Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt readers~!
Home sweet home! Aku memang tak tau lah ape penyakit aku, asal free je aku memang suke balik Klang. Haha Final exam sudah lepas 5 papers. Alhamdulillah, selepas usaha yang tinggal hanya bertawakkal pada Allah... Tinggal satu paper lagi.
Betapa gumbiranya di rumah. Ada tv ada internet ada makanan. Itu yang paling penting~! Aku rasa hari yang paling sengsara duduk KUIS ialah hari Ahad. Masa tu nak makan memang pening kepala. Last-last makan je lah ape yang ada tapi sedaya upaya tak nak beli kat 1st Cafe sebab makanannya tak berapa menepati selera~ Demand ke? Eh, ikut tekak masing-masing lah kan~
Balik rumah jumpa si kecik Nuna. Suka tengok mata dia. Perfectly black!
Sepanjang minggu exam biasalah. Banyak tekanan yang timbul, senang nak stress. Tapi pandai-pandailah manage stress kan. Keluar carry mark untuk semua subjek ada yang buat aku senyum, ada yang aku buat-buat macam tak nampak je markah tu~ Haha Harus lebih fokus dalam study.
Best masa exam nie bile lepak kat masjid. Untuk orang yang selalu lupa macam aku nie, memang elok duduk masjid. Kat masjid, azan je diingatkan solat. Stop dulu belajar, solat lebih utama. Malam pulak lepas Isyak je ada bacaan hadis as a tazkirah. Memang sesuai untuk manusia yang pelupa macam saya diingatkan. Hadis yang dibaca pulak memang kene dengan diri sendiri. Tentang qiamullail, tentang doa yang mustajab. Seronok! Serius seronok study kat masjid. Secara jujurnya dari saya, takde tempat study yang lebih best yang boleh lawan masjid. Masjid pun dekat dengan cafe. Lapo, pegilah turun beli makanan kejap. Dekat dengan library. Masjid KUIS memang strategik!
Teringat kisah pemerintahan Nabi Muhammas SAW di Madinah. Ada tiga benda asas yang baginda lakukan sebelum membentuk Sahifah Madinah. Benda pertama yang baginda buat di Madinah ialah bina masjid sebagai pusat pemerintahan. Kemudian, baginda menyatukan kaum Muhajirin dengan Ansar supaya timbul sikap saling membantu dan sayang sesama saudara Islam. Last sekali, baginda berpakat dengan kaum Yahudi untuk sama-sama menjaga keselamatan Madinah dari ancaman luar. See? Masjid first.
Kenapa masjid yang first?
Sebab masjid itu fungsinya bukan sekadar untuk beribadah semata-mata tapi jugak untuk pentadbiran negara. Zaman sekarang je dipisahkan fungsi masjid, iaitu untuk ibadah semata-mata. Semuanya akibat penularan sekularisme. Kerana sekularisme jugak, hal agama dipisahkan dari kehidupan. Orang sekarang mind set dia, ko nak ibadah ke, nak solat ke, nak bukak aurat ke, tu ko punya fasal. Inilah kesan konsep sekularisme dalam hidup hari ini. Bahaya kan?
Erm, oklah. Macam malas pulak nak tulis panjang-panjang.
Thanks readers for reading. May Allah bless u. ^__^
Salam dhuha readers. Dhuha sebagai kunci rezeki, insya Allah. Yakin dengan janji DIA.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment