Monday, October 22, 2012

Ayuh Membumikan Diri

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Lame rasenye tak updae blog sebab malas dan final exam. Alhamdulillah exam sudah habis. Lega walaupun jawab ntah ape-ape. Sekarang masa untuk tunggu keputusan.

Tajuk nie sebenarnya dah lama saya nak post, tapi asyik bertangguh sebab exam first lah kan~

Ok, sape pernah tengok azan Tv 9? Yang mana ada pramugara solat bile dah sampai masa, orang buta dipimpin oleh orang yang sempurna ciptaannya untuk solat di masjid dan ada doktor yang berjaya menyelamatkan pesakitnya dengan izin Allah, siap je operation dia terus solat. *kalau ada pramugara yang gitu, aku sendiri pegi pinang dia! hahaha! gatal lima saat. :p*

Kali ini saya nak cakap tentang solat. Membumikan diri yang saya nak maksudkan ialah keadaan ketika kita sujud. Solat macam yang kita semua tahu, salah satu daripada rukun Islam dan ingat formula rukun Islam, 5 -1 = 0, bukannya 4 macam calculation Math yang biasa. Kalau kita tinggal satu rukun dari rukun Islam atau rukun Iman, maka 0 lah nilai iman kita.

Mahukah nilai iman kita ditaksirkan sebagai 0?

Pastinya tidak kerana orang mukmin itu cita-citanya ialah berjaya dunia akhirat.

Untuk kita, ya.. kita. Tak kisah lah umur kita sekarang 22 tahun ke 24 tahun ke 30 tahun ke... Jom tanya diri balik, adakah kita hafal secara total makna untuk setiap lafaz dalam solat? Kalau dah, alhamdulillah. Kalau belum, inilah masanya untuk memperbaiki diri. Jangan malu, pergilah ke kedai buku atau search kat internet atau tengok kat you tube, lafaz-lafaz dalam solat dan maksud-maksudnya.

Bukan apa. Bila kita dapat maksud-maksud dalam solat kita, insya Allah jiwa akan lebih menghayati solat, meningkatkan tahap kekhusyukan solat, hanya pada solat. Bukan jasad sahaja yang melakukan pergerakan solat, tapi hati terbang melayang.

Saya suka nak kongsi satu perkara yang saya kira sangat special. Apa tu???


SUJUD

Kenapa sujud?
Bagi saya, sujud adalah paling special dalam solat. Dalam hidup, kita hanya sujud pada Allah SWT. Kita tak dibenarkan untuk sujud selain kepada Allah, walaupun orang tu mempunyai darjat yang berganda lebih tinggi dari Allah.

Sujud pada Allah tak hina. Saya petik dari kata-kata Hilal Asyraf (Official), "Manusia itulah yang hakikatnya menjadi mulia bila sujud kepada Allah, dan menjadi hina apabila meninggalkan-Nya. Hal ini kerana, Allah adalah Pencipta, Yang Maha Besar, Yang Berdiri dengan Sendiri, Yang Maha Perkasa dan tiada tandingan untuk-Nya. Kita memerlukan Allah untuk memandu kehidupan kita di dunia dan memberikan kita kejayaan di akhirat."

Masa sujud paling best. Masa sujud paling tenang, paling relax bagi pendapat saya. Masa sujud, terasa diri ini kerdil, meminta pada Yang Maha Kuasa dengan penuh kerendahan hati. Terkadang, mengalir air mata bila memikirkan seribu satu kekurangan diri untuk menghadap Illahi. Tak dapat nak ceritakan macam mana rasanya tentang sujud. Hanya yang sujud pada DIA akan memahami.

Usai solat, sesi mengadu dengan dengan Allah. Mengadulah berapa jam, berapa lama, berapa panjang. Allah tak charge satu sen pun untuk dengar doa kita. Allah tak kata bosan untuk dengar luahan hati kita. Mintalah dengan rendah hati dengan sepenuh pengharap dan yakin dengan Allah SWT.

Perlu ditegaskan, dalam hidup kita, pastinya kita mempunyai pelbagai permintaan. Itu dan ini kita minta dari Allah. Dan ingat, bukan semua 'itu' dan 'ini', Allah SWT bagi direct pada kita. Setiap apa yang DIA bagi boleh jadi suatu ganjaran dan boleh jadi suatu ujian pada kita. Tertarik dengan quote ni,

♥ Aku minta pada Tuhan setangkai bunga segar, DIA beri aku kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu, diberi ulat beluncas. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian kaktus itu bebunga indah sekali dan beluncas itu bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masa ditetapkannya. Tuhan TIDAK sering MEMBERI apa yang DIHARAP, tetapi sering BERI apa yang KITA PERLUKAN. Kadang kala kita rasa SEDIH, KECEWA dan TERLUKA. Tetapi jauh di atas sana Dia mengatur yang TERBAIK untuk kita. ♥ 

Ya, itulah jalan Allah SWT menjawab permintaan kita. Kita minta Allah kuatkan kita dalam menghadapi cabaran hidup kita, Allah hadiahkan dengan ujian. Itu cara Allah nak suntik kekuatan pada diri kita. Kita mkintak moga Allah beri kekuatan untuk istiqamah melakukan ibadah,  tetapkan iman kita, mungkin DIA uji kita dengan senggang waktu yang banyak, jadi di situ kita dapat lihat, adakah senggang waktu yang ada dimanfaatkan atau dibiarkan begitu sahaja. 


Memetik kata-kata dari guru saya, Puan Sharifah Hana, "Untuk kekal di permukaan 'laut' bukan mudah. Kalau tak kena gaya, boleh tenggelam ke dasar. Dan pelampungnya hanyalah solat dan doa." 

Membumikan diri pada waktu sepertiga pagi juga adalah suatu ibadah tambahan yang bagus. Suasana yang tenang, aman. Memudahkan tumpuan untuk 'berdua' dengan Yang Esa. Merintih, mengadu, bercerita. Hanya dengan DIA. 

Tak dinafikan, rasa ingin disayangi dan rasa ingin menyayangi itu fitrah. Tapi selalu kena ingat, sebelum berani sayang pada 'ciptaan'-Nya, sudahkah kita mencintai Sang Pencipta 'nya'? Nak cari cinta Allah SWT bukan semudah nak dapat barang-barang di kedai runcit. Pilih, ambil, bayar harga, dah jadi hak milik sendiri. Cinta Allah itu manis, tersangat manis bila kita telah melalui jalan yang penuh payah, mengharung mehnah dan duri sepanjang jalan.

Cinta Allah dan syurga itu indah, kerana itu jalannya payah dan perlukan mujahadah. ^__^

Wassalam. 
Thanks for reading.
May Allah bless you ^__^

No comments:

Post a Comment