Saturday, February 4, 2012

Selesai Babak Bershopping Buku!

Assalamualaikum wbt...

Lame gile rase nye xpost yang the latest. Sebab memang sangat2 busy dengan mid-term, walaupun jarak nak final exam tak sampai pun lagi sebulan. Kira-kira dengan jari, memang kompem boleh kira. Berapa hari yang berbaki untuk start final exam! Ya Allah, cuak gak sebab rase degree nie macam...main-main je... Huhu

Ok, entry kali nie saya nak cerita pasal kupon RM200 yang 'diberi' oleh kerajaan Malayasia. RM50 awal-awal dah guna untuk beli buku IT. So tinggal Rm150. Tahu tak, sepanjang 30/1/12-3/2/2012, KUIS buat bookfair dan SANGAT BANYAK BUKU BEST2! Saya sangat teruja tapi saya terpaksa kekang betul-betul keinginan saya nak membeli, nak bershopping memandangkan saya dah set buku apekah yang saya dah rancang nak beli. Sedih memang sedih tapi... Nak buat guano... Duit memang senang nak mengalir keluar tapi perit nak dikumpul dan disimpan..

Saya simpan kupon RM150 tu untuk saya beli kat Book Fair PWTC. Begitu eksaited saya nak ke PWTC namun keeksaitetan saya luluh bile saya tengok booth buku yang tak berapa nak bersemangat ada... Sedih pun ada.. =( Dan lebih parah lagi,buku yang saya nak tu takde! Buku law. Actually, semalam saya dah g tengok kat DBP Klang, ada je, tapi malas nak beli memikirkan diskaun kat PWTC. Last-last, tak de gak bukunye kat sane.. Huhhu..

Saya spend voucher RM50 untuk buku-buku agama (tapi RM50 gak kene tambah lagi duit sendiri ok!) and RM100 untuk saya beli buku law (ada balance RM8, saya belikan hadiha buku comel untuk adik saya kenal huruf, sebagai hadiah beday dia!) Memang paling eksaited kat part buku-buku agama. Serius, macam nak borong semua, tapi memandangkan kupon dan duit laju je mengalir! (seb bek lah den sempat jeling kat purse ada lagi ke tak..kalo tak, gadai buku untuk balik Klang...hahaha) 

Saya paling puas dapat beli buku-buku pasal Palestin, the most written by Fatimah Syarha. Then, buku-buku untuk adik2 sikit-sikit yang ada dan jugak tokoh ilmuan Islam dalam bidang Sains. Serius, saya sangat suka baca tokoh-tokoh dari bidang Sains. Teruja nak baca sebab kita sendiri tau, realitinya, ilmu-ilmu Sains adalah bertitik tolak daripada kajian para ilmuan Islam. Cuma selepas Perang Salib, ilmu-ilmu Islam dicuri, makhtutat-makhutat ilmu diterjemah dalam bahasa barat, dan mereka membuka lagenda di era kegemilangan mereka, bahawa merekalah cendekiawan dunia. Saya sangat tercabar dengan sikap mereka yang mengenepikan keagungan ilmu yang dipelopori cendiakawan Islam.

Saya mempunyai impian yang besar dan kadang-kadang saya rasa saya terlalu kecil untuk menggapainya. Namun, tak ada benda yang mustahil dengan izin-Nya dan dengan sekuat usaha kita. Eh macam dah lari topik lah pulak! Hehe

Kesimpulannya, saya sangat suke shopping kat bookshop. Takyah lah nak susah-susah nak bawak den pegi SOGO ke Midvalley ke... tapi Midvalley pon best gak sebab ada buku gak kat situ! Tempat yang shopping semata-mata insya Allah takkan menggugat iman saya untuk mengalirkan duit! Ngeh3. Kang hantaran nak mintak buku 8 dulang je lah! Tapi jangan sedulang tu satu buku, sah lah hang kodokut! Hahaha

Tapi...masih terkilan sebab tak dapat memiliki buku Fikah Perubatan, Dari Fail Mahkamah Syariah, 8 jilid Tafsir Kitab Fiqh Manhaj min Mazhab asy-Syafie, 7 jilid Fiqh Perundangan Dr Wahbah Zuhaili, jurnal-jurnal hukum JKSM. Insya Allah ada rezeki akan cuba usahakan untuk memiliki koleksi-koleksi ini. Tapi macam Fiqh Perundangan Dr Wahbah Zuhaili tu nak request buat hantaran lah! =p
Ok daaaaa... ^__~


2 comments:

  1. eh kat kuis de wat book fair..waaa...
    aritu g pwtc dpt beli dari fail mahlamah syariah tuh..hehe

    ReplyDelete
  2. aah skg sonok sgt kat kuis, bookfair 2 dy wt kat msjid. jd nmpk lah berkembang siket function masjid, tak cuma terikat pd tmpt solat je.. :) tue lah...frust sgt xdpt buku 2.. xpe3 t nak g crik kat kdai buku ats tue kot ade ;)

    ReplyDelete