Sunday, November 25, 2012

Da Nak Balik KUIS

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt


I've few minutes more at home before I start my journey heading to BBB (Bandar Baru Bangi). And tomorrow is my first day in my fifth semester in Bachelor Syari'ah with Law. I've four semesters left before my wedding day my graduation day for degree, insya Allah. And today, I'll say good bye to my beloved family, to beloved kitchen, non-sticky pan, streamyx, cerita hantu, You Tube Downloader, bedroom, washing machine bla bla bla.

Haha Bile sampai je nak masuk nie, mula lah angin homesick aku mengada-ngada datang. Belum balik pun da homesick. Tapi, aku dah sediakan diri, prepare untuk tinggalkan keluarga sekejap untuk berjuang. Belajar pun bukan untuk suka-suka. Result tu aku akan hadiahkan pada family aku. Aku harap, dapat jadi pemangkin semangat untuk adik-adik.

Yes, I want to talk about my family. Risau sebenarnya dengan hudak-budak zaman sekarang nie secara jujurnya. Nak pulak aku tau, sekolah rendah yang adik-adik aku sekolah nie, budak-budak yang kelas last sangat bermasalah. Ponteng sekolah tu benda paling sebelah mata. Tapi, bila Haziq cerita budak-budak tu start lari rumah, I'm seriously worried about 'em. Especially with my siblings. Aku sangat bberharap, mereka pandai jaga diri. Ada dah nampak pengaruh yang tak berapa nak baik nak amek tempat kat rumah nie. I'll never let it happen!

Yes, my mum is full-time housewife. Five children more that she needs to pay her focus. Belum lagi kalau aku nie mengada-ngada itu ini. Sebab tu, aku sedaya upaya selesaikan masalah sendiri, kecualila bila aku rasa I cant to go with some problems. And selalunya, aku share cerita kat mama. Ape-ape je kat KUIS. 

Abang, 3 years younger than me. Tempat aku bergantung untuk jadi driver aku, even I've my own driving license. Hehehe. Sebenarnya, sejak dapat lesen mama tak bagi aku drive, dia kata takut lesen aku sangkut. So, aku pun memang dah LAME gileeeee tak drive. Insya Allah cuti yang tiga bulan nie aku nak belasah latih drive pulak. Cuti kali nie aku belasah kitchen. Ok lah tu kan. Every sem ada aim yang mesti kita buat. Walau bagaimana pun, aim cuti sem lepas aku tak berjaya complete kan... Sedih... May be jugak sebab malas yang terlampau. Hehe

Ok lah.
Mama dah bising sebab ada banyak lagi barang tak siap pack. Hehe Aku pulak jenis relax kang cemas mesej mama ada barang tertinggal lah ape lah,. Tu yang mama selalu mengamuk kat aku. Hehe.
See u next time readers!

Friday, November 23, 2012

It's About Knowledge.

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt..

Hello readers! How are you? I'm alhamdulillah fine with His bless, insya Allah.

Kenape lah mata tak ngantuk-ngantuk lagi? Actually, aku barulah mencuba nak buat donut sendiri, for the very first time! Dah lah start mendonut (ok, baru jumpa word nie tadi kat kamus dewan sedisi keseploh!) pukul 11 malam. Dengan ikut timing-timing yang ditetapkan oleh pemunya resepi asal. Sekilo tepung yang aku guna berjaya hasilkan kurang dari 50 biji donut. Sebab ada KING donut, ada jugak CHILD donut. Biaselah, first time buat. Dah lepas 12 bijik buat donut, barulah aku dapat cara hentaman untuk buat donut yang terbaik.

