Bismillairrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...
I'm seriously miss u my blog!!! Ok, sekarang sedang berlangsungnya cuti mid-sem di KUIS dan akan berakhir Ahad minggu depan. Sudah lepas satu mid term, iaitu Undang-Undang Islam dan Masyarakat. Kena bersedia untuk subjek-subjek yang lain dan sangat malas.
Saya beli buku Cinta High Class terlebih dulu sebelum buku Sebelum Aku Bernikah nie. Perlu ke saya nak buat 'v/s' bagi kedua-dua tajuk tu? Sebab saya rasa buku dari orang yang berlainan, sudah tentulah pendapatnya juga berlainan. Alhamdulillah dengan gigihnya saya dah tamat baca buku Sebelum Aku Bernikah *walaupun buku subjek Undang-Undang Pentadbiran Jenayah tak habis baca lagi.* ~.~ Saya bukan nak komplen apa-apa, semata-mata pandangan saya apabila saya sudah membaca kedua-dua buku ini. Saya lebih suka mengulas titik persamaan dan perbezaan antara tiga novelis yang saya baca, daripada karya mereka. Moga Allah SWT merahmati mereka dan memberi mereka kekuatan untuk terus kuat dalam menajamkan mata pedang dakwah masing-masing.
Ok, ini lah buku-buku yang saya cakap tu. Terima kasih Grandpa Google untuk tajaan gambar.
Titik persamaan yang saya temui ketika menelaah kedua-dua novel ialah membincangkan pengalaman masing-masing tentang persediaan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan yang paling penting ialah cinta itu nilainya mahal, tak sama seperti cinta murah seperti yang diterjemahkan dalam kehidupan muda-mudi dan tua-tui zaman sekarang. Asas cinta itu ialah Allah SWT, bukan semata-mata orang yang kita cinta.
Titik perbezaan yang saya jumpa, sangat ketara ialah pandangan penulis dalam menghurai bagaimana masing-masing memelihara cinta. Yang dapat saya keluarkan ialah, pengalaman mereka adalah berdasarkan peribadi mereka. Direct to the point, Hilal Asyraf ialah seorang yang saya kira berani manakala karakter Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi pula lebih cenderung ke arah pemalu. *sweet baca cerita Fatimah Syarha sebab dua-dua pemalu.*
Bagaimana masing-masing mengupas soal cinta, soal alam pertunangang, soal persediaan sebelum perkahwinan.
Soal Cinta:
Cinta itu halal pada dasarnya namun apabila tyakrifannya telah dikotori, maka sebab itu lebih ramai yang cenderung mengatakan cinta itu haram. Kerana apa? Cinta itu ddefinisnya pada zaman ini ialah perlunya kepada couple, perlunya asmara yang mebggila, perlunya setiapa masa berhubung mesra, perlunya untuk keluar dating, untuk ta'aruf dan ukhwah katanya. Ramai orang konon-kononnya mengislamikkan istilah couple, walhal intipatinya tetap kotor dan berlawanan dengan syara'.
Cinta itu fitrah. Ya, jangan sampai fitrah menjadi fitnah. Itu yang sampai timbul slogan yang selalu kita dengar, bercinta selepas nikah itu indah. Menurut penulisan Hilal Asyraf, cerita cinta yang hebat daripada Fatimah dan Ali R.A. iaitu masing-masing memendam rasa saling mencintai dan akhirnya saling meluahkan selepas berkahwin ialah tidak betul. Saya juga kurang pasti. Kerana beliau berkata, taraf hadis itu diragui. Wallahu a'lam. Kalau saya dapat tanya pada pensyarah-pensyarah yang pakar, insya Allah saya akan informkan di blog, ok kawan-kawan.
Sesi Pertunangan:
Yang saya lihat dari pandangan Fatimah Syarha, beliau dan suaminya berusaha bermujahadah sekuat mungkin untuk menjadikan fasa pertunangan seperti fasa 'berpuasa'. Kenapa berpuasa? Berbalik pada istilah puasa, iaitu menahan diri daripada melakukan sesuatu perkara yang membatalkan, bermula dari terbit fajar hingga tenggelam mentari. Ya, malahan mereka menjadikan surah Al-Mukminun sebagai inspirasi untuk mencapai keberkatan dalam fasa pertunangan, seterusnya membina keluarga yang barakah, mahabbah dan rahmah.
