Sunday, June 17, 2012

Seminggu Semester Baru.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt readers!

Thanks for reading this nothing blog. Actually, i'm gonna miss to write and write here, since i'd been back to college. Busy. Seronok menulis kejap kat rumah, maklumlah free weekend untuk sem nie dan sem depan sedikit terhad sebab ada ko-kurikulum. Balik rumah sebab rindu Nuna, rindu Ayel. Rindu keletah comel diorang. Rindu Nuna yang becok, Ayel yang sangat manja!

Tapi dalam sibuk-sibuk pun, saya sangat gembira untuk semester ini untuk banyak perkara. Kelas dah dirombak, jadi tak berapa padat. Jadual pun tak pack macam sem lepas. Rasenye, masa sem lepas, macam tak sempat bernafas, dah kene rushing untuk next class. Harap semester yang tak berapa pack ni, banyak benda-benda baik yang lagi banyak saya dapat buat, insya Allah.

Kelas semester ni saya rasa lebih banyak pengisian tazkirah daripada semester lepas. Siap ada satu kelas, yang lecturer suruh setiap orang bertazkirah depan kelas, 5 minit seorang, tak lebih dan tak kurang. Biasalah, kelas awal-awal, banyak ta'aruf. Banyak pengalaman lecturer yang dikongsikan. Terasa sangat bertuah.

Let me share.

Kelas Undang-Undang Keluarga Islam by Puan Azizah Mat Rashid. Lecturer saya berkongsi, beliau sangat bertuah terpilih mengajar dalam environment yang menitikberatkan nilai-nilai murni Islam, ukhwah antara pensyarah dan pelajar erat. Tiada jurang. Katanya lagi, kita sebagai manusia perlu terima, tak ada benda yang sempurna dalam dunia ini. Tetap ada cacat celanya. Jadi, harus terima kekurangan pihak-pihak tertentu dengan berlapang dada. Mungkin kekurangan tersebut masih dalam proses penambahbaikan.

Kelas Undang-Undang Kontrak by Puan Nurhayati Abdul Ghani. Beliau berterus terang, beliau merupakan pelajar yang malas belajar tapi beliau berkongsi cara belajarnya. Malas tapi belajar! Hebat, kan? Belajar sebelum masuk kelas. Peta minda beliau, dalam minda bukan atas kertas. Belajar di setiap masa yang senggang,guna cara 'flash back'. Jangan ponteng kelas walaupun kerja tak siap, kerana 5 kali rugi daripada datang kelas dengan tak siap kerja. Beliau kata, kita semua malas, tapi nak berjaya. Jadi, ini cara orang malas seperti saya untuk belajar. 'Malas' bagi istilah beliau tapi bagi saya tetap thumbs up!

Kelas Hafazan dan Tajwid, Ustaz Ahmad Fauzi. Nak petua awet muda, baca al-Quran bermula habis solat Maghrib hingga masuk waktu Isyak. Muka jadi merah, melancarkan perjalanan darah. Beliau kata, ramai muda-mudi sekarang dah sakit. Saya tengok sendiri muka ustaz tu, merah. Ustaz Fauzi dalam kategori berumurlah jugak tapi mukanya merah, mungkin itu berkat amalan bacaan al-Quran. Paling suka bila Ustaz Fauzi yang jadi imam untuk qiamullail. Bacaannya tegas. Saya suka, saya sukaaaaa.

Kelas Madkhal by Ustazah Maryam. Baru habis Ph.D. Takde taaruf sangat, terus taaruf dengan course outline. Hehe

Kelas Pentadbiran dan Pengurusan Islam by Ustaz Mohd Isa. Ini kelas yang khusus setiap orang kene bagi tazkirah 5 minit sharp setiap orang! Jadi, kene fikirkan tazkirah apa yan berkesan untuk semua orang. Tiba-tiba saya teringat ayat seorang sahabat, jika jiwa kita bersih, cakap sikit pun orang akan terima. *muhasabah diri*

Kelas Fiqh al-Muamalat by Ustaz Muhammad Subari bin Ramli. Kelas yang kelakar. Padat gile kelas. Ustaz punya cara taaruf, memang taaruf betul sebab Ustaz kata, manalah tahu hari ni taaruf main-main, esok lusa inilah pasangan kita. Haha Betullah, jodoh datang dalam pelbagai cara. Tapi sejujurnya, saya tak concern sangat masa taaruf hari tu. Saya paling blur bile orang tanya tinggal kat mana, sebab saya mesti pusing Atul macam nak tanye. Adoi, perlukah lupa tempat tinggal sendiri? =,="

Kelas last, Bahasa Arab II. Suka sangat bila masuk kelas bahasa syurga ni, sebab Ustazah Nasimah cakap bahasa arab sedap sangat. Memang pure arabic, you know! Dengar aje ustazah cakap, saya rasa macam di Syria. Rindu sangat! Ustazah nie share pengalaman beliau ketika memilih pasangan hidup. Seorang wanita yang berjiwa besar dan tegas dengan pendirian hidup, pada pendapat saya. Calon suami beliau akan ditemuramah dengan 3 soalan.

1: Berapa juzu' al-Quran yang awak dah hafal? Mari sini, saya nak tebuk ayat tu, lepas ke tak.
2: Awak boleh jadi imam dalam solat tak? Kalau boleh, test tolong imamkan kat kampung saya.
3: Senaraikan 10 orang nama kawan baik awak.

Serius saya teruja gile!!! Saya jangka, mesti ustazah pun hafizah jugak. Ustazah kata macam nie, "Kita perempuan, kena cari yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, Kuat bukan dari fizikalnya, tapi kuat dalaman, kuat intelektualnya." See! Janji Allah tu tak pernah Allah mungkiri. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu sebaliknya. Lecturer saya menambah, bukan macam zaman sekarang, cinta muda mudi sekarang fatamorgana, banyak puji-pujian sebelum bercinta, nyata membohong.

Saya kira, macam mana perangai kita, insya Allah begitulah 'dia'. Kita nak yang hebat, yang baik, yang alim tapi kita tidak. Macam mana nak dapat? Kita memang bukan manusia sempurna, tapi tak salah memperbaiki kelemahan diri, meng'upgrade' diri sedikit demi sedikit, menghampiri ke arah kesempurnaan. Mendekatkan diri pada Yang Esa, insya Allah yang terbaik buat kita. ^__^

Akhir kalam, terasa sangat bertuah, sangat bersyukur dan sangat terpilih berada di KUIS. Dengan tarbiyah yang ada, dengan tunjuk ajar para pensyarah. Jujur dari hati, saya sayang sangat pada KUIS *walaupun yuran asrama dia mahal. hahaha :p*


Wassalam.

1 comment:

  1. haha ko mmg..bkn setakat sal tggl kt mane je nk pusing kt aku...ustaz tny bnd len pn ko nk pusing kt ak..wakaka

    ReplyDelete