Wednesday, October 31, 2012

Cuti Semester Yang Best

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

Cuti nie takde lah bercuti ke sana ke mari, tapi bercuti kali nie, saya berusaha bermati-matian untuk menguasai dapur *alahai, ayat macam gempak je nak takluk ape* Haha Tapi, ingat senang ke nak takluk dapur ha?? :p

Cuti nie saya tak buat apa-apa. Menghabiskan baca novel-novel Hilal Asyraf yang saya dah borong, mencuba resepi-resepi baru *bagi saya* menghabiskan silibus game Zuma Revenge, tidur, online, blogging. Owh, ye satu lagi hobi terbaru. Tengok ecampus KUIS. Tadi baru tengo, bukak kat portal nampak EXAM RESULT. Serius BERDERAU DARAH WEH!!!! Sekali klik kat situ rupa-rupanya result sem lepas. Ceh!! Buat cuak je! Tapi seyes, jantung aku macam nak tercabut tadi terus scroll bawah tengok CGPA. Gelabah ayam je! Sekali tengok elok-elok, SEMSTER 3! Last semester punya. Huh~ *tarik nafas LEGA*

Cuti nie saya baru berjaya habiskan 2 buah novel. Yelah, takkan nak ngadap novel 25 jam, 8 hari kan3? Macamlah perut tak lapar. Owh ye! Saya jugak tengok masterchef. Tapi from USA punya. Bukan Malaysia yang Season 2. Tengok Masterchef buat saya rasa lapaaaaa je! Tapi, paling geli tekak bila tengok chef diorang keluarkan babi hidup, dia kata lebih kurang gini maksudnya, "Hari ini, babi ialah bahan utama masakan kamu." Part paling geli bile saya tengok, chef dengan muka yang slumber makan babi tu *macam kita makan ayam* Terus saya foward ke depan. Tak sanggup tengok orang makan babi. 

Islam tu cantik. Allah tak bagi makan babi dengan anjing, minum minuman yang haram sebab Allah sayang kita. Benda-benda tu diharamkan bersebab. Kerana tak elok untuk kesihatan kita. Jadi, kenapa perlu pilih makanan yang dilarang, sedangkan makanan yang baik-baik itu lebih banyak Allah berikan? Itulah manusia bila hidupnya berlandaskan nafsu, membelakangkan Yang Esa.

OK, bile saya dah habiskan baca buku Hilal Asyraf, saya mampu senyum dan doakan supaya beliau terus dikuatkan Allah untuk menajamkan mata penanya dan menyebarkan sayapnya lebih luas dalam dunia dakwah. Saya mungkin salah seorang daripada jutaan fan beliau. Kan ada ekspo buku Islami kat KL Sentral sampai esok. Sedikit kecewa, ingatkan nak pergi esok jumpa beliau. Tapi untuk apa? Mintak tanda tangan? Macam takde keje je... Saya teringin sangat nak dengar ceramah beliau. Mama cakap, ape susah. Tengok je lah kat You Tube. Kan jimat duit, jimat masa. Boleh download lagi. *kau dengar mama aku cakap apa? dia yang takut pegang lappy pun masih fikirkan keekonomian. haha sebab dia tau aku nie suka sangat merayap* Saja lah mama, nak feel sikit kalo dengar ceramah life dari orangnye. Hihi

Sampai, ada orang cakap saya nak jadi bini nombor 2 Hilal. Owh nooooo! Jangan nak kuakan statement2 panas macam tu ye. Event aku single, tak pernah pulak terpikir nak jadi bini no 2 dia. Nauzubillah. Sebab apa? Sebab isteri dia seorang perempuan, dan saya juga seorang perempuan normal. Tau tak, isteri-isteri Nabi Muhammad SAW sendiri cemburu sesama mereka semasa bermadu. Kalau tak, takkan lah Sadatina Aishah tarik muka sewaktu baginda Rasulullah SAW memuji-muji Sadatina Khadijah walaupun hakikatnya Saidatina Khadijah itu sudah meninggal? Dan saya tau rasa sakit apabila orang yang kita sayang dirampas, so tak kan nak buat benda gila pada saudara seagama kita, kan? ^__^ Saya peminat setia karya dia sebab karya dia segar dengan pekbagai isu, bukan orangnya, bukan duitnya, bukan popularitinya. TITIK.

