Bismillahirrahmanirrahim..
Mesti korang pun penah kan kene interbiu dengan kengkawan yang dah lame korang tak jumpe, dengan makcik pakcik kat kampung korang, mak ayah kengkawan korang yang terjumap masa wedding anak deme... Adesss Soklan yang agak parah bagi aku lah sena nye bile ditanye, "Bile nak kawen..." Jangan bagi aku jawab, kang bile aku jawab kang, bersila plak korang depan aku nak dengar aku khutbah pasal kawen even aku nie belum lagi ada apa-apa hubungan atau pemikiran serius pasal tue...
Ye, orang kata nak jodoh kita kene usaha. Tak leh dok goyang kaki je, memang sape pun takkan nak kat ko. Dan sebab tu jugak, aku tengok sekarang nie budaya couple semakin meningkat. Couple2 kosong je dah trang tang-tang haram, belum plus ko dating bagai, mesej sampai nak tercabut jeypad henpon korang, ada gak yang over sampai ke tahap macam 'pengantin baru'. Hah, camnie ke cara nak approach jodoh korang?
Ok, maaflah sangat-sangat ye kalo entry nie korang kate aku emo ke bahasa sangat kasar ke... Tapi nie memang pendapat peribadi aku yang berkisar entang aku... Aku pun manusia biasa gak. Bukan aku takde perasaan nak bina keluarga, takde cita-cita nak jadik sayap kiri perjuangan seorang 'dia' tapi secara jujurnya, nie antara sebab-musabab nape nye aku tak kawen lagi di umur aku sekarang, aku bukannya muda sangat lagi atau dah terlebih tua...
1- Sebab aku rasa tak layak lagi nak pegang title 'isteri' dan 'ibu'. Seriously, title tu sangat berat tau! Bukan calang-calang orang leh pegang amanah tu. Secara jujurnya, memang kahwin nie perlukan kesediaan mental dan fizikal dan aku tak sedia lagi untuk ke arah itu. Diri sendiri pun secara jujurnya aku terumbang ambing, inikan pulak nak jadi seorang pembimbing? Aku mengimpikan bai'ah solehah dalam bakal keluargakau kelak. Mampukah aku membimbing baka-bakal syuhada'ku andai aku masih rapuh? Bukan kawen awal yang aku kejarkan kalau aku sendiri tak bersedia.
2- Sebab aku rasa aku perlukan penumpuan yang khusus dalam apa yang sedang aku jalani sekarang. Aku bukan macam orang lain, boleh nikah sambil belajar. Boleh membantu mengurus rumah tangga disamping cemerlang akademikku. Hanya DIA dan aku yang tahu tahap kemampuanku. Kalau DIA tahu aku mampu, sudah lama DIA menghadirkan 'dia' di dalam hidupku untuk sama-sama berjuang denganku, kan? Tapi aku punya misi sendiri. Biar kuhabiskan dahulu pengajianku dengan sempurna, bukan sekadar sempurna, tapi tahap keilmuanku mampu dipertingkatkan dan diperkukuhkan sebelum aku melangkah ke alam rumah tangga.
3- Sebab aku sangat memilih 'imam'ku kelak. Nak kawen bukan pakai tangkap muat apatah lagi tangkap basah, nauzubillah... Aku pun bukan lah baik sangat kan, tiap masa ghaddul basar... Aku pun ada gak usha-usha yang aku rasa macam ok, tapi selalu aku selidik dulu latar belakangnya mengenai agamanya. Aku jugak ada menetapkan 3 syarat untuk 'dia' sebagai seorang imamku. Bukanlah aku demand, tapi syarat itu sangat penting dari kaca mataku sebagai seorang imamku. Aku pun bukanlah wanita sempurna namun aku percaya, setiap kelemahanku ialah kekuatan'nya' dan kekuatanku adalah kelemahan'nya'. Bukan mencari kelemahan tapi saling melengkapkan untuk menyempurnakan.
Erm...tu je kot. Dalam masa yang sama, aku sering bertanya-tanya pada diriku, berapa banyakkah ilmu yang sudah betul-betul aku kuasai? Berapa banyakkah sumbanganku terhadap keluarga, Islam dan negara yang sedang kudiami sekarang? Terasa kecil diri ini, mahu berusaha sedaya upaya memperkukuhkan pegangan, ilmu dan jati diri.
Memang syok tengok gamba-gamba orang kawen. And syok gak kalo dapat jemputan kawen. Paling malas nak pegi orang kawen walaupun makan free. Sebab ramai yang kahwin tak pertahankan syariat masa pernikahan. Sedih...bila yang lelaki tak pastikan aurat isteri dilindungi, bukan dibaluti. Semoga Allah mengurniakanku seorang 'dia' yang sangat sensitif dengan Islam, melindungi diriku dari dibakar di neraka yang marak, membimbingku dengan limpahan ilmunya dan memagariku dengan hafazan ayatullahnya... Amiin ya rabbal 'alamiin... Hanya Engkau yang Maha Mengetahui saat aku bersedia memikul amanah seterusnya. Permudahkanlah Ya Allah...
No comments:
Post a Comment