Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...
Salam Ramadhan reaaders! Terasa Ramadhan kali nie sangat cepat berlalu. Macam tak sedar, dah nak dekat pertengahan Ramadhan. Ini bukan sebab kejar hari raya or sebab cuti raya just 3 hari *especially KUIS'ian sobs sobs sobs* Bulan Ramdhan terasa berkatnya... Macam terdetik je dalam hati, Allah bagi... Ya Allah, malunya dengan Engkau, tak pernah berkira membagi rezeki, manakala aku sentiasa berkira saat beribadah. Betapa hinanya aku sebagai hamba-Mu... Ya Allah, andai Ramadhan mendatang tak sempat aku merasa, maka aku mohon, Kau terimalah amalan Ramadhanku kali ini. Kau cantikkanlah kitab catatanku...
Penat gelak masa kuliah tort semalam. Yes, belajar tort sangat seronok sebab kita terjun ke dalam pelbagai masalah masyarakat sejagat tapi bukanlah boleh pandang sebelah mata. Biasalah, namanya pun law... Nama pun belajar, takde benda yang senang, course ape sekali pun. Yang penting kita minat. Yang penting, kita tau matlamat kita belajar. And, masa dekat-dekat nak habis masa semalam, Sir Farok, our beloved Tort's lecturer forever and after bukak cerita. Berkaitan isu paling hangat sekarang, membabitkan Mahkamah Syariah, membabitkan poligami, membabitkan hati dan perasaan especially perempuan. Emosi sikitlah bile bab-bab perempuan nie. Not too emotional laa tapi terasa jugak kepedihan yang sedang dilalui oleh Dayana, isteri Asyraf Muslim. *ewah, macam aku pulak bini dia*
Kronologi yang saya tahu tentang berita poligami Asyraf Muslim ialah beliau telah buat permohonan untuk poligami. Yes, dalam Islam memang takde disyaratkan, sebelum berpoligami kene dapat kebenaran mahkamah. Daripada bulan 4 katanya failkan kes. And sekarang bulan berape dah kan... Satu lagi benda yang masyarakat kene tahu, memang urusan membabitkan mahkamah, bukan semalam daftar, hari ni bicara, esok settle semua tuntutan yang anda nak. Not too easy like that. Orang lain pun line up berapa tahun untuk tunggu kes diorang dibicarakan. Then, suddenly dia (Asyraf Muslim) tarik balik tuntutan permohonan poligami SEBABNYA dia dah berkahwin di Thailand bersama isteri keduanya. Dan dia dikenakan untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM8000. That is law, and please make it professional. Janganlah berurusan macam budak-budak. This is my opinion.
Pasal poligami, kita jangan ingat Mahkamah langsung takkan bagi izin pada si lelaki untuk poligami ATAU PUN si lelaki rase mesti xlepas nak kawen lagi KALAU ISTERI YANG SEDIA ADA tak bagi izin. Ingat, Mahkamah akan soal siasat suami dan isteri. Misalnya, mahkamah akan tanya gaji si lelaki, berapa bajet yang dia berikan untuk isteri, anak-anak atau ibu bapa (kalau ada). Mahkamah jugak akan tanya si isteri, macam mana layanan suami, sikap suami pada dia, cukup ke nafkah yang dia bagi. Ke start ada short-short semenjak ada jumpa 'orang baru'. Ni bukan bagi tips orang berpoligami tapi bagitau prosedur yang mahkamah akan jalankan pada orang yang mohon poligami.
Sebenarnya, ada je kes permohonan poligami nie, isteri memang bagi izin pada suami seikhlas hati, dan bagitau tentang keizinannya pada mahkamah, MALANGNYA mahkamah yang tak benarkan si suami berpoligami, atas sebab ekonomi suami tak kukuh untuk pasang 'kabel'. Ada jugak si suami yang kaya tapi tetap tak dapat izin mahkamah, sebab dia tak mampu berlaku adil. Ada kes yang isteri memang tak bagi izin untuk suami berpoligami tapi mahkamah benarkan, sebab mahkamah nampak si suami mampun berlaku adil. So, alang-alang dah sampai mahkamah, why not tunggu lah keputusan mahkamah...
