Sunday, October 16, 2011

New Born of My Blog!

Assalamualaikum semua!

Proses renovation xhabes lagi sebenar nye.. Tengah nak menacri new template untuk background blog nie.. Cume, tibe-tibe pagi tadi saya rasa nak renovate lagi bende-bende lain. Antaranya termasuklah gambar untuk blog dan juga nama blog. Ok, blog saya yang sebelum nie, saya kasik name "Mencari Secangkir Redha Illahi" dah saya tukar pada DUNIA HITAM DAN PUTIH.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa Hitam & Putih? Tak Ungu & Biru ke, Hijau & Kuning ke, Kuning & Selangor ke... *okey, tue kale bendera Selangor Terchenta*.. Saya....sangat mencintai dunia perundangan. Bagi saya, seluruh jiwa saya tertumpah hanya untuk undang-undang syariah. Did u ever know, warna law itu warna lain? Totally not! Only black and white. Besides, i love black too much, as i do love purple! Bukanlah nak kata saya nie hebat law ke ape ke...tidak sama sekali. Out of topic!

Saya mempunyai cita-cita saya yang tinggi dalam bidang ini. Dulu, masa lepas saya habis Diploma *actually tak lah dulu sangat kan...* saya sendiri keliru, nak teruskan Bachelor dalam bidang Syariah atau Syariah Law atau Fiqh. Tapi secara jujurnya, saya tak minat sangat Syariah sahaja. Sebab saya nak belajar benda yang bervariasi. Tapi, hati saya memang lebih pada nak fiqh dan syariah law. Allah dah pun pilihkan untuk saya, yang mana DIA tahu lebih baik untuk saya. DIA tahu yang mana saya mampu.

Saya teringat Najaah cakap *nie budak kelas mase diploma* takde satu bende pun dalam hidup nie yang terlepas dari Allah. Serious! Memang betul. Saya memang hayati kata-kata dia, bile saya apply kan dengan situasi hidup. Match! Even kalau kita dah dapat satu rezeki yang kita nak sangat selama nie, tapi jangan lupa kebesaran Allah yang pegang hati kita. Kalau DIA kata rezeki yang DIA bagi tue memang terbaik untuk kita, walau seribu yang menghalang, kita akan dapat jugak rezeki tu. Tapi, kalau DIA tulis itu bukan yang terbaik untuk kita, walaupun dah ada dalam genggaman kite, rezeki tu akan terlepas jugak. See?

I'm is a person that will get what I dream for... If I say black, so my answer is black till the end. I will not easily goes to change my stand and I will always do my promise, biiznillah. I am a person that totally hate the person who disobey Allah *of course lah*, love to lie and love to broke any promise that they make. For me, it was too hard to believe this type of person, which always have a fake personalize. Eh...eh..eh... Dah jauh pulak melalut.

Ok, last but not least, insya Allah, this is myself on my future:

Please pray for me


Thanks for visiting, readers!
Allahu yubarik 'alaikum! ^__^

Friday, October 14, 2011

Maaf, Tengah Renovate... =,="

Salam kemaafan buat semua pengunjung yang sudi membaca di sini... Tengah renovate sikit. Nak renovate penuh xtau, so maen tekan test2 aje. Kot2 jadi...

Tengah nak cari background yang sesuai, dan berwarna hitam dan ungu *sebab warne pebret*. Kalo boleh, nak bahagian warna untuk postages of blog nie kale hitam sahaja. Tapi background nak hitam ungu. Wah3 banyak lah songeh nye...

Sape-sape yang tau cemane nak dptkn background utk blog leh tolg aja? Time kasih... ^__^
Wassalam...

Usah Kecewa Sayang.... Bila Dia Bukan Milikmu ^__^

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

Hari Jumaat yang tenang nie mood tibe-tibe nak tulis pasal mende nie... Sebab fenomena sekarang nie ramai yang cepat melatah bila kecewa, nak2 lagi bila dah terjebak dalam dunia cinta neh.. Okey, let we start our discussion!

Anda pernah menyukai seseorang dalam diam tetapi dia sudah mempunyai pilihannya? Anda pernah menyayangi seseorang dengan sepenuh hati anda tetapi akhirnya anda ditinggalkan? Okey, boleh sambung bace artikel nie kalo penah.. Hahaha gurau aje... Kalo xde pon boleh jugak bace untuk isi masa atau mencari ilmu daripada pengalaman orang lain...

