Thursday, June 21, 2012

Kehidupan Sebagai Pelajar Bermula

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt..

Rindu nak menulis, kelas nak kate pack, so-so je lah.

Mulai minggu nie sudah bermula alam sibuk menyibukkan diri. Makin banyak program, especially ekstival program.

Semakin sayang dengan budak bilik kerana mereka sangat sengal. Sengal tapi baik, memahami, sentiasa ceria. Yang penting, mereka semua senang dibuat kawan ke arah kebaikan. Bahagia dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah lebih baik. ^__^ *dalam hati terdetik, baru ada adik-adik yang solehah sudah cukup menyenangkan, apatah lagi bila punya suami yang soleh, kan? ;) *

Kawan-kawan ramai yang terlibat sebagai aktivis ekstival, taaruf. Tapi saya pilih untuk tidak menawarkan diri. Kerana prinsip saya, saya tahu sikap saya. Kalau saya berani mahu mengambil jawatan, tapi tidak buat, Allah tanya saya, nak jawab ape lepas tu?

Jadi, saya pilih untuk participate dalam beberapa pertandingan tertentu, sesuai dengan kemampuan saya. Mungkin orang akan kutuk, apelah tak nak belajar mengurus organisasi.

Saya pun bukanlah dalam situasi selesa, situasi mahasiswa pasif. Tak ada nilai tambah pun susah. Tapi buat masa ni, saya akan buat apa yang saya rasa selesa dan sesuai sebagai seorang mahasiswa. Menggilap apa yang ada sebagai bekalan. 

Suasana sekarang makin lama makin sibuk. Kerja makin bertimbun. Masa discuss untuk siapkan kerja pun, SEMPAT lagi kami bergosip. Oh, memanglah kami ni. 

Amat berharap ukhwah yang dibina bukan sekadar mengikut darjat pelajaran, tapi biar berakar hingga ke syurga. 

Yang paling penting, jaga hubungan dengan Allah, insya Allah hubungan kita dengan orang sekitar sangat baik. Paksa diri melakukan kebaikan, solat on time, jangan cakap nak tunggu sampai hidayah je~

Formula untuk istiqamah, paksa diri, disiplinkan diri. Buat 40 hari berturut-turut. Insya Allah bila dah sebati, sekali tak buat hati gelisah. Moga gelisah itu kerana perkara mahmudah. ^__^

Ok, dah malas nak tulis lagi dan lagi.
Sampai sini dulu.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment