Sunday, March 3, 2013

Berdialoglah Dengan Tuhanmu...

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

Saya berharap untuk mencoret perkara yang ringkas dan padat.

Kita dikurniakan Allah SWT masa suka dan juga masa berduka. Ramaiiiiii, saya ulang ramai sangat antara kita yang lebih ingat, lebih kenal Allah SWT masa susah, daripada masa senang. Saya juga begitu, kerana saya juga manusia.

Kita ingat Allah masa kita sakit, masa kita disakiti, masa kita kesempitan, masa kita nak exam, masa kita susah. Berapa ramai yang ingat Allah masa sihat, masa ceria, masa cemerlang, masa dilimpahkan nikmat? Bukan tidak ada, tetapi jumlah kecil.

Adakah masa yang khusus untuk berdialog dengan Allah? Teringat saya ketika berada dalam Forum Cinta Mahasiswa rasanya yang disampaikan oleh Dr. Rubiah. Beliau memanggil dua orang wakil, seorang siswa dan seorang lagi siswi. Beliau bertanya, bilakah masanya kamu rasa link dengan Allah? Dan kedua-dua mereka menjawab, ketika solat. Beliau berkata, SALAH dan jawapan itu SANGAT SALAH. Kerana mungkin sahaja kita lupa firman-Nya di dalam surah al-Qaaf, ayat ke-16:

 وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ 
“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” 

Berdialoglah dengan Tuhanmu Yang Esa tanpa membataskan waktu. Tanpa perlu ada masa yang khusus. Berdialoglah dengan apa cara sekalipun kerana Tuhanmu Yang Maha Agung itu mengerti apa pun bahasa yang kamu gunakan. Kongsilah dengan Dia setiap duka dan bahagia.

Bacalah Quran dengan cara bertadabbur (membaca makna bagi setiap ayat yang kita baca). Cubalah, kerana biasanya di tengah-tengah ayat yang kita baca, ada perkara yang Allah tegur kepada kita, ada perkara yang Allah janjikan kepada kita, ada perkara yang Allah pujuk lara kita. Ingat, Tuhanmu itu Maha Setia, mengatasi segala kesetiaan manusia.

Tengah shopping pun boleh berdoa. Doalah dalam hati, kerana Allah Maha Mengerti. 


Satu perumpamaan yang simple. Dua situasi yang berbeza. Pertama, anda ada seorang kawan baik. Selalu bersusah senang dengan anda. Satu hari kawan baik anda menceritakan bahawa dia dalam masalah kewangan dan meminta bantuan anda. Seorang lagi, kawan yang jarang contact dengan anda, tibe-tibe mintak pinjam duit RM1,000. Anda rasa, kawan yang mana satu anda akan bantu? Mesti anda akan rase pada kawan yang jarang contatc tu macam nie, "Eh apehal pulak masa susah jumpa aku? Sebelum nie ko ke mana?" Tapi, dengan kawan baik anda, jika dia mohon bantuan RM1,000, anda dengan senang hati menghulur bantuan. Malah, mungkin anda akan beri lebih dari amaun yang diminta.

Begitu juga dengan Allah. Teringat seorang guru saya pernah mengingatkan, kalau kita nie punyalah malas nak berdoa dekat Allah, tiba-tiba bila kita dapat musibah, baru doa dari nama kita paling banyak naik kelangit, risau Allah tak kenal doa itu. Nak ke kita, doa kita tu dicampak kembali ke muka kita? Renungkanlah...

Berdoalah untuk setiap perkara yang kita lakukan. Pelajaran, kesihatan, rezeki, kesejahteraan kedua ibu bapa, hubungan baik sesama manusia, penindasan, jodoh dan macam-macam perkara lagi.

Ok, sekian sahaja coretan sebelum tidur.
Wassalam.

Friday, March 1, 2013

Last Week yang Best!

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt.

Ape khabar readers? May Allah bless u walau siapa pun anda yang membaca. Thanks for visit. ^_^

Cerita minggu lepas, baru nak update minggu nie. Ape lah punya lambat, kan? Bukan ape. Kalau kat KUIS, jenuh la pulak nak terpacak kat cc ke library ke tulis blog. 

Ok, bermula hari Jumaat, jumaat lepas adalah hari terakhir mid-term exam, subjek Istinbat Ayat al-Ahkam. Eh, betul ke tak name subjek nie~ @.@ Habis je mid-term, kelam kabut lah saya balik, siap-siap untuk pergi date bersama my roomate. Ok, nothing special pun. Setakat jalan-jalan cuci mata. Tapi, sangatlah mustahil kalau keluar window shopping semata-mata. Mesti ada 'ole-ole' yang di bawa pulang. Ole-ole wajib ialah big apple!

On the next day, saya join progam free, KUIS taja 40 students untuk pergi dengar talk 'Solat & Selawat Bersama Ustaz Don.' I'm seriously happy on this day! Sangat banyak input yang saya dapat. Let me share apa yang saya ingat ye.

-Apa peristiwa yang menyebabkan kita solat ada berdiri tegak, ruku', sujud dan lain-lain pergerakan? Sewaktu Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa baginda isra' dan mikraj, ketika baginda tiba di langit, baginda lihat para malaikat ada yang sedang berdiri tegak sahaja, ada malaikat yang sedang ruku' sahaja, dan ada malaikat yang sujud sahaja. Lalu baginda berkata, "Alangkah seronoknya jika aku boleh berbuat seperti yang dilakukan malaikat." Maka Allah memerintahkan, kaifiyyat (cara-cara) bersolat adalah seperti apa yang kita lakukan hari ini.
-Apabila Allah & Nabi Muhammad SAW panggil, maka kita wajib menyahut.
-Kenapa kita sujud dua kali, sedangkan pergerakan lain semuanya sekali? Ketika baginda tiba di tempat di mana malaikat semua sedang sujud, baginda memberi salam kepada para malaikat. Para malaikat bangun seketika untuk menjawab salam baginda dan kembali sujud. 
-Siapa orang yang mula-mula solat Subuh? Nabi Adam. Ingat tak kisah Nabi Adam A.S. di buang dari syurga, turun di dunia. Baginda diturunkan ketika malam hari. Baginda merasa sangat takut kerana sepanjang di syurga, baginda tidak pernah tahu apa itu kegelapan. Di syurga, hanya ada cahaya yang terang dan cantik. Dan berlalulah malam, baginda Adam A.S. melihat jalur putih di kaki langit (fajar) dan berasa sangat gembira, lalu mendirikan solat sebanyak dua rakaat sebagai tanda bersyukur terlepas daripada dua musibah, iaitu musibah kegelapan dan musibah dosa yang dilakukan. *untuk sejarah solat fardhu yang lain insya Allah akan saya update kemudian*

Kemudian, habis je program, terus menjelajah ke ekspo buku Islami yang ada. Dapatlah borong lebih kurang sepuluh buku dengan harga RM55 sahaja! berbaloi-baloi kot!!! Kalau total up harga sebenar, near to RM200, tapi saya berjaya menjimatkan duit. Terima kasih Ya Allah, banyak rezeki yang Kau beri. Dapat dengar ilmu secara percuma, boleh borong buku lagi. Lpeas borong buku, siap pak cik bas drop kan kami kat pasar Bandar Baru Bangi lag sebab ada yang mintak pergi pasar, tapi pasar yang dekat KUIS je lah. Dah orang nak bawak pergi tempat lain, takde hal lah. Follow je!


