Bismillahirrahmanirahiim
Assalamualaikum wbt..
Ape khabar semua hari nie? Apa khabar anggota zahir anda, terbebaskah daripada perkara mazmumah hari nie? Apa khabar hati anda, masihkan ada barang setitik hitam di situ? Apa khabar iman anda, cukupkah ia untuk menjadi pembantu mendapatkan tiket first class ke syurga?
Hidup berbuat baik adakah untuk mendapatkan kehidupan yang selesa di akhirat nanti? Teringat satu tazkirah yang dikongsi oleh seorang teman, kita kebanyakan hari nie beriman dan beramal untuk mendapatkan syurga. Macam mana kalau syurga itu tiada, apakah kita akan ekal beriman? Saya pun terdiam mendengar persoalan yang diutarakan. Cukup membuat diri ini terasa kerdil. Ingat, dalam hadith pertama daripada Hadith 40 ada menyebutkan, bahawa sesuatu amalan itu berdasarkan niat. Perkara yang terlalu umum. Harus kita muhasabah kembali, atas tujuan apa kita perlu hidup, apa tujuan kita beribadah seminit tadi, makan sejam yang lalu, tidur lima jam yang lepas. Semua yang kita buat mesti ada tujuannya sendiri.
Sebagai seorang manusia, kita memang takkan lepas diuji. Walau sekecik-kecik ujian hingga ke sebesar-besar ujian. Sebaik-baik makhluk hingga seburuk-buruk makhluk. Jika orang berilmu itu diuji dengan ilmunya. Jika dia orang yang berilmu, CGPA nye mantap 4 flat every sem, tapi kalau dari segi amalannya, tiak beramal dengan ilmunya, apakah maksudnya itu?? Orang yang kaya diuji dengan hartanya, orang cantik dan tampan diuji dengan kelebihannya. Pendek kata, semua orang diuji mengikut kemampuan masing-masing. Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu. Cuba untuk kuat saat diuji, cuba tersenyum dan berfikir, saat kita diuji, ramai lagi insan diuji dengan ujian yang lebih hebat.
Erm...sebenarnay tak tau dah nak kongsi ape. Cuma kadang-kadang mengalami komplikasi hati *this is not about heart cancer or something else. this is about missing, homesick!* Hahaha. Sungguhlah macam budak kecik, walhal dok Malaysia. Belajar pun dalam Malaysia lagi, kat Selangor lagi tue! Bukannye jauh sangat pun, tapi kalau nak every week balik, macam xleh jugak. Kesian kat ayah, sebab ayah yang akan hantar saya balik ke sini. Memang tak pernah balik KUIS nie nek kenderaan awam, sebab saya mempunyai mama an ayah yang sangat mengambil kira keselamatan saya. Owhhooo seriously, I'm homesick! Nak balik tak leh. Next week ada 4 paper mid term *kalut nak mid-term pun blog tak habis-habis..haishhh*
Assignment yang memang best, bersambung-sambung. Agak tercabar jugak bile assignment dok ejek-ejek *hang boleh tak nak buat aku bagus-bagus?* Alamak! Memang akan sentiasa kita nak MARKAH TERBAIK, tapi cuba fikir, kita dah usaha YANG PALING TERBAIK ke belum? Muhasabah diri, jangan nak markah lebih tapi kurang kerja dan yang paling penting kurang aplikasi ilmu. Tadi belajar pasal Imam Syafie, memang best. Belajar macam mana Mazhab beliau diperkembangkan, para syuyukh (guru) beliau. Subhanallah. Kalau kita, ingat lagi tak nama semua cikgu-cikgu kita dari skolah tadika sampai sekarang? Takut kalau tergolog dalam golongan yang mengkeji guru-guru, macm mana ilmu nak berkat, nak lekat. Ya Allah.. Tapi, inilah realiiti sekarang.
Ok lah. Nak sambung bat assignment. tak mau tergendala. Tapi, untuk update blog memang masuk dalam kerja yang perlu buat. Hehehe *Bukan wajib*
Wassalam. ^_^
Wassalam. ^_^
No comments:
Post a Comment