Tapi, banyak-banyak aktiviti yang paling saya suka sepanjang dok kat uma nie memasak lah. Walaupun tak terror mana, at least mencuba lah daripada tak tau langsung, kan? Tu yang sampai mama komplen kat saya, "Kak, len kali cuti takyah balik rumahlah. Mama nie makin naik berat badan. Lepas spaghetti, pastu apple pie, pastu pie ayam." Ngeh-ngeh-ngeh. Bukan ape... Pie ayam tu, sebabnya saya tersangat geram tengok ayam tu elok je beku dalm fridge. Baik dimanfaatkan untuk mempertingkatkan skill dan mengenyangkan perut, kan? Hehe. Banyak pulak masak, Qila bawak pegi sekolah. Dia kata sedap gila. Dia tak puas ati, bawak g sekolah, kawan dia makan banyak. Hai budak2... 

Ok lah. Time to sleep. 
Terima kasih Allah bagi peluang aku hidup, menebus dosa-dosa lalu.
^__^

Sunday, October 28, 2012

Aktiviti di Aidil Adha

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Salam aidil adha semua!
3rd day aidil adha

1st day of hari raya korban

Hari raya korban, balik kampung Sabak Bernam, 12 jam je duk kampung sebabnya hari Sabtu ayah kerja. So, duduk sana tunggu orang berkorban. Ayel tak tengok orang korban. Dia ikut orang makan2 je..

2nd day of hari raya korban

Ayah keje half-day. Then, ada korban kat surau. Ayel, Nuna, Qila, Ajiq, Yana dan diketuai Amer pegi tengok orang korban kat surau. Bila siap korban, diorang balik masing-masing bawak 'hadiah'. Ayel panggil gift kalau dapat balik dari kenduri atau mana-mana sebagai 'hadiah'. Klaka je. Alhamdulillah, banyak dapat daging and tulang lembu. Pagi, mama masak sup lembu. Tengah hari, saya ngan abang pegi kedai beli barang untuk masak.....








INI!!!


Spaghetti Bolognese home made
Menggunakan daging lembu korban yang dapat, macam bosan nak makan sup. Tengok update kalo kat facebook, sume-sume dok pakat tulis makan gear box. Let's do something out of the box. 

Saje je gatal-gatal feeling-feeling macam Masterchef decorate pinggan. Ok, sila jangan komen ape-ape sebab memang takde skill sangat nak berseni-seni hias pinggan. Hihi

3rd day of hari raya korban

Penah makan apple pie kat Mc D? Saya dulu kecik-kecik penah lah orang bagi tapi say tak suke. Disebabkan tengok US's Masterchef Season 1, dia punya juri suruh peserta semi-final dia masak apple pie, maka tiba-tiba tekak rasa sangat teringin nak makan. Sebab tu semalam masa keluar beli barang masak spaghetti, beli sekali barang-barang beli mini apple pie. Apple pie nak kene guna oven. Oven pulak rosak. So, gunalah apa yang ada.

So, i'd made mini apple pie.




Sekali lagi feeling2 nak decorate ala-ala Masterchef. Ayel komen, "Haaaa nak buat macam dalam laptop la tu." Maksudnya, dia nak cakap macam Masterchef la. Saya selalu ajak dia tengok Masterchef, tak pon kitorang main game Zuma same-same.

Nasib lah bahan dia senang nak buat. Hehe so, just follow the recipe.

Ok, sekian. Masa untuk makan tengah hari.
Tanx for reading, guys.
Wassalam.


Thursday, October 25, 2012

Berjalan Dalam Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

Esok ialah tarikh Hari Raya Aidul Adha. Selamat menyambut hari raya aidul adha. Orang semua sibuk tentang 'Aid Adha, tapi saya suka ber'you-tube' di rumah. Study pape yang patut dari You Tube.

Memang... Memang saya suka tengok Masterchef Malaysia. Tapi saya suka study dan study season 1 punya. Season 2 tak download lagi. Best ke tak season 2 punye eh? Takde Astro bukanlah penghalang untuk tak dapat tengok Maserchef, banyak lagi cara lain, kan? Sekarang zaman dah moden, semua di hujung jari kita. Tinggal pilih, yang mana kita nak.

Ya, pilihlah!

Saya pulak memang tak pernah lah kan nak tengok Masterchef yang oversea punya. As long yang saya cari kat You Tube nie, baru Masterchef dari USA je jumpa. Ke Jepun, Korea semua ada buat sesi Masterchef jugak? Kalo ada, boleh lah bagitau eh, kot-kot lah terlepas pandang. 

