Friday, October 25, 2013

Bukan Semua Benda Diungkap dengan Kata-Kata

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt..

Lamaaaaaa rasanya tak update blog. By the way, busy. Haha Busy lah sangat... Baru student, dah busy. Kalau ada rezeki jadi lawyer nanti, bertriple busy lah jawabnye...

Sebenarnya tak tau nak cerita apa dalam postage kali nie. Sekadar nak tulis suka-suka. Bercerita untuk apa yang pernah terjadi, sedang terjadi atau bakal terjadi. Eh, ape terjadi, terjadi nie???

Percaya tak, dalam hidup kita, tak semua benda kita boleh ungkap dengan kata-kata. Maksudnya, ini lebih pada perasaan. This is not jiwang-jiwang type of postage la, ok? Tapi, betul kan??? Ada sesetengah masa kita rasa kita tak mampu nak cakap apa yang kita rasa *tapi bagi saya, macam semua masa pun tak boleh cakap*. Nuna lain lah... Kalau saya cakap dengan dia cenggini, "Adik, jangan buat macam tu sayang..." Dia akan direct tanya, "Kak, kamu panggil adik sayang tu, maknanya kamu sayang adik ke?" I just nod my head. Ini budak-budak punya style...

Kita sebagai manusia mesti tak pernah lepas dari melakukan salah, kan? Sebab kita hanya manusia. Dan macam tu jugak saya. Kat rumah, ada masa saya akan gelak-gelak, ada masa kita gembira, tapi saya lebih strict dengan adik-adik saya. Bukanlah setiap masa, tapi kebanyakan masa. Contohnya, bila diorang leka tengok tv dan lengah-lengahkan masa solat, saya akan cakap dulu. Stop kejap tengok tv, pergi solat dulu. And kalau mereka tak dengar, dengan menggunakan kuasa veto saya, saya akan amek remote dan tutup tv. Masa tu memang diorang protes, tapi saya tetap dengan keputusan saya. When I say black, I will be black. Kena bertegas supaya mereka tak jadi manusia yang lalai.


Bila diorang baca Quran tak betul, saya akan suruh diorang betulkan panjang pendek sampai saya rasa betul. Makhraj huruf. Sampai Qila pernah menangis masa saya ajar ngaji. Esoknya, dia cakap dia taknak saya ajar. Dia cakap, nanti dia siap lambat. Saya cakap, dah sendiri baca salah, memanglah kena tegur. Saya tak rotan, tapi volume of voice tinggi siket la. Hahaha. Waktu saya kecik dulu, ayah balik kerja petang, akan ajar saya mengaji. Masa tu, saya paling tak suka ayah balik kerja waktu petang. Selalunya mesti saya tak dapat main, kalau ayah balik petang, sebab ayah akan ajar saya ngaji dan sampai menangis-nangis saya ngaji *sebab tak dapat main*. Saya lagi rela mengaji dengan mama lepas maghrib. 

Bila diorang malas belajar, saya akan sita semua benda-benda yang diorang guna sebagai hiburan. Walaupun kadang-kadang mama pujuk, bagi je barang-barang adik-adik, saya takkan buat. Contoh selalu saya buat, saya akan sorokkan laptop daripada diorang main game, sorokkan remote tv dan buat-buat tak dengar bila diorang jerit-jerit cari remote. Dalam hati, *korang ingat kakak nak bagi selagi korang tak siap belajar?* sambil senyum sorang-sorang. Masa saya kecik dulu, saya rasa saya habiskan sepenuh masa saya pada belajar. Mama sangat strict. No tv during weekday. Mama akan bukak tv waktu malam, tu pun masa saya nak tidur. Kadang-kadang, saya buat-buat pejam mata, tapi mengadap tv *bukak mata kecik-kecik*. Bile kantoi tak tidur lagi, mesti mama marah saya dan terus tutup tv. Sampai ada satu masa saya fikir, mama tak sayang saya ke? Saya bukan anak mama ke? Haihhhh nie lah otak zaman budak-budak dulu. Tak matang. 

Dan bila saya dah makin besar, sampai sekarang, saya sedar. Apa yang mama ayah buat pada saya dulu, sebagai tanda SAYANG. Diorang nak saya jadi anak yang berguna, yang boleh serba-serbi bila saya dah besar. Ye, sebab sayang. Bukan sebab benci. And same goes to me. Saya marah adik-adik saya bukan kerana saya benci, semata-mata kerana saya taknak dorang hanyut, leka. Hidup bukan semata-mata untuk dunia, tapi hidup adalah sebagai ladang menyemai kebaikan untuk dituai pahalanya di akhirat nanti. Saya memang tak pandai nak tunjuk saya sayang dengan adik-adik saya, mungkin macam orang lain, diorang akan peluk adik-adik diorang kalau berjaya ke ape ke. Saya, mungkin saya akan bagi hadiah, atau buat makanan yang diorang suka sebagai reward. That's my style. When I do something willingly to you, that's mean I love you.

Saya jugak tak pandai nak pujuk adik-adik saya kalau diorang marah sebab saya sorokkan remote atau sorokkan laptop, tapi saya akan bagi bende2 tu bila diorang habis buat kerja yang disuruh *walaupun diorang terpaksa buat* hahaha Tapi, satu benda yang saya akan buat, kalau saya tau apa yang saya buat tu salah, saya akan minta maaf daripada diorang, even diorang lagi kecil dari saya. Minta maaf bukanlah tanda kita hina, tapi sebagai tanda betapa kita sudi merendahkan ego dengan orang lain. Dan juga sikap berterima kasih. Kalau saya ada minta tolong daripada diorang, saya akan biasakan cakap terima kasih. Sebab perkara ni saya belajar daripada apa yang mama dan ayah buat. Bila kita cakap terima kasih sebenarnya akan memberi kesan, orang yang menghulur bantuan akan rasa dihargai dan nak tolong kita lagi. Tak percaya? Try it, then u know.

Saya, senang je. I'm strict to the point, walaupun ada benda yang tak boleh saya cakap, mungkin perlu disimpan dalam hati dan hanya dikongsi dengan Illahi. Apa yang saya cakap, I do mean it. If I say I hate you, I do mean it. If I say I love you, I do mean it. Itu kalau cakap lah. Kalau tak mampu cakap, kita gambarkan apa yang kita tak mampu cakap dengan perbuatan.



Sampai sini dululah menconteng. Time to go..
Thanks for reading this nothing.
Wassalam..

No comments:

Post a Comment