Aku sebenarnya kalau cuba benda-benda baru nie, aku macam cuak masa kat awalnya. Contohnya macam nak buat doh donut tu la. Nak uli tepung pun aku dah cuak. Alamak betul ke tak nie. Mama pulak letih, so takde lah aku nak pegi uli tepung depan mama kan? Tak gadis lah begitu~ Tapi, bila aku dah uli, aku kejut mama, suruh mama tengok betul ke tepung tu jadi macam tu? *lah, name pun tepung, uli macam mana pun, dia tetap tepung lah kan~* kekekekeke

Cuma aku jadi cuak, kalau-kalau tak naik donut aku tu, nangis lah aku nanti. Hah, nak share. Tadi Qila cakap cenggini kat aku, *ni kisah aku tengah nguli tepung* "Kak, best kan dapat kakak macam kamu. Tapi yang tak bestnya, kamu garang sangat." Dalam hati sudah kembangggggg! Tapi still wat muka serius *serius tahan senyum dalam hati* and aku tanya dia, "Apa yang beruntungnya?" Qila jawab, "Yelah, kamu asal balik rumah je cari resepi kat internet lepas tu masak. Nie resepi kamu yang keberapa ye, Qila tak ingatlah." Alamakkk janganlah kau cakap kakak kau nie ada resepi sendiri. Baru belajar nak pilih tepung Qila oiiii. Kakak orang lain dah prooo gile memasak, kakak kamu je baru nak belajar buat mende-mende nie. And aku sendiri tak tau kenapa aku rajin pulak cuti kali nie nak masak-masak. Hehehe

Ada sehari je lagi masa nak bersantai kat rumah. Lepas nie akan meninggalkan internet, kembali hidup yang sibuk, tonggang terbalik, dugaan itu dan ini, mid term, cemas nak final. Fuhhh! That's student's life style.

Terimbau balik journey sebagai pelajar. Memang payah. Nak menangis pun ada.Rasa tak sabar nak habis belajar, berlebih-lebih. Tapi habis je Diploma, semangat nak belajar tu lebih berapi dari semangat nak kerja. Teringat masa Diploma,macam mana dunia baru untuk aku belajar score pointer. Score sijil biru. Tu masa awal-awal masuk lah.. Dah lama-lama, aku sedar. Belajar bukan setakat nak kumpul gelaran 'Dean List' untuk every sem. Bukan setakat nak dapat greatest pointer. Juga bukan setakat nak lawan sesama sendiri. Tapi yang paling penting dalam misi mencari ilmu ialah bagaimana ilmu itu diaplikasikan. Bukan sekadar aplikasi untuk exam final, tapi untuk exam akhirat juga.

Aku beruntung, sebab aku masih dalam course agama. Peluang untuk mendalami ilmu agama itu lebih cerah sepatutnya jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang bukan dari aliran agama. Mereka mungkin dengan daya usaha mereka sendiri mencari sumber dan punca untuk menambah ilmu agama. Sedangkan aku yang aliran agama, ilmu itu tersedia di depan mata. Pilih untuk amal atau tinggal. Aku berterima kasih juga pada Yang Maha Mengetahui, sebab Dia sudi buka pintu hati aku. Ingatkan aku bahawa belajar sekarang bukan sekadar kejar pointer tapi kejar aplikasinya. Terima kasih Allah!! Saaaaayang Allah!

Teringat Dila, my schoolmate. Kerana kepintaran dia lebih dari aku, dia sekarang di Jepun, amek Engineering. Awalnya dia gadis biasa-biasa sahaja dari sudut dress up. Sampailah dia sampai di Jepun, dia diberi hidayah oleh-Nya untuk lebih serius dalam ilmu agama. Dia sedar keperluan ilmu agama dan aku sejujurnya, malu kalau nak berborak dengannya. Sesekali tanya khabarnya, seperti rein-charge iman. Kata-katanya, tak lekang dari perkara menasihati. Aku cermin diri. Aku yang kononnya aliran agama pun tak semampu dia. Jadi, cukupkah untuk aku sekadar malu? Tak! Aku harus berubah untuk meningkatkan kualiti diri. 