Saya dan mereka.
And hari Ahad lepas, ari yang saya nanti-nantikan. Guess why? Sebab saya akan ke Broga Hill! Brogaaaaaaaaa, Aku Datang!!! Siap excited. Taklah excited sangat sebenarnya. Biasa-biasa je. Pergi ke Broga untuk memenuhi silibus kokurikulum. Ada dua aktiviti, camping dan hiking. Bagi saya, saya memang tak suka camping. Leceh. Saya suka join aktiviti yang lasak, tak suka aktiviti perempuan melayu terakhir *apakah statement nie* Then, saya pun pilihlah hiking. Sebab apa? Sebab saya suka.

Sepanjang hiking, saya belajar dengan alam. Belajar realiti kehidupan. Banyak yang saya dapat walaupun takde sebarang kuliah atau talk. Belajar bukan terbatas dalam lingkungan dengar kuliah semata-mata ok? Saya belajar, untuk berjaya itu memang bukan mudah. Untuk mencapai tahap selesa itu bukan sesenang yang disangka. Walaupun dah beberapa kali hiking, tetap penat sebab tak biasa. Mungkin kita semput, letih lelah masa nak hiking. Sakit kaki, lenguh. Apa lagi? Macam-macam yang kita rasa. 

Kita paksa diri kita untuk terus naik atas Broga, walaupun kita rasa nafas memang dah semput habis lah. Macam tu juga dengan kehidupan. Kita paksa kaki kita melangkah ke hadapan, kita kuatkan semangat untuk terus bertapak melangkah, walaupun jalan yang kita lalu penuh rintangan. 

Di tengah pendakian, bila coach kata siapa nak surrender boleh tunggu. Bila coach kata perjalanan masih jauh, sapa yang tak nak naik boleh tunggu. Saya terfikir, saya macam pilih untuk surrender. Tapi terus saya tolak ke tepi, kerana saya nak teruskan perjuangan saya sampai ke atas. Ada misi dakwah yang sedang saya bawa. Memang masa hiking, saya lebih selesa mengenakan tudung bulat daripada tudung paku *pinjam word Ustaz Saifullah.* Sebab bila kita hiking, dah confirm kita akan jumpa macam-macam orang dalam perjalanan kita. Lelaki yang mengusik-usik, wanita Islam yang tidak menutup aurat, non-Muslim. Jadi saya pegang, manalah tahu dengan akhlak dan pakaian kita mampu menjadi dakwah dalam diam pada mereka. Siapa tahu, satu hari yang non-Muslim itu terbuka hati memeluk Islam. Siapa tahu, wanita yang tidak menutup aurat atau kurang sempurna penutupannya sedar, menutup aurat tak mengurangkan walau sedikit pun tenaga untuk hiking, malah memelihara mereka. Dan kita yang melihat mereka-mereka begini, doakan mereka dalam hati. Bukankah doa yang tidak diketahui itu lebih makbul? ^__^

Dan semasa memilih untuk surrender, sahabat-sahabat bertanya keadaan saya, ok ke untuk teruskan. Saya cakap insya Allah, boleh. Di samping kawan-kawan yang menghulur tangan dan berjalan bergandingan semasa kesusahan. paling saya tak boleh lupa, bila nakk turun Broga. Wallahi, nie first time saya rasa gayat gila masa nak turun. Masa tu, macam-macam dekat kepala. 'Kalau aku jatuh, matilah aku jawabnya.' Tapi, ada seorang kawan menghulur tangan bila dia nampak saya macam tak berganjak, mungkin dia faham saya gayat. Terima kasih kawan! Sambil tu, cuba pujuk diri, boleh turun sendiri. Tak jatuh... Sampai satu tempat yang curam, saya menggelungsur untuk turun *gayat punya pasal* Tapi bila dah turun, memang nikmatnya tak terkata.

Sepanjang perjalanan mendaki Broga, ada masa kita semput, ada masa kita takut, ada masa kita jatuh. Same goes to our life. Itu juga kisah kehidupan. Dalam kehidupan, bukan setiap masa adalah masa untuk kita ketawa, untuk kita senyum, untuk kita gembira. Ada masa kita disakiti, ada masa kita kesedihan, ada masa kita kecewa, ada masa kita rasa diri kita tak berguna. Semua tue natural of life. Satu je pesan saya pada diri sama ada tengah hiking atau dalam hidup, kita jangan mudah melatah bila dicuit situasi-situasi macm nie. Tetapkan prinsip kita. Hadapi segala cabaran dengan gaya hidup orang yang bertuhan. Sebab apa saya cakap macam ie? Datanglah apa dugaan sekalipun, kalau pergantungan kita hanya pada Yang Esa, maka pergantungan kita tak pernah sia-sia. Allah SWT yang akan datang membela. 

Berdakwahlah walau di mana saja kita berada kerana dakwah itu cinta. ^_~
Teringat pulak Ustaz Don cerita masa kem Solat dan Selawat tu, kisah 'Aisyah R.A. difitnah. 'Aisyah yang hanya berjalan berdua dengan seorang lelaki tetapi difitnah melakukan sesuatu yang buruk. Dan Nabi pun turut rasa tempiasnya. Apa tidaknya, sepanjang beberapa bulan yang berlalu, *maaf saya tak ingat berapa lama* Nabi hanya menjenguk 'Aisyah hanya untuk memastikan yang 'Aisyah sihat. Langsung tidak bertanya khabar, tidak bercerita, bergurau senda, walhal itulah isteri yang paling Baginda SAW sayang. Sepanjang beberapa bulan Nabi tidak bertegur sapa dengan 'Aisyah, sepanjang itulah wahyu tidak turun. Dan baginda tak tau, adakah 'Aisyah bersalah atau tidak. Satu hari, baginda mengumpulkan 'Aisyah, Abu Bakar, dan kedua ibu bapa 'Aisyah untuk mempertimbangkan sama ada baginda akan menceraikan 'Aisyah ataupun tidak. Tau Nabi cakap apa dekat 'Aisyah? "Wahai 'Aisyah, jika kamu orang yang benar, tenanglah kamu. Allah akan membersihkan nama kamu. Tapi, jika kamu orang yang bersalah, maka bertaubatlah 'Aisyah." 'Aisyah memujuk ibu bapanya supaya terangkan kepada Nabi, yang dia tidak bersalah. Namun, kedua ibu bapa 'Aisyah tak mampu untuk melakukannya. Hinggalah 'Aisyah sendiri yang bercakap kepada Nabi bahawa dia tidak bersalah. Dan kemudian, menggeletarlah badan Nabi dan berpeluh-peluh baginda ketika wahyu turun. Terus Nabi mendapatkan 'Aisyah dan berkata, "Wahai 'Aisyah, sesungguhnya Allah telah membersihkan nama kamu."

