Wednesday, February 29, 2012

Perancangan Allah Tu Lagi Hebat Tau...

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualikum wbt semua...

Mama saya memang suka bab-bab tanam pokok, ayah pun suka gak bab-bab terangkan kebun. Saya? Memang tak suka bab-bab berkebun, tapi kalau orang bagi bunga memang suke, tapi takkan terpedaye untuk jatuh cinta pada orang yang bagi bunga! Hahaha Merepek sekejap. And takde kaetan langsung dengan tajuk kat atas.

Ok, final exam dah lepas satu paper, iaitu paper BI. Semoga Allah lembutkan hati Sir utuk bagi den 5 flat paper BI. Cakap BI je den memang cuak, memanglah aku terer BI sampai tak tertanding dek orang lain. Hahaha *perasan lima saat* Kali ni takde pun tujuan utama untuk tulis entry nie. Saja suka-suka nak tulis.

Orang sebok-sebok setadi, saya relax-relax dengan hati yang amatlah tenang. Oh please lah! Kenape pemalas sangat nie... =( 

Hari Isnin ritu, saya exam BI. Habis je BI ingat nak terus angkat kaki balik umah terchenta di Klang. Tapi, saya singgah pegi lah berjumpa abang bendahari sebab nak bayar yuran sikit. Sikit je lah yang mampunye. Yang riban-riban nak tunggu Allah luluskan permohonan pinjaman MARA. Semoga MARA dapat berkhidmat bayarkan yuran saya degree nie. *ade plak MARA yang kene berkhidmat untuk saya..haha* Lepas tu, terus pegi jumpe lecturer then saya nak balik. TAPI, baru teringat na carik past year quests yang tertinggal *nie pun sebab ada yang alert btau, saya tertinggal amek satu subjek. terima kasih* Lepas tu terus saya tengok jam, alamak. Dah lambat gak nie. Nak sampai ke Klang koman-koman 2 jam *kalau lah KTM tu reti nak punctual. kejenye asyek delay sajeee* Jalan ke depan sikit, nak intai-intai, ade tak pak cik [rebert sedang elok kol 12 cmnie? Ke dorang pegi lunch dulu? Nek prebet dah satu hal, RM3 tu kompem kene kuakan. Nak lagi malang, kene RM5. Tengah mengomel-ngomel, datanglah sebesar-besar bas KUIS, and dengan muka kiutnye *perasan kejap* aku sign suh bas tu stop. 

Mase naek lagi klaka. Takde orang! Semata-mata den dengan pemandu bas. Tapi ok lah. Nek bas KUIS takyah lah kua duet *selamat RM3 hahaha* Pastu pulak pak cik bas tu bawak lah aku g ronda-ronda b4 ke KTM. Banyak gile taman perumahan yang aku lalu, buat aku teruja, Memang orang-orang kat Bandar Baru Bangi nie umah besau-besau. Pastu, jeling jam. Dalam hati berdoa, Ya Allah, Kau sempatkanlah aku naek KTM. Janganlah masa aku dah sampai, terlepas KTM. Rasa macam nak sound pak cik tu pun ade gak. Dengan rasa happu go lucky dy bawak jalan len, lagi jauh. Actually, cuak pun ada gak. Kot dy brenti kat mana-mana tempat aku tak tau, buat pape yang tak sepatutnya??? Nauzubillah. Tapi dalam hati kata, ada hikmahnya Allah suh pakcik nie pusing-pusing lalu jalan jauh. Then, aku sampai je, aku cakap "tq pak cik." Elok jalan sampai kaunter KTM, nampak jam kat KTM tu tunjuk, satgi KTM nak sampai, AKu dah cuak-cuka nak beli tiket, abang jaga tiket buat-buat tak dengar. Kang aku jerit nak balik ke Klang, sepuluh tiket plak dy bagi kat aku kang, Mujurlah dapat tiket je, terus aku sambar *dan pastikan balance seposen tak tercicir* masuk kat Woman Coach. Dapat seat, duduk dan buka handbeg *allamaaakk! aku dah pakai handbag!!* terus amek earphone, sumbat di telinga dan bukak apa-apa halwa telinga yang disimpan dalam memory card. 

