Tuesday, January 24, 2012

Nikah Awal Adakah Semata-Mata Elak Zina?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualikum wbt..

Pertama-tamanya, semoga entry kali ini terhindar daripada sebarang kesalah fahaman dan sebarang fitnah terhadap agama Islam. Sebarang teguran dialu-alukan untuk tegur kesalahan saya.

Tertarik dengan limpahan artikel mengenai masalah gejala sosial yang berkembang pesat dalam kalangan diri orang islam dewasa ini, hingga membuahkan anak-anak luar nikah, yang bilangannya saban tahun semakin meningkat. Tak pernah surut. Malah yang menyedihkan dari kalangan umat Islam. Secara jujurnya, cukup memalukan statistik-statistik begini disandarkan kepada orang Islam.

Saya sedang dalam proses membaca novel karya Ustazah Fatimah Syarha, Sebarkan Cinta-Mu. Subhanallah, sangat bagus dan sangat banyak input yang saya peroleh. Walaupun saya antara orang yang ketinggalan untuk baca novel tersebut, tapi saya sangat seronok mengikuti gerak langkah penulis kegemaran saya. Persoalan utama dalam novel tersebut ialah mengenai pahaman liberal dan juga isu poligami. Satu ayat yang ingin saya petik, amat menarik minat saya, "Jika seorang lelaki sering mendesak kepada isterinya untuk berpoligami atas alasan kahwin lebih baik daripada melakukan zina, telah jelas bahawa urusan hariannya adalah sangat terdedah dengan hal-hal yang mampu menjerumuskannya ke kancah zina." Ayatnye lebih kurang macam nie lah...

Saya berfikir dengan dalam dan lebih mendalam. Ayat tersebut saya kembangkan konsepnya kepada remaja sekarang. Betul, saya sangat menyokong konsep yang dibawa dan konsep tersebut tidak terhad terpakai kepada golongan lelaki yang ingin berpoligami tetapi juga kepada remaja-remaja sekarang. Bagi saya, remaja-remaja yang berpegang pada konsep "baik nikah awal daripada berzina" adalah remaja-remaja yang sedar bahawa dia sudah jauh tersimpang dari landasan sebenar dan menginginkan redha Allah dalam percintaan yang sedang dilaluinya. Namun rakan-rakanku sekalian, ingat, Allah SWT telah berfirman mengingatkan hamba-hamba-Nya dalam kitab cinta-Nya:
"Janganlah kamu menghampiri zina." (Surah al-Isra': ayat 32)


Ramai yang akan memberi alasan,
"Jiwa remaja beb, mana boleh kawal cinta nie.."
"Aku sayang gile dengan buayafren @ gilefren aku... Sebelum jadi bende tak baek, baiklah kitorang nikah. Memang pasti, dia untuk aku."

Jangan silap faham, saya bukan MENIDAKKAN kahwin muda tapi saya menidakkan KAHWIN AWAL ATAS ALASAN ELAK MAKSIAT. Parent saya pun kahwin awal. Memang tak dapat dinafikan, kahwin awal antara ciri-ciri perempuan yang baik, namun tak semestinya perempuan tak kahwin awal tu perempuan jahat, kan? Jangan tahu syokya bercinta, syoknya ber'sayang abang', jangan hanya tahu sms ala-ala romantik setiap hari pada kekasih. Ingat, asas untuk perkahwinan adalah AGAMA bukannya NAFSU. Jom sama-sama kita fikir, kita rasa nak sms, tanya khabar si dia yang masih belum halal, apakah itu nafsu atau itu perintah Allah? Kalau sesuatu yang kita nak buat itu adalah berpaksikan nafsu, bermujahadahlah untuk mengawalnya. Mujahadah itu pahit tetapi hasilnya sangat manis. Jangan bermujahadah dengan berkonsepkan hangat-hangat tahu ayam, memang takkan menjadi.