See? Ustaz Don kata, Allah kalau nak uji kita, memang uji sungguh-sungguh. Sampai kita rasa nak give up dalam hidup. Lagi Ustaz Don kata, kalau orang memburukkan kita atau memberi fitnah, tak payah layan. Serahkan dia pada Allah SWT. Biar Allah yang bersihkan nama kita, cepat atau lambat. Ustaz Don kaitkan dengan kes Syeikh Nuruddin al-Banjari.

Eh, macam dah terpanjang sangat catitan nie. Dan semasa hiking jugak, saya teringat masa kami di Syria, duk memanjat Makam Arba'in. First time memang penat. Balik je menggeletar lutut. Tapi, bila dah dua tiga kali naik Makam Arba'in, takder rasa penat sangat. Penat macam berjalan biasa. Tu lah, bak kata pepatah, Alah bisa tegal biasa. 

Dan saya sangat gembira, saya, Wizana, Afiqah, Kak Teah, Kak Zu, Nani dan Adha merupakan orang-orang yang terawal sampai di bawah. ^__^

Thanks for reading. 
Wassalam.

Saturday, February 16, 2013

Salahkah Aku Bercinta?

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt.

Tajuk post nie bukanlah tajuk miang-miang gitu, tapi nie adalah tajuk forum yang dianjurkan oleh PERSADA dalam program mereka, Karnival Mahasiswa Islam kali ke-3. Forum ini diadakan pada 14 Feb, di mana anak-anak muda masih ramai yang menyambut hari Valentine, hari berkasih sayang katanya. Bagi saya, program macam nie sangat bermanfaat. Program santai yang menghilangkan stress lepas penat berassignment dan berkelas. Tulisan ini juga special dedicate untuk sahabat-sahabat yang request supaya share apa yang saya dapat.

Saya pergi dengan my roomate, Kak Yati. Kitorang memang tegar nak pegi lepas solat Isyak jugak. Nak dijadikan cerita, kami terlewat sampai di majlis dan masa sampai, awalnya kami tengok orang sampai terkeluar dari Audi AI. Belakang sekali di block oleh kaum Adam. Saya dan Kak Yati dah garu kepala. Camne nak masuk nieeee. Takkan nak balik gitu je. Masa otw ke Audi AI, saya dah cakap kat kakak bilik saya, "Kita jangan set dapat tempat kat kerusi tau. Kawan kita kata dah penuh. Tak dapat dok kerusi tak pe, yang penting, kita dapat dengar talk tu." And, itulah yang terjadi. Kami mintak laluan pada kaum-kaum lelaki yang terkeluar-terkeluar tu untuk masuk dan dengar ada yang cakap, "Masuklah, penuh dah nie. Nanti kena keluar balik." Ada jugak spesies manusia yang acah-acah nak patahkan semangat orang la kononnya. Tapi jangan risau, once saya dah tekad nak buat satu benda, saya takkan toleh belakang. Kami usaha cari tempat duduk, alhamdulillah dapat. Terima kasih Allah sebab sudi jagakan tempat untuk kami. ^__^

Penceramah ialah Ustaz Haslin Baharin dan Ustazah Isfadiah. Moderator Fitri Yahya. Awal-awal saya komen, saya stress sebab dengan Fitri Yahya ngan Ustaz Haslin. Diorang kelakar sangat, sampai kitorang tak sempat nak bernafas untuk next jokes. Yang Fitri Yahya pulak, suka dok kena-kenakan orang. Dia panggil student KUIS secara rambang, then dia tanya dengan gaya dialah. Ada yang dapat gelaran, Abang Haji, Pengira Zakat pun ada. Serius memang tak tahan nak gelak!

Ok, sekarang saya nak share point-point yang saya dapat.