Masa duduk berfikir, betapa perancangan Allah sangat cantik. Mula-mula cam cemas tak dapat prebet, Allah bagi bas. Risau sampai KTM lambat sebab pakcik tu bawak dengan senang hati, Allah bagi TM sampai mase aku tengah beli tiket kat kaunter. Pulak tu, Allah bagi seat suh duduk and tenangkan diri. Dapat dengar lagu-lagu favorita. Cantik kan ape yang Allah dah susun? Kite pulak sibuk nak rush, nak cepat, tapi tak tau ape yang bakal jadi nanti. So be relax, ikut je ape yang DIA dah tentukan. Tapi jangan nak exam, kau tak bace buku, nak dpat 5 flat, kang ko lah yang flat! Usaha tu perlu, cepat atau lambat itu pada DIA. 

Tibe-tibe nak kaitkan dengan jodoh pulak. Kita selalu kate nak kawen cepatlah nak orang tu lah nak yang macam nie lah. Tapi, Allah dah susun yang terbaik untuk kita. Sebagai wanita, memang kena usaha, tapi jangan salah langkah. Janganlah nampak sangat memurahkan maruah diri. Ingat tak perumpamaan buah epal yang elok, letaknya di tempat yang paling tinggi. Jangan risau kalau tak segera dipetik orang tapi yakinlah, akan ada seorang yang benar-benar berkemahuan tinggi untuk memiliki epal yang terbaik, berusaha memanjat pokok itu untuk mendapatkannya. Jangan melihat epal yang berada di bawah. Sering disentuh-sentuh sembarangan orang yang lalu, dipetik, dimakan sedikit, akhirnya dibiarkan berulat di atas tanah. ^_^

Dan lagi, saya pun tak tau nak describe diri saya macam mana. Mungkin orang tengok saya macam hati batu atau orang takde perasaan. Sebab penah gak klasmate saya, dak pempuan tegur saya, "Akak tengok Asy macam takde perasaan je dengan lelaki" Huk! Huk! Tersedak den! Pengunguman, I'M NOT LESBIAN. Haha Saya memang tak reti sangat nak bercakap dengan lelaki melainkan kalau ada hal atau dah mesar atau jenis yang kalau bercakap, bercakap yang ada point, bukan jenis huhahuha. Saya memang anti lelaki yang suka mengarut-ngarut. Tersangatlah anti. Saya pulak bukan jenis suka-suka nak makan-makan semeja dengan lelaki walaupun kau klasmate, atau atas nama berbincang, berkumpul dan bergelak ketawa dengan lekai. Seriously, memang saya tak reti. Bukanlah saya tak cakap langsung dengan lelaki. Ada je kawan-kawan lelaki yang saya rapat, macam kawan-kawan kelas diploma dulu. Dan kawan klas degree pun, ada gak saya rapat, senang nak bincang or tanya. Bukan boikot lelaki tapi tak suka jenis yang hidup tak bermotif *selambe je cakap camneh*.

Dan saya tak suka orang yang pembelit, tapi suka orang yang jujur. ^_~
Ok tata! 

Friday, February 24, 2012

'Engkau' Menjadi Topik Bicaraku Dengan Tuhanku.

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt semua.. ^_^

Apa khabar semua? Semoga semua dalam jagaan dan perlindungan-Nya setiap detik dan saat yang berlalu.

Saya memang suke cengginih. Dah ada ayat bestwat kat status fb, mule lah tibe-tibe idea bertuans dengan hebat dan dahsyatnya nak blogging. Ok, blogging kali ni sekadar suke-suke je. Untuk warming up b4 tdo. Haha Ade tak sesape yang exercise cam nie ngan saya? Sile angkat tangan! Okey, give me five!! Kite boleh jadik geng. Semenjak dua menjak nie, saya dengan senang hati mendengar dan tumpang gembira dengan cerita kawan-kawan. Dekat nak hujung semester, secara jujurnya barulah boleh ngam dengan lebih dekat dengan dorang. Betul, bukan senang nak ngam dengan orang.

Benda ni buat aku terfikir, dengan kawan, yang sejantina pun take time nak kenal, lagikanlah pulak pasangan suami isteri yang memang kompem kita bukan duduk sehari dua dengan dia, tapi insya Allah sampai ke syurga. A person who will be at our sides, a long the journey from this world till hereafter. Kita bila ada seorang suami atau seorang isteri, mesti kita impikan untuk sama-sama menjalani hidup yang mawaddah, mahabbah dan rahmah.  Jika si suami itu soleh, maka pasti dia mengimpikan untuk bersanding kali kedua bersama the only wife di akhirat, bahkan tak pernah berhenti berdoa agar isterinya kini merupakan ketua bidadarinya di akhirat kelak. Subahanallah, so sweet lelaki macam nie! Tak yah kot nak kalut dok bagi bunga sekarang, dok perang-perang sekarang. Memang haru-biru.