Teringat cerita Dila, macam mana dalam kepayahan dia belajar engineering dalam Bahasa Jepun, bagi aku suatu perkara yang gila-gila mencabar. Kalau law dalam BI pun aku mungkin sanggup amek course berkaitan Math daripada belajar law dalam BI. Betullah, Allah takkan uji apa yang tak sepadan dengan kemampuan kita. Dan jugak cerita Dila, macam mana dalam kesibukan dia catch up subjek engine dan cuba faham Japanese, dia tetap aktif ikut urah even dalam Skype. See? Usrah is not something kau tengok muka dia, dia tengok muka kau, last-last sembang kosong. No!! Usrah itu satu perkongsian dalam apa cara sekalipun. Usrah itu objektifnya saling mengingati dan saling merapatkan ukhwah kerana Allah. Dalam usrah itu kita temui teman untuk memperkuatkan kita dalam medan dakwah. 

Talking about dakwah, dakwah is not something kau pompang-pompang kat masjid, atau speech depan orang ramai. Akhlak juga dakwah. Senyum itu dakwah. Karya juga dakwah. Malah, cinta juga salah satu dakwah. Sebab apa? Bila kita cintakan saudara kita, tak mau saudara kita tersasar, maka kita akan cuba mewujudkan jalan dakwah dengannya, betul ? Mungkin dengan bersilaturrahiim?

Erm, rasa macam dah panjang menulis. Sorry, aku kalau dah menulis tak ingat dunia dan jugak TAK INGAT PASAL DONUT. Hahaha

Ok guys. See you next time.
Thanks for reading this nothing.
Good night and may Allah always bless u!


Wednesday, November 14, 2012

Sementara Cuti Masih Berbaki

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Cuti yang sebulan dua minggu *kot* berbaki lagi seminggu setengah saje. Antara aktiviti yang telah saya buat ialah memasak dan membaca. Tak tau mood kali nie rajin nak mencuba resepi-resepi baru. Salah satu cara nak hilang stress lah bagi saya through cooking nie. Walaupun masak bukanlah standard Masterchef, just tiru resepi dari web, tapi still interesting *bagi orang yang tak berapa nak pro masak ni kan* Orang yang hebat-hebat tak men dah tengok-tengok resepi orang, dia boleh create sendiri. Tapi, saya masih cuba dari resepi-resepi orang.

Pagi tadi mama cakap, "Kak, bila kata nak buat puding caramel nye..."

Alamak!!! Sambil tepuk dahi, baru teringat janji-janji manis nak buat puding caramel. Ekekekeke. Petang sikit, saya pun merangkak menggunakan Honda C70 membelah jalan mencari bahan *ewah! ayat tak yah nak sastera sangat la kan* Saya pun salin resepi kat kertas. Nebes weh kalo nak masak benda yang first time saya masak nie. *walhal bukannye orang nak datang meminang ke ape pon kan~ over 5 saat* Saya ciplak resepi dari sini. Cuma saya alter dari sudut sukatan, memandangkan kat resepi nie bagi sukatan untuk 16cm punya bekas alloy *kecik kot 16cm tu untuk 9 orang nk makan* dan saya punya bekas alloy 24cm. Dekat link yang saya bagi tu, ada gmba yang dah try, dy guna 21cm punya alloy dengan ingredient 16cm alloy, dia kata nipis sikit puding caramel dia. Jadi, saya memperbanyakkan sedikit ingredient supaya puding yang bakal saya buat itu tebal dan manis.

Ok, sape yang guna 24cm macam saya jugak, ni ingredient yang saya tuka:

Bahan-bahan ( saiz alloy : 24cm )
[PUDING]
600 ml susu segar/susu cair
8 sudu besar gula halus
5 biji telur (putih dan kuning) 3 biji kuning telur
6 titik esen vanila

[ KARAMEL ]
8 sudu besar gula
3 sudu besar air

Cara-cara :
1- Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 2 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2- Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3- Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. *aku tak sukat pun suhu, men agak-agak je asalkan susu tak mendidih* Jangan sampai mendidih.
4- Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5- Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree. *guna teknik kukus je memandang oven da rosak*
6- Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
7- Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

Selamat mencuba! Dan ini hasilnya dari saya.


