Monday, May 20, 2013

Ini Cerita Tentang PLKN~!!!

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt readers.

Terima kasih sudi bertandang. Sudi bukak link. Sudi menjengah. Berhabuk lamanya blog nie. Tahun nielah yang saya rasa, paling pemalas nak tulis blog. Dulu masa diploma saaaaaaangatlah rajin. Orang dok sibuk taip thesis, aku dok taip blog. Haha

Kali nie, tiba-tiba rindu pada Tuaran. Rindu pada Kota Kinabalu. Rindu suasana PLKN. Yup, dekat Kem KK Tuaran aku kena menjalani PLKN. Dah lah dormate aku sakat-sakat, aku mesti dapat PLKN kat Sabah. Makbul doa korang. Betapa masa aku tau dapat dekat Sabah, aku nangis. Sampai mama cakap, mama nak tukarkan aku kat kem area2 KL. Aku cakap, takpelah. Mesti ada hikmahnya ke sana. Sebab apa aku nangis dapat ke Sabah? Akus sering dimomokkan kisah murtad dari Sabah. Kisah Kristian dan macam-macam. Aku takut iman aku tak kuat. Jadi aku menangis, aku mengadu pada Allah. Aku mintak sangat biar tempat yang DIA bagi pada akum, ialah tempat yang sangat menjaga agama aku. Alhamdulillah, tangisan aku berbayar. ^__^

Apa yang seronok dekat sana? Dekat sana aku dapat kawan non-muslim. Kawan non-muslim aku yang first aku kenal, Stacy. Kecik, comel je orangnya. Kristian from Sabah. Baik, peramah. Lega sikit aku. Kawan kedua, Kikie. Haha Dia gangster jugak nie. Kaki clubbing. Tapi, dia pelik kat aku. Sebab dia kata, kenapa aku tak takut dengan dia, sebab semua orang takut dengan dia. Aku cakap, tak ada alasan aku nak takut dengan dia. Start tu, kitorang kamcing. Sekarang, lost contact..

Ada beberapa pengalaman yang aku suka nak share kat sini. Pengalaman first time aku pegang Bible. Baca isi dalam Bible. Macam mana saya boleh baca? Masa tu, kitoranga da gotong-royong hari Ahad. Hari Ahad, pelatih2 wanita yang Kristian, yang mazhab Roman Catholic pergi ke gereja. Yang mazhab SDA (Seven Day Advantist) & Protestant hari Sabtu. So, kebetulan hari Ahad tu, lepas siap gotong-royong, kitorang pun lepak-lepak kat asrama. Saya godek loker sorang budak Kristian, tapi bukan untuk mencuri harta dia atau apa. Sekadar nak baca kitab mereka.

Nie saya share, masa first saya nak baca kitab tu, saya amek wudhuk. Saya nangis, takut saya murtad. Nauzubillah. Yelah, selama nie aku paling la tak amik tau pasal agama lain. Sekadar dengar pencerahan dalam usrah. Menggigil tangan masa bukak Bible. Lepas tu...baca... Lepas tu..GELAK. Serius aku gelak baca. Sebab, cerita dalam Bible jelas bercanggah dengan al-Quran. Alhamdulillah, Allah masih sudi meminjamkan kekuatan dalam mengimani-Nya hingga saat ini. Dan aku sangat harap, agar aku engkau dan sesiapa sahaja yang membaca ini, semoga ALlh mengakhiri usia kita dengan menguatkan bibir kita menyebut nama-Nya.. Insya Allah...