Dari sudut pandangan Hilal Asyraf, beliau menceritakan bahawa beliau bersama tunangnya (ketika menulis bukunya) turu memberikan hadiah, turut keluar bersama DENGAN SYARAT Hilal Asyraf dan tunangnya *ketika itu* sebelum bertukar hadiah, mereka memaklumkan kepada keluarga mereka dan keluarga pasangan masing-masing. Keluar bukan berdua-duaan, tapi keluar bersama-sama keluarga mereka dan bakal keluarga baru mereka *ketika itu*. Keluar BUKAN masa baru bagitau perasaan, iaitu aku suka dia, tapi keluar dengan ikatan tunangan.
Jangan salah faham, tunang bukan tiket untuk heret anak dara orang keluar sana sini. Juga bukan tiket untuk berkelakuan seerti suami isteri kerana pertunangan bukanlah suatu ikatan yang kukuh seperti ikatan perkahwinan, sekadar 'booking' istilahnya. Sekadar 'cop'. Malah yang saya nampak persamaan antara mereka ialah, kalau nak berhubung pun, melibatkan keluarga sama ada perbincangan, atau sesi taa'ruf. Saya tegaskan, MELIBATKAN KELUARGA, bukan sekadar antara mereka dan pasangan. Cuma yang saya nampak, Fatimah Syarha lebih memilih untuk berhubung tanpa suara kerana sikapnya dan pasangan yang pemalu dan mahu menikmati suara pasangan ketika selepas bernikah. Berbeza dengan Hilal Asyraf, yang mana fleksible, iaitu beliau memilih untuk berhubung melalui email, atau keluar atau melalui telefon SEKADAR YANG PERLU dan MELIBATKAN KELUARGA.
Persediaan Sebelum Berkahwin:
Yang ini sama, iaitu keutamaan memperbaiki diri dengan Allah dengan meningkatkan kualiti diri dari sudut ibadah, dan juga persediaan-persediaan untuk ke alam rumah tangga, seperti persediaan mental, emosi, dan memperbanyakkan membaca buku tentang perkahwinan dan juga meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman.
Yang lelaki iaitu Hilal Asyraf, saya rasa persediaan yang diajar oleh umminya iaitu perlu mantapkan kewangan sebelum berkahwin adalah tindakan yang sangat bijak. Beliau mendidik puteranya menjadi lelaki sejati, iaitu lelaki yang bertanggungjawab. Bukan sekadar tahu nak kahwin, tapi menjadikan ibu bapa sebagai 'pembayar' majlis perkahwinan. Dan beliau mula menulis dan menulis, salah satunya untuk menstabilkan ekonomi kewangan sebelum ke alam rumahtangga.
Yang wanita iaitu Fatimah Syarha, contoh yang mantap. Iaitu beliau memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan, menyibukkan diri untuk memahami dan memotivasikan kawan-kawan sejantina dalam permasalahan masing-masing, khususnya yang berkaitan dengan hati.
Saya paling suka bila nampak ketegasan dalam kelembutan yang ada pada diri Fatimah Syarha, apabila ibunya mendesaknya untuk berkahwin, menerima satu pinangan yang datang setelah dia tamat belajar, sedangkan dia tidak begitu mantap untuk memilih lelaki itu. Dengan kekuasaan Allah, maka Allah hantarkan lelaki yang setanding, sama hebat dengan peribadinya datang meminang walaupun mereka tidak pernah saling mengenali kerana percaya dengan kuasa orang tengah yang amanah. Keyakinan dan kebergantungan yang sangat tinggi kepada Allah SWT itu wajib berbanding bergantung kepada makhluknya.