Saya selaku perempuan memang rasa sedih sangat bila baca laporan tentang Asyraf Muslim ni. Saya nampak dia baik, cukup pakej tapi yelah.. Manusia memang tak sempurna. Lagi sedih bila dia ikut cara belakang untuk poligami. Ada ura-ura cakap dia berpoligami sebab isterinya belum mengandung. SABARLAH... Bukan dia sorang yang diuji macam tu. Tak ada ke dalam sirah para anbiya', yang lambat dikurniakan anak? Kisah Nabi Zakaria, ternukil dalam al-Quran, sehingga putih rambutnya, baginda tak jemu memohon pada-Nya supaya ada pewaris keturunannya. Allah know the best time to full fill ur need. Allah give what u need, but not what u want...
Dan saya tengok sendiri video klip pasal poligami Asyraf Muslim. Saya dapat dengar, suara si ayah itu sedih, sebak, menahan rasa... Itu baru si ayah, bapa kepada orang yang mengalami, ape lagi bagi orang yang mengalami. Lagi sebak baca puisi yang dikarang oleh Noor Dayana. Bacalah kat sini... Den yang jenis wanita besi pun sebak-sebak jugak. Masih bertahan tak titiskan air mata.
Sedih bila tengok gambar nie, dipadankan dengan puisi beliau. |
Masa bercinta, dunia memang dirasa tercipta hanya untuk berdua. Bila badai singgah sekejap, macam-macam endingnya. Berbalik pada matlamat asal perkahwinan. Kahwin bukan semata-mata nak anak je. Teringat masa saya di Syria dulu, saya terjumpa pasangan suami isteri yang memang sudah tua. Orang Malaysia, dalam lingkungan 50 lebih ke 60 gitu lah. Si suami minta tolong kami guiode isterinya sebab belajar di Jami' yang sama, Jami' Abu Nour. Kami ingatkan mereka datang untuk honeymoon lah, sebab tengok dari usia mereka. Kalau dah anak pun, mungkin dah besar-besar. Pandai jaga diri. Dan makcik tu bukak cerita sebab kami tanya, anak-anak makcik buat apa sekarang? Dengan muka yang tersenyum, dia menjelaskan bahawa dia tidak ada anak. Dia jugak cerita, masanya dihabiskan untuk berbakti sepenuh hati pada suami. Suaminya dilayan seperti raja. Makan pakainya dijaga sempurna. Dan paling penting, pakcik tadi tak pernah cakap "ABANG NAK KAWEN LAGI". Walhal, si suami itu pengarah TNB kat Melaka kalau saya tak salah. Si isteri pernah tanya, adakah suaminya akan cari isteri lain? Makcik tu cakap, "Pakcik ko cakap, dia taknak makcik tanya soalan yang memang menyakitkan hati sendiri". Terdiam aku fikir... Itulah matlamat perkahwinan. Bukan semata-mata nak zuriat. Kadang Allah tak bagi zuriat sebab Allah bagi kita banyak rezeki lain.
Tak nak ulas panjang *walhal berjela-jela dah tulis* tentang poligami. Kalau nak faham poligami itu sebenarnya, pendapat yang saya rasa tenang hati untuk menerima, saya sarankan anda-anda cari novel Sebarkan Cinta-Mu by Fatimah Syarha. Padat dengan info. Wanita, jagalah hati anda, sayangilah agama anda, persiapkanlah diri anda menghadapi sebarang kemungkinan dalam perkahwinan. Bukan kita meminta yang bukan-bukan, sekadar peringatan mempersiapkan diri. Jangan rasa dirimu disisihkan dari keadilan agama dan keadilan undang-undang, tuntutlah hakmu dengan cara yang betul supaya agamamu tidak rosak.
Wassalam..
With love,
*jangan mudah cakap uhibbuki fillah atau uhibbuka fillah pada orang yang berlawanan gender dengan anda. risau disalah tafsir. hati-hati dalam jaga hati. mujurlah aku jenis hati batu.*
No comments:
Post a Comment