Okey, nak seorang suami soleh atau mengimpikan bidadari dunia akhirat merupakan fitrah dan keinginan semula jadi semua orang. Teringat Ustaz Anuar *yang aja subjek Quran Sunnah mase skolah* ada cakap, "Kawan saya yang pakai seluar jin terkoyak kat lutut pun nak calon isteri yang pakai tudung labuh." Tak dinafikan, fitrah manusia sentiasa sukakan pada kebaikan. Takde manusia yang lahir-lahir terus berazam, "One day aku nak jadi leader of white-collar" Memang tak... Tapi, fitrah yang suci senang ternoda sebab banyak anasir-anasir buruk yang sentiasa mempengaruhi rentak hidup kita, aktiviti seharian kita. Nak pulak, dah banyak benda jadi senjata ampuh dalam diam untuk memerangi fikrah muslimin sekarang. 

Apekah kaitan dengan tajuk 'Engkau' menjadi topik bicaraku dengan Tuhanku? Biasalah, bercerita dengan kawan-kawan, banyak kisah hati yang dibuka dan dikongsi bersama. Aku masih berkecuali bercerita tentang 'seorang dia'. Namun apabila mereka bercerita tentang 'seorang dia', aku kadang tersenyum kadang tergelak mendengar cerita mereka. 'Engkau' hadir menyapa di tangga usiaku kini namun, haruskah aku yang terdahulu berbicara? Ini sekadar ulasan sendiri. Mungkin ada yang betul ada yang salah, mengikut persepsi  yang pelbagai daripada para pembaca. 

Tidak menjadi kesalahan pun sekiranya 'engkau' hadir di tangga mana usiaku berada. Bila aku sering memerhati 'engkau' dalam diam, bukan bererti aku tidak mempedulikanmu tapi ketahuilah bahawa 'engkau' menjadi antara topik utama perbicaraanku dengan Tuhanku. Aku masih belum siap untuk berterus terang tentang duduknya hatiku kepada 'engkau' masa sekarang. Perjalanan kita masih jauh. Aku hanya mampu mencoret tentang 'engkau' dan terus berbicara dengan-Nya tentang 'engkau'. Sering aku berfikir, apakah aku sebanding dengan 'engkau' kerana pada kaca mataku, 'engkau' bukan sembarangan orang. Engkau pasakkan al-Quran di ingatan'mu', namun aku teringin mengetahui sejauh mana kedalaman'mu' dengan ayat-ayat suci itu.  Aku tahu 'engkau' merupakan nama yang teratas dalam senarai pelajar bersijil biru, namun aku tertanya-tanya, bagaimana dengan sijil di hadapan-Nya? Maaf, mungkin aku sentiasa memandang perkara yang sempurna kerana mungkin 'engkau' bakal menjadi imamku kelak?


Teringat satu kata-kata keramat daripada Facebook, yang amat kupegang. "Lelaki soleh boleh memilih wanita yang biasa-biasa sebagai makmumnya kerana dia merupakan imam sebuah keluarga. Tetapi wanita solehah janganlah memilih lelaki yang biasa-biasa sebagai imamnya. Kerana kekuatan pembentukan sebuah keluarga itu bergantung kepada kemantapan bimbingan imamnya." Jadi, pilihlah lelaki itu, yang bakal menjadi imammu itu seorang yang teguh agamanya. Memang tak dinafikan, ramai yang bersongkok sekadar untuk title, jadi janganlah salah menilai wahai wanita! Teluskanlah hatimu, panjangkkanlah doamu pada Dia Yang Maha Mendengar. 


Andai 'dia' yang engkau cintai dalam diam itu yang terbaik buatmu, maka berdoalah dan jangan lupa tetapkan hati pada Yang Esa. Andai 'dia' yang terbaik buatmu, kamu dan 'dia' takkan terpisah. Malah mungkin juga aku dan 'engkau'? Insya Allah, jika itu yang terbaik. Tapi jika cinta diammu tidak mendatangkan asil positif selepas engkat berbicara dengan sejernih air matamu, dengan setulus hatimu bersama Sang Pemilik Hati, maka redhalah. Yang Maha Penyayang itu sudah menetapkan seorang imam yang lebih mantap dari seorang 'dia' yang engkau cintai.

Ingin sekali agar semua impianku dipenuhi namun harus aku beringat, tertunaikah sudah kewajipanku pada Yang Maha Penyayang?