Komen bila tengok Masterchef USA, ada pro and kontra. The pros is I can improve my English skill by listening their conversation. Memang lah pening jugak dengar slanga diorang kan. And bila diorang cakap bukannya macam lecturer bagi talk kat kita masa dalam kelas, one-by-one word, kadang-kadang siap translate. Diorang cakap dah off course laju gile. Ada yang setengah boleh paham, ada setengah yang macam, eh diorang cakap ke...atau ada lebah lalu. Haha *jahat tiga saat* Yelah, mother tongue, takkan nak cakap slow-slow kan. Nak pulak dalam perbualan, bukannya ajar budak tadika. Tapi serius best dengar diorang cakap. Satu cabaran untuk kita dengar betul-betul dan paham sebab takde subtitle, sama ada BI or BM. Untuk orang macam saya yang tak berapa nak fluent nie, ok lah kot guna methode gini.

Kontra dia banyak gile. Dah khatam tengok Masterchef Malaysia, lahir kat Malaysia, membesar sebagai seorang Islam berbangsa Melayu. Dah biasa tengok orang berpakaian yang boleh kata tutup badanlah. Memang beza gile dengan diorang *aku kalo melancong ke negara Barat, mau ny culture shock nie. tapi nak pegi jugak! nak pegi jugak!* Beza dari sudut akhlak tu memang ketara gile lah. Dalam Masterchef Malaysia pun ada jugak non Muslim yang masuk, tapi bahasa diorang bertapi and nampak budaya menghormati guru *dalam episod Masterchef nie, maksudnya chef tu guru lah* Masterchef Barat, dia main cakap ikut suka je. Paling saya geli, bila keluar nama makanan pork, bacon. Ok, sebab tu bukan makanan orang Islam. One more, apron memasak orang Barat nie kotor. Beza dengan orang Malaysia, bersih, even masak untuk pusingan penyingkiran. Dan, bukankah dalam Islam sendiri dah tekankan, kebersihan itu sebahagian dari iman? ^__^

Suka dengan perwatakan Wahidan, tak lepas mengucap lafaz tahmid dan puji pada Yang Maha Esa atas kejayaannya, bairpun cuma tempat kedua. Sekurang-kurangnya, dia mampu berdakwah sambil dirinya terjun dalam bidang masakan. Memantulkan nilai didikan Islam. Sekaligus, memperlua makna dakwah kepada seisi dunia. Dakwah tu bukan sahaj terhad untuk pakai baju serba putih, kopiah putih, duduk kat masjid 24 jam. Dakwah itu diterjemahkan dalam gaya hidup seharian. Akhlak yang baik itu dakwah. Pakaian yang kemas, bersih dan menutup arat juga dakwah. Senyum pun dakwah. Maka, jangan jumud dengan perkataan dakwah.

Teringat Chef Riz ada komen, makanan kalau cantik, tapi disediakan dalam keadaan yang kotor, cantik pada luaran tapi bakteria pada dalaman pun tak guna jugak. And saya amek begitu jugaklah kita dalam kehidupan, kalau cantik luaran, dalamannya tak sepadan, maka perlukan lebih banyak muhasabah diri. Cari kelemahan kita dan perbaiki. Jangan bangga diri tunding salah pada orang lain.

Then, beralih kat Masterchef Junior. Macam tak berapa nak best sangat lah. I'm just getting impress with the kids which they can cook and decorate their food perfectly as 5 star chef. Congratulation kids. U'd done very well! 

Yang saya perhatikan, anak-anak Barat nie dilatih dengan macam-macam kemahiran dari kecil. Contoh yang jelas saya nampak macam cooking nie lah, dalam Masterchef, kan? Yang jelas, skill mereka yang hebat-hebat, hanyalah preparation untuk dunia semata-mata. Hilang konsep tawazun (keseimbangan).

Dan pagi tadi, dekat tv al-hijrah, kanak-kanak sebaya Ayel, just 5 years old tapi dah hafaz surah Yasiin, boleh baca dengan fluent, DEPAN TV dan menjadi tontonan orang ramai. Saya kira, dengan lafaz syahadah yang saya sebut sebanyak 10 kali sehari, saya lebih kagum dengan kanak-kanak Muslim yang sudah mampu menghafaz al-Quran. Tu kat Malaysia. Yang dekat Palestin dan negara-negara Islam yang lain, banyak lagi yang dah dapat pangkat "al-hafiz" walaupun umur baru 4,5,6 tahun. Allahu akbar! Setakat nie, tak pernah lagi kat You Tube ada dedahkan budak2 kecil yang hafal kitab agama masing2 dengan lancarnya. Maksudnya, selain dari agama Islam.

