Wednesday, January 26, 2011

For The Rest of My Life

Salam.... 
Lame rasenye tak jengah blog nie... Maaf ye blog....

Hari nie hari yang cukup kelam kabut bagi saya... Jari nie ade Kursus Amalan Guaman (KAG)... Talk tue sangat bagus tapi saya yang tak ambil sepenuh benefit yang disediakan... Hilang concentrate di sebalik cita-cita yang menggunung tinggi... Dah lah dua2 session tue, DSPI A takde langsung calon nak tanye pape soalan.... Hurm... Maaflah Ustazah Sarah... Saya jadik hilang mood nak tanye soalan bile talk 'overtime'... Over late sangat... Kalau ikut tentatif, pjul 12.30 dijangka habis... Yelah kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.... Saya...orang yang sangat tidak suka kalau tak punctual... Kelas kalau habis lambat dari waktu kelas pun, mesti dah tak boleh nak fokus sebabnye saya dah set ape yang nak buat lepas dari waktu kelas tue... 

Er...sebenarnya...saya kejar nak dengar taklimat untuk student2 yang berminat ke Jordan... Tue yang buat saya jadi takde mood nak tanye2 soalan... And bagi saya, penceramah yang first tadi erm....kurang mampu utk wat kite boleh fokus... Setiap orang ade kelebihan dan kelemahan kan? Mungkin ada yang boleh catch-up dengan cara pembentangan dia but not me.. Tersangatlah tiade mood untuk hari nie sepanjang KAG & kelas mirath sebagai kesimpulannya.... Tak suke lah hilang fokus!!!!!

Hilang fokus sebabnye....J O R D A N... Rusum yang tinggi membuatkan ramai kawan2 tarik diri.... Sedih.... But I still on my stand... Saya nak cube jugak mane tau ade rezeki nak sambung ke sana.... Dan saya taknak sambung 'sendiri' ke sana... Untuk starting je kena sediakan duit sendiri jugak... banyak yang saya kena fikir.... Tapi...tuelah... Saya nekad nak smabung fiqh ke sane....

Erm...takde moodlah pulak nk tulis2 lagi...
Salam...





Saturday, January 22, 2011

Semangat Yang Tiba-Tiba Datang

Salam....

Final exam sudah mamper bak kate orang-orang Ind0n... Hihi... Sebab siap dah dapat jadual final exam first draft... cayalah!!!! Budak2 law sem 6 this sem TUKANG BUKAK PINTU DEWAN EXAM dan juge kamilah yang TUKANG TUTUP PINTU EXAM... mentang2 lah sem akhir.... Huhuhu... Tapi takpe lah... Sem akhir... Ada masa nak habiskan masa dengan kengkawan tersayang... 

Nie nak tulis cket first draft nye kt sini...

7/2/11: 9am-12pm: PBI6122 (English)
10/2/11: 9am-12pm: ALL6113 (Arabic)
21/2/11: 2.30pm-5.30pm: SFD6103 (Nizham)
23/2/11: 9am-12pm: SUJ6103 (Law)
25/2/11: 2.45pm-5.45pm: SFR6103 (Mirath)

Memang MANTOP..... Tengah2 saya online facebook, tiba2, semangat untuk sambung belajar di Jordan datang dengan mendadak... Ya!!! Saya nak sambung pelajaran saya di sana.... Dan jika Allah izinkan....saya ingin menyambung degree saya di sana dengan 'dia'... Kalaulah dia baca apa yang saya tulis nie.... Mudah-mudahan Allah gerakkan hatinya untuk membaca luahan hati ini.... Kerana hanya 'dia' yang tahu siapakah 'dia' yang saya maksudkan....

Sambung di Jordan... Dengan pengkhususan fiqh atau syariah... Universiti Yarmouk atau Mu'tah menjadi sasaran... Jika diizinkan, biarlah aku belajar di Yarmouk... Kat sana memang pengkhususan fiqh... 4 tahun kat sana? Saya dah sedia untuk berada di sana 4 tahun... Demi ilmu, Islam, cita-cita, dan juga keluarga.... Gambaran kawan-kawan yang menyambung pengajian mereka di luar negara membakar semangat saya untuk sambung di negara orang.... Kita kena berani.... Teringat dengan ketidak'welcom'an student law k sana sesekali menggugat iman... 

Ya Allah.... Apakah Kau izinkan aku untuk tiba di sana menggali ilmu-Mu ya Rabb.... Kau kuatkanlah aku untuk terus menghabiskan sesi pengajianku di KUIS yang hanya berbaki tidak sampai sebulan... Terkadang aku merasakan racun malas itu sangat kuat.... Kucuba untuk bermujahadah dalam menggapai cita yang hanayy tinggal setapak dua.... Ya Allah.... Kau hantarkan 'dia' sebagai penguat semangatku, terima kasih ya Allah.... Yang kuharapkan, moga segalanya akan segera dimulakan dengan hubungan yang halal di sisi-Mu.... Amiin... Mudah-mudahan Kau makbulkan setiap permintaan hamba-Mu yang hina ini ya Rabbi....