Saat kau perlu melepaskan seseorang, jangan kau rasa sedih... Saya pernah terbaca artikel nie dan nie. Seriously sangat menarik. the 2nd article is the winner utk peraduan menulis yang dapat 1st place. Best sangat untuk bace2... Dan lagi satu, artikel dari blog Dr. Cinta.

Betul, kita sebagai manusia takkan terlepas dari ujian hati, sama ada menyayangi seseorang, mencintai seseorang, menyukai seseorang, membenci, memusuhi, mendendami... Sume tue berkaitan hati kan? Betapa susahnya sekeping hati nak dijaga berbanding kuku tangan, kuku kaki, kulit muka... Semua yang zahir itu mudah dijaga daripada yang dalam-dalam nie... Terutama sekeping hati. Dan konflik hati ini tidak terhenti pada perempuan sahaja, tetapi juga lelaki...

Kite selalu kan bace report kesihatan sakit jantung or sakit puan or sakit tuan or ortopedik and so on yang berkaitan dengan masalah kesihatan nie. Kita boleh tau, cure of cancer or anything else but did u have ever heard at the news abot the report on the shape of the frustration? *eh cam pelek je ayt nie...hantam sajalah...* Penah tak kite bace report doktor kat surat khabar atau kat tv, doktor jumpe antiseptik atau antibiotik yang superb untuk merawat kehancuran hati yang frust? And kalo jumpe, saya rase takkan ade sape nak rasa serik untuk terlibat dalam dunia frust nie. Pasal ape? Sakit je g amek ubat, pastu hilanglah. Then, frust lagi and lagi, takkan menitikkan air mata. Haha Betul tak?




Tapi sebenarnya, bila kita kecewa dalam bercinta, ubatnya hanya satu. kembali pada Allah. Kembalilah sedar dari lamunan yang asyik, khayalan yang melenakan kita selama ini, atas dasar apakah cinta yang kita bina selama ini? Adakah berlandaskan jalan yang DIA redhai? Adakah mengikut proses yang betul? Sudahkah kita ini siap sepenuhnya untuk berkomitmen dalam percintaan? Nah, di situ kita duduk sejenak, muhasabah diri. Bahawa kita ini sebenarnya sudah jauh tersimpang dari jalan cinta-Nya... Kita sudah enak bergelumang dengan noda dan maksiat tanpa kita sedari. Dan ALLAH pisahkan kita darinya kerana Allah terlampau sayangkan kita. DIA Maha Mengetahui, andai cinta kita dengannya tetap terus, kita mungkin hilang kawalan diri dan terjebak dalam kancah zina. Siapa tahu melainkan Yang Maha Mengetahui... Relakanlah DIA memisahkan kita dari dia, daripada DIA meninggalkan kita...



Maka, apabila seseorang yang kamu sukai dalam diam mempunyai pilihannya sendiri atau seseorang yang kamu cintai pergi dari cinta yang kamu bina, biarkanlah. Lepaskanlah dia pergi mencari kebahagiaannya... Andai dia yang terbaik buatmu, maka DIA akan menyatukanmu semula. Tapi, andai dia tersurat bukan buatmu dan bukan kamu yang menyimpan rusuk kirinya, maka tenanglah. Buatmu yang terbaik, dan lebih baik dari dia. Yakin pada janji tuhanmu. Yang penting, tak usah terburu-buru mengejar cinta dia yang belum pasti, tapi dalam senggang masa yang bersisa, tadahlah siraman cinta Illahi yang tulus buatmu, buat kemakmuran sejagat. Hinakanlah dirimu pada-Nya kelak DIA memandangmu dengan rahmat-Nya. Biarkan cinta manusia berlalu pergi asalkan cinta Illahi kukuh di hati.

Akhirnya, ingin kutitipkan sepotong do'a buat amalan kawan-kawan yang kekecewaan... Semoga bermanfaat ^__^




p/s: mase menaip sambil minum air teh o suam, dengar lagu Mengemis Kasih by Raihan, lagu Shalala by Vengaboys, tiba-tiba ada satu perasaan yang pernah ada datang menerpa....