Nak kongsi pengalaman, pengakuan daripada kawan saya yang beragama Kristian sendiri. Masa berumur 18 tahun, belum pernah sekalipun khatam baca Bible. Serius aya terkejut sebab cuba kaitakan dengan diri sendiri, sebagai seorang Muslim, dengan umur 18 tahun, mungkin sudah berkali khatam baca al-Quran. Walhal, Bible tu dalam bahasa Melayu kot. Tapi, masa saya sendiri bukak, saya pening baca, Tulisannya tak mesra pembaca, membuat Bible lagi susah nak dibaca. 

Maka, kembali kepada fitrah Islam yang menekankan peri pentingnya hubungan diri dengan Yang Menciptakan kita, menegaskan keperluan untuk berpaksikan pada al-Quran dan as-Sunnah sebagai Perlembagaan Kehidupan. Islam agama yang paling seimbang, Agama Langit yang paling sempurna, kerana agama Islam ialah agama yang fleksibel untuk diaplikasikan dalam hidup, semenjak zaman Rasulullah SAW hingga akhir zaman. Namun, Allah SWT bukan menjadikan kita seperti rahib, hidupnya hanya dalam gereja, tidak melihat ke alam luar. Allah SWT juga telah memberi mandat pada manusia untuk memakmurkan bumi, diberi jawatan sebagai khalifah, untuk mentadbir sumber-sumber yang ada di Bumi.

Last but not least, kita sebagai pelakon dalam pentas dunia ini melakonkan pelbagai watak yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Dunia inilah panggungnya untuk berlakon. Hakimnya cuma satu, Yang Maha Esa. 

Setiap hari kita meniti jalan dalam kehidupan, berjumpa dengan pelbagai ragam dan kerenah alam. Kita sewajarnya menjadi manusia yang kritis dan kreatif dalam mengolah apa yang kita perhatikan sepanjang kita berjalan di dunia. Jangan hanya sekilas pandang, jangan hanya memandang kosong atas sesuatu perkara, kelak kita yang rugi untuk mengambil hikmah.

Wassalam.
Thanks for reading. 
May Allah bless you. ^__^

Wednesday, October 24, 2012

It's About My Family

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Duk kat umah sepanjang sebulan lebih insya Allah dapat saya isi dengan perkara-perkara yang best bersama family.

Bergaduh dengan adik-adik, best!

Sorang jerit, semua pakat nak jerit. Lawan suara sapa pangkat JENERAL! Kadang-kadang lepas lawan kerit, kitorang gelak sama-sama. Tapi BIASANYA, lepas lawan suara sapa pangkat JENERAL, masing-masing muka masam. Kalo saya, masuk bilik main game Zuma. Pastu kang, ade la yang ketuk pintu, "Kakak, amek kan nasik." "Kakak, gorengkan telur." "Kakak...bla...bla...bla..." Haha Itulah lumrah adik beradik, kan? Air dicincang tak putus. Memang, air tu takkan pernah boleh dicincang. Tak semua masa kita nak happy, tapi bukan semua masa yang ada kita spend untuk bergaduh.


Masak sama-sama.

Ok, ini kisah ber'masterchef' bersama dua si kecil. Nuna & Ayel. Macam saya ada cerita kat fb. Bila start je sesi 'Masterchef' kat dapur, mesti ada dua orang chef tambahan yang akan join skali. Ayel ust 5 years old and Nunna 2 years-old. Dua-dua volunteer nak kopek kulit bawang putih je, bawang merah taknak. Bile tanye, kenapa xnak? "Nanti mata pedih."

Amboi, pandai pilih2 eh. Masing-masing rebut nak tumbuk ikan bilis, tapi letak je bawang merah dekat lesung, sume lari ke depan. Alasannya, "Tak nak tumbuk bawang merah, nanti Ayel nanges." Yang Nuna tukang sokong, "Adek pon syame." Tergelak je tengok keletah diorang nie. Mudah-mudahan, bila masing2 besar, maintain lekat kat dapur lagi tau! Yang perempuan, maintain kat dapur sebab dapur ialah 'kerajaan' seorang wanita sejati. Yang lelaki, jadilah anak dan suami yang sentiasa menyenangkan ahli keluarga, ringan tangan membantu di dapur. ^__^


Nyanyi sama-sama.