Bertunang Tanpa Sedar????

Assalamualaikum wbt....
Ops!!! Nak share entri nie.... From I Luv Islam

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Ok, ini di'copy' fresh dari I Luv Islam... Skang nak show pendapat laen dari satu blog nie....


And saya pun diserang confuse... Lalu saya bertanyakan kepada beberapa orang ustazah untuk mendapatkan kepastian... Jadi, seorang ustazah, iaitu Ustazah Hasanah secara suka relanya membantu saya memberikan pandangan beliau, sekaligus menghuraikan lebih lanjut.

Nie ape yang Ustazah Hasanah cakap pulak:

1. Mana ada dalam KONSEP TUNANG nie sebarang rukun? DIPERLUKAN CINCIN sebagai tanda utnuk mengelakkan fitnah...
2. Islam kan tak halang sebarang adat selagin tak bertentangan Islam, sekaligus ISLAM TAK MENOLAK ADAT BERTUNANG YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU.
3. Perlunya untuk keluarga tahu status hubungan anak gadis mereka untuk tidak membelakangkan keluarga. maklumlah, kalau kita belakangkan keluarga, takut akan jadi masalah lain pula dalam proses membina rumahtangga...

Terima kasih ustazah atas input yang sudi ustazah kongsikan...

Moga entry kali ini lebih bermanfaat buat kita faham dengan lebih mendalam perkara2 yang tidak termasuk dalam silibus pembelajaran masing2...
Wassalam...

Aku Masih Dara

Salam semua....

Saya baru....(tak lah baru sangat) habis tengok cerita Aku Masih Dara... Terima kasih kepada [penyumbang cerita, Nadhratun Naim.... Hehehe... Best memang best but...ala2 cerita Syurga Cinta... Cuma dalam cerita nie, lelaki yang tarik pempuan jadi baek...


Bile renungkan balik...aah...memang betul... Berapa ramai perempuan sekarang yang masih mampu mengekalkan daranya... Kita insya Allah mungkin terpelihara... Tapi kawan2 yang lain? Zaman sekarang nie....susah nak tentukan perempuan yang maish dara 'pure' punye sebabnye ubat untuk menimbulkan selaput dara pun dah ada... Haish...dara palsu lah tu jawabnya...

Kesal dengan kepantasan teknologi yang serba mampu menciptakan serba-serbi dengan segera... Mee instant ada.... Perencah nasi goreng instant ada... dara instant tue yang tak boleh blah.... Ya Allah... Ape nak jadi zaman sekarang? Percayalah, dengan adanya 'dara instant' nie, MUNGKIN menyebabkan SEBILANGAN BESAR para gadis tidak takut untuk menyerahkan dara mereka kepada lelaki2 buaya. Sebabnye, nanti nak kawen, pakailah ubat 'dara instant' kan? Hurm.... Tau pulak kalau nak kawen kena pakai dara instant... maksudnya, dia masih memikirkan soal maruah walaupun sudah tergadai... Sama-sama kita muhasabah balik...

Berbalik pada cerita nie saya nak komen sikit....  Cerita dah bagus... Memang bagus bagi saya CUMA babak2 perempuan yang TERLAMPAU SEKSI agak menyakitkan mata... Mungkin, pihak producer nak tunjukkan, nie lah realiti dunia zaman sekarang... Dunia para gadis pulak camne keadaan mereka kat disko tue... Dikelilingi pil-pil, botol2 air haram dan juga lelaki2 yang bernafsukan syaitan....


Realiti...realiti jugak... Tapi, seharusnya...pihak producer tapis sikit babak2 seksi.... bagi pendapat saya, secara tak langsung, menjatuhkan maruah gadis2 lain yang beragama Islam... memang kita tau, ramai sekarang nie yang Islam atas IC... Walhal, orang Islam yang terlibat dengan kes2 masalah akhlak nie ramai... Malu untuk mengakui tapi inilah hakikat.... Part yang dalam rumah pakai baju seksi pun....tak sepatutnya dipertontonkan secara jelas, sebab secara jelas, mencalar imej individu2 tertentu...

Apa-apa pun, secara terbukanya, saya memang sangat suke dengan kebanyakan filem yang dihasilkan oleh Metrowealth sebab jalan cerita dia sangat menarik...
Keep up ur good work but please less controversy...
=)

Thursday, January 20, 2011

~~Sudah Semakin Busy~~

Salam....
Lama rasanya tak menulis kat sini....
Erm...maaflah ye blog ku sayang....

