah. Mesti ada hikmahnya ke sana. Sebab apa aku nangis dapat ke Sabah? Akus sering dimomokkan kisah murtad dari Sabah. Kisah Kristian dan macam-macam. Aku takut iman aku tak kuat. Jadi aku menangis, aku mengadu pada Allah. Aku mintak sangat biar tempat yang DIA bagi pada akum, ialah tempat yang sangat menjaga agama aku. Alhamdulillah, tangisan aku berbayar. ^__^

Apa yang seronok dekat sana? Dekat sana aku dapat kawan non-muslim. Kawan non-muslim aku yang first aku kenal, Stacy. Kecik, comel je orangnya. Kristian from Sabah. Baik, peramah. Lega sikit aku. Kawan kedua, Kikie. Haha Dia gangster jugak nie. Kaki clubbing. Tapi, dia pelik kat aku. Sebab dia kata, kenapa aku tak takut dengan dia, sebab semua orang takut dengan dia. Aku cakap, tak ada alasan aku nak takut dengan dia. Start tu, kitorang kamcing. Sekarang, lost contact..

Ada beberapa pengalaman yang aku suka nak share kat sini. Pengalaman first time aku pegang Bible. Baca isi dalam Bible. Macam mana saya boleh baca? Masa tu, kitoranga da gotong-royong hari Ahad. Hari Ahad, pelatih2 wanita yang Kristian, yang mazhab Roman Catholic pergi ke gereja. Yang mazhab SDA (Seven Day Advantist) & Protestant hari Sabtu. So, kebetulan hari Ahad tu, lepas siap gotong-royong, kitorang pun lepak-lepak kat asrama. Saya godek loker sorang budak Kristian, tapi bukan untuk mencuri harta dia atau apa. Sekadar nak baca kitab mereka.

Nie saya share, masa first saya nak baca kitab tu, saya amek wudhuk. Saya nangis, takut saya murtad. Nauzubillah. Yelah, selama nie aku paling la tak amik tau pasal agama lain. Sekadar dengar pencerahan dalam usrah. Menggigil tangan masa bukak Bible. Lepas tu...baca... Lepas tu..GELAK. Serius aku gelak baca. Sebab, cerita dalam Bible jelas bercanggah dengan al-Quran. Alhamdulillah, Allah masih sudi meminjamkan kekuatan dalam mengimani-Nya hingga saat ini. Dan aku sangat harap, agar aku engkau dan sesiapa sahaja yang membaca ini, semoga ALlh mengakhiri usia kita dengan menguatkan bibir kita menyebut nama-Nya.. Insya Allah...

Kedua, agenda kami mengajak yang non-Muslim naik ke surau. Dakwah awal kepada Islam. Introduce mereka pada Islam. Komandan kamilah yang cabar. Katanya pelatih kali ini lembap. Tak ada seorang pun yang berani bawa non-Muslim naik ke surau. Tak macam sbatch2 terdahulu. Ok, aku adalah orang yang agak pantang dicabar. Dan masa tu, aku diberi mandat sebagai Ketua Pelatih Muslimah. Maknanya, aku diberi tanggungjawab untuk jaga pelatih2 Muslimah dalam bab-bab kerohanian. Aku merancang dengan Ustazah Hayati dan geng-geng aku sendiri. Yang sama-sama membantu aku dalam menjaga kerohanian kawan-kawan yang lain. Atikah Shahrom, Ummu Aiman, Atiqah Charlie, Haryati Juning, Syafiqah Abdullah. Nie lah kawan-kawan yang sentiasa ada untuk jatuh bangun aku, sama-sama berganding bahu untuk menyiram dan menyuburkan keislaman, sama ada dalam jiwa muslim atau non-Muslim.

Kami ajak mereka naik ke surau. Kami ajak mereka dengar zikir. Kami ajak mereka dengar ceramah. Banyak pengalaman yang seronok. Kami berjaya mendekati seorang gadis Kristian, sangat kuat kepercayaanya pada Kristian. Dengar cerita dari kawan-kawan yang rapat dengannya (saya gelarkan dia M) M nie, dia punya kedalaman pengetahuan tentang agama dia, sama taraf boleh ganti Sister dah. Sister yang dekat gereja. Kalau tak faham, istilahnya cenggini. Dah nak sama taraf dengan Ustazah-Ustazah gitulah dia. Orang tanya hukum, dia boleh jawab. Gtulah. Kami rasa seronok sebab dapat ajak dia naik surau. *kau ingat senang nak pujuk yang orang2 kuat nie pergi rumah ibadat agama lain* Saya ingatl, M pernah cakap, betapa dia rasa bersalah pada keluarga kalau dia masuk Islam. Betapa dia rasa bersalah kepada keluarga kalau dia naik surau. Tapi, dia kata suka naik surau. Tenang.

Saya ingat, kerana projek kami ini, kami-kami digelar 'manusia bahaya' kerana mempunyai agenda 'memurtadkan' pelatih-pelatih non-Muslim. Sehingga aku ingat, aku sampai dikawal rakan-rakan yang lain, bagi menghindari jurulatih yang non-Muslim tu. Yang cop kami manusia berbahaya. Pada aku, kenapa nak takut kalau di jalan yang benar? Aku tetap bawa mereka naik. Aku gembira bila Stacy cakap, dia hafal al-Fatihah. Dia baca depan aku. Dia kata, dia suka belajar pasal Islam. Masa tu umur aku 18 tahun. Dan sekarang aku rasa betapa bodohnya aku kerana aku tak keep-in-touch dengan mereka. Aku tak manfaatkan mereka untuk menjadi saham akhirat aku. Bodohnya aku. Rugi.

Pernah aku cakap dengan kawan-kawan aku yang Kristian, "Perempuan-perempuan Kristian cantik-cantikkan?" *sebab tengok kawan-kawan yang Sabahan (Kristian) dan jugak pelakon-pelakon,haha* Dan si kawan membalas, "Ko tau, saya lagi suka tengok muka-muka Muslim. Muka kamu semua bercahaya. Cantik sangat." Allahu akbar.

Rindu, masa naik bukit, jauh ke atas sikit. Nampak Kinabalu walaupun dari jauh.
Rindu, masa masuk hutan.
Rindu, masa bagi arahan untuk Muslimat naik ke surau bila masuk waktu solat.
Rindu, masa orang sibuk berkawad, aku curi-curi makan ais krim *dengan Fatin. Hahaha*

Rindu, masa jenjalan kat Sabah, area Kota Kinabalu. Datang tempat sejuk.
Rindu, masa berlasak-lasak di PLKN.
Dan aku...rindukan Kota Kinabalu, tempat aku 'bermain' dengan banyak perkara.


Group Wirawati Alpha. Ihsan dari group fb PLKN.
Wira Alpha.

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru-biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh, hati saya rindu... *tears*

Thanks for reading.
Wassalam.