-Again and again and again, cinta itu fitrah.
-Isteri Imam Syafie sendiri pernah bertanya kepada suaminya, "Wahai suamiku, siapakah yang engkau cintai?" Dan Imam Syafie menjawab, "Sudah pastilah engkau, wahai isteriku yang kucintai." Isterinya bertanya lagi, "Jika begitu, adakah engkau mencintai Tuhanmu?" "Sudah pasti isteriku. Kerana Dia yang menciptakan engkau."
-Cinta Allah yang lebih utama kita pentingkan. Ramai orang BOLEH CAKAP, "Aku cinta padamu kerana Allah" tapi melanggar perintah Allah dengan jalan bercouple. Couple itu perkara maksiat yang dirangsang oleh nafsu. Bila nafsu lagi tinggi dari cinta pada Allah, maka lahirlah cinta yang tak berkat.
-Improve yourself ke satu tahap yang lebih baik, untuk mendapat jodoh yang baik. Seba apa? Bila kita baik, kita akan menarik orang-orang yang baik dalam hiodup kita. Contohnya lelaki yang merokok. Dia hanya akan menarik kawan-kawan yang berperibadi buruk untuk menyokong kehidupannya.
-Doa, mintak pada Allah. Bukan mintak pada manusia, kerana manusia itu milik Allah.
-Muda-mudi zaman sekarang, darahnya membara. Nak cepat luahkan perasaan pada orang yang dia suka kerana TAKUT TERLEPAS. Tahukah anda, takut terlepas nie sama seperti TIDAK YAKIN DENGAN ALLAH. Berhati-hati dengan perbuatan kita.
-Bila takut terlepas, kita dah luahkan, kemudian kita akan melalui jalan-jalan couple sebelum nikah. Boleh luahkan, tapi terus untuk memiliki dengan jalan bertunang seterusnya bernikah.
-Cek pasangan anda, hubungannya dengan Allah melalui solat subuh secara berjemaah.
-Cek juga bagaimana hubunga dia dengan ibunya, itu melambangkan bagaimana hubungannya dengan orang-orang terdekat. Hubungan dia dengan adik-adiknya, itu menggambarkan hubungannya dengan anak-anak nanti.
-Zaman universiti, zaman muda mudi galak bercouple, dan meningkatkan bilangan remaja rosak.
-Istikharah sangat perlu dalam memohon kebaikan. Istikharah itu, mesyuarat kita dengan Allah.
-Orang yang banyak berjumpa, banyak cerita dengan pasangannya sebelum nikah, insya Allah dah tak de modal sangat nak bercerita, bergurau senda selepas tempoh perkahwinan. Bercerita dan bergurau senda ialah benda yang manis, dan layak dirasai selepas pernikahan.
-Mentaliti parent melayu sekarang, "Ang nak kawin, ang cari duit sendiri." Ini mentaliti yang salah.
-Parent bukan tak bagi anak dia nak kahwin awal, tapi banyak benda kita kena buat contohnya, yakinkan parent anda yang anda layak kahwin awal. Ambil hati parent dengan buat tugasan di rumah. Kalau bangun tidur pun lambat, macam mana parent nak tenang lepaskan anak kahwin awal? Bentangkan bajet perbelanjaan atau rancangan perkahwinan kita. Parent lazimnya akan tolong, cuma dia nak tengok kesungguhan dari anak-anak dia dulu.
-Hasan al-Basri kata, BERMULANYA MAKSIAT dari MATA, kemudian kepada SENYUMANNYA, kemudian SALAM (Hai awak!), kemudian berlarutan kepada KATA-KATA (Awak dah makan ke? Awak tengah buat ape tu?) dan akhirnya membawa kepada MEMBUAT PERJANJIAN (Kalau betul awak cinta saya, give me ur body.)
-Baik dan buruknya kita bukan ikut ukuran manusia, tapi ikut ukuran Allah.
-Jika kita dah solat istikharah, dapat petunjuk yang baik, maka dialah yang terbaik untuk kita yan Allah berikan.
-Istikharah tunjuannya untuk bantu kita buat keputusan. Contohnya Imam Bukhari masa nak pilih hadith, beliau solat istikharah dahulu supaya hatinya tenang untuk ambil atau tak hadis yang ada padanya.
-Bertunang itu maksudnya, bila seorang kata, "sudikah awak menjadi isteri saya?" dan kita jawab, "sudi."
-Bertunang yang tak bermaruah ialah bercouple.
Lelaki yang menawarkan cinta secara couple kepada pasangannya ialah seorang yang kurang ajar, biadab. Contoh yang mudah, kita ada handbag. Handbag tu depan kita, ada orang ambil beg kita tanpa izin, bbuat main beg kita tapi tak minta izin dengan kita sebagai owner. Lepas dia buat main beg kita, dia blah macam tu je. Apa yang kita rasa?
-Dating BOLEH sape kat tak boleh, tapi bawak mahram sekali. Dating dengan keluarganya sekali, baru kita terjaga daripada nak sweet sour.
-Ada soalan tanya, betul ke kita carilah orang yang cintakan kita? Jawab ustaz, nanti akan jadilah cerita cinta macam Setia Hujung Nyawa, cinta yang mungkar.
-Cari pasangan lihat AGAMAnya dahulu. Jangan bertolak ansur dengan pegangan agamanya.
-Kahwin dapatkan restu parent, paling penting.
-Belajar cintai diri sendiri sebelum mencintai diri orang lain.
-Tau sebab apa hati selalu meracau ingat orang yang kita sayang? Sebab, kita tak banyak ingat Allah. Ingatlah, hanya dengan ingat Allah, hati akan jadi tenang. Ingat Rasulullah dapat pahala. Ingat ahli keluarga, dapat pahala. Ingat couple, sia-sia.
-Seorang kasanova pernah confess dengan Fitri Yahya, "Kalau kita dapat tangan perempuan, mkaa mudah untuk dapat yang lain-lain." Apa yang lain-lain? Fikir-fikirkanlah.

Sekian nota cinta dari saya. Semoga bermanfaat buat yang membaca. Maaf, sebenarnya panjang lagi. Tapi ni amek main point je tulis kat blog.

Panelis, moderator dan lain-lain
Mahasiswa KUIS
Kak yati & Me
p/s: To student KUIS, next week 23hb ada program Selawat & Solat Tour bersama Ustaz Don, free for 40 students. Jom pegi sapa yang free. boleh lagi mendaftar, g kat BPM ye.
Wassalam.



Saturday, January 19, 2013

Cuti Mid Sem

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

Hello readers. How are you? May Allah bless y'all till hereafter, ease every single ur works. ^__^

Special wish to my 4th younger sister, called Yana. My prays always for you. Semoga jadi anak yang solehah, kakak dan adik yang solehah, isteri yang solehah. Haha Actually, she just 14th years old. But am I wrong for praying her like that? Absolutely not. But there is a huge advantage for her.. ^__^

Ok, back to the topic. What I'd done along my mid-sem break? Saya menghabiskan masa dengan membaziri masa yang ada, iaitu berjalan-jalan tanpa arah tuju, tidur, tengok tv, facebooking, blogging. Dan saya sendiri pelik, kenapa saya jadi macam nie? Membazir masa. And nak menyesal pun dah tak berguna, sebab esok dah nak pulang ke KUIS tercinta. 

Dan, saya telah menonton dua cerita yang orang gembar-gemburkan best, iaitu:



 dan....




Istanbul Aku Datang, best. Ok lah daripada Lagenda Budak Setan 2. 

Saya download dua-dua dari You-tube. Scroll down the comments, cerita LBS2. Ramai yang kata, koyak mata, touching. Tapi saya cek jugak air mata saya, kot-kot lah menitis. Hihi. Tapi ternyata, air mata saya halimunan. Haha.

Saya rasa best lagi tengok cerita Istanbul Aku Datang. Senget, sengal, sweet. Oklah tu 3S from me. Haha. Ok, tapi apa-apa pun saya suka download je cerita dekat you-tube. Selamat duit daripada pegi wayang. Haha Takpe, kedekut tengok wayang takpe. Sebab cerita kat wayang tu boleh kua kat u-tube atau mana-mana tempa download. Jangan kedekut melabur untuk ilmu, untuk akhirat. Itu kedekut yang tak baik..

One more kesengalan yang saya buat hari ni. Ok, hari tu dah pegi tempah cake untuk celebrate birthday Yana. Saya suka kek kat tempat nie sebab dibuat oleh perempuan Islam, insya Allah dia tahu mana halal dan haram untuk buat kek dan harganya pulak sangat berbaloi. Nak kate murah pun, boleh lah... Chocolate moist cake kalau sekilo baru RM50 je. Kalau kat tempat lain, memang mencekik. Tapi, tak lah beli chocolate moist. Tu maybe saya nak book untuk my becoming birthday la kot... 