Sebenarnya, semalam saya tak tau kenapa hati saya rase sangat tidak tenang.... Asyik rasa nak menangiiisss je... Sampai saya dah penat menangis.... Saya pulak semalam on the way balik rumah.... Memang rumahlah tempat yang menenangkan saya.... Saya dapat jumpa adik-adik tersayang.... Dapat dengar gelak ketawa mereka....

Saya menangis sambil berdoa.... Sebenarnya, apakah kekacauan yang menyebabkan hati saya tak tenang... Saya cuba muhasabah diri balik.... Apa yang dah saya buat? Bagaimana dengan penjagaan kualiti solat saya? Solat alhamdulillah namun kualitinya macam mana? Mungkin ada benda-benda kecil yang saya terlepas pandang....

Saya kemudian mencapai al-Quran dan terus mengulang hafalan surah an-Nur supaya tidak lupa... Kan berdosa kalau dah hafal tapi lupa. Lagi berdosa kalau tak amalkan... Astaghfirullahl'aziim.... Mungkin itu kesilapan saya.... Lantas aku membuka terus kepada muka surat 440, iaitu hati kepada al-Quran... Lama ku merenung kepada surah itu.... Sudah jarang benar dibaca.... Khamis malam Jumaat pun tak baca.... Mungkin sebab tue lah Allah turunkan keresahan yang menggila kepadaku... Ya Allah.... Aku memohon ampun pada-Mu ya Rabb... Lalu, kuteruskan pembacaanku kepada setiap ayat... Terasa sayu mengenangkan kesilapanku... Kemudian, aku tiba pada perkataan 'mubiin' di dalam surah ini... Sedari waktu persekolahanku, aku mengamalkan membaca hajat yang kupinta dengan berhenti sebentar selepas tiba di perkataan 'mubiin' ini... Aku mohon beberapa hajat dengan linangan air mata... Sebak aku memikirkannya.... Aku sangat berharap agar hajatku diperkenankan Yang Esa....

Erm....Mungkin cukuplah sekadar ini sesi muhasabah... Moga akan bersambung di lain masa... Namun muhasabah itu perlu sentiasa pada diri.... 

Sekarang nak cerita pulak pasal ke'busy'an yang mengekang.... Huhhu.... Assignment? Tak yah ceritalah... Memang sangat banyak... Walaupun dah nak abeh sem... Contohnye assignment Mirath and Arab by PERSON.... Sebenarnya, kerja by person nie taklah seronok sangat sebabnye... Kena wat sensorang... Hihihi... Tapi nak wat camne kan... Alhamdulillah thesis sudh siap... Sekurang-kurangnya mampu mengurangkan bebanan tekanan perasaan yang melanda... Dan juga tekanan masa yang menghimpit... Kra kalau ikut dalam perancangan, memang sekarang nie masa nak siapkan assignment dan siapkan segala nota-nota yang berkaitan sebelum tibanya finalexam... Memang sem nie dah plan kena habiskan baca buku SEMUA  sebelum fina exam... Final kali nie start 7 Feb sampai 25 Feb.... Coz Law lah yang agak sengsara.... Hahaha sebabnye, kitorang start awal p0n habeh exm lambat jugak....
Huuuuu...

Takpe3... Tu belajang cerita... Sekarang punya cerita ialah menyiapakan segala tugasan ikut perancangan yang di list kan...

Wassalam...
Selamat berjuang sahabat-sahabtku yang lain...

Sunday, January 16, 2011

Lame Gak Da Tak Post

Hehehe
Salam....

Lame gak da x post...
Maklumlah, macam2 program and ada sedikit sebab yang membuatkan saya terpaksa mem'private'kan blog saya dalam short term... And sekarang, bile saya rase dah clear, saya dah xprivatekan...

Alhamdulillah, saya dah berjaya menghantar thesis saya untuk dijilidkan dan akan dihantar kepada Ustazah Huda tak lame lagi, insya Allah....

Semalam saya pergi jenjalan kat PD ngan Bie, Fad, Syue, Pah n Dayah... Tapi, xnak upload gegamba dah sebab agak private.. memang syok walaupun muke semakin gelap dibakar mentari... cewahhh ayat....

Huhu and rase nye takde ape lagi nak tulis,..
Penat manage blog and banyak keje len yang agak2 tertunggak...

Wassalam...

Sunday, January 9, 2011

~~Erm~~

Petang tadi, borak2 ngan Kak Noor, sambil dy cerita pasal baby dy yang sekarang 5 bulan dah pandai merangkak!! Sangat cepat... kak Noor nie dy tua sthun umurnya, asalnya sama sem dengan ktorg tapi disebabkan dia ada masalah kesihatan, seterusnya berkahwin dan melahirkan bayinya, telah mendesaknya untuk menangguh satu semester dan kiranya dia lambat habis satu sem lah dari saya... 