Buat diri yang alpa dan sahabat-sahabat tercinta...
Ingatlah, berkahwin itu asasnya pada agama. Tak salah jika kahwin awal tapi, tepuk dada tanya iman, siapkah diri ini secara rohani dan fizikal secara total menghadapi mehnah perkahwinan? Betul, orang kata kalau tunggu sedia sampai bila pun kita memang takkan sedia. *Yang jawab dah ready tu alhamdulillah...* Kita nak kahwin bukan setakat nak dapat cinta yang halal, kekasih halal, tetapi ingat, perkahwinan kita menjadi titik permulaan melahirkan generasi baru berteraskan Quran dan Sunnah, dakwah Islamiah dan qudwatul hasanah. Bukan sekadar ada 7 orang anak sebagai tanda 'berjayanya' institusi sesebuah keluarga itu, tapi biarlah 7 yang ada mampu gemilang, menggilap kembali keagungan Islam yang kian pudar. Itu yang kita mahukan dari sebuah institusi keluarga, bukan sekadar kuantiti tetapi kualitinya.


Kalau kerajaan berpesan pada kita, "Biar lambat asalkan selamat", saya pun nak pesan benda yang sama pada diri saya. *Tapi...bukanlah maksudnya nak kawen lambat-lambat sangat... Ngeee* Mama saya pun berkahwin dalam usia yang muda, iaitu 21 tahun. Tapi Allah tau, mama mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dalam usia yang semuda itu, berbanding dengan saya dengan usia saya begitu. Bagi saya, sebelum siap melangkah ke alam perkahwinan, biarlah saya mempersiapkan diri saya dengan mendalami pelbagai ilmu yang masih cetek dari pengetahuan saya. mahu mencapai perkara-perkara sepatutnya sebelum terlibat dalam amanah besar membimbing amanah Illahi dalam institusi kekeluargaan. Semoga Allah membantu kita, mempermudahkan kita dalam segala urusan dan  tidak berhenti memandang kita dengan rahmat dan kasih sayang-Nya.

Wallahu a'lam..


9 comments:

  1. salam......
    kawen, kawen, kawen.....
    tu jela ak baca kat fb
    sampai da xlarat nak baca...
    hehe....
    nice one... jazakillah ^^

    ReplyDelete
  2. bagus,cbe utk menulis sesuatu yg tidak stereotaip..tapi...
    OBJECTION Yang Arif!!
    hehe..rasenye,ayat 'menidakkan' kahwin awal atas alasan mengelak maksiat tu,agak kurang sesuai, pd pndangan saye je..mgkn lbh baik klu tulis "niat utama bukanlah untuk mengelakkan zina/maksiat,ia boleh jd niat ke dua,tiga atau seterusnya..."
    sbb....
    trbace kt Fatwa Imam Nawawi, klu niat brkahwin kerana hndak mengelakkan maksiat,maka baginya pahala..huhu..
    -sekadar pndangan peribadi- =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.
      3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

      Delete
  3. ijat: hahaha ak xlarat bace pasal buang anak remaja sekarang.. btw tanx for reading.. :)

    pejalan kaki: syukran for the info.. baru tau.. :)

    ReplyDelete
  4. saya setuju 100% entry niii.... follow kamo!

    ReplyDelete
  5. tp... kalau dua orang remaja itu hendak berkahwin muda untuk elak maksiat.... bukankah itu sudah kerana Agama. Mereka takut tak dapat redha Allah. Nak jaga nafsu yg sangat kuat. Iman lemah. cinta sukar dilepaskan. Cinta sebelum nikah adalah cinta hina, tetapi boleh dihalalkan melalui pernikahan.Ia memang senang untuk kita berhujah, tetapi mereka yang merasakan sukarnya menahan diri...Pada pendapat sy, apabila ada pasangan remaja yg mahu bernikah kerana mahu mengelak maksiat,dalam masa yang sama ia juga sedang berniat kerana Agama. Kalau mereka tidak memikirkan langsung tentang agama, tak mungkin mereka mempunyai kesedaran tentang perlunya mereka bernikah di saat itu. Mereka sedar cinta mereka hina dan dilarang..kerana itu mereka ingin menghalalkannya dan mereka sedar itu sahaja cara yang dibenarkan agama dan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.
      3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

      Delete