Tuesday, October 11, 2011

Jadilah LEBIH BAIK Untuk MASA DEPAN

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

Hai semua! Lame tak update blog. Pasal tak bape nak sihat and pasal malas nak taip pun ye gak. Kadang idea ade dah mase duk sidai baju ke, mase ngah goreng ikan ke... Tapi asal bukak je lappy, haihhh sungguh! Kemalasan untuk menulis. Rajin nak blog walking je.. Hehe.. Tertunggu-tunggu jugak cerita terbaru dari kawan-kawan DSPI A, macam Syera, Iera, Saini, Tanaa. Yang rajin up date skang ni si Eton je saya nampak. Takpe, I bace jugak.. ^__^ Ini kire geng-geng yang aktif bl0g jugaklah even ada jugak yang paling malas update blog especially Tanaa & Syera! Haha Peace dears!! Jangan marah eh ^_~

Okey, the most top blog yang saya suke nak lawat, nak bace ialah blog NurulBadiah Lai ngan mediaprima tv. Blog Sis Badiah nie bagi saya memang sincere dy tulis dari hati, even ada gak kadang-kadang vocab out of dictionary... Hihi but i feel happy to read her blog. Media prima nie pulak tempat kegilaan saya nak donlod cecite yg best3. Pasai ceq da syok da kat cte Putri Yang Ditukar at tv3! Dan buku yang paling saya suke naka bace pulak novel dari pasangan suami isteri ni, Dr. Farhan Hadi dengan Ustazah Fatimah Syarha. Buku mereka pulak sincere ditulis dari hati yang saratkan dakwah dan kasih sayang.

Dakwah dan kasih sayang... Memang lah tak leh pisah... Rasanya itu memang tema utama untuk novel pasangan suami isteri nie. Selalu rasa tersentuh dan bermotivasi bile bace, cuma persoalannya, sampai bila motivasi itu akan kekal???

Erm... sebenarnya entry kali nie saya nak kongsi pasal kahwin. Kahwin? Again and again??? Huhu Ini adalah persoalan yang takkan pernah terlepas dari kehidupan seorang wanita. Dan saya sangat berpegang pada prinsip saya, kita sangat perlukan pada pembacaan dan bahan bacaan yang menjana pemikiran kita, berfikir ke hadapan selari dengan garisan al-Quran dan as-Sunnah. Wallahi, itulah garis sebenar Islam yang Baginda Rasulullah SAW dah tekankan. 2 benda yang baginda wasiatkan pada kita agar tak lelah dalam perjalanan yang panjang... Tapi kita??

Agak-agaknya, boleh tak babak KAHWIN ini terpisah SEKEJAP dari konsep Quran mahupun Sunnah? Seriously CAN'T! Saya gembira dengar berita ramai kawan-kawan sekolah rendah dah nak kawin, dah kawin tapi dalam masa yang sama saya sedih... Sedih dengan pergaulan sebelum perkahwinan dan juga pemakaian semasa hari yang bahagia. Terasa lemah sendi melihat gambar kemesraan yang membara sebelum alam pernikahan. Akrab dan jitu! Pemakaian semasa pernikahan, masing-masing berlumba-lumba atas kecantikan. Ya Allah...aku mohon dijauhi dengan ujian-ujian begini ya Allah... Sesungguhnya aku hamba yang lemah...

I'm not perfect too tapi bagi saya, hanya kita yang kenal diri kita, justeru, ubahlah kesilapan diri yang kita sedari... Jangan jadikan kebodohan dan kesilapan kita masa lalu, PUNCA UTAMA membantutkan kita untuk berubah, menjadi lebih baik dari masa lalu kita. Saya pasti, mesti ramai yang akan berkata tapi, peduilah ape orang lain nak kata tentang masa lalu kita, membandingkan kita dengan kira yang sekarang. Siapa mereka nak menghukum kita? Sedangakan Allah sendiri tidak menilai kita dengan dosa kita masa lampau, sebaliknya kita akan dinilai dengan siapakah kita pada babak seterusnya dalam kehidupan kita.


Erm...bile bace novel-novel pasangan suami isteri nie, cinta dorang sangat sweet tau! Dorang nie dua-dua pemalu. Sangat komited dengan tugasan pelajaran dan dakwah dalam kehidupan. Yang paling saya suke, dakwah dah menjadi darah yang mengalir di setiap sendi mereka. Wah3! terase hebat pulak ayat nie. Hahaha *Sungguhlah perasan!* macam mana saya nak apply kan dalam hidup saya ye??? Ya Allah, lemahnya saya...

