Sunday, February 19, 2012

Bahang Final Exam!

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt...

Exam final punya jadula dah keluar. Memang rase macam nak sekepingkan je badan nieh bile tengok jadual exam. This is my exam table.

INTERMEDIATE ENGLISH 27.2.2012 9.00AM-12.00PM PKK
USUL AL-FIQH II 06.3.2012 2.30PM-5.30PM PKK
AL-AQIDAH WA AL-AKHLAK AL-ISLAMIAH 07.3.2012 9.00AM-12.00PM PKK
AL-MASADIR LI AL-DIRASAH AL-SYARIAH 08.3.2012 9.00AM-12.00PM PKK
INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY 12.3.2012 9.00AM-12.00PM DPU
SISTEM PENTADBIRAN UNDANG2 ISLAM DI MALAYSIA 13.3.2012 9.00AM-12.00PM DPU
TARIKH TASYRI' AL-ISLAMI 15.3.2012 2.30PM-5.30PM

Gap nye alahai jauh plak seminggu, pastu straight je 3 paper arab. Mase gap nie lah memang kompem lah den balik umah! Bukan ape...nak carik berkat dari parent. Ngeh3 Alasan semata-mata! Den nak dok umah tu harap nye boleh lah fokus untuk exam... Haha

Nape tah, rase nye degree nie macam makin malas... Risau jugak dengan perubahan-perubahan camnie. Haha Bak kate Fad, "Pasneh jangan malas-malas dah. Balik jangan rest sangat." Yelah mak nenek. Rindu kat ko!

Tujuan sebenar masuk library kat bilik Multimedia nie nak search kes Che OMar Che Soh lwn Public Prosecutor tapi lain pulak jadiknye nieh... Dok mengarang kes kat blog lah pulak. Ape kes???  

Sekarang makin busy. Nak tengok fb [pon memang xde lah nak ada masa sangat melainkan dok CC or pinjam broadband Sarah or dok umah. Paling syok nak online kat umah, sampai rase bosan gile nak online. 

Dunia makin lama makin mencabar dugaannya. Makin meningkaty usia, kita makin terdedah dengan macam-macam isu semasa yang perlu kita analisis dan kritis dari perspektif positif dan negetif. Isu Wahabi, Syiah, pahaman Liberal, Orientalis sangat menariki minat saya sekarang untuk memperdalami perkara-perkara ini. Sebab apa? Sebab saya masih dalam proses nak baca novel Fatimah Syarha, "Sebarkan Cinta-Mu". Berapa bulan tah tak habis-habis lagi. Bukan masalah tak nak habiskan, tapi memikirkan masa yang cocok untuk membaca. Kekangan masa dan kerja sentiasa ada. Bila nak pegang je, teringat kes-kes law tak siap lagi, keje-keje lain ada lagi, usrah, forum-forum yang ada. Seronok tau duduk dekat taman ilmu. Insya Allah buku tu aim nak habiskna baca masa cuti tiga bulan ni nanti lah. Yang paling best, dah beli novel terbaru Dr Farhan, "Kutemui Cinta-Nya". So sweet lah rasanya Ustazah Fatimah Syarha dengan Dr Farhan nie!

And semalam, sebab nak tau sangta pasal Orientalis, terpandanglah satu buku nie tajuknya lebih kurang pasal 13 Jawapan Bagi Soalan Orientalisdengan pembuktian daripada Al-Quran, Bible dan Sains. Teruja sangat nak beli *sebenarnya dah nampak dua hari yang lepas tapi masa tu berfikir-fikir dengan duit yang ada* Semalam, beli jugak sebab pasni tak tau bile leh jumpe lagi buku camtu. Tapi pejual tu tak kasi potongan, so bayarlah dengan harga full-cash.Baru baca mukaddimahnya dan soalan-soalan yang diajukan oleh para Orientalis. Sangat menarik. Nak sambung dulu baca buku nie, nanti dah habis baca baru nak ulas.

Haaaa masa tengah carik buku tue semalam, saya carik buku contoh nya dulu. And saya tengok-tengok cntent dalamnya. Pas saya puas hati dengan cointent dalamnya, saya cari buku yang sama tapi berplastik! Saya taknak buku yang dah takde plastik. Dalam diam, saya berfikir sekejap. Kalau saya yang seorang perempuan pun, nak beli buku, nak beli sesuatu yang masih elok berbalut cantik... Mesti konsep yang sama lelaki pilih pasangan hidup mereka kan? Yang dah tak berbalut, yang tak ditutup hanya sebagai tatapan, didekati, dipegang dan diambil sekadar untuk 'melihat' atau 'survey'. Tapi bila nak beli, mesti ambil yang full-covered! Indahnya Islam. Yang bertutup itu lebih baik dan lebih cantikdaripada yang terdedah... Subahanallah..

Ya Allah.. Peganglah hati ini dan iman ini agar tetap dalam syariatMu dan kurniakanlah imam yang teguh pegangannya padaMu... Jadikanlah aku seorang anak yang solehah, seorang kaka mitahli, seorang kawan yang berguna, seorang masyarakat Islam yang berbvakti, seorang mujahadah kalimahMu, seorang isteri yang mudah dilentur dengan ayat-ayat-Mu, dan seorang ibu yang berfikiran tinggi dan melindungi bakal-bakal ulama'ku kelak... Amiin ya rabbal 'alamiin...


No comments:

Post a Comment