Sunday, June 24, 2012

Mari Berta'aruf!

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt semua!

Last entry sebelum balik ke KUIS. Pada entry yang ke 187 ini, tibe-tibe saya rasa nak berta'aruf dalam ruangan blog kali ni. Mungkin, selama ni kita sekadar kenal nama dan muka. Nama pun mungkin bukan nama yang sebenar, nama timangan, nama pendek.

Kali ini serba sedikit tentang diri saya yang akan saya kongsikan bersama teman-teman. Harap, teman-teman yang lain, digalakkan bertaaruf di ruangan komen ye *kalau rajin.. :p*

Siti Nur Asyrafiah binti Ahmad Sabri.

Lahir pada 7 Mac 1990 di Hospital Teluk Intan.

Anak jati Selangor Darul Ehsan.

Tingggal di Rantau Panjang, Klang, Selangor. *bukan Rantau Panjang Kelantan ye... kan dah cakap, anak jati Selangor.*

Pendidikan awal di Tadika Kemas Kastam, Pelabuhan Klang.
Seterusnya di Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang. Pendidikan menengah di SMK Bandar Baru Sultan Sulaima (sehari), SAM Hisamuddin Sungai Bertih (sebulan setengah) SBPI Sabak Bernam (sampai habis form 5)Pendidikan tinggi di KUIS, mengambil jurusan Diploma Syariah dan Perundangan Islam. Kini, masih di KUIS, menyambung dalam jurusan yang sama, Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang.

Anak sulung daripada 8 orang adik beradik.

Hobi: Membaca, menulis, travel, telefon best friend kalau ada kredit banyak.

Prinsip hidup: Sentiasa berusaha menjadi yang terbaik kerana kita yang akan memartabatkan Islam di mata dunia. Belajar bukan semata-mata belaar, tapi belajar untuk menakluki dunia dengan Islam.

Sikap: Sensitif, cepat marah, suka berdebate, lasak, suka mencabar diri dengan sesuatu perkara selagi saya rasa saya mampu.

Warna kegemaran: Hitam, ungu, putih, oren, kelabu, biru, hijau, pink, maroon, violet. *senang cerita, semua lah.*

Status: Single. *macam dalam facebook*

Saya rasa cukup setakat ni dulu. Ada soalan?? ^__^
Salam ta'aruf dari saya.

1 comment:

  1. macam tulis biodata diri dlm buku mase skolah dulu pulak..hihi

    ReplyDelete