Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt...
Tahun 2011 sudah berlalu. Tahun 2012 Sudah seminggu melepasi kita. Waktu yang diperuntukkan adalah lebih kecil daripada tugasan yang kita ada. Sungguh, masa itu amat pantas dan masa itu amat berharga. Memang masa yang lepas takkan boleh kembali tapi cuba kita renungkan, apa yang kita telah buat dengan masa kita yang telah berlelu? Seminit lepas, sejam lepas, sehari lepas, seminggu lepas dan mungkin juga setahun lepas? Ingatlah pesanan Allah dalam Surah al'Asr, ayat 1 hingga 3. Paling perlu dihighlightkan pada ayat yang kedua dan ketiga,
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan orang-orang yang berpesan-pesan pada kebaikan dan berpesan-pesan dalam kesabaran".
Termenung aku mengimbas masa lampau yang telah kutinggali. Alangkah ruginya aku! Kembali kumengimbas, kejayaan-kejayaan lampau. Zaman persekolahanku yang aktif, hidup dengan latihan melancarkan lisan dalam bidang ucapan dan jua cuba kuselitkan kekuatan dkawah di situ. Di sekolah, peranan hanya kecil, tapi bila sekarang baru fikir, dulu aku tidak bertanggungjawab. Zaman diploma yang aku habiskan dengan ilmu semata-mata, menjadi mahasiswa pasif aku kira. Dengan kejayaan CGPA yang tidak seberapa, aku cuba mencongak, apa sumbanganku buat agama? Dengan apa yang aku capai semasa diploma, berbaloikah untuk membuat mama dan ayah tersenyum bangga mempunyai seorang puteri sepertiku? Aku jadi malu.
Matlamatku berkisar dunia, berkisar akademik, berkisar menjadi wanita solehah, berkisar mahu terus dan terus menajamkan minda. Namun aku lupa. Ada perkara yang belum beres. Ada benda yang aku tertinggal. Masuk tahun baru, aku seolah-olah mencari-cari identiti diri. Seperti aku sendiri tidak pernah kenal dengan diri sendiri. Apa dah jadi denganku?? Aku sendiri tidak pasti. Yang aku pasti, aku tersangat ingin merasai manisnya nikmat cinta Illahi. Yang pasti aku rasai, aku terlupa aku alpa memantapkan diri taqarrub lillah... Sekadar solat 5 waktu dan sekadar selak-selak al-Quran, cukupkah membentuk peribadi diri?
Aku malu.... Bila bicaraku banyak berkisar kisah-kisah yang tidak bermanfaat. Allah memberikanku hadiah sebagai tanda Tuhanku ini mencintai aku. DIA meminjamkanku seorang rakan yang aku kagumi secara jujurnya. Aku cuba mendapatkan beberapa nasihat daripadanya mengenai keseimbangan pelajaran dengan kepekaan sebagai seorang mahasiswa. Giat dengan usrah dan CGPA diplomanya juga sangat mantap. Terlibat dengan barisan kepimpinan pelajar semasa di KUIS namun tidak mampu menggoyah fokus belajarnya. Berbual dengannya sarat dengan kisah-kisah iktibar. Kagum dengannya dalam masa yang sama, terasa diri ini cukup kerdil. Ya, dia manusia biasa tapi dia punyai semangat luar biasa yang mampu menjadikannya luar biasa.
Aku berfikir malam tadi. Teringat dengan ayat dari sahabatku, kalau di IPTA, saf-saf kepimpinan bukanlah dari calang-calang orang. Hanya orang-orang yang hebat pelajarannya, yang dilantik untuk memimpin orang lain dan menerajui sebarang persatuan. Dia bercita-cita besar untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menganggotai organisasi. Subhanallah!! Sangat berbeza dengan saya. Pesannya, kalau kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita. Betul, itu memang tidak dinafikan. Maka dengan beberapa sesi perbincangan, aku telah mencipta sebuah misi dan visiku sendiri. Bukan cinta manusia yang menjadi buruan utamaku saat ini, bukan juga bersantai-santai di dalam bilik atau di The Mines. berehat itu perlu tapi cukup sekadar yang diperlukan badan. Terlebih ia binasa, terkurang membinasakan. Faham, kan? ^__^
Terbaca satu status dari Kamal Effandy, *saya pun kenal dy daripada blogwalking* Menarik dan menyentuh hati. Malu pada Allah…
'If Allah grants you 70 years of your life, you would spend: 24 years sleeping, 14 years working, 8 years in amusement, 6 years at the dinning table, 5 years in transportation, 4 years in conversation, 3 years in education, 3 years in reading, 3 years watching television. If you prayed 5 times a day, you would be giving Allah 5 months of your life. Can't we give 5 months out of 70 years? Think about it.'
Sekian coretan cinta Tahun Baru dariku. Semoga ada sedikit manfaat. Syukran kathiran pada Ustazah Huda, Ustaz Syuhada’, Khadijah, Dayah, Fad, Pah, Bie, Syue. Paling teristimewa, salam sayang dan cintaku pada Mama dan Ayah, Model Wira dalam keluarga.
No comments:
Post a Comment