Ingin sekali aku mahukan doaku diterima tanpa sebarang hijab, menembusi arasy-Mu, diaminkan oleh seluruh makhluk di langit dan di bumi namun aku tersedar, apakah diri ini sudah berusaha untuk dibersihkan tanpa wujud calit noda dan dosa?


Duhai hati janganlah gundah,
Kukuhkanlah kepercayaanmu pada Yang Esa, 
Jika 'dia' benar untukku,
Maka Kau dekatkanlah hati'nya' dengan hatiku...
Tapi jika 'dia' bukan milikku,
Maka Kau bawalah 'dia' jauh dari kehidupanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan duniawi...


Sekudus doa yang lahir dari hati..
Amiin ya rabbal 'alamiin..




Sunday, February 19, 2012

Bahang Final Exam!

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt...

Exam final punya jadula dah keluar. Memang rase macam nak sekepingkan je badan nieh bile tengok jadual exam. This is my exam table.

INTERMEDIATE ENGLISH 27.2.2012 9.00AM-12.00PM PKK
USUL AL-FIQH II 06.3.2012 2.30PM-5.30PM PKK
AL-AQIDAH WA AL-AKHLAK AL-ISLAMIAH 07.3.2012 9.00AM-12.00PM PKK
AL-MASADIR LI AL-DIRASAH AL-SYARIAH 08.3.2012 9.00AM-12.00PM PKK
INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY 12.3.2012 9.00AM-12.00PM DPU
SISTEM PENTADBIRAN UNDANG2 ISLAM DI MALAYSIA 13.3.2012 9.00AM-12.00PM DPU
TARIKH TASYRI' AL-ISLAMI 15.3.2012 2.30PM-5.30PM

Gap nye alahai jauh plak seminggu, pastu straight je 3 paper arab. Mase gap nie lah memang kompem lah den balik umah! Bukan ape...nak carik berkat dari parent. Ngeh3 Alasan semata-mata! Den nak dok umah tu harap nye boleh lah fokus untuk exam... Haha

Nape tah, rase nye degree nie macam makin malas... Risau jugak dengan perubahan-perubahan camnie. Haha Bak kate Fad, "Pasneh jangan malas-malas dah. Balik jangan rest sangat." Yelah mak nenek. Rindu kat ko!

Tujuan sebenar masuk library kat bilik Multimedia nie nak search kes Che OMar Che Soh lwn Public Prosecutor tapi lain pulak jadiknye nieh... Dok mengarang kes kat blog lah pulak. Ape kes???  

Sekarang makin busy. Nak tengok fb [pon memang xde lah nak ada masa sangat melainkan dok CC or pinjam broadband Sarah or dok umah. Paling syok nak online kat umah, sampai rase bosan gile nak online. 

Dunia makin lama makin mencabar dugaannya. Makin meningkaty usia, kita makin terdedah dengan macam-macam isu semasa yang perlu kita analisis dan kritis dari perspektif positif dan negetif. Isu Wahabi, Syiah, pahaman Liberal, Orientalis sangat menariki minat saya sekarang untuk memperdalami perkara-perkara ini. Sebab apa? Sebab saya masih dalam proses nak baca novel Fatimah Syarha, "Sebarkan Cinta-Mu". Berapa bulan tah tak habis-habis lagi. Bukan masalah tak nak habiskan, tapi memikirkan masa yang cocok untuk membaca. Kekangan masa dan kerja sentiasa ada. Bila nak pegang je, teringat kes-kes law tak siap lagi, keje-keje lain ada lagi, usrah, forum-forum yang ada. Seronok tau duduk dekat taman ilmu. Insya Allah buku tu aim nak habiskna baca masa cuti tiga bulan ni nanti lah. Yang paling best, dah beli novel terbaru Dr Farhan, "Kutemui Cinta-Nya". So sweet lah rasanya Ustazah Fatimah Syarha dengan Dr Farhan nie!

And semalam, sebab nak tau sangta pasal Orientalis, terpandanglah satu buku nie tajuknya lebih kurang pasal 13 Jawapan Bagi Soalan Orientalisdengan pembuktian daripada Al-Quran, Bible dan Sains. Teruja sangat nak beli *sebenarnya dah nampak dua hari yang lepas tapi masa tu berfikir-fikir dengan duit yang ada* Semalam, beli jugak sebab pasni tak tau bile leh jumpe lagi buku camtu. Tapi pejual tu tak kasi potongan, so bayarlah dengan harga full-cash.Baru baca mukaddimahnya dan soalan-soalan yang diajukan oleh para Orientalis. Sangat menarik. Nak sambung dulu baca buku nie, nanti dah habis baca baru nak ulas.