Ok, balik pada cerita asal. Tengah akak tu nak packing kek tu dalam box, saya saja tanya, 

Saya : Kak, nak tempah kalau kek kahwin kat sini berapa ye kak?
Kakak Kek: Chocolate moist sekilo RM50 kalau bentuk bulat. Kalau benuk petak, mahal sikit lah sebab saiz dia lagi besar dari bulat. 
Saya: Kalau kek tingkat, berapa ringgit, kak? *aku tanya macam kat kedai satu barang dua ringgit, tiga barang, saploh ringgit je kan~*
Kakak Kek: Kalau kek tingkat, pun sama. Dia ikut bentuk. Kalau bulat, buat 3 tingkat dalam RM170 hingga RM190 macam tulah. Kalau kek segi empat, dia mahal sikit lah...
Saya: Kalau nak tempah cupcake pulak berapa kak?
Kakak Kek: Dia ikut bilangan, dan ikut jenis kertas pembalut cup cake. Kalau ada krim, lain harga, takde krim lain harga. *aku tengok dia macam malas nak cakap banyak-banyak dah.hahaha*
Saya: Owh...
Kakak Kek: Bila nak pakainya tu, dik?
Saya: *mati aku* Cadangnya tahun depan. *aku memang suka kelepet orang kalau dia tanya bile aku nak kahwin bagai. asal aku tanya pasal kek ke baju ke, mesti tanya bila nak kawen~ stressss* Err..saya saja nak survey dulu kak. Hehe *mana tau kalau betul-betul tahun depan? fuhhhh! aku pulak yang berpeluh*
Kakak Kek: Owh... *sambil senyum*
Saya: Ok lah ye kak. Kek saya dah siap, kan? 
Kakak Kek: Aah dah. Yang pasal kek kahwin tu, apa-apa nanti kalau nak tempah ke datang lah sini ye. 
Saya: Insya Allah. Doakanlah ye kak. Err..yelah baru cadang je. Tak tau lagi macam mana... *cadanglah kau sorang-sorang. calon pon takde lagi. haha*
Kakak Kek: Eh yelah mana lah tau dah sampai jodoh, kan? *dalam hati aku, AMIINNNNN*
Saya: Hehe Doa-doakanlah ye kak. Eh, ok lah kak. Balik dulu ye. Terima kasih.

Aku, kalau tak buat kerja gila memang tak sah. Yelah, keluar jenjalan pegi Klang, sorang-sorang *aku memang suka kua Klang sorang-sorang* lepas settle urusan semua, mulalah aku saje gatal nak buat gila masuk Kamdar lah, kedai baju. Pastu tangan cop baju yang cantik-cantik je walaupun dalam purse ada limeposen je *nampak sangat nipunye* Jadi, daripada takde wat ape, dan aku tengok orang kedai tu pun macam boring je, baik aku g tanya dia harga kain baju kahwin berapa, kan? Barulah berbaloi dia kerja, ada lah jugak layan aku. Daripada dok tenung je kain-kain kat situ. Aku bukan ape, kesiannnn dengan kakak-kakak kain nie. Boring diorang. Hahaha

Dan disebabkan aku dah berusia 23 tahun, banyak pulak calon dari mama yang mama perkenalkan. Ustaz dari Sabahlah, anak kawan-kawan mama masa kat kampunglah. Guess what? Saya hanya memggelengkan kepala dengan senyuman. Mama cakap saya memilih. Eh, wajiblah memilih. Ini soal siapa imamku, siapa kawan sejatiku dunia akhirat, dan yang sanggup bersusah senang denganku. Takkan nak pilih yang sembarangan je kan? Saya cakap kat mama, jangan risau mama. Insya Allah, satu hari nanti akan datang seorang lelaki sejati yang dipilih Allah SWT untuk kakak... 

Hilal Asyraf kata, kalau suka pergi padanya dan beritahu padanya. Beliau juga membuat analogi yang logik, iaitu kalau nak ambil buku dalam laci, takkan cakap dalam hati, buku boleh keluar sendiri? Tapi saya rasa, prinsip ini lebih sesuai diaplikasi oleh lelaki. Ya, memang tak salah perempuan pinang lelaki. Tapi...


Dan satu yang aku yakin. Jika 'engkau' benar untukku, maka aku sebagai wanita, aku lebih selesa meminta pada Pencipta Hati. Kerana aku punya prinsip; Jika kau suka seseorang, mintalah pada Allah. Boleh jadi Dia akan bagi orang yang kita suka, atau Dia akan ganti dengan orang yang lebih baik. Dan keyakinanku pada Tuhanku takkan boleh ditukar ganti. Kerana aku yakin, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui segala isi hati ini. ^__^

Ya Allah, tolong jaga 'dia' untuk saya, meski saya tidak tahu siapa 'dia'. Tapi, saya yakin, 'dia' itu hatinya dekat dengan Engkau, Yang Maha Kuasa... Amiin... Insya Allah... ^__^

Ok lah. Sampai sini dulu merepek. And one thing more, aku memang suka merepek selain baca buku. Tapi, aku tak suka sangat makan kerepek. LOL

Daaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, January 16, 2013

So Stress!

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

Stress sangat sebab banyak majlis ilmu yang terpaksa miss. Hari tu miss nak dengar ceramah daripada Syeikh Ali As-Sobuni, salah seorang ulama' masyhur di Syria. Miss sebab malam tu ada ko-ku ganti, kerana keesokannya, ada kenduri kahwin anak Rektor. 

Stress bila tengok tarikh masa K-Fiqh 2013, 19 Jan ni. Asalnya saya tengok date, clash dengan ko-ku. Bayaran early bird RM90 je. Murah lah nak compare dengan harga yang sekarang RM150. Pendaftaran still dibuka untuk walk-in student ke Konvensyen nie. Dah masa sekarang, memang manalah pulak nak korek RM150. RM90 insya Allah still affordable. Last-last, 19 Jan ialah masa cuti mid-sem. Memang harapanlah nak ada ko-ku kan? Dan baru tau, ada kenderaan nak ke MAEPS, yang tunggu kat KTM Serdang. Dah last minute, macam manalah pulak nak ke sana, sebab takde kawan nak pakat sekali pergi. Program start pukul 8.00 pagi pulak. Ada pulak lah bas dari KUIS pukul 6.00 pagi, kan...


