Bismillahirrahmanirrahiim
Assaamualaikum wbt...
Masa mendeactive facebook seketika sementara exam. Konon-konon nak dapat feel untuk tidak membazir masa depan internet, tapi blog ada jugak, kan? Hehe
Masa makan, benda yang paling saya suka buat ialah makan sambil tonton Masterchef. Yang the latest punya tak download lagi, jadi revise yang episod dolu-dolu lah.
Best! Dari situ kita belajar tentang bab dalam kehidupan.
Hidup yang kita tak mesti ada untuk sentiasa senyum bahagia, tapi perlu jugak senyum dalam kepahitan.
Tengok macam mana diorang semua start daripada awal. Diuji dengan benda basic. Tenngok macam mana orang yang berkali-kali tewas dalam ujian asas, terpaksa masuk ujian sajian pantas, terpaksa melalui ujian penyingkiran, mampu bertahan dalam satu tempoh yang lama. Kerana apa? Usaha keras mereka untuk mengubah takdir mereka. Walaupun tahu keadaan diri bukanlah dalam keadaan yang stabil dan seimbang, kekalahan menanti di hadapan tapi tetap yakin, ada jalan keluar daripada lubang kekalahan, yang buat mereka berusaha bersungguh-sungguh tanpa menyerah kalah buta-buta je.
Seriously adore them, semangat mereka, kebergantungan pada Allah *ni fokus kat Wahidan la*
Kesimpulannya, biar pun banyak cabaran yang ada dalam hidup, bukan manusialah namanya kalau lari dari cabaran yang ada. Maju kehadapan, tempuhi apa juga halangan yang ada kerana dengan halangan tersebut, memperluaskan pengalaman kita untuk terus meneroka kehidupan yang akan datang, insya Allah. ^__^
Esok sudah bermula detik 'berperang'. Jadi mari 'berperang' kerana Allah, bukan semata-mata kerana pointer. Berjuanglah habis-habisan kerana Allah tak zalim. Banyak kita usaha, banyak dia bagi. Kalau kita usaha sedikit, DIA bagi banyak, maka jangan leka dengan kurnia-Nya. Mana tahu itu istidraj, kan? Jaga-jaga wahai diri. Jangan leka.
Bittaufiq wan najaah semua.
Juga mohon maaf zahir batin dari semua.
Juga mohon doa dari semua.
Semoga kejayaan kita hari ini sebagai titik kegemilangan Islam nanti, insya Allah. ^__^
Wassalam.
No comments:
Post a Comment