Haaaa masa tengah carik buku tue semalam, saya carik buku contoh nya dulu. And saya tengok-tengok cntent dalamnya. Pas saya puas hati dengan cointent dalamnya, saya cari buku yang sama tapi berplastik! Saya taknak buku yang dah takde plastik. Dalam diam, saya berfikir sekejap. Kalau saya yang seorang perempuan pun, nak beli buku, nak beli sesuatu yang masih elok berbalut cantik... Mesti konsep yang sama lelaki pilih pasangan hidup mereka kan? Yang dah tak berbalut, yang tak ditutup hanya sebagai tatapan, didekati, dipegang dan diambil sekadar untuk 'melihat' atau 'survey'. Tapi bila nak beli, mesti ambil yang full-covered! Indahnya Islam. Yang bertutup itu lebih baik dan lebih cantikdaripada yang terdedah... Subahanallah..

Ya Allah.. Peganglah hati ini dan iman ini agar tetap dalam syariatMu dan kurniakanlah imam yang teguh pegangannya padaMu... Jadikanlah aku seorang anak yang solehah, seorang kaka mitahli, seorang kawan yang berguna, seorang masyarakat Islam yang berbvakti, seorang mujahadah kalimahMu, seorang isteri yang mudah dilentur dengan ayat-ayat-Mu, dan seorang ibu yang berfikiran tinggi dan melindungi bakal-bakal ulama'ku kelak... Amiin ya rabbal 'alamiin...


Monday, February 6, 2012

Takkyah Lah Dok Tanye Bile Aku Nak Kawen...

Bismillahirrahmanirrahim..

Mesti korang pun penah kan kene interbiu dengan kengkawan yang dah lame korang tak jumpe, dengan makcik pakcik kat kampung korang, mak ayah kengkawan korang yang terjumap masa wedding anak deme... Adesss Soklan yang agak parah bagi aku lah sena nye bile ditanye, "Bile nak kawen..." Jangan bagi aku jawab, kang bile aku jawab kang, bersila plak korang depan aku nak dengar aku khutbah pasal kawen even aku nie belum lagi ada apa-apa hubungan atau pemikiran serius pasal tue...


Ye, orang kata nak jodoh kita kene usaha. Tak leh dok goyang kaki je, memang sape pun takkan nak kat ko. Dan sebab tu jugak, aku tengok sekarang nie budaya couple semakin meningkat. Couple2 kosong je dah trang tang-tang haram, belum plus ko dating bagai, mesej sampai nak tercabut jeypad henpon korang, ada gak yang over sampai ke tahap macam 'pengantin baru'. Hah, camnie ke cara nak approach jodoh korang?

Ok, maaflah sangat-sangat ye kalo entry nie korang kate aku emo ke bahasa sangat kasar ke... Tapi nie memang pendapat peribadi aku yang berkisar entang aku... Aku pun manusia biasa gak. Bukan aku takde perasaan nak bina keluarga, takde cita-cita nak jadik sayap kiri perjuangan seorang 'dia' tapi secara jujurnya, nie antara sebab-musabab nape nye aku tak kawen lagi di umur aku sekarang, aku bukannya muda sangat lagi atau dah terlebih tua...

1- Sebab aku rasa tak layak lagi nak pegang title 'isteri' dan 'ibu'. Seriously, title tu sangat berat tau! Bukan calang-calang orang leh pegang amanah tu. Secara jujurnya, memang kahwin nie perlukan kesediaan mental dan fizikal dan aku tak sedia lagi untuk ke arah itu. Diri sendiri pun secara jujurnya aku terumbang ambing, inikan pulak nak jadi seorang pembimbing? Aku mengimpikan bai'ah solehah dalam bakal keluargakau kelak. Mampukah aku membimbing baka-bakal syuhada'ku andai aku masih rapuh? Bukan kawen awal yang aku kejarkan kalau aku sendiri tak bersedia.

2- Sebab aku rasa aku perlukan penumpuan yang khusus dalam apa yang sedang aku jalani sekarang. Aku bukan macam orang lain, boleh nikah sambil belajar. Boleh membantu mengurus rumah tangga disamping cemerlang akademikku. Hanya DIA dan aku yang tahu tahap kemampuanku. Kalau DIA tahu aku mampu, sudah lama DIA menghadirkan 'dia' di dalam hidupku untuk sama-sama berjuang denganku, kan? Tapi aku punya misi sendiri. Biar kuhabiskan dahulu pengajianku dengan sempurna, bukan sekadar sempurna, tapi tahap keilmuanku mampu dipertingkatkan dan diperkukuhkan sebelum aku melangkah ke alam rumah tangga.