Kalo masa pagi kat tv al-Hijrah kan ada macam-macam selawat. Ada nasyid Sami Yusuf *tapi tak hafal pun sebab tak penah dengar* Saya aja Ayel untuk hafal lagu dhuha by UNIC. Elok sikit dengar dari lagu merapu-rapu, kan? Lagu Dhuha pun ada kat tv. Ape lagi, kami nyanyi sama-sama. Bila Yana balik, dia suka bukak lagu nasyid pasal ibu, Ayel n Nuna mesti terpacak depan lappy nyanyi sama-sama. Juga tak dilupakan pada lagu Upin Ipin dalam babak "Cerita Kami." Nuna boleh hafal fluently, ok! Lagu raya pun hafal. Banyak lagi stock-stock lagu lain yang diorang hafal. Lagu Najwa Latif pun ada, sebab dia dengar abang-abang dia nyanyi, so lekat sekali dalam ingatan diorang. Yang saya nampak, Nuna nie cepat pick up and cepat hafal. Ayel pun macam tu. Elok rasanya mula didedahkan untuk hafal Quran.


Saya xreti nak ajar diorang benda2 baik, tapi saya cuba amalkan doa nie supaya kana-kanak terang hati dan diperhebatkan kefaham ilmu agamanya, insya Allah. Jemput amalkan doa nie, baca dan hembuskan kat ubun-ubun adik2 korang ye.. ^__^

اللهما فقه في الدين وعلمه التأويل 
Allahumma faqqihhu fid din, wa'allimhut ta'wiil 
(yang ini dibacakan untuk kanak-kanak lelaki) 

اللهما فقها في الدين وعلمها التأويل
Allahumma faqqihha fid din, wa'allimhat ta'wiil 
(yang ini dibacakan untuk kanak-kanak perempuan) 


Tengok cerita sama-sama.

Tengok cerita kat tv, cerita hantu, Upin Ipin, cerita kartun ape tah namanya kat tv9 masa tengah hari, sinetron. Paham tak paham , yang penting kitorang memang suka memanggung berjemaah. Malam je bukan semua dok memanggung.


Hang out sama-sama. 

Kalo Abang ada memang best. Dia tukang jadi driver. "Abang, kite pegi Econsave kejap, nak beli barang nak masak." Kadang-kadang, "Amer, jom kita kua g Mid." Tak pun, "Yana, kite lepak-lepak kat Klang nak?" Dengan kawan-kawan ada jugak, tapi masa kat KUIS lah. Kalo dah sampai umah nie, malasnya nak kua jejauh...

Suka tengok Nuna, before dia kua dari toilet, satu amalan dia, mesti dia nak berwudhuk. Wudhuk versi budak kecil lah, tah mana-mana dlu. Tapi, dia alhamdulillah dah hafal niat wudhuk secara total. Arabic and Malay. Amaze HIS gift to her. Dia jugak dah boleh sebut nama dia betul-betul. Dah tak nak pakai pampers sebab dia kata, "Adek kan dah besya. Adek taknak pakai pipesy." Ayel pulak NAKAL tapi penyayang pada kucing. 

Semua boleh buat SAMA-SAMA dengan adik beradik.

Thanks Allah for the best gift that u lend to me. My family. The most precious gift from You, Almighty Allah.

Terima kasih kepada Allah bagi saya ayah yang sanggup berkorban untuk keluarganya sepenuh jiwa. Terima kasih mama sebab jadi kawan saya, bagi jalan untuk hidup sebagai gadis dan muslimah. Terima kasih adik-adik yang macam-macam perangai. Ada masa kita ketawa, ada masa kita menangis, ada masa kita rasa tak nak tengok muka. Tapi, satu masa bila kita semua tak berkumpul, kita sama-sama rindu, kan? ^__^

Dalam hubungan kekeluargaan, tak sentiasa ok. Biasalah. Macam dalam persahabatan jugak. Tapi, jangan ikut badai, cuba tenang-tenang di tepi pantai walaupun tengah badai.

I'm not too good to be a gentle sister, a loving sister but inside in my heart, from the bottom of my heart, i love my siblings, i'm willing to do anything for them and i always want the best for them. That's why I always strict with them. Tak reti nak tunjuk saya sayang mereka. 

Last but not least, i love my family very much. 

and for the first time *kot* letak gmba semua my family member.
8 ADIK BERADIK ok!

Ok, tanx for reading about my family.
May Allah bless u.
Wassalam.

Tuesday, October 23, 2012

Next Station???

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Bile tengah free nie memang best lah nak update blog je keje. Idea melimpah-limpah seperti gandum yang jatuh mencurah-curah ke atas ladang gamdum *ok, pinjam trademark coco crunch kejap.*

Kali nie nak cakap tentang next station.

Bukan next station yang announcement dalam KTM tu tau. Next station, Klang. Ok, bukan yang nie. Tapi next station lepas hidup.