Borak punya borak, terkeluarlah cerita dia menjaga anak, keadaan rumahnya dan juga pembahagian masanya sebagai pelajar, ibu dan isteri... memang mencabar.... Hai...saya pun tercabar jugak bile sume pakat2 nikah awal and dah ada anak neh... Hahahaha

Dalam entri kali nie jugak, saya nak mintak maaf sangta2 pada adik Liena sebab saya sekarang sangatlah sibuk dan jarang dah berpeluang untuk sembang-sembang dengan dia... Mintak maaf ye adik.... =)

Tadi jugak, sy chatting dekat sejam jugaklah dengan senior sekolah rendah saya... Macam2 yang kami cerita... Dia pelik sebab saya ingat dan kenal dia lagi... Erm, itu sebenarnye perkara biase... Saya memang ingat lah budak2 skolah saya sebab tak berapa ramai sangat kot...walaupun ada jugak yang saya tak ingat... Bile die cerita balik, dia kate saya ngan dia selalu bergaduh time skolah rendah and dy kate nak ktorg berbaek skang nie... Saya ase nak gelak je sebab nye ye lah...cite zaman budak2, sekarang nie xde lah saya dendam dengan sape2 pun... Dah besar...dah matang.... Kalau dulu yelah...Sikit2 gaduh, nak-nak pulak saya nie memang jenis kaki gaduh... Hahahaha

Erm...saya ditimpa satu penyakit hati.... Saya teringatkan seseorang.... Seseorang yang dah lamaaaaaaaaaaa sangat saya ingat.... Tapi saya tak menaruh harapan yang begitu tinggi kepadanya sebab saya tahu, dia sekarang bukan calang2 orang.... Mesti ramai gileeeeeeeeeeeeeee pempuan yang suke kat dia.... And mungkin dia pandang saya sebagai kawan biase, yelah junior sekolah.... Saya pun tak berani nak hukum orang... Sebab saya sendiri pernah tengok, sowang dak course saya nie, elok bersongkok tapi mulut and perangai.... Wallahu a'lam.... Saya kadang2 rase susaaahhhhh sangat agaknye kan nak jumpe lelaki yang baik... Memang saya pun tak berapa baik tapi sekurang-kurangnya, ada tak suami saya tue nanti perangainya ala-ala saya?

Takut tau kalau dapat suami yang kurang menjaga thiqahnya, kemungkinan besar akan merubah isterinya sekali gus.... Allah....aku rasa tidak terduga dengan ujian-Mu....

Kawan saya pernah tanye saya, "Ko plan nak kawen bile?", saya jawab, "Entahlah, lagi cepat lagi bagus. Tapi untuk masa terdekat nie mustahillah kot...Calon xde aku pon xready lagi...". Kawan saya jawab, "Alah asy.... kalau dah sampai joodoh bukannye kire ko ready ke tak, kawen jugak jawapnye..." Nak kawen memang seronok sebab mase tue lah menghalalkan kita kepada yang selama nie diharamkan sementara kita belum bernikah.... Tapi berapa ramai yang juga 'seronok' dengan tugas yang bakal dipikul? 

Plan saya?? Kalau saya ditakdirkan dapat sambung belajar ke Jordan, saya kalau boleh biarlah nikah dulu sebelum pergi... Ada juga yang boleh jaga saya dengan halal mase saya belajar nanti... Kalau saya di Malaysia, saya nak kawen umo 23 tahun... Hehehe saya rase umo cenggituh ok lah kot dah kalau nak nikah... Kan3!!! ;p

Sekarang? Oh, sekarang plan saya nak fokus belajar dulu.....
=)

Saturday, January 8, 2011

Yesterday at Putrajaya

Semalam outstation sebentar di Putrajaya dengan group bahasa Arab untuk buat assignment video bhasa arab yang Ustaz Ehab suruh.... Memang lawak gile sebab nye lain dalam skrip, lain yang kitorang cakap. Pastu asyik ulang ayat yang same je... contohnye "hayya ilal huna..." xpon "ana uhib...ana uhib...." ataup0n "aiwah..."...

Hah penat nak gelak... Skang nie ngah edit vdeo yang ter'cut2 tue..nak wat vdeo yang betul... Huhhu... Just nak letak gmba semalam je kat sni...


Pape p0n, tanx sangat kepada ahli grouo nie sebab bagi komitmen yang sangat tinggi dan bagus...

Fataana Natiqah bt Mohamed Tajudin
Fadzilah bt Sha'ari
Afifah bt Abd Jalil
Nurul Aini bt Yaacub
Siti Nur Asyrafiah bt Ahmad Sabri

Semoga kenangan nie akan meninggalkan kenangan terindah antara kita dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kite lepas nie kerana Allah SWT...
=)

* tak sabar-sabar nak tunggu minggu depan pulak nak mencipta kenangan indah dengan geng-geng saya pulak...

Thursday, January 6, 2011

Peng'Up-Date' Blog Tegar??

Hihihi....
Fad kasik saya gelaran nie... Hahaha Am I care with this name? Never ok!!! Sukatilah korang nak cakap ape sebab bagi saya, my blog is my diary... Semua yang tertulis dalam nie ialah ape yang saya rasa, saya fikir dan saya alami... Orang nak komen? Sukati korang lah~~ Kalu asyik jaga hti orang, kang hati sendiri sampai bile pon tak terjage~~ Betul tak? ;p

Kerja makin banyak... Cerita yang dah transfer dari kawan pon makin banyak. Yang paling mendebarkan....FINAL EXAM MAKIN DEKATTTTT... Bile final exam dah nak dekat, tak lame lagi akan HABIS DIPLOMA!!! Mudah2an segalanya berjalan dengan lancar.... Semoga saya berjaya capai aim saya untuk dapat 4 flat sem nie... Amiin...

Thesis oh thesis....
Bilekah kau akan pulang ke tanganku kerana tanganku ini sudah tak sabar2 nak send engkau kat kedai Photostat Aisya tu untuk dijilidkan... Hihihihi.... Apa-apa pun, saya bersyukur sangat atas pertolongan dan kasih sayang Allah SWT pada saya.... Tanpa bantuan-Nya, mungkin saya takkan dapat buat seperti apa yang dah saya siapkan sekarang.... Ramai lagi sebenarnya kawan2 yang tak siap thesis... Tapi saya doakan mereka cepat2 sapkan thesis sebelum tamat tempoh... Kalau over tempoh, korang tak leh dah nak tambah short-sem tapi korang kene tambah satu sem penuh... Haish, nauzubillah.... Nak grade cepat, nak sambung degree cepat, nak kawen cepat!!! (walaupun calon xmuncul2 lagi..) Hihi.... Tu prinsip saya selama nie...

Exam oh exam....
Final exam is around the corner... Tak yah final exam, malam nie mid-term arab pon saya sempat lagi nak blogging... Ngeh3... Padanlah gelaran blogger-tegar tue... hahahaha... Tapi nak tulis jugak, pedulik ape... Huhhu... Belajar bukan untuk exam, selalu saya ingatkan pada diri saya tapi kenapa saya tak sedar2 diri lagi ek? Dah nak final tapi tak reti2 nak rajin study.... Insya-Alah saya rancang weekend saya nie, memang masa untuk saya pulun habis siapkan sume keje2 yang saya dah list kan... Biar kaku dan berteleku mengadap buku untuk menjiwai ilmu.... Owh ilmu.... I LOVE YOU.... Saya ingat lagi, dulu kan time skolah rendah, mesti ktorg men camnie... Tulis alphabet and garis2, soh kengkawan teka nama pakwe... Hahaha... Saya pun tak terkecuali tapi saya ingat pesan mama... "Kita orang susah kak.... Belajar betul2... kakak anak sulung... Tunjukkan contoh terbaik pada adik2...." Betul!! So, saya pun buat lah camni
B _ _ _ 
Saya soh kawan2 saya teka nama pakwe saya. Sume orang salah...sebab tak sangka saya akan couple dengan dia... Berkat kesungguhan saya couple dengan dia lah, alhamdulillah menjadikan saya best student kat skolah rendah dulu... Dia ialah BUKU.... Tapi, masuk skolah menengah, belajar main2 sebab lupa diri... So, nilah balasan yang saya dapat sekarang... tapi, nie bukan balasan... Nie hikmah.... Sebab saya memang ak mampu nak bawak subjek Sains.... Walaupun saya suke gile MATH, MALAY, SEJARAH, CHEMISTRY... Suke sangat subjek nie... Tapi, siapalah CHEMISTRY TANPA ADD MATH... Siapalah CHEMISTRY TANPA BIOLOGY & PHYSICS... Saya akur pada anugerah Allah, yang saya hanya mampu bawa bidang sastera dan bidang agama... Bersyukurlah... Sekurang2nya, saya boleh jadi penyeimbang bumi tau!!! Hehehe... Seba tue lah saya amek SYARIAH LAW, sebab siapalah AHLI LAW yang bercakap TANPA BERPAKSIKAN QURAN & SUNNAH... Alhamdulillah Allah pilih saya ke dalam bidang nie... Lagi satu, saya rase selamat sebabnye saya dikelilingi orang yang baik2... So, kebarangkalian nak wat jahat tue kurang lah.... Hehehe