My first puding karamel.

Abang bising saya suruh dia stop makan, bila saya cakap nak amek gamba. Dia cakap, amek gamba post dalam blog. Then saya balas, jeles la tuh!

Gamba terbelobang sebabnye salah keluarkan. Terkorek kat tengah pulak. Hehe

Ok, alhamdulillah menjadi. Walaupun keperangan dia tak berapa nak pekat macam kat bazar Ramdhan. Masa saya makan, waaaah best! Menjadi jugak!

Abang cakap, "Kak, serius sedap gile!" Owh nooooo! Jangan sampai gile eh.

Mama cakap, "Sedap-sedap. Kenapa dia jadi perang? Guna gula merah ke?" Saya cakap "Gulanya tu masak sampai dia perang-perang sikit. Apinya tak leh besar sangat. Takut hangus." *ewah, ajar mama macam dah pro kan?*

Sampai kat ayah, saya cakap, "Cepat yah, komen-komen! Semua orang wajib komen." Ayah diam je tapi senyum. Ish, saya nie tak paham maksud ayah senyum. :p

Saya sukaaaaaa sebab semua orang sukaaaaaa! ^__~

One more projek gergasi sepanjang cuti nie saya telah menghabiskan empat buah buku nie. Paling lama and mula-mula saya rasa bosan gile nak baca, novel Takdir. Dah tengah macam baru dapat catch up sikit lah ceritanya. Pastu best gileeee. Best bile part turunnya bantuan Allah bila kita yakin dengan Dia. Hanya Dia.


Juga menjelajahi novel Hero, sebuah imaginasi yang saya rasakan seperti memang hidup dalam dunia yang dicipta oleh penulis. Best. *tibe-tibe malas nak komen panjang*

Novel Cinta High Class sangat sesuai untuk kita-kita nie baca, panduan tentang apa itu cinta, cinta High Class. Novel nie dwilogi daripada 2 penulis yang subahanallah tak kurang hebatnya, iaitu sweet couple Dr Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha. Yang masih single, elok baca. Yang tengah couple digalakkan baca. Suami isteri, mak ayah, atuk nenek pun boleh baca. Serius, thumb up! Bukan setakat cerita cinta drama, cinta filem sekarang. Lelaki berebut perempuan, kesusah payahan merebut perempuan tu dia dapat perempuan tu, kahwin, mati. Dulu cerita-cerita macam tu lah yang saya baca.

Hobi memang sangat suka membaca. Lebih-lebih lagi novel. Alhamdulillah sekarang banyak novel Islami, sekurang-kurangnya sangat membantu saya untuk mendapatkan ilmu melalui pembacaan, walaupun novel. Jadi, novel-novel islami yang ada bukan sekadar bahan picisan. Tapi, saya tetap ada stok-stok novel picisan, cuma kegemaran untuk 'study balik' novel-novel yang macam tu dah tak berapa nak bernafsu sangat.

Ada beberapa novelis yang saya sangat kagumi iaiti Hilal Asyraf, Fatimah Syarha, Dr Farhan Hadi, Ust Pahrol Mohd Juoi. Dan mudah-mudahan Allah memberi mereka kekuatan untuk terus berkarya untuk pembangunan umat sejagat. Novelis picisan yang paling saya suka ialah Ahadiat Akashah dengan Siti Rosmizah. Dulu masa sekolah menengah kan tak banyak sangat duit. So, tengok buku Ahadiat Akashah nie bahasa dia sempoi dan banyak yang harga pun ok-ok untuk seorang student sekolah beli.

Sampai sini dulu saya membebel.
Thanks for reading this nothing entry.
May Allah bless u! ^__^
Wassalam...