Ke mana kita lepas hidup kalau bukan kembali ke tanah asal kejadian? Dalam lubang tanah yang sempit, yang kotor, yang penuh dengan serangga tanah. Apa nama tempat tu?

KUBUR.

Ramai orang tak suka dengar perkataan nie. Zaman sekarang kalau orang buat peringatan tentang mati, BIASANYA yang mendengar akan respon lebih kurang gini,

"Ish, ape nie cakap-cakap pasal mati. Tak cool lah!"
"Mati biasanya masa tua der! Muda nie relax dulu."

Mati tak mengenal usia. Selalu kan kita dengar, bayi yang baru keluar dari perut mak dia pun dah meninggal dunia. Ini pulak kita yang dah berusia nie. Dah rasa manis pahit dalam dunia. Dah rasa tinggi rendahnya gelombang kehidupan.

Dah banyak kali Allah peringatkan pada kita dalam Kitab Langit *pinjam wording dari Hilal Asyraf*

 كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةً۬ۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ

Maksudnya: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). dan Hanya kepada kamilah kamu dikembalikan."
(Surah al-Anbiyaa, ayat 35)

Selalu jumpa ayat nie dalam al-quran tapi maaf, saya tak take note ayat berapa surah apa, yang berulang-ulang kali Allah ingatkan kita. Tapi serius, ayat nie memang berulang-ulang kali Allah cakap, supaya kita nie sedar diri, next station lepas ENJOY kat dunia ialah KUBUR.

Pagi tadi baru berpeluang tengok yang Hilal Asyraf bersiaran kat TV9 yang sesi Kaki Buku, kira macam segmen bedah buku, "Batu Bata Kehidupan." Chapter yang awal sekali disentuh ialah kematian, yang mana bila ditanya kepada beliau kenapa tajuk begitu dimulakan pada awalnya, beliau menjawab, "Kerana bila kita tahu lepas hidup kita akan mati, kita tidak akan melakukan perkara yang sia-sia dalam hidup kita."

See???

Kita sendiri selalu lupa. Lupa yang mati tu adalah pasti. Lupa yang mati tu tak kenal darjat, tak kenal rupa, tak kenal keturunan, juga tak kenal tahap keilmuan.

Memetik kata-kata Anna Althafun Nisa' dalam Ketika Cinta Bertasbih2. "Tidak ada seorang pun yang dapat melawan kehendak takdir. Semua sudah terprogram di Luh Mahfuz. Hari, tanggal, menit dan detiknya."

Ingat lagi teka teki Imam Ghazali pada murid-muridnya. Apakah yang paling dekat dengan manusia itu? Jawapannya, mati. Kita selalu lupa. Kita selalu cakap pasal jodoh, itu yang saya perasan lah apa yang berlaku sekarang. Teringat satu quote, xegt juga dari siapa, lebih kurang gini, "Mati itu suatu yang pasti tapi jodoh itu benda yang belum pasti." Yup, memang tak salah nak pk pasal jodoh. Memang kompem fitrah yang takleh ditolak. Tapi, ingat. Ada urusan yang lebih utama dari urusan jodoh.

Tidak ada yang boleh melawan takdir.
Apakah persiapan kita untuk menghadap Illahi?
Adakah kita akan berjumpa dengan-Nya dengan wajah yang berseri-seri atau masam?

Pilihan ada di tangan kita. Maka putuskanlah yang terbaik untuk kebaikan dunia akhirat kita.


Wassalam.
Thanks for reading.
May Allah bless u! ^__^

Monday, October 22, 2012

Ayuh Membumikan Diri

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Lame rasenye tak updae blog sebab malas dan final exam. Alhamdulillah exam sudah habis. Lega walaupun jawab ntah ape-ape. Sekarang masa untuk tunggu keputusan.

Tajuk nie sebenarnya dah lama saya nak post, tapi asyik bertangguh sebab exam first lah kan~

Ok, sape pernah tengok azan Tv 9? Yang mana ada pramugara solat bile dah sampai masa, orang buta dipimpin oleh orang yang sempurna ciptaannya untuk solat di masjid dan ada doktor yang berjaya menyelamatkan pesakitnya dengan izin Allah, siap je operation dia terus solat. *kalau ada pramugara yang gitu, aku sendiri pegi pinang dia! hahaha! gatal lima saat. :p*

Kali ini saya nak cakap tentang solat. Membumikan diri yang saya nak maksudkan ialah keadaan ketika kita sujud. Solat macam yang kita semua tahu, salah satu daripada rukun Islam dan ingat formula rukun Islam, 5 -1 = 0, bukannya 4 macam calculation Math yang biasa. Kalau kita tinggal satu rukun dari rukun Islam atau rukun Iman, maka 0 lah nilai iman kita.

