Saturday, July 7, 2012

Too Much Happen In A Short Time

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt...

Macam-macam peristiwa yang berlaku. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang kelam kabut, ada yang menakutkan.

Menakutkan bila 2 minggu lepas, bilik saya dipecah masuk oleh pencuri *disyaki lelaki* yang telah berjaya mencuri laptop roomate saya sendiri. Saya hanya sedar bilik saya dipecah masuk tepat bila saya bangun waktu terdengar azan Subuh, 5.40 pagi. Masa saya bangun, pintu bilik terbuka besar. Terus saya terduduk, terkejut dan panik jugak la masa tue. Bila kejut budak bilik, masing2 mamai, cakap takde pape. Saya ccheck barang-barang saya, alhamdulillah takde pape yang hilang. Duit, laptop and printer alhamdulillah... Elok bila empunya laptop bangun, tiba-tiba dia menjerit, MANA LAPTOP KITAAA! Serius meremang bulu roma mase tue! So, kelam kabut lah saya pagi tu call sane sini untuk bagitau laptop budak bilik hilang. Seriau gile, tak tipu! Tapi saya pesan kat budak bilik saya, barang2 sendiri, jagalah. Kalau kita dah kunci elok-elok, serahkan pejagaan sepenuhnya pada Allah, kalau hilang juga, tetap ada hikmahnya. Tapi kalau laptop pun letak bersepah macam meja saya yang bersepah dengan buku-buku law and kertas-kertas, jangan la pelik bila kene attack.

Yang penting, tingkatkan penjagaan diri dengan al-mathurat. Salah satu petua yang mujarab untuk keselamatan diri, insya Allah.

Dengan kes handphone HILANG. Ok, ini memang salah sendiri lah sebab kecuaian saya sendiri. Masa report pada mama handphone hilang, saya cakap kat mama awal-awal, mama jangan marah2, benda dah -jadi. Saya cakap hadphone hilang pun gelak-gelak sebab memang sengal cara handphone itu HILANG. Yang tau cerita, diam-diam sajaaaaa okey! Jadi, sorry lah ye kalo korang mesej, I'll ask u, who u are. Jangan marah aaaaa. Handphone hilang macam tak kisah sangat tapi sangat kisah sebab sim card and memory card pun hilang sekali. Paling frust, nombor-nombor lecturer KUIS sume dah hilang. Macam mana nak jemput mereka-mereka ke majlis kawin saya nanti... *Ok, nie memang mengada-ngada. Macam lah sekarang degree dekat Jordan, kan.* Disebabkan handphone hilang and sim pun hilang, maka saya pulang dengan secepat kilat lepas habis class dan esoknya, saya tidak dapat menghadiri kuliah UAI di KUIS. Sedih...

Time kasih pada kawan saya, merangkap cikgu tilawah saya iaitu Saidatina Nurfarahanis sebab sudi dengan susah payah untuk luangkan masa ajar saya tarannum. Dengan last minute punya training. Alhamdulillah, even I'm not one of top three for this time. Just at 4th place from 16 students. Ini pertandingan dalaman, maksudnya sesama student KUIS la. Gile lama tak praktis tilawah, last masuk tilawah ni mase umur 17 tahun. Then baru terhegeh-hegeh nak asah suara dan tajwid bila umur 22 tahun. Memang lah kan~ Tapi, saya tak malu kalah kali ini sebab saya rasa saya dah buat sehabis baik saya. But, I'm not forget to wish my teacher congrate sebab dia berjaya dapat 1st place. ^__^

Lasy week jugak, saya plan untuk g dengar talk dari Saifulislam @ KUIS. Tapi, kita merancang, Allah menentukan. Seram sejuk nak spend weekend kat KUIS. Tapi gagahkan jugak. Usaha lindungi diri sendiri sekadar mampu. But, suddenly my best friend cakap nak stay KUIS Jumaat lepas sampailah ke hari Ahad. Saya dengan hati yang melompat-lompat cakap, CEPATLAH DATANG. Serius rindu gile kat dia, sebab dia study kat UniSZA sekarang. Once dia datang, saya batalkan segala appointment dengan lain-lain orang sebab saya memang nak spend masa dengan dia. Nak jumpa lagi tak tau lah bile kan? Kitorang menghabiskan masa quarter day kat The Mines. Sebab apa pilih The Mines? Kami selalu lepak situ masa diploma. Selalu tu bukanlah every day, tapi once a month, we'll be there. Saja jalan-jalan atau memang nak beli barang. Rindu sangat masa tu. Hari tu, saya betul-betul spend masa untuk jalan-jalan dengan Fadzilah Shaari. Makan Subway, minum Cool Blog, KFC. Gile betul! Sebelah malam, kitorang tengok wayang kat lappy saya, cerita White, hantu korea. Kami memang kaki cite hantu. Dah lame tak tengok sesame, so macam lepas gian jugak lah dapat tengok cte hantu sesama. Seriously, I'll miss this moment every second in my life. Love u best friend!


Kalau seperti yang dirancang, petang tadi saya dengan team saya, Nur Ain Hidayah & Siti Mariam dah mendaftar untuk masuk pertandingan Klinik Guaman. Serius teruja nak join malangnya since yesterday, saya diserang sakit gusi. So, agak susah untuk saya bercakap lama untuk berbual and kaunseling klien. Terkilan jugak, tapi perlu tarik diri. Kebetulan, Ain dengan Mariam pun masing2 ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadi, kami bersetuju tarik diri, kalah tanpa bertanding. *Lega kan Ain & Siti... Hahaha Jumjumatuki~!* Allah know the best for us. Bukan rezeki kami pada kali ini. Mungkin lain kali, rezeki lebih besar dan baik, kan? Thanks pada Sir Farouk yang memahami, sudi tolarate dengan kami untuk kami tarik diri. Terima kasih jugak pada PIC Pertandingan Ekstival yang SANGAT BAIK HATI dah pergi runding dengan Sir Farouk. Serius geram dengan PIC.

Dan...sudah mula zaman batul-betul busy iaitu zaman assignment. Selamat berassingment. Paling suka buat assignment law, sebab boleh goreng ayat. Tajuk assignment Family Law kali ni ialah "Poligami Tanpa Persetujuan Isteri Menurut Perspektif Syariah dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam". Hebat dah tajuk cam tajuk thesis rasenye. Hahaha. Tajuk macam bias tapi ingat, hukum dan undang-undang yang berkait WAJIB diceritakan yang betul. Bila buat tugasan, buat dengan ikhlas dan telus. Hehe 

Oklah, mahu memulakan misi menaip assignment. 

Tapi, pengajaran yang saya dapat dalam masa yang singkat ialah


Thanks reading this nothing article guys!
Wassalam.

1 comment:

  1. agak dah mesti fadz..hik3..
    sabar ye asy henpon hilang..hikmah nye dpt beli henpon baru..
    btw kemslam ngan anis... aritu teah ad bgtau dy join ptndgan tuh...wish tahniah kat dy ye...

    ReplyDelete