Sebenarnya, kita kena sedar yang kita bukan hamba yang biasa-biasa, sama tahap dengan haiwan atau tumbuhan yang DIA cipta, tapi kitalah SEMULIA-MULIA ciptaan-Nya... Kita dicipta sebagai khalifah di bumi-Nya nie, bukan tugas perlu untuk belajar sahaja. Teringat status seorang sahabat saya. Saya suke bace status dia sebab sentiasa tulis dan mengingatkan orang tentang tanggungjawab kita di usia sekarang tidak terhenti sebagai seorang pelajar sahaja, bahkan juga perlu berdakwah! Sebagai seorang da'ie.. Sekarang, dengan mendalami novel-novel yang boleh membantu memotivasikan saya, saya faham maksud status dia.

Apekah konsep dakwah dalam setiap detik kehidupan kita? Adakah perlu 24 jam berdiri berceramah, atau ke sana ke sini untuk berceramah? Konsepnya tidak terhad setakat itu... Di rumah kita boleh berdakwah. Contohnya, solat on time, pilihkan tudung yang labuh untuk adik perempuan, ingatkan adik lelaki untuk pakai seluar panjang masa nak pegi main bola. Di office pun boleh dakwah, luangkan masa untuk solat sunat dhuha, tampal artikel-artikel tazkirah di bilik pejabat atau di atas meja. Di padang bola pun boleh berdakwah, dengan cara stop main bola awal sebelum masuknya waktu Maghrib, tegur bacaan surah hafazan kawan-kawan yang tersalah. Pendek kata dan cerita, di semua tempat dan setiap saat adalah masa untuk berdakwah. Setiap denyut nadi yang bergerak, seiring dengan aliran darah dalam badan yang tak pernah putus, selagi itulah roh dakwah takkan pernah putus dari jasad kita. ^__^

Okey, tadi cakap entry nie pasal kawen, last2 out of topic pulak kan? Sorry... Back to the main topic, saya kira yang dah berumah tangga, yang dah bertunang, yang dah merancang untuk melangkah ke fasa baru komitmen dalam kehidupan adalah manusia yang sudah bersedia. Alhamdulillah dan congrate, tak lupa saya ucapkan kepada kawan-kawan yang tergolong dalam grup-grup yang saya nyatakan kat atas nie. Jeles lah jugak, bila lah turn saye? Haha Sebenarnya, bila terdetik soalan, "Bile pulak turn saya" terus saya rasa saya masih belum layak unuk melangkah ke gerbang rumah tangga. Pada saya, serba serbi dalam diri saya masih belum cukup kukuh dan ampuh untuk melangkah ke fasa baru. Walhal, saya menginginkan keluarga yang barakah dan makmur. Biarlah saya memperbaiki seribu satu kekurangan diri ini terlebih dahulu sebelum melangkah dengan komitmen lebih tinggi. Sebagai anak sulung, di fikiran saya sekarang, masih belum terlintas lagi untuk berumahtangga, kerana banyak lagi amanah yang saya tak mampu nak laksanakan.

Kahwin itu amanah. Bukan suka-suka. Dalam hidup kita ada banyak amanah yang kita kena pegang. Lunaskan satu per satu. Kenapa nak tambah pikulan amanah andai amanah yang sebelum ini tidak berjalan selancarnya? Renung-renungkan kembali, apakah amanah utama kita sebagai HAMBA ALLAH dan PENGIKUT RASULULLAH, amanah kita sebagai seorang anak, seorang pelajar dah beres? Peringatan buat diri sendiri yang sering alpa...

Last but not least, 



Wallahu a'lam...
Time kasih yang bace ^__^


p/s: Special thanx to Kak Bella yang aja saye cemane nak connect kan person dengan link nye... Hehe

Tuesday, October 4, 2011

Ntah Tak Tau..