Stress bila tak dapat join jugak program Rally Tarbawi yang akan dibuat Jumaat dan Sabtu minggu depan. Memang plan asal disebabkan cuti Thaipusam nak balik. Tapi, bila ada program yang best, macam nak lewatkan sikit balik. Tapi mama cakap, "Lupa lah tu, minggu depan kan jiran kita kahwin." Bukan jiran kahwin yang jadi masalah pada saya. Tak ada saya pun majlis tetap jalan sebab bukan saya pengantin perempuan. Tapi, bila jiran kahwin, mama and ayah akan turun pada tolong-tolong apa yang patut. Jiran kan... Dan rumah pulak tak ada pengemudi. Maka saya selaku anak sulung, haruslah berperanan. Masak tu yang penting. Kalau mama dah penat rewang, takkan lah mama jugak yang nak kena masak kat rumah, kan? Setakat basuh baju, mesin ada. Sidai baju, adik-adik ada *sebab sidai baju ialah benda yang paling saya tak suka buat. tapi terpaksa sukakan jugak sebab saya perempuan. @.@* Dan pantau pembelajaran adik-adik.  Yelah, sorang UPSR, sorang SPM. Kena jadi Hitler lah saya jawapnye. Dan saya rasa, Ya Allah...sedihnya tak dapat pegi majlis ilmu tu... Serius, saya sangat sedih. Tapi, saya cuba berlapang dada dengan memujuk diri, ada hikmah yang lain ni... Dan itulah ayat lazim memujuk hati sendiri...


Anak sulung, begitulah... Perlu banyak beralah dengan adik-adik. Perlu belajar bersabar. Perlu berdikari. Perlu berkorban *jangan korban yang tak tentu pasal dah lah* Perlu jadi ketua untuk conduct adik-adik. Saya menyesal? Nauzubillah... Kenapa nak menyesal untuk perkara yang Allah dah tentukan? Apa yang saya perlu buat, manage segala tugasan dengan sebaiknya. 

Anak sulung, ada masa dia manja, tapi manjanya takkan boleh kalahkan anak bongsu. Saya jenis yang lebih pada strict. So, kalau orang jenis mengada-ngada nie saya memanglah allergic siket. 

Ape lagi eh? Owh, dalam stress, saya jugak gembira kerana telah berjaya membeli buku-buku yang menggembirakan hati saya. Tapi stress jugak hari tu, masa nak beli buku dekat Marwilis, dia kata potongan yang ada 5% je. Saya punya duit cukup-cukup untuk bayar harga 10%. Last-last, saya tinggalkan buku-buku tu, dengan harapan bertemu dengannya di International Book Fair 2013. Nak kumpul RM1,000 before IBF13 datang. Haha~

Ok, sampai sini dulu.
Wassalam.

Sunday, January 13, 2013

Sebelum Aku Bernikah v/s Cinta High Class

Bismillairrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

I'm seriously miss u my blog!!! Ok, sekarang sedang berlangsungnya cuti mid-sem di KUIS dan akan berakhir Ahad minggu depan. Sudah lepas satu mid term, iaitu Undang-Undang Islam dan Masyarakat. Kena bersedia untuk subjek-subjek yang lain dan sangat malas.

Erm, ok. The exact date saya beli buku Sebelum Aku Bernikah ialah masa saya keluar dengan kawan-kawan untuk cari bahan di Perpustakaan Negara. Masuk kedai buku, saya rasa macam sakit kalau tak beli buku *ok ini tipu* Dan saya pun telah membeli buku karya Hilal Asyraf yang ramai gile feedback cakap best. Saya memang peminat untuk tulisan beliau but honestly not from the side of motivation writing. Hehe. Saya sangat suka gila-gila punya gila tulisan novel beliau, sebab novelnya menjangkaui batasan minda fikiran saya. Imaginasi tinggilah senang cerita.

Saya beli buku Cinta High Class terlebih dulu sebelum buku Sebelum Aku Bernikah nie. Perlu ke saya nak buat 'v/s' bagi kedua-dua tajuk tu? Sebab saya rasa buku dari orang yang berlainan, sudah tentulah pendapatnya juga berlainan. Alhamdulillah dengan gigihnya saya dah tamat baca buku Sebelum Aku Bernikah *walaupun buku subjek Undang-Undang Pentadbiran Jenayah tak habis baca lagi.* ~.~ Saya bukan nak komplen apa-apa, semata-mata pandangan saya apabila saya sudah membaca kedua-dua buku ini. Saya lebih suka mengulas titik persamaan dan perbezaan antara tiga novelis yang saya baca, daripada karya mereka. Moga Allah SWT merahmati mereka dan memberi mereka kekuatan untuk terus kuat dalam menajamkan mata pedang dakwah masing-masing.


Ok, ini lah buku-buku yang saya cakap tu. Terima kasih Grandpa Google untuk tajaan gambar.

Titik persamaan yang saya temui ketika menelaah kedua-dua novel ialah membincangkan pengalaman masing-masing tentang persediaan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan yang paling penting ialah cinta itu nilainya mahal, tak sama seperti cinta murah seperti yang diterjemahkan dalam kehidupan muda-mudi dan tua-tui zaman sekarang. Asas cinta itu ialah Allah SWT, bukan semata-mata orang yang kita cinta.

Titik perbezaan yang saya jumpa, sangat ketara ialah pandangan penulis dalam menghurai bagaimana masing-masing memelihara cinta. Yang dapat saya keluarkan ialah, pengalaman mereka adalah berdasarkan peribadi mereka. Direct to the point, Hilal Asyraf ialah seorang yang saya kira berani manakala karakter Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi pula lebih cenderung ke arah pemalu. *sweet baca cerita Fatimah Syarha sebab dua-dua pemalu.*

Bagaimana masing-masing mengupas soal cinta, soal alam pertunangang, soal persediaan sebelum perkahwinan. 

Soal Cinta:
Cinta itu halal pada dasarnya namun apabila tyakrifannya telah dikotori, maka sebab itu lebih ramai yang cenderung mengatakan cinta itu haram. Kerana apa? Cinta itu ddefinisnya pada zaman ini ialah perlunya kepada couple, perlunya asmara yang mebggila, perlunya setiapa masa berhubung mesra, perlunya untuk keluar dating, untuk ta'aruf dan ukhwah katanya. Ramai orang konon-kononnya mengislamikkan istilah couple, walhal intipatinya tetap kotor dan berlawanan dengan syara'. 

Cinta itu fitrah. Ya, jangan sampai fitrah menjadi fitnah. Itu yang sampai timbul slogan yang selalu kita dengar, bercinta selepas nikah itu indah. Menurut penulisan Hilal Asyraf, cerita cinta yang hebat daripada Fatimah dan Ali R.A. iaitu masing-masing memendam rasa saling mencintai dan akhirnya saling meluahkan selepas berkahwin ialah tidak betul. Saya juga kurang pasti. Kerana beliau berkata, taraf hadis itu diragui. Wallahu a'lam. Kalau saya dapat tanya pada pensyarah-pensyarah yang pakar, insya Allah saya akan informkan di blog, ok kawan-kawan. 