Saya juga sangat suka definisi 'usaha dari pihak perempuan dalam mencari jodoh' yang diterjemahkan oleh Fatimah Syarha. Ya, memang sudah ada teladan agung sepanjang zaman, yang mana boleh untuk seorang wanita meminang lelaki yang disukainya dengan menggunakan orang tengah, dengan cara yang bermaruah. Saya tidak menafikan hakikat itu. Tetapi perlu ingat, realitinya bukan semua wanita sanggup memilih jalan seperti itu kerana sifat wanita itu pemalu. Oleh kerana itu dalam Mazhab Syafie, wanita dinikahkan oleh walinya. Ok, berbalik pada definisi usaha. Definisi usaha yang membuatkan saya setuju 500% dengan beliau, iaitu wanita seharusnya berusaha dengan meningkatkan kualiti diri iaitu memantapkan ilmu-ilmu, menyibukkan diri mencintai Illahi, meningkatkan kualiti ukhwah dengan rakan-rakan sejantina khususnya, memelihara diri daripada perkara yang melalaikan dan mencalarkan kesetiaan kepada 'bakal suaminya'. Dan tidak memilih untuk mencari-cari si soleh dalam keadaan diri yang masih banyak perlu diperbaiki.
Berbeza dengan tafsiran Hilal Asyraf tentang usaha, beliau menggunakan idologi yang mudah iaitu mahu buka laci tapi cakap dalam hati sahaja. Realitinya, jika mahu buka laci tapi sekadar bergema dalam hati, bolehkah laci dibuka? Pastinya tidak. Dan begitu juga tentang perasaan. Jika kata suka tapi sekadar dalam hati, mampukah yang satu lagi tahu isi hati kita? Pasti tidak. Sebab itu perlu bertindak 'memberitahu'. Tapi bagi saya, ini lebih difokuskan bagi lelaki. Betul, perigi mencari timba tak salah, tapi sekali lagi saya tegaskan, tak semua wanita mampu meladeni sikap Saidatina Khadijah. Dan lebih malang jika ramai salah aplikasi konsep ini, iaitu memanjangkan cerita dengan ber'couple-couple'an terlebih dahulu.
Paling tertarik dengan kata-kata Hilal Asyraf iaitu, "RAMAI ANAK MUDA ZAMAN SEKARANG LEBIH SELESA MEMILIH UNTUK COUPLE SEBAB COUPLE TIDAK MELIBATKAN KOMITMEN ANTARA KELUARGA, BERASA ASMARA YANG MENGGILA BILA BERSAMA PASANGAN DAN BOLEH DITINGGALKAN SESUKA HATI BILA RASA TAK MAHU."
Betul, kalau kita cintakan seseorang, kenapa perlu membawanya ke neraka? Apa-apa yang kita buat sekarang, yang kita tahu bertetntangan dengan syara' samalah seperti kita menuntuni orang yang kita sayang ke nereka. Jika benar hati terpaut, berterus teranglah dengan cara yang bermaruah, bukan cara yang murah. Dan orang yang sedar perkahwinan itu tanggungjawab, maka dia tidak menyibukkan dirinya mencari tafsiran-tafsiran mimpi dan istikharah, 'benarkah dia untukku?' Cukup dia meningkatkan kualiti diri untuk memimpin keluarganya kelak. Sedar bahawa apabila dia menjadi suami atau isteri, dia perlu saling membimbing dan melengkapi dalam setiap hal. Bukan fokus hanya pada lelaki, tapi untuk kedua-dua pihak sekali kerana dalam perkahwinan yang normal itu ialah antara lelaki dan wanita.
Akhir kalam dari saya, jernihkanlah fikiran dan muhasabah diri kembali untuk menilai apakah kita sudah layak untuk melangkah ke alam perkahwinan? Adakah hubungan kita dengan Allah dan manusia sekeliling sudah mantap? Adakah kit suda berusaha menjadi mampu?
Wallahu a'lam bissawab.
Thankkie for reading, friends! May Allah bless u~ ^__^
Nice post ukhti! Salam taaruf ya!
ReplyDeleteJemput singgah sabarmuberbunga.blogspot.com