Sunday, November 11, 2012

Terima Kasih ALLAH SWT

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Hari nie ialah hari peperiksaan SPA. Alhamdulillah, dapat tawaran soh pegi exam tapi MALAS nak pergi. Mula-mula lagi memang dah malas nak pergi. Sebab yang menguatkan lagi saya malas nak pergi ialah bila tengok belakang surat tawaran tu, dia kata cengginih, "CALON YANG TIDAK MENGHADIRI PEPERIKSAAN TIDAK AKAN DISENARAIHITAMKAN". Lam ga alif! Bila saya baca ramai kawan-kawan yang pergi, good luck untuk korang! Sorry lambat wish memandangkan hari ini sangat sibuk dengan persiapan nak melawat Amir. *eleh bukan wat ape sangat pun. haha*

Dan hari nie juga hari keputusan final exam Sesi 1 2012/2013 di KUIS diumumkan. Serius dari malam tadi bukak asyik ERROR je. Dan sangat tensyen! Pagi tadi masa nak breakfast, dengan tangan yang sungguh berat nak bukak laptop, maka saya telah meminjam iPad mama untuk cek result. Line pulak selow, membuatkan rasa nak mengamuk itu memuncak! *mengamuk tu sebenarnya lebih kepada takut dan berdebar-debar nak tau result berapa* Bukak exam result, still result last sem. Then, carik kat partial transcript. LAMA dia load sampai aku rase dah nak close tab dah. Then, KELUAR. 

Aku tengok, aku terperanjat! Aku tekup mulut, aku besarkan image result tu and tunjuk kat mama. Alhamdulillah yang tak terhingga pada Allah SWT. Ya Allah... Memang tak sangka dan sangat-sangat bersyukur. Mama mesej ayah, cerita. Ayah balas cengginih, "Alhamdulillah, cakap kat kakak tu ingat, ada 4 sem lagi kena maintain." Perghhh Seyes berat rasanya masa baca mesej ayah. Hilang mood senyum. Haha Tak baik lah aku nie. Ye, aku paham ayah nak aku sentiasa beringat. Sape lagi yang sudi nak ingatkan kita kalau bukan orang-orang yang dekat dengan kita?

Teringat Sir Farouk pernah cakap, "Awak nak naik pointer bukan senang ye tapi kalau nak jatuh pointer senang je. Awak bersenang lenanglah, maka dengan senangnya pointer awak akan jatuh." Masa Sir Farouk cakap gini, meremang bulu roma aku.

Ada orang kata, ilmu bukan pada pointer tapi aku menjadikan kata-kata lecturer aku sebagai prinsip aku, "daripada pointerlah kita akan dapat tau tahap kefahaman kamu pada ilmu." Dan aku juga secara jujurnya sangat tak setuju bila orang kata, tak dapat DEAN LIST tak apa asalkan dapat DEEN LIST. Memang setiap orang tu tak mesti dapat 4 flat atau markah yang hebat. Tapi ingat formula kehidupan, USAHA dahulu baru TAWAKAL. Ye, semua orang takkan berjaya setiap masa tapi ingat, sekali tersungkur jangan terus jadikan diri terbelenggu dalam kejumudan. Menolak kepentingan untuk mencapai highest mark dengan alasan NAK ZUHUD. Tolong ye jangan nak cemarkan prinsip kejayaan dalam Islam.

Kala berjaya itu tak penting, kenapa Allah letakkan dalam laungan azan? Maaf emo. Geram dengan orang yang ala-ala zuhud gini.

Lihat balik kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin al-Ayyubi, Imam Syafie sendiri. Kebijaksanaan mereka yang memandu mereka menyumbang untuk membawa umat Islam ke arah kecemerlangan. Tahu kenapa? Kerana mereka itu bertindak berlandaskan ilmu dan iman, bukan ilmu dan nafsu semata-mata.