Sesi Pertunangan:
Yang saya lihat dari pandangan Fatimah Syarha, beliau dan suaminya berusaha bermujahadah sekuat mungkin untuk menjadikan fasa pertunangan seperti fasa 'berpuasa'. Kenapa berpuasa? Berbalik pada istilah puasa, iaitu menahan diri daripada melakukan sesuatu perkara yang membatalkan, bermula dari terbit fajar hingga tenggelam mentari. Ya, malahan mereka menjadikan surah Al-Mukminun sebagai inspirasi untuk mencapai keberkatan dalam fasa pertunangan, seterusnya membina keluarga yang barakah, mahabbah dan rahmah.

Dari sudut pandangan Hilal Asyraf, beliau menceritakan bahawa beliau bersama tunangnya (ketika menulis bukunya) turu memberikan hadiah, turut keluar bersama DENGAN SYARAT Hilal Asyraf dan tunangnya *ketika itu* sebelum bertukar hadiah, mereka memaklumkan kepada keluarga mereka dan keluarga pasangan masing-masing. Keluar bukan berdua-duaan, tapi keluar bersama-sama keluarga mereka dan bakal keluarga baru mereka *ketika itu*. Keluar BUKAN masa baru bagitau perasaan, iaitu aku suka dia, tapi keluar dengan ikatan tunangan. 

Jangan salah faham, tunang bukan tiket untuk heret anak dara orang keluar sana sini. Juga bukan tiket untuk berkelakuan seerti suami isteri kerana pertunangan bukanlah suatu ikatan yang kukuh seperti ikatan perkahwinan, sekadar 'booking' istilahnya. Sekadar 'cop'. Malah yang saya nampak persamaan antara mereka ialah, kalau nak berhubung pun, melibatkan keluarga sama ada perbincangan, atau sesi taa'ruf. Saya tegaskan, MELIBATKAN KELUARGA, bukan sekadar antara mereka dan pasangan. Cuma yang saya nampak, Fatimah Syarha lebih memilih untuk berhubung tanpa suara kerana sikapnya dan pasangan yang pemalu dan mahu menikmati suara pasangan ketika selepas bernikah. Berbeza dengan Hilal Asyraf, yang mana fleksible, iaitu beliau memilih untuk berhubung melalui email, atau keluar atau melalui telefon SEKADAR YANG PERLU dan MELIBATKAN KELUARGA.

Persediaan Sebelum Berkahwin:
Yang ini sama, iaitu keutamaan memperbaiki diri dengan Allah dengan meningkatkan kualiti diri dari sudut ibadah, dan juga persediaan-persediaan untuk ke alam rumah tangga, seperti persediaan mental, emosi, dan memperbanyakkan membaca buku tentang perkahwinan dan juga meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman.

Yang lelaki iaitu Hilal Asyraf, saya rasa persediaan yang diajar oleh umminya iaitu perlu mantapkan kewangan sebelum berkahwin adalah tindakan yang sangat bijak. Beliau mendidik puteranya menjadi lelaki sejati, iaitu lelaki yang bertanggungjawab. Bukan sekadar tahu nak kahwin, tapi menjadikan ibu bapa sebagai 'pembayar' majlis perkahwinan. Dan beliau mula menulis dan menulis, salah satunya untuk menstabilkan ekonomi kewangan sebelum ke alam rumahtangga.

Yang wanita iaitu Fatimah Syarha, contoh yang mantap. Iaitu beliau memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan, menyibukkan diri untuk memahami dan memotivasikan kawan-kawan sejantina dalam permasalahan masing-masing, khususnya yang berkaitan dengan hati.

Saya paling suka bila nampak ketegasan dalam kelembutan yang ada pada diri Fatimah Syarha, apabila ibunya mendesaknya untuk berkahwin, menerima satu pinangan yang datang setelah dia tamat belajar, sedangkan dia tidak begitu mantap untuk memilih lelaki itu. Dengan kekuasaan Allah, maka Allah hantarkan lelaki yang setanding, sama hebat dengan peribadinya datang meminang walaupun mereka tidak pernah saling mengenali kerana percaya dengan kuasa orang tengah yang amanah. Keyakinan dan kebergantungan yang sangat tinggi kepada Allah SWT itu wajib berbanding bergantung kepada makhluknya. 

Saya juga sangat suka definisi 'usaha dari pihak perempuan dalam mencari jodoh' yang diterjemahkan oleh Fatimah Syarha. Ya, memang sudah ada teladan agung sepanjang zaman, yang mana boleh untuk seorang wanita meminang lelaki yang disukainya dengan menggunakan orang tengah, dengan cara yang bermaruah. Saya tidak menafikan hakikat itu. Tetapi perlu ingat, realitinya bukan semua wanita sanggup memilih jalan seperti itu kerana sifat wanita itu pemalu. Oleh kerana itu dalam Mazhab Syafie, wanita dinikahkan oleh walinya. Ok, berbalik pada definisi usaha. Definisi usaha yang membuatkan saya setuju 500% dengan beliau, iaitu wanita seharusnya berusaha dengan meningkatkan kualiti diri iaitu memantapkan ilmu-ilmu, menyibukkan diri mencintai Illahi,  meningkatkan kualiti ukhwah dengan rakan-rakan sejantina khususnya, memelihara diri daripada perkara yang melalaikan dan mencalarkan kesetiaan kepada 'bakal suaminya'. Dan tidak memilih untuk mencari-cari si soleh dalam keadaan diri yang masih banyak perlu diperbaiki.

Berbeza dengan tafsiran Hilal Asyraf tentang usaha, beliau menggunakan idologi yang mudah iaitu mahu buka laci tapi cakap dalam hati sahaja. Realitinya, jika mahu buka laci tapi sekadar bergema dalam hati, bolehkah laci dibuka? Pastinya tidak. Dan begitu juga tentang perasaan. Jika kata suka tapi sekadar dalam hati, mampukah yang satu lagi tahu isi hati kita? Pasti tidak. Sebab itu perlu bertindak 'memberitahu'. Tapi bagi saya, ini lebih difokuskan bagi lelaki. Betul, perigi mencari timba tak salah, tapi sekali lagi saya tegaskan, tak semua wanita mampu meladeni sikap Saidatina Khadijah. Dan lebih malang jika ramai salah aplikasi konsep ini, iaitu memanjangkan cerita dengan ber'couple-couple'an terlebih dahulu. 

Paling tertarik dengan kata-kata Hilal Asyraf iaitu, "RAMAI ANAK MUDA ZAMAN SEKARANG LEBIH SELESA MEMILIH UNTUK COUPLE SEBAB COUPLE TIDAK MELIBATKAN KOMITMEN ANTARA KELUARGA, BERASA ASMARA YANG MENGGILA BILA BERSAMA PASANGAN DAN BOLEH DITINGGALKAN SESUKA HATI BILA RASA TAK MAHU."    

