Friday, February 24, 2012

'Engkau' Menjadi Topik Bicaraku Dengan Tuhanku.

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt semua.. ^_^

Apa khabar semua? Semoga semua dalam jagaan dan perlindungan-Nya setiap detik dan saat yang berlalu.

Saya memang suke cengginih. Dah ada ayat bestwat kat status fb, mule lah tibe-tibe idea bertuans dengan hebat dan dahsyatnya nak blogging. Ok, blogging kali ni sekadar suke-suke je. Untuk warming up b4 tdo. Haha Ade tak sesape yang exercise cam nie ngan saya? Sile angkat tangan! Okey, give me five!! Kite boleh jadik geng. Semenjak dua menjak nie, saya dengan senang hati mendengar dan tumpang gembira dengan cerita kawan-kawan. Dekat nak hujung semester, secara jujurnya barulah boleh ngam dengan lebih dekat dengan dorang. Betul, bukan senang nak ngam dengan orang.

Benda ni buat aku terfikir, dengan kawan, yang sejantina pun take time nak kenal, lagikanlah pulak pasangan suami isteri yang memang kompem kita bukan duduk sehari dua dengan dia, tapi insya Allah sampai ke syurga. A person who will be at our sides, a long the journey from this world till hereafter. Kita bila ada seorang suami atau seorang isteri, mesti kita impikan untuk sama-sama menjalani hidup yang mawaddah, mahabbah dan rahmah.  Jika si suami itu soleh, maka pasti dia mengimpikan untuk bersanding kali kedua bersama the only wife di akhirat, bahkan tak pernah berhenti berdoa agar isterinya kini merupakan ketua bidadarinya di akhirat kelak. Subahanallah, so sweet lelaki macam nie! Tak yah kot nak kalut dok bagi bunga sekarang, dok perang-perang sekarang. Memang haru-biru.


Okey, nak seorang suami soleh atau mengimpikan bidadari dunia akhirat merupakan fitrah dan keinginan semula jadi semua orang. Teringat Ustaz Anuar *yang aja subjek Quran Sunnah mase skolah* ada cakap, "Kawan saya yang pakai seluar jin terkoyak kat lutut pun nak calon isteri yang pakai tudung labuh." Tak dinafikan, fitrah manusia sentiasa sukakan pada kebaikan. Takde manusia yang lahir-lahir terus berazam, "One day aku nak jadi leader of white-collar" Memang tak... Tapi, fitrah yang suci senang ternoda sebab banyak anasir-anasir buruk yang sentiasa mempengaruhi rentak hidup kita, aktiviti seharian kita. Nak pulak, dah banyak benda jadi senjata ampuh dalam diam untuk memerangi fikrah muslimin sekarang. 

Apekah kaitan dengan tajuk 'Engkau' menjadi topik bicaraku dengan Tuhanku? Biasalah, bercerita dengan kawan-kawan, banyak kisah hati yang dibuka dan dikongsi bersama. Aku masih berkecuali bercerita tentang 'seorang dia'. Namun apabila mereka bercerita tentang 'seorang dia', aku kadang tersenyum kadang tergelak mendengar cerita mereka. 'Engkau' hadir menyapa di tangga usiaku kini namun, haruskah aku yang terdahulu berbicara? Ini sekadar ulasan sendiri. Mungkin ada yang betul ada yang salah, mengikut persepsi  yang pelbagai daripada para pembaca. 

Tidak menjadi kesalahan pun sekiranya 'engkau' hadir di tangga mana usiaku berada. Bila aku sering memerhati 'engkau' dalam diam, bukan bererti aku tidak mempedulikanmu tapi ketahuilah bahawa 'engkau' menjadi antara topik utama perbicaraanku dengan Tuhanku. Aku masih belum siap untuk berterus terang tentang duduknya hatiku kepada 'engkau' masa sekarang. Perjalanan kita masih jauh. Aku hanya mampu mencoret tentang 'engkau' dan terus berbicara dengan-Nya tentang 'engkau'. Sering aku berfikir, apakah aku sebanding dengan 'engkau' kerana pada kaca mataku, 'engkau' bukan sembarangan orang. Engkau pasakkan al-Quran di ingatan'mu', namun aku teringin mengetahui sejauh mana kedalaman'mu' dengan ayat-ayat suci itu.  Aku tahu 'engkau' merupakan nama yang teratas dalam senarai pelajar bersijil biru, namun aku tertanya-tanya, bagaimana dengan sijil di hadapan-Nya? Maaf, mungkin aku sentiasa memandang perkara yang sempurna kerana mungkin 'engkau' bakal menjadi imamku kelak?


Teringat satu kata-kata keramat daripada Facebook, yang amat kupegang. "Lelaki soleh boleh memilih wanita yang biasa-biasa sebagai makmumnya kerana dia merupakan imam sebuah keluarga. Tetapi wanita solehah janganlah memilih lelaki yang biasa-biasa sebagai imamnya. Kerana kekuatan pembentukan sebuah keluarga itu bergantung kepada kemantapan bimbingan imamnya." Jadi, pilihlah lelaki itu, yang bakal menjadi imammu itu seorang yang teguh agamanya. Memang tak dinafikan, ramai yang bersongkok sekadar untuk title, jadi janganlah salah menilai wahai wanita! Teluskanlah hatimu, panjangkkanlah doamu pada Dia Yang Maha Mendengar. 


Andai 'dia' yang engkau cintai dalam diam itu yang terbaik buatmu, maka berdoalah dan jangan lupa tetapkan hati pada Yang Esa. Andai 'dia' yang terbaik buatmu, kamu dan 'dia' takkan terpisah. Malah mungkin juga aku dan 'engkau'? Insya Allah, jika itu yang terbaik. Tapi jika cinta diammu tidak mendatangkan asil positif selepas engkat berbicara dengan sejernih air matamu, dengan setulus hatimu bersama Sang Pemilik Hati, maka redhalah. Yang Maha Penyayang itu sudah menetapkan seorang imam yang lebih mantap dari seorang 'dia' yang engkau cintai.

Ingin sekali agar semua impianku dipenuhi namun harus aku beringat, tertunaikah sudah kewajipanku pada Yang Maha Penyayang?

Ingin sekali aku mahukan doaku diterima tanpa sebarang hijab, menembusi arasy-Mu, diaminkan oleh seluruh makhluk di langit dan di bumi namun aku tersedar, apakah diri ini sudah berusaha untuk dibersihkan tanpa wujud calit noda dan dosa?


Duhai hati janganlah gundah,
Kukuhkanlah kepercayaanmu pada Yang Esa, 
Jika 'dia' benar untukku,
Maka Kau dekatkanlah hati'nya' dengan hatiku...
Tapi jika 'dia' bukan milikku,
Maka Kau bawalah 'dia' jauh dari kehidupanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan duniawi...


Sekudus doa yang lahir dari hati..
Amiin ya rabbal 'alamiin..




No comments:

Post a Comment