Satu pesanan dari seorang sahabat saya, yang saya rasa tahap kebijaksanaannya bagi saya amat luar biasa. Dia seorang dari Majlis Perwakilan Mahasiswa *masa kat KUIS lah*.  Dan macam kita tau, MPM nie kelazimannya, jadualnya sangatlah padat dan masa senggang yang ada sangatlah singkat *atau lebih tepat dikatakan sebagai TIADA* Saya cari dan cari, apakah rahsia kejayaannya. Dan saya pernah tanya sendiri pada dia, apa tips belajar yang dia gunakan. Dia sendiri jawab, masa singkat yang ada, dia berehat. Saya tak puas hati, lalu saya selidik sendiri melalui sahabat-sahabat sebiliknya dan sepasukannya dan juga penilaian saya terhadap dia melalui apa yang saya nampakk. Dia, tahap kebergantungan dia dengan Allah sangat tinggi, hubungan dengan Allah sangat rapat, sebarang program mpm yang berjalan semasa sesi perkuliahan, dia takkan ikut kerana prioriti dia ialah pelajaran, di samping ilmu agama, ilmu akhirat pun dia tak lupakan.

Ok, nak membebel panjang macam dah xde mood.
Btw, congrate pd kwn2 sume dan kawan2 yg dean list juga.
Moga maju jaya dengan istiqamah untuk menggilapkan Islam, kejayaan selari dengan tuntutan syara'.

Monday, November 5, 2012

Travelog Semalam

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

Semalam saya telah travel. Sorang. Ye! Saya berjaya travel sorang dari Klang. Ke mana??? KL Sentral.

Spending my time there yesterday. Actually, ayah ajak kitorang sekeluarga untuk pergi bermandi-manda kat Melaka, *ape tah name tempatnye* tapi mama, Ayel, Nuna tak pergi. Abang pun nak kua dengan kawan-kawan dia. Saya pun tolak, sebab saya nampak ada forum kat KL Sentral semalam, by Irma Hasmie & Hilal Asyraf.  Dan saya pilih pergi ke sana! Hehe Bukan kerana adanya artis iaitu Irma Hasmie, dan bukan jugak semata-mata nak mintak sign pada Hilal Asyraf. Tapi, saya memang dah lama nak dengar talk daripada penulis yang saya kagum nie. Sebelum nie beliau ade je kat KL Sentral tapi takde lah pulak tau sesi talk ke ape. So, xde lah pegi.

Ok, sebelum saya kongsi apa yang saya dapat semalam, saya nak kongsi gambar2 dulu. Sikit je sebab digabungkan. Ingat nak masuk satu-satu tapi SANGAT LAJU lah pulak line bile sesi upload gamba.

Saya yang dalam bulatan! Tengah amek notes untuk share dengan semua!

Sweet memory!
Ok, saya akan mula berkongsi kisah semalam, termasuk ilmu yang saya dapat semalam. Tak lah nak kongsi semua tapi point2 penting lah ye. Saya memang tak rakam sebab kan kat KL Sentral. Sekejap2 pengunguman KTM dah sampai. So, bek saya fokus n take note! 

Saya just bawak novel Hero by Hilal. Ok, semalam saya memang tak bergambar dengan Irma Hasmi kerana line up yang sangat panjang. Actually semalam pun sebenarnya malas nak amek sign Hilal, tapi sebab lebih ramai yang serbu Puan Irma daripada Encik Hilal, jadi saya pegi kat Hilal je la. Siap pegi dua kali ok! Bukan sebab terlalu teruja tapi sebab nampak dia free. Bile saya nampak dia macam free siket, baru saya bangun amek sign dia. Masa dia bagi buku, dia siap cakap, semoga bermanfaat baca novel dia. Then, 2nd round, saya amek gamba pulak dengan dia. *men sebat je sape2 tah suh tolong amek gamba* 

Saya jugak amek tanda tangan Tuan Zabidi Mohamed. Beli bukunya yang bertajuk Catatan Penglipur Lara Sang Majistret. Word 'Sang Majistret' tu yang menarik-narik saya untuk turun pegi cucuk duit beli buku. Sebab semalam memang saya tak bawak duit banyak, datang bukan nak beli buku tapi semata-mata nak dengar talk.