Cinta oh cinta.....
Cinta??? Say NO TO CHINTA buat masa sekarang.... Tetibe pulak rase suka kat seseorang tue hilang... Betullah kata orang, suka tak semestinya cinta kna? Tapi kalau cinta, dia mesti suke~~ Aiseh.... Berjiwang2 lah pulak... Prinsip saya pada CINTA? Simple, kalau parent saya tak setuju dengan pilihan saya, saya akan tinggalkan... (tapi nie crite time skolah dlu and ade certain cerita yang mamangan ayah tak suke someone nih dari dulu sampai sekarang...) Pernah bercinta? Saya? Jawapannya pernah..... Tapi saya dah tinggalkan alhamdulillah sebab saya rase berdosa sangat time saya couple... Sebab saya rasa saya jauh sangat dari Allah masa saya couple.... Saya pernah terjatuh dalam cinta anjing (omputeh kate Puppy-Love) Hahahahahaaha.... First time saya suke dia masa saya sekolah rendah!!! Pergh dasat tue!!! Pastu, ktorg couple sampai lah Form 1. Bile mama saya dapat tau, mama marah sangat and suh saya clash. Mule2 saya bengang gle ngan mama, (sebab family dia suke buat masalah dengan family saya)... Tapi, saya pun kuatkan semangat, saya pun mnx clash dari dia.... Sebab saya sayangkan keluarga saya lebih dari saya sayangkan dia.... Walaupun saya lepas mintak clash tue, saya mule2 cam nak gile..... Seyes nie yang saya ase... Dan saya xcontact langsung dengan dia...

Pastu xde cte cinta lagi.... Kadang2 jeles kawan2 leh contact2 ngan dak2 lelaki, couple pon ade. Ni cte time skolah menengah lah... Saya nie malu sangat nak contact2 lelaki kalau takde hal... Sampailah satu masa, saya ditakdirkan untuk terlibat dengan cinta anjing lagi, masa saya Form 4.... Tak pernah jumpe tapi boleh jatuh cinta... Pelik kan?? Cinta memang pelik dan gile... Dia nie tak pernah gtau yang dy suke kat saya tapi saya boleh agak2 dari gaya dia.... Yang dia suke saya (sebab saya pun suka dia)... Hahahaha... Tema kitorang ialah Jepun... Hai, siap ade tema tau!!! Cakap dalam jepun hahaha, seb bek kat skolah saya, saya memang belajar bahasa Jepun... Dia baik sangat..... Tapi, sekali lagi....saya yang mintak clash sebab saya dapat hidayah lepas baca novel Tautan Hati by Fatimah Syarha.... Saya kuatkan semangat saya mnx putus dengan dia sebab saya tau Allah sayang saya... Sebab tue dia bagi kekuatan pada saya untuk mintak putus dari cinta2 yang tak syara'.... Saya je yang lupe Allah sayang saya.... Tapi dengan dia, kami still macam kawan biasa sampai sekarang.... Alhamdulillah sebab tak de sebarang dendam antara kami... Saya doakan dia bertemu orang yang lebih baik daripada saya.....

Saya sambung belajar kat KUIS, and sampai satu hari ditakdirkan jumpe balik dengan  my first-puppy l0ve!!! Dengan segala ayat yang dia ada, berjayalah dia tawan saya sebagai gf nye balik... Tapi alhamdulillah saya tak lama dengan dia.... Dia...secara jujurnya bukanlah seorang yang teguh pada agama.... Sangat memperlekehkan agama terutamanya bab solat. Benda nie yang saya tak boleh tahan. Kalau masalah family tu belakang cerita.... Tapi bab2 engaku dengan Allah, kurang satu memang saya tak teragak2 mereject sesiapa pun!!! Untuk jadi suami, dia yang kena bimbing saya, bukan saya bimbing dia... Maklumlah lelaki nie ego, lama2 kalau asyik perempuan tegur dia pun akan jadi bengang. Mula-mula saya rasa saya nak tolong dia, ingatkan balik pasal solat semua rupanya buat bazir kredit je~~ Hahahaha.... Tapi lama-lama, saya rase tak taulah kenapa, saya rasa terbeban sangat dengan perangai dia... And time nie jugaklah, saya rase BERDOSAAAAAAAA sangat couple dengan dia... Time nie jugak, saya ada buat solat istikharah dan solat hajat, saya mintak Allah tunujkkan pada saya, betul ke perasaan saya pada dia nie... Alhamdulillah, Allah tunjukkan pada saya... Saya rasa benci sangat dengan dia (walhal time tue couple. Macam justahil kan nak bnci org yg kte syg)... DIA bukak pintu hati saya untuk tinggalkan dia.... Dan sekarang dia sah pun bahagia dengan awek baru dia (time aku mnx clash dlu bukan main cakap payah nak lupekan aku segala...Ah poyo je!!!) 