Mahukah nilai iman kita ditaksirkan sebagai 0?

Pastinya tidak kerana orang mukmin itu cita-citanya ialah berjaya dunia akhirat.

Untuk kita, ya.. kita. Tak kisah lah umur kita sekarang 22 tahun ke 24 tahun ke 30 tahun ke... Jom tanya diri balik, adakah kita hafal secara total makna untuk setiap lafaz dalam solat? Kalau dah, alhamdulillah. Kalau belum, inilah masanya untuk memperbaiki diri. Jangan malu, pergilah ke kedai buku atau search kat internet atau tengok kat you tube, lafaz-lafaz dalam solat dan maksud-maksudnya.

Bukan apa. Bila kita dapat maksud-maksud dalam solat kita, insya Allah jiwa akan lebih menghayati solat, meningkatkan tahap kekhusyukan solat, hanya pada solat. Bukan jasad sahaja yang melakukan pergerakan solat, tapi hati terbang melayang.

Saya suka nak kongsi satu perkara yang saya kira sangat special. Apa tu???


SUJUD

Kenapa sujud?
Bagi saya, sujud adalah paling special dalam solat. Dalam hidup, kita hanya sujud pada Allah SWT. Kita tak dibenarkan untuk sujud selain kepada Allah, walaupun orang tu mempunyai darjat yang berganda lebih tinggi dari Allah.

Sujud pada Allah tak hina. Saya petik dari kata-kata Hilal Asyraf (Official), "Manusia itulah yang hakikatnya menjadi mulia bila sujud kepada Allah, dan menjadi hina apabila meninggalkan-Nya. Hal ini kerana, Allah adalah Pencipta, Yang Maha Besar, Yang Berdiri dengan Sendiri, Yang Maha Perkasa dan tiada tandingan untuk-Nya. Kita memerlukan Allah untuk memandu kehidupan kita di dunia dan memberikan kita kejayaan di akhirat."

Masa sujud paling best. Masa sujud paling tenang, paling relax bagi pendapat saya. Masa sujud, terasa diri ini kerdil, meminta pada Yang Maha Kuasa dengan penuh kerendahan hati. Terkadang, mengalir air mata bila memikirkan seribu satu kekurangan diri untuk menghadap Illahi. Tak dapat nak ceritakan macam mana rasanya tentang sujud. Hanya yang sujud pada DIA akan memahami.

Usai solat, sesi mengadu dengan dengan Allah. Mengadulah berapa jam, berapa lama, berapa panjang. Allah tak charge satu sen pun untuk dengar doa kita. Allah tak kata bosan untuk dengar luahan hati kita. Mintalah dengan rendah hati dengan sepenuh pengharap dan yakin dengan Allah SWT.

Perlu ditegaskan, dalam hidup kita, pastinya kita mempunyai pelbagai permintaan. Itu dan ini kita minta dari Allah. Dan ingat, bukan semua 'itu' dan 'ini', Allah SWT bagi direct pada kita. Setiap apa yang DIA bagi boleh jadi suatu ganjaran dan boleh jadi suatu ujian pada kita. Tertarik dengan quote ni,

♥ Aku minta pada Tuhan setangkai bunga segar, DIA beri aku kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu, diberi ulat beluncas. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian kaktus itu bebunga indah sekali dan beluncas itu bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masa ditetapkannya. Tuhan TIDAK sering MEMBERI apa yang DIHARAP, tetapi sering BERI apa yang KITA PERLUKAN. Kadang kala kita rasa SEDIH, KECEWA dan TERLUKA. Tetapi jauh di atas sana Dia mengatur yang TERBAIK untuk kita. ♥ 

Ya, itulah jalan Allah SWT menjawab permintaan kita. Kita minta Allah kuatkan kita dalam menghadapi cabaran hidup kita, Allah hadiahkan dengan ujian. Itu cara Allah nak suntik kekuatan pada diri kita. Kita mkintak moga Allah beri kekuatan untuk istiqamah melakukan ibadah,  tetapkan iman kita, mungkin DIA uji kita dengan senggang waktu yang banyak, jadi di situ kita dapat lihat, adakah senggang waktu yang ada dimanfaatkan atau dibiarkan begitu sahaja. 


Memetik kata-kata dari guru saya, Puan Sharifah Hana, "Untuk kekal di permukaan 'laut' bukan mudah. Kalau tak kena gaya, boleh tenggelam ke dasar. Dan pelampungnya hanyalah solat dan doa." 