Saya nak share ayat Tuan Zabidi Mohamed pada buku yang saya beli, yang di 'sign' oleh beliau:

JANGKA PENDEK: TAWAN DUNIA
JANGKA PANJANG: TAWAN AKHIRAT.

Serius, TERPUKUL dengan kata-kata ini. Alhamdulillah, Allah 'pukul' saya dengan cara ini. Membuatkan saya lihat pada diri sendiri, apa sumbangan saya pada dunia? Pada agama? Pada rakyat? Pada keluarga? Pada diri sendiri? Alangkah kerdilnya diri...

Ok, semalam forum ada 4 round. Di bawah adalah rangkuman isi-isi dari panelis, iaitu Puan Irma Hasmi dan Hilal Asyraf. Tajuk forumnya saya ingatkan SMILE sahaja. So, saya assume dia nak cakap cara mengatasi masalah ke ape ke. Tapi, tak kisah lah sebab memang nak dengar talk kan. Rupa-rupanya bila sampai kat sana, moderator cakap tajuknya ialah, SMILE, Sebelum dan Selepas Nikah. 

- Cinta yang cuba direalitikan oleh Hollywood, Bollywood dan Malaywood sendiri ialah cinta yang makan sepinggan, minum satu straw, berpegang tangan, berdua-duaan tanpa ikatan yang halal dan sah.
- Cinta yang paling indah itu bila kita cintakan Illahi.
- Banyakkan isikharah, minta panduan dan bantuan Allah.
- Nikah bukan mudah, perlu siapkan emosi, rohani dan fizikal.
- Kalau terdetik rasa cinta, konsultasi dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua kerana mereka lebih dulu makan garam. Jangan mudah memberontak. Komunikasi dua hala amat penting.
- Cinta lebih berkat bila diketahui ibu bapa, tapi bukan sebagai tiket untuk couple. Maksudnya, ibu bapa sebagai pemudah cara membina baitul muslim anak-anaknya.
- Sebelum kahwin, lelaki memang perlu siapkan duit bukan kerana materialistik semata-mata tapi duit tu penting untuk pengurusan rumah tangga.
- Cara bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga amat penting.
- Bila ready masuk ke alam perkahwinan, kene ready jadi ibu dan bapa. Kerana ibu bapa adalah guru pertama bagi anak-anak.
- Konflik sekarang ialah, bila ibu bapa tak tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak. Then, solving method yang parent nampak ialah campakkan ke sekolah agama, tapi mak ayah sendiri tak nak berubah ke arah yang lebih baik. Jadi, anak-anak still nampak contoh mazmumah daripada 'first teacher' mereka.
- Kita memang bukan manusia SEMPURNA tapi kita BOLEH BERUSAHA ke arah menggapai kesempurnaan.

Sekian sampai sini.
Wassalam.
Thanks for reading. May Allah bless u.

Friday, November 2, 2012

Dating

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Semalam hari yang indah.
Date kami berdua. Tak jauh pun, pegi Shah Alam je. Saya turun KTM kat Batu 3 and dia amek saya, bawak pusing kat Shah Alam.

Mula-mula, jalan tanpa arah tujuan.So, stop kejap kat PKNS, pk and pk ke mana nak pegi untuk date setengah hari. Setengah hari je kami plan. Saya cakap, saya mcam separuh gila rindu kat Big Apple, so saya ajak dia g SACC Mall. 