And sekarang, satu je prinsip saya... NO MORE COUPLE.... Setiap orang tak kan sempurna dan boleh betulkan kesalahan masing2... Bertaubatlah selagi ada masa.... Ingatlah, couple nie menyusahkan je.... Cintalah ALLAH dengan sebenar2 cinta dulu....

Buat kaum lelaki, jika anda meminati seseorang wanita, pilihlah wnita mengikut keteguhan agamanya, kemudian barulah perkara2 lain macam kecantikan ke kekayaan ke kebijaksanaan ke... Kalau dah suke, berdoalah pada Allah semoga anda dimurahkan rezeki untuk melamar wanita idaman anda... Jangan risau kawen muda tapi risaulah kalau buang masa dengan bercinta time muda.... bercinta dengan isteri lagi bagus, halal pun halal malah bertambah pahala lgi tu... ;p

Buat kaum wanita, jika kamu menyukai mana-mana lelaki, beristikharahlah kamu.... Mohonlah petunjuk-Nya... Biarkanlah jodoh tersebit ditentukan Allah, jangan memilih ikut hati, kelak mati.... Janganlah murahkan harga maruah anda, kelak Allah menghina-Mu.... Peganglah kata janji-Nya... =)

Wednesday, January 5, 2011

Tak Tau Next Step

Blur!!!!
Pening!!!!
Tertekan!!!

Tak tau nak sambung kat mana lagi pasni tau tak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sangat tertekan. Why not sambung kat negara barat? Not bad TETAPI course2 agama nie TIDAK DITAJA OLEH KERAJAAN MALAYSIA!!!! Geram sangat. Malaysia nie just taja budak2 yang nak belajar dalam bidang yang BAGI DUIT BALIK PADA KERAJAAN JE!!! bengang betul~~ Seolah-olah yang belajar dalam bidang agama nie kurang dapat perhatian dan diabaikan.... Nie adalah benda betul.... Mana pernah dengar kerajaan BAEK HATI nak bagi sponsor tanpa bayar balik untuk course2 agama neh... Len lah kalau coz medic, engineering hah kelam kabut tergolek2 nak sponsor... Yang sponsor dalam coz agama nie dah disempitkan konsepnya, ZAKAT JE yang bagi....

Ini lah Malaysia..... Pisahkan agama dari kehidupan.... Pelik!!! Why not taja je semua coz yang ada selagi bukan coz yang salah dari segi agama... Hurm....

Geram!!!! Tak nak tulis ape2 dah~~

Tuesday, January 4, 2011

Patah Hati

Bismillahirrahmanirrahim….

Dengan hati yang patah dan terluka, jemariku mencoretkan apa yang aku rasakan saat ini…. Patah hati…itulah apa yang aku alami… Bukan sebab BUAYAPREN ok!!! Tak menlah boypren2 mse2 skarang nie… Tapi entahlah…. Susah nak terangkan namun biarkan jemari ini terus menari meluahkan segenap rasa yang terpendam dalam jiwa~~ Cewah!!!! Ayat tak boleh blah!! Hahaha

Rase yang terpendam? Banyak….

Rase TAKOT dengan exam, especially subject nizhamul qadha’ bile semalam ustazah dah warning, “Klu ada sesiapa yang dapat bwh 20 per 25, mereka ialah orang yang gagal mid-term saya..” Arghhhhhhhhhhhh, memang gile. Disebabkan permintaan ‘sekumpulan makhluk ini’ yang mahukan OPEN BOOK TEST untuk subjek nie, maka ustazah DAH KABULKAN PERMINTAAN MEREKA dan pkul 12.50 sampai 1.39 petang tadi dah berjalan OPEN BOOK TEST MID-TERM NIZHAM. Soalan yang secara jujurnya susah kalau tak baca every single word from the book. Frust? Erm…tak lah cume rase TAK PUAS sebab exam boleh bukak buku…. Tak terujilah kebijaksanaan kotak fikiran and MENYUSAHKAN sebab nak kna belek page by page!!! Huh!! Tapi pape pun, benda dah lepas, doa lah banyak2 mudah2an aku tak tergolong dalam golongan yang gagal. Suke memang suke subjek nie, maklumlah, jiwa dah sebati dengan law, event dy dalam arab…