Kedua, agenda kami mengajak yang non-Muslim naik ke surau. Dakwah awal kepada Islam. Introduce mereka pada Islam. Komandan kamilah yang cabar. Katanya pelatih kali ini lembap. Tak ada seorang pun yang berani bawa non-Muslim naik ke surau. Tak macam sbatch2 terdahulu. Ok, aku adalah orang yang agak pantang dicabar. Dan masa tu, aku diberi mandat sebagai Ketua Pelatih Muslimah. Maknanya, aku diberi tanggungjawab untuk jaga pelatih2 Muslimah dalam bab-bab kerohanian. Aku merancang dengan Ustazah Hayati dan geng-geng aku sendiri. Yang sama-sama membantu aku dalam menjaga kerohanian kawan-kawan yang lain. Atikah Shahrom, Ummu Aiman, Atiqah Charlie, Haryati Juning, Syafiqah Abdullah. Nie lah kawan-kawan yang sentiasa ada untuk jatuh bangun aku, sama-sama berganding bahu untuk menyiram dan menyuburkan keislaman, sama ada dalam jiwa muslim atau non-Muslim.

Kami ajak mereka naik ke surau. Kami ajak mereka dengar zikir. Kami ajak mereka dengar ceramah. Banyak pengalaman yang seronok. Kami berjaya mendekati seorang gadis Kristian, sangat kuat kepercayaanya pada Kristian. Dengar cerita dari kawan-kawan yang rapat dengannya (saya gelarkan dia M) M nie, dia punya kedalaman pengetahuan tentang agama dia, sama taraf boleh ganti Sister dah. Sister yang dekat gereja. Kalau tak faham, istilahnya cenggini. Dah nak sama taraf dengan Ustazah-Ustazah gitulah dia. Orang tanya hukum, dia boleh jawab. Gtulah. Kami rasa seronok sebab dapat ajak dia naik surau. *kau ingat senang nak pujuk yang orang2 kuat nie pergi rumah ibadat agama lain* Saya ingatl, M pernah cakap, betapa dia rasa bersalah pada keluarga kalau dia masuk Islam. Betapa dia rasa bersalah kepada keluarga kalau dia naik surau. Tapi, dia kata suka naik surau. Tenang.

Saya ingat, kerana projek kami ini, kami-kami digelar 'manusia bahaya' kerana mempunyai agenda 'memurtadkan' pelatih-pelatih non-Muslim. Sehingga aku ingat, aku sampai dikawal rakan-rakan yang lain, bagi menghindari jurulatih yang non-Muslim tu. Yang cop kami manusia berbahaya. Pada aku, kenapa nak takut kalau di jalan yang benar? Aku tetap bawa mereka naik. Aku gembira bila Stacy cakap, dia hafal al-Fatihah. Dia baca depan aku. Dia kata, dia suka belajar pasal Islam. Masa tu umur aku 18 tahun. Dan sekarang aku rasa betapa bodohnya aku kerana aku tak keep-in-touch dengan mereka. Aku tak manfaatkan mereka untuk menjadi saham akhirat aku. Bodohnya aku. Rugi.

Pernah aku cakap dengan kawan-kawan aku yang Kristian, "Perempuan-perempuan Kristian cantik-cantikkan?" *sebab tengok kawan-kawan yang Sabahan (Kristian) dan jugak pelakon-pelakon,haha* Dan si kawan membalas, "Ko tau, saya lagi suka tengok muka-muka Muslim. Muka kamu semua bercahaya. Cantik sangat." Allahu akbar.

Rindu, masa naik bukit, jauh ke atas sikit. Nampak Kinabalu walaupun dari jauh.
Rindu, masa masuk hutan.
Rindu, masa bagi arahan untuk Muslimat naik ke surau bila masuk waktu solat.
Rindu, masa orang sibuk berkawad, aku curi-curi makan ais krim *dengan Fatin. Hahaha*

Rindu, masa jenjalan kat Sabah, area Kota Kinabalu. Datang tempat sejuk.
Rindu, masa berlasak-lasak di PLKN.
Dan aku...rindukan Kota Kinabalu, tempat aku 'bermain' dengan banyak perkara.


Group Wirawati Alpha. Ihsan dari group fb PLKN.
Wira Alpha.

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru-biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh, hati saya rindu... *tears*

Thanks for reading.
Wassalam.

 

No comments:

Post a Comment