Betul, kalau kita cintakan seseorang, kenapa perlu membawanya ke neraka? Apa-apa yang kita buat sekarang, yang kita tahu bertetntangan dengan syara' samalah seperti kita menuntuni orang yang kita sayang ke nereka. Jika benar hati terpaut, berterus teranglah dengan cara yang bermaruah, bukan cara yang murah. Dan orang yang sedar perkahwinan itu tanggungjawab, maka dia tidak menyibukkan dirinya mencari tafsiran-tafsiran mimpi dan istikharah, 'benarkah dia untukku?' Cukup dia meningkatkan kualiti diri untuk memimpin keluarganya kelak. Sedar bahawa apabila dia menjadi suami atau isteri, dia perlu saling membimbing dan melengkapi dalam setiap hal. Bukan fokus hanya pada lelaki, tapi untuk kedua-dua pihak sekali kerana dalam perkahwinan yang normal itu ialah antara lelaki dan wanita.

Akhir kalam dari saya, jernihkanlah fikiran dan muhasabah diri kembali untuk menilai apakah kita sudah layak untuk melangkah ke alam perkahwinan? Adakah hubungan kita dengan Allah dan manusia sekeliling sudah mantap? Adakah kit suda berusaha menjadi mampu?

Wallahu a'lam bissawab.
Thankkie for reading, friends! May Allah bless u~ ^__^

Wednesday, January 2, 2013

Tugas Semakin Tinggi, Nafas Semakin Semput

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Hai semua! First of all, semoga semua mendapat kesejahteraan yang berganda dari Yang Esa, dikuatian iman dan semangat mengahaapi hari-hari yang bakal mendatang. And...


Yang paling membengangkan ialah, menyambut tahun baru dengan kehilangan syampu. Ya Allah... Miskin betul si penuri. Syampu aku pun kau nak amek~ Haduiiii Mula risau bila kecurian mula berlaku. Mula-mula syampu.. Nanti lama-lama... Nauzubillah. Moga Allah bagi kesedaran kepaa kamu wahai si pencuri.

Tak sedar, dah masuk minggu keenam belajar. Satu subjek dah booking untuk mid-term iaiatu undang-undang Islam dan Masyarakat. And then, tadi baru trau, Puan Maffuza cakap nak buat mid term Undang-Undang Pentabiran Jenayah Islam minggu depan. Mungkin ISNIN!!!!! Owh nooooo! Tadi jugak pegi check assignment Istinbatr, Ustaz suruh repair. Dan esok pulak nak bahagikan tugasan family law punya assignment. Phew~ Semput lah den~ Dan dekat bilik, saya lebih banyak diam sebab nak fokus pada assignment dan kerja-kerja lain.

Encik Redha Resources, saya nak meja sebesar library BOLEH TAK~

Dan alhamdulillah tadi Allah permudahkan saya cari bahan. Terserempak dengan Kak Raudhah and the geng. Kebetulan, mereka pun kena buat assigment tentang ayat ahkam. Bahan pun lebih kurang. Terima kasih Ya Allah kerana sudi membantu... Syukur sangat dalam hati.. ^__^ 

Hari nie, Ayel masuk tadika. Tak sabar nak cuti mid-sem. Nak tenok dia pakai baju sekolah. Tadi mesej mama tanya, Ayel nangis tak masuk sekolah? Mama cakap, "Tak pun. Ok je..." Haha Hero kot... Kat rumah ketua gangster, takkanlah kat sekolah nangis, kan? Kikiki Apa-apa pun, tetap tak sabar nak tengok dia pakai baju sekolah. Mesti comel. Hari tu balik pun dia komen, "Seluar Ayel besya... Nak kena cari tali pinggang." Hahaha

Ajiq dah masuk darjah 6, tahun nie UPSR. Qila darjah 3, Yana Form 2, Amer Form 5. maknanya, ada dua hero yang akan hadapi dua exam besar thi year. Set your goal boy! Kerana dengan ilmu kalian, insya Allah akan menjadi pewari anbiya' dan ulama' dalam menyebarkan Islam. Kalianlah mata-mata agama, yang akan meneruskan perjuangan menyebarkan Islam walau dengan apa cara.

Semalam visit bilik yang dulu, adik-adik bilik mengusik, "Kak Asy dah 23 tahun. Kak Asy dah kena kahwin sebab Kak Asy dah tua." Saya sambut gurauan mereka dengan tawa sahaja. Kelakar. Kerana hakikat perkahwinan itu tidak selamanya dirias dengan senyuman semata-mata. Perlu persediaan yang mantap. Mama pun cakap, "Hai kak... Dah 23 tahun dah umur tu..." Saya buat-buat tak faham. Buat-buat tengok luar. Buat-buat nak sidai baju. Haha Bukan mengelak. Bukan jugak terlalu memilih, tapi saya memang memilih yang terbaik untuk jaminan masa depan saya. Meang nobody perfect tapi kita boleh pilih ikut piawaian yang Allah SWT dan Nabi pesan kan? Bukan lelaki je yang kena pilih wanita solehah, malah hak yang sama turut diberikan kepada wanita.

Maka, aku sedang mempersiapkan diri, mempertingkatkan kualiti diri. Kerana aku yakin, seratus peratus yakin kepada Allah SWT, satu hari yang DIA rasakan sesuai, maka DIA akan temukan aku dengannya. Aku bukan tidak berusaha dalam mencari cinta, tapi cinta yang aku awla kan untuk masa sekarang ialah cinta pada Yang Esa, pada Nabi Muhammad SAW, pada hali keluarga dan sahabat handai. Buat apa aku tergesa-gesa mengemis cinta seorang lelaki sedangkan episod cinta aku dengan Illahi belum selesai? Ini prinsip aku. Maka aku yakin pada DIA, untukku telah iciptakan seorang lelaki sebagai pembimbing dan teman sejati dunia akhiratku. Moga Allah menjaga'mu' meskipun aku tidak tahu, siapakah gerangan 'kamu'. ^__^

Ada satu ayat yang selalu bermain-main dalam hati saya, 'dia' saya umpamakan sebagai matahari. Dan saya, saya umpamakan seperti kuman. Aku si kuman saban hari dapat merasakan cahayanya. Saban hari merasa terang dengan cahayanya. Si matahari itu jauh di atas langit kedudukannya, sedangkan aku hanyalah kuman dicelahan rumput. Kecil dan mungkin tidak terlihat oleh si matahari. Untuk menegur si mentari itu, aku rasa tiak sepadan. Tapi mungkinkah satu hari nanti, aku menjadi bintang buat si mentari itu? ^__~

Amboi, busy-busy pun sempat kan nak tulis blog. 
Blog nie tak diletak kat fb, ebab rasa ini macam diary.
Get to go.

Wassalam.