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

Masih lagi berkisar dengan teman rapat saya. Erm...luahan hati saya telah dibaca. Dan malas saya nak panjang-panjang cerita. Dia mesej dan saya pun mesej. Cume secara jujur, ape yang saya cakap kat mesej tue yang betul... Kalau anda rasa saya perangai keji, ye saya paham dan saya tau saya tak baik. Memang sangat tak baik... ^__^

Dalam hidup berkawan, macam-macam kerenah yang datang. Dalam hidup sebilik, tertekan dengan kawan, yang nie dok pasang lagu kuat-kuat, yang tue dok melalak, yang nie dok bergayut, yang nie dok menjerit panggil kawan sane sini. Okey, sape yang tak sayang kawan? Saye sayang kawan-kawan-kawan saye. Cewah! Bajet macam hot sangat ramai kawan kan... Adalah kawan, dan paling saya sayang, kawan rapat saya mase kat KUIS. Dalam keadaan macam nie, susah nak komen ape-ape. Cume ape yang boleh saya 'bold'ing  kan kat sini (ya Allah teruk bebenok bi aku) semua yang saya tulis kat sini, memang takde nak cover-cover... Memang itulah sejujurnya dari saya.

Once I say I LOVE U, I do mean it. Once I say I HATE YOU, I really do for you! Tapi...untuk konteks sahabat baik saya, saya memang tengah sangat bengang mase tulis tue, dan saya mintak maaf... Saya jujur, saya terase dengan anda TAPI saya masih sayangkan anda, sahabatku... Saya tau, saya memang mulut jahat, mulut takde insurans sume tapi setahun sekali skale je... Hehehe Takdelah, men-men je... Cume, saya betul-betul mohon kemaafan dari anda, andai kejujuran saya nie buat saya rasa saya lah manusia paling bagus, sayalah manusia paling betul di dunia, saya manusia paling berguna, oh itu TIDAK SAMA SEKALI. Again, we are not TEENAGE anymore, we are just ADULT fren... Saya harap, boleh kita selesaikan dengan cara yang bagus, walaupun untuk perkara uneducated. Memang takkan masuk silibus bidang masing-masing tapi ia masuk dalam percaturan persahabatan kita.

Ntah, saya pun tak tau nak cakap ape. Ape pun keputusan dari anda sahabat, saya redha. Andai anda memang rase kite memang tak sehaluan untuk bersahabat, terpulang. Ntah, saya kata saya taknak amek tau pasal anda, itu tipu. Saye tetap bukak fb anda, tengok status anda. Saya tetap tunggu-tunggu kalau anda ade nak cerita ape-ape perkembangan anda kat sana mase anda mesej saya. Tapi...ternyata takde... Anda mesej untuk perkara yang bukan macam masa kita rapat... Antara kita saya rasa...ada jurang persahabatan yang besar. Maaflah, saya memang manusia paling bagus cakap camnie :)

Ouh, penat nak melalut. Sekarang nie banyak bende lain saya nak kene fikirkan. Dengan saya dengar kesusahan sahabat saya di IPTA. Saya tak mampu membantu awak... Saya hanya mampu menjadi pendengar setia dan berkata mengikut tahap pemikiran saya... Berdasarkan apa yang saya tahu... Saya sayang kawan-kawan saya, lagi-lagilah classmate mase Diploma. Sayang gile! Sume saya anggap cam best fren, tapi the most best fren saya sorang je... Tapi tengah krisis... Adeh, sume saya nak cite kat blog nie kan? Cam saya sorang je ade blog. Ok, cube bace balek motto blog saye. Ape yang saya tulis nie ialah ape yang lahir dari hati saya.

Tibe-tibe perut terase lapar... Okey pesanan buat kawan-kawan, saya sayang kawan-kawan saya. Ade pape yang korang rase nak share, korang habaq lah eh... Insya Allah mane terdaya saya bantu... Sebab masa saya susah pun...saya akan cari kawan-kawan jugak kan....

Satu ayat kawan saya yang saya tersentuh, "Sampai pada satu simpang perjalanan, kita akan terpisah bawa haluan masing-masing. Kite takkan selamanya nak same je kan?" Ya Allah, terharu sangat dengan nasihat kawan-kawan. Love u more and more lah kawan-kawan yang sentiasa bagi nasihat bile saya salah... ^__^ Barakallahu 'alaikum... ^__^
Wassalam...




Saturday, October 1, 2011

Happy Birthday AMER

Salamun 'alaik...