Before that, kitorang pegi PAS. Asalnya nak lepak-lepak je, tapi disebabkan agak lapar, kitorang duduk kat KFC. Sebenarnya aku kalo bab-bab makan kat luar nie, tak reri sangat makan kat kedai makan. Lebih suka tempat macam fast food. Sebab apa? Benda sekali sekala nak makan, kan? Kalau makan kat kedai, dah biasa mesti makan lauk-lauk macam kat umah, so bek lah mase kua nie melantak Domino ke Pizza ke... 

So, kami duduk lah makan kat KFC. 
Bercerita... 
Bertukar pendapat...
Berkongsi rasa...

Kami jalan berpegang tangan. Sweet sangat!
Rasa nak berhentikan moment semalam. 
Rindu... Bahagia... Bersyukur... 
Tu je yang mampu aku ungkapkan.

Biarlah orang nak tengok kami semacam. Yang penting kami tau, kami tak buat salah. Kami berkasih sayang kerana Allah. 

Betul, berukhwah bila kerana Allah, sangat manis.
Bukan setakat berukhwah yang perlu disandarkan pada Allah, bahkan semua perkara. 

Kebetulan pulak, masa kitorang masuk kat PAS *Plaza Alam Sentral* semalam, tengah ada promosi perkahwinan. Kami jalan tengok contoh-contoh pelamin. Baju kahwin. Paling kelakar, ada sorang kakak tu tahan saya, kasik pamplet wedding card. 

Nampak sangat ke kitorang macam nak kawen? Ke... ada aura kitorang nie insya Allah tak lama lagi kawen? Amiin3... Kikikikiki

Hujan lebat semalam buat kami stuck di Ani Sup Utara, PAS. Kami hirup sup sama-sama, sebabnya tak nak kalori makanan yang sangat tinggi. Dia amek bidang dietitian kot *alamak, semalam dia baru cakap, hari nie aku dah lupe. sorry sayang!* Tu yang dok kira nutrition je semalam. Dia aja cara untuk kurangkan kalori dalam pemakanan, iaitu BERKONGSI. Kongsi makanan kan mengeratkan ukhwah.

Kua dari PAS, kami lepak SACC pulak. Masuk MPH dulu walaupun hidung dah tangkap bau BIG APPLE.

Masuk MPH best, sebab saya memang suka lepak tempat yang boleh carik bahan membaca. Lepas tu, kami dok borak-borak. Tak lama sebab dia pun dah nak balik. Saya faham...

Tapi, tak lupa sebelum balik saya beli BIG APPLE sebagai buah tangan untuk family. And saya beli sebijik lagi tambahan untuk saya ngap mase kat sana. Saya suap dia, dia kata tak nak. Full tank! Saya paksa jugak *padan mukeeeee*

Ok, dan kemudian kami berpisah. Tak sedih, tapi hari nie... baru rasa sedihnya.
Kalau Hilali Asyraf selalu menguar-uarkan "uhibbuka fillah", aku pulak nak cakap Malay je, betapa aku rasa sangat bertuah sayang orang sebaik kau. Moga panjang umur kita berjumpa lagi ye... Miss this moment..

1 Nov 2012
*FatinNadia, kalau awak ada mesti lagi best... :'( *

Sahabat yang solehah itu, bila kita pandang dia kita rasa gembira
Bila kita sedih, dia kuatkan kita dengan janji-janji-Nya. 
Tertanya-tanya jugak pada diri sendiri, bila saya mampu jadi sahabat yang sebegini pada sahabat-sahabat saya? 

Ini sahabat PLKN, satu-satunya sahabat yang berjaya reunion dengan dia once in a couple year. Ok lah kan... Ingat nak jumpa Fatin sekali tapi berhalangan pulak... Insya Allah next time eh. Kalo boleh nak ada Djah, Atika Sharom, Atikah Charlie, Yun, Yen, Melda. Rindu sweet memory kat PLKN. Alhamdulillah jugak dapat kem yang letak AGAMA NO 1.

Thanks Allah for Your gift. ^__^