Rase PATAH SEMANGAT bile tadi ustaz bagi nasihat tentang belajar ke luar negeri. Patah semangat jugak bile ayah gtau kelmarin yang tahun depan (tapi tak sure maksud ayah tahun depan tue 2011 ke 2012) zakat dah xmoh bagi biasiswa untuk further oversea. Patah hati jugak bile dalam advise ustaz tadi dia kata, sekarang nie syariah DAH BERLAMBAK-LAMBAK. Dan ramai dak2 KUIS yang dihantar ke Jordan untuk subjek Syariah. Dia kata, you as a LAW STUDENT should have any addition value, especially in English because nowadays, English Law’s student is very LOW!!! Kurang orang… Dia advice, u can sit on syariah if u think that u are able in that but remember, PLEASE HAVE ANY ADDITION VALUE… Betul jugak cakap ustaz… Tak ada apa yang salah. Ustaz Ehab salah satu ustaz yang in charge student2 yang kursus bahasa arab sebelum belajar ke luar Negara…. Time nie hati hancur… Saya pandang best friend saya, kami terfikirkan perkara yang sama…. Tak tau nak sambung bidang apa…. Sedih… Tapi dia bagus!! Dia suruh saya Tanya abang Ariff, kat Morocco ada course ape… Insya Allah saya akan cube contact dengan abg Ariff…

Rase SUKE.. hihihi…

JARI : Suke kat sape?

HATI : Kat dial ah…

JARI: Sape?

HATI : Die lah…. Dia yang disukai dan dikagumi dalam diam, tanpa pengetahuan dia… Takpe, biarkan je perasaan tu dalam hati… Sekarang bukan masa untuk mencemarkan usia belajar dengan komitmen cinta nie… Mungkin satu masa nanti…

JARI : Habis kalau dia ditakdirkan kawen dengan orang lain?

HATI : Biarkanlah… takkan nak halang kan? Tak elok rosakkan hubungan orang… Doakan je dia bahagia dengan pilihannya…. =)

JARI : Habis tu? Takkan nak biarkan aje? Tak nak bagi tahu hint-hint ke kat dia? Karang melepas….

HATI : Hint? Tak perlu kot…. Berdoa pada Allah, biar Allah yang uruskan soal hati nie… DIA lebih tahu siapa yang terbaik untuk kita, siapa yang mampu mendampingi kita dan membimbing kita…

MATA : Betul3!!! Tak ingat ke macam baca yang dalam blog kawan tu dlu, dia kata tak semsetinya kita nie ditakdirkan berkahwin dengan orang yang kita suka atau kita kagum. Boleh jadi kita ditakdirkan berkahwin dengan musuh lama kita atau orang yang selalu menyakitkan hati kita atau orang yang selama nie kita benci atau tak suka. Ingat, Allah lah sebaik-baik penentu…. Mungkin, kalau kita ditakdirkan berjodoh dengan orang yang paling kita tak suka, hikmahnya hanya kita je yang Allah takdirkan mampu mengubah sesuatu sifatnya?

HATI : Betul tu…. Walau setinggi mana pun kita suka kat sesiapa pun, ingat Allah tetap rancking paling atas. Cakap memang senang, nak buat susah kan? So, didiklah hati kita untuk redha siapa sahaja yang TELAH DITENTUKAN menjadi jodoh kita. Satu je benda yang boleh dipegang… Macam mana perangai kita, insya Allah macam tue lah jugak pasangan kita… Ingat janji Allah dalam surah an-Nur ayat 26… Itu sifir jodoh… Satu lagi formula nya, berusahalah kemudian bertawakkal….

JARI : Haaaaa tang berusaha tue yang tak paham… Camne? Kena selalu mesej ke? Selalu Tanya khabar ke? Ape ke??? Explain siket….

Hati : Ehm… tak perlu saling bersntuh tangan sebab hati kita sebenarnya sudah saling bersentuhan jika sesuatu hubungan itu dijalinkan berpaksikan Allah… Usaha….tak perlu disempitkan konsepnya dengan connection antara kita dan dia…. Tak perlu kita selalu tanya khabar or mesej tanya buat apa…. Kalau kita seorang lelaki, sangat meminati seorang wanita yang kita rasakan dia mampu menjadi sahabat kita dunia akhirat, lamarlah dia dengan cara terhormat agar kita tidak mencalarkan maruahnya sebagai gadis yang kita cinta kerana Allah SWT… Begitu juga dengan perempuan, tak salah untuk melamar lelaki tapi perkara nie gharib (jarang) berlaku pada ‘urf Malaysia… Sebagai seorang muslimah, pebanyakkan doa kepada Illahi, mohon petunjuk daripada-Nya, beristikharahlah moga DIA member jawapan, apakah dia yang kita suka itu yang terbaik untuk kita ataupun tidak…. Itulah usaha…. =)

SEMUA : Owhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh begituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Wallahu’alam…