Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...
Stress sangat sebab banyak majlis ilmu yang terpaksa miss. Hari tu miss nak dengar ceramah daripada Syeikh Ali As-Sobuni, salah seorang ulama' masyhur di Syria. Miss sebab malam tu ada ko-ku ganti, kerana keesokannya, ada kenduri kahwin anak Rektor.
Stress bila tengok tarikh masa K-Fiqh 2013, 19 Jan ni. Asalnya saya tengok date, clash dengan ko-ku. Bayaran early bird RM90 je. Murah lah nak compare dengan harga yang sekarang RM150. Pendaftaran still dibuka untuk walk-in student ke Konvensyen nie. Dah masa sekarang, memang manalah pulak nak korek RM150. RM90 insya Allah still affordable. Last-last, 19 Jan ialah masa cuti mid-sem. Memang harapanlah nak ada ko-ku kan? Dan baru tau, ada kenderaan nak ke MAEPS, yang tunggu kat KTM Serdang. Dah last minute, macam manalah pulak nak ke sana, sebab takde kawan nak pakat sekali pergi. Program start pukul 8.00 pagi pulak. Ada pulak lah bas dari KUIS pukul 6.00 pagi, kan...
Stress bila tak dapat join jugak program Rally Tarbawi yang akan dibuat Jumaat dan Sabtu minggu depan. Memang plan asal disebabkan cuti Thaipusam nak balik. Tapi, bila ada program yang best, macam nak lewatkan sikit balik. Tapi mama cakap, "Lupa lah tu, minggu depan kan jiran kita kahwin." Bukan jiran kahwin yang jadi masalah pada saya. Tak ada saya pun majlis tetap jalan sebab bukan saya pengantin perempuan. Tapi, bila jiran kahwin, mama and ayah akan turun pada tolong-tolong apa yang patut. Jiran kan... Dan rumah pulak tak ada pengemudi. Maka saya selaku anak sulung, haruslah berperanan. Masak tu yang penting. Kalau mama dah penat rewang, takkan lah mama jugak yang nak kena masak kat rumah, kan? Setakat basuh baju, mesin ada. Sidai baju, adik-adik ada *sebab sidai baju ialah benda yang paling saya tak suka buat. tapi terpaksa sukakan jugak sebab saya perempuan. @.@* Dan pantau pembelajaran adik-adik. Yelah, sorang UPSR, sorang SPM. Kena jadi Hitler lah saya jawapnye. Dan saya rasa, Ya Allah...sedihnya tak dapat pegi majlis ilmu tu... Serius, saya sangat sedih. Tapi, saya cuba berlapang dada dengan memujuk diri, ada hikmah yang lain ni... Dan itulah ayat lazim memujuk hati sendiri...
Anak sulung, begitulah... Perlu banyak beralah dengan adik-adik. Perlu belajar bersabar. Perlu berdikari. Perlu berkorban *jangan korban yang tak tentu pasal dah lah* Perlu jadi ketua untuk conduct adik-adik. Saya menyesal? Nauzubillah... Kenapa nak menyesal untuk perkara yang Allah dah tentukan? Apa yang saya perlu buat, manage segala tugasan dengan sebaiknya.
Anak sulung, ada masa dia manja, tapi manjanya takkan boleh kalahkan anak bongsu. Saya jenis yang lebih pada strict. So, kalau orang jenis mengada-ngada nie saya memanglah allergic siket.
Ape lagi eh? Owh, dalam stress, saya jugak gembira kerana telah berjaya membeli buku-buku yang menggembirakan hati saya. Tapi stress jugak hari tu, masa nak beli buku dekat Marwilis, dia kata potongan yang ada 5% je. Saya punya duit cukup-cukup untuk bayar harga 10%. Last-last, saya tinggalkan buku-buku tu, dengan harapan bertemu dengannya di International Book Fair 2013. Nak kumpul RM1,000 before IBF13 datang. Haha~
Ok, sampai sini dulu.
Wassalam.
salam...hoho, bunyik mcm excited nak pegi majlis ilmu..bagus bagus bagus,...
ReplyDeleteaku pun excited nak pegi, tapi bila pendorong xde, jadik drop terus kot...kekekeke...
*lalang punyer orang*...