Hari nie beday Amer... Takde tangkap gambar pun untuk beday kali nie tapi alhamdulillah, my mission nak buat Nasi Tomato had DONE untuk celebration kali nie. Seyes, sebelum-sebelum nie, saya sangat suke lah kalo celebrate beday b4 nie, g order pizza and kfc n kek. Tue kire dah cukup lah... Kire mase rehat lah dari masak kalo sambut beday.. But not for this time. Sejak I rajen nak cube test masak resepi baru (tak de lah baru sangat pun...baru bagi saya nak cube....) rasa puas makan ape yang dimasak dari beli... Beli hari nie kompem besok kene masak. Kalo masak, skali banyak hari nie, esok malas masak pun ade g makanan yang dimasak semalam kan... Hehehe..

Ok, wish untuk Amer... Belaja bebetol... Jangan putus harapan walaupun ada masa yang sangat tipis nak PMR okey! Kakak doakan Amer berjaya dunia akhirat, Jadi anak lelaki yang berguna, berbakti pada mama ayah, adik-beradik (especially kakak...hahahaaha). Dont try to be a playboy coz u will have nothing except regretting urself..


Tak Payah Nak EGO Sangatlah!

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

So sorry... Entry kali nie sebenarnya adalah sebab malas dan bengan dengan sikap manusia yang suke nak panjang-panjang cerita. Orangnye jauh lah dari saya pun...boleh nak carik masalah... Sampai rase malas nak tengok fb berkaitan anda ke ape ke... Masalahnye, kat home slalu nek status anda.. Mungkin, nie lah natijah yang saya kene terima untuk satu saat yang sukar bila saya dah buat keputusan demi masa depan saya, anda kire engat saya nie dah bangkitkan sejuta kemarahan anda sebab tak ke sane. Bukan saya nak panjangkan cerita tapi bile anda yang start buat tak tau.. Ok FINE. Dan kalau tue keputusan anda, saya pon malas nak gaduh untuk benda-benda uneducated camnie. Anda pun lagi educated dari saya, high class dari saya sume dari sume sudut dan saya redha untuk tak nak amek tau pasal anda... Ape-ape! Sebab saya rase takde gune nye, mende kecik, nak diperbesar-besarkan, nak melayan ego anda lagi... Penat!!

Terbaca artikel anda di blog anda, susah untuk memaafkan. Kenapa saya terase ye? Sebab saya ingat kata-kata anda, kalau saya tak sambung ke sana, anda marah gile dengan saya sebab masa tak dapat saya kecewa   sangat cerita kat anda. Anda... saya mintak maaf sebab sepanjang jadi kawan, saya tak pernah jadi kawan yang menyenangkan anda.... Saya mintak maaf sangat-sangat. Dan saya akui, memang andalah teman paling rapat untuk saya bercerita dan selesa bercerita... Dan andalah kawan yang terapat dengan saya... Dan andalah tempat saya menangis dan ketawa. Saya begitu selesa kawan dengan anda, walaupun ada selisih faham. Bila kita selisih faham, kita takkan bertegur sapa kan? Walaupun salah itu dari awak. Selalu saya ingat walaupun saya tak nak ingat. Dan bila saya sangat terasa dengan awak, saya balik rumah! Cari ketenangan dan mohon mengundur diri. Sekarang??? Saya dan anda memang dah jauh.

Sorry... Jangan anda nak pertahankan ego anda tu... Ingat ego anda tue boleh hapuskan segala-galanya ke? Saya nie mengaku, taklah sebaik anda, tak sehuffaz anda. Memang tak mampu nak tandingi anda tapi anda cubalah matang dan terima hakikat, umur kita dah dewasa. Walaupun tak berapa nak besar sangat angka umur anda tue tapi cube sama-sama pk... Dah boleh nak berfikir kan... 

Ok, entry kali nie ialah luahan perasaan yang sangat tajam, cuba saya pendam tapi last saya yang sakit. Buat yang sakit mata membaca, maaf. Saya memang suke tulis ape yang saya rasa kat blog saya nie. Maaf memang mulut saya jahat, nak kata saya jahat saya tau, tak payah cakap. Cume kali nie memang sangat tertekan dengan keegoan. Tak kesahlah awak budak mane sekalipun, satu je prinsip saya, memang saya malas nak layan orang yang ego dan suka buat kepala sendiri nie. Sebab saya sangat penat... Lagi-lagi kalau orang yang sama....

Ok, xde mood nak cakap panjang pasal hal nie. Maaf, entry kali nie memang berbahasa tajam.