Membumikan diri pada waktu sepertiga pagi juga adalah suatu ibadah tambahan yang bagus. Suasana yang tenang, aman. Memudahkan tumpuan untuk 'berdua' dengan Yang Esa. Merintih, mengadu, bercerita. Hanya dengan DIA. 

Tak dinafikan, rasa ingin disayangi dan rasa ingin menyayangi itu fitrah. Tapi selalu kena ingat, sebelum berani sayang pada 'ciptaan'-Nya, sudahkah kita mencintai Sang Pencipta 'nya'? Nak cari cinta Allah SWT bukan semudah nak dapat barang-barang di kedai runcit. Pilih, ambil, bayar harga, dah jadi hak milik sendiri. Cinta Allah itu manis, tersangat manis bila kita telah melalui jalan yang penuh payah, mengharung mehnah dan duri sepanjang jalan.

Cinta Allah dan syurga itu indah, kerana itu jalannya payah dan perlukan mujahadah. ^__^

Wassalam. 
Thanks for reading.
May Allah bless you ^__^

Thursday, October 11, 2012

Just 1 Paper Left~

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt readers~!

Home sweet home! Aku memang tak tau lah ape penyakit aku, asal free je aku memang suke balik Klang. Haha Final exam sudah lepas 5 papers. Alhamdulillah, selepas usaha yang tinggal hanya bertawakkal pada Allah... Tinggal satu paper lagi.

Betapa gumbiranya di rumah. Ada tv ada internet ada makanan. Itu yang paling penting~! Aku rasa hari yang paling sengsara duduk KUIS ialah hari Ahad. Masa tu nak makan memang pening kepala. Last-last makan je lah ape yang ada tapi sedaya upaya tak nak beli kat 1st Cafe sebab makanannya tak berapa menepati selera~ Demand ke? Eh, ikut tekak masing-masing lah kan~

Balik rumah jumpa si kecik Nuna. Suka tengok mata dia. Perfectly black! 

Sepanjang minggu exam biasalah. Banyak tekanan yang timbul, senang nak stress. Tapi pandai-pandailah manage stress kan. Keluar carry mark untuk semua subjek ada yang buat aku senyum, ada yang aku buat-buat macam tak nampak je markah tu~ Haha Harus lebih fokus dalam study.

Best masa exam nie bile lepak kat masjid. Untuk orang yang selalu lupa macam aku nie, memang elok duduk masjid. Kat masjid, azan je diingatkan solat. Stop dulu belajar, solat lebih utama. Malam pulak lepas Isyak je ada bacaan hadis as a tazkirah. Memang sesuai untuk manusia yang pelupa macam saya diingatkan. Hadis yang dibaca pulak memang kene dengan diri sendiri. Tentang qiamullail, tentang doa yang mustajab. Seronok! Serius seronok study kat masjid. Secara jujurnya dari saya, takde tempat study yang lebih best yang boleh lawan masjid. Masjid pun dekat dengan cafe. Lapo, pegilah turun beli makanan kejap. Dekat dengan library. Masjid KUIS memang strategik!

Teringat kisah pemerintahan Nabi Muhammas SAW di Madinah. Ada tiga benda asas yang baginda lakukan sebelum membentuk Sahifah Madinah. Benda pertama yang baginda buat di Madinah ialah bina masjid sebagai pusat pemerintahan. Kemudian, baginda menyatukan kaum Muhajirin dengan Ansar supaya timbul sikap saling membantu dan sayang sesama saudara Islam. Last sekali, baginda berpakat dengan kaum Yahudi untuk sama-sama menjaga keselamatan Madinah dari ancaman luar. See? Masjid first.

Kenapa masjid yang first?

Sebab masjid itu fungsinya bukan sekadar untuk beribadah semata-mata tapi jugak untuk pentadbiran negara. Zaman sekarang je dipisahkan fungsi masjid, iaitu untuk ibadah semata-mata. Semuanya akibat penularan sekularisme. Kerana sekularisme jugak, hal agama dipisahkan dari kehidupan. Orang sekarang mind set dia, ko nak ibadah ke, nak solat ke, nak bukak aurat ke, tu ko punya fasal. Inilah kesan konsep sekularisme dalam hidup hari ini. Bahaya kan?

Erm, oklah. Macam malas pulak nak tulis panjang-panjang.
Thanks readers for reading. May Allah bless u. ^__^
Salam dhuha readers. Dhuha sebagai kunci rezeki, insya Allah. Yakin dengan janji DIA.
Wassalam~