3- Sebab aku sangat memilih 'imam'ku kelak. Nak kawen bukan pakai tangkap muat apatah lagi tangkap basah, nauzubillah... Aku pun bukan lah baik sangat kan, tiap masa ghaddul basar... Aku pun ada gak usha-usha yang aku rasa macam ok, tapi selalu aku selidik dulu latar belakangnya mengenai agamanya. Aku jugak ada menetapkan 3 syarat untuk 'dia' sebagai seorang imamku. Bukanlah aku demand, tapi syarat itu sangat penting dari kaca mataku sebagai seorang imamku. Aku pun bukanlah wanita sempurna namun aku percaya, setiap kelemahanku ialah kekuatan'nya' dan kekuatanku adalah kelemahan'nya'. Bukan mencari kelemahan tapi saling melengkapkan untuk menyempurnakan.


Erm...tu je kot. Dalam masa yang sama, aku sering bertanya-tanya pada diriku, berapa banyakkah ilmu yang sudah betul-betul aku kuasai? Berapa banyakkah sumbanganku terhadap keluarga, Islam dan negara yang sedang kudiami sekarang? Terasa kecil diri ini, mahu berusaha sedaya upaya memperkukuhkan pegangan, ilmu dan jati diri.

Memang syok tengok gamba-gamba orang kawen. And syok gak kalo dapat jemputan kawen. Paling malas nak pegi orang kawen walaupun makan free. Sebab ramai yang kahwin tak pertahankan syariat masa pernikahan. Sedih...bila yang lelaki tak pastikan aurat isteri dilindungi, bukan dibaluti. Semoga Allah mengurniakanku seorang 'dia' yang sangat sensitif dengan Islam, melindungi diriku dari dibakar di neraka yang marak, membimbingku dengan limpahan ilmunya dan memagariku dengan hafazan ayatullahnya... Amiin ya rabbal 'alamiin... Hanya Engkau yang Maha Mengetahui saat aku bersedia memikul amanah seterusnya. Permudahkanlah Ya Allah...


Saturday, February 4, 2012

Selesai Babak Bershopping Buku!

Assalamualaikum wbt...

Lame gile rase nye xpost yang the latest. Sebab memang sangat2 busy dengan mid-term, walaupun jarak nak final exam tak sampai pun lagi sebulan. Kira-kira dengan jari, memang kompem boleh kira. Berapa hari yang berbaki untuk start final exam! Ya Allah, cuak gak sebab rase degree nie macam...main-main je... Huhu

Ok, entry kali nie saya nak cerita pasal kupon RM200 yang 'diberi' oleh kerajaan Malayasia. RM50 awal-awal dah guna untuk beli buku IT. So tinggal Rm150. Tahu tak, sepanjang 30/1/12-3/2/2012, KUIS buat bookfair dan SANGAT BANYAK BUKU BEST2! Saya sangat teruja tapi saya terpaksa kekang betul-betul keinginan saya nak membeli, nak bershopping memandangkan saya dah set buku apekah yang saya dah rancang nak beli. Sedih memang sedih tapi... Nak buat guano... Duit memang senang nak mengalir keluar tapi perit nak dikumpul dan disimpan..

Saya simpan kupon RM150 tu untuk saya beli kat Book Fair PWTC. Begitu eksaited saya nak ke PWTC namun keeksaitetan saya luluh bile saya tengok booth buku yang tak berapa nak bersemangat ada... Sedih pun ada.. =( Dan lebih parah lagi,buku yang saya nak tu takde! Buku law. Actually, semalam saya dah g tengok kat DBP Klang, ada je, tapi malas nak beli memikirkan diskaun kat PWTC. Last-last, tak de gak bukunye kat sane.. Huhhu..

Saya spend voucher RM50 untuk buku-buku agama (tapi RM50 gak kene tambah lagi duit sendiri ok!) and RM100 untuk saya beli buku law (ada balance RM8, saya belikan hadiha buku comel untuk adik saya kenal huruf, sebagai hadiah beday dia!) Memang paling eksaited kat part buku-buku agama. Serius, macam nak borong semua, tapi memandangkan kupon dan duit laju je mengalir! (seb bek lah den sempat jeling kat purse ada lagi ke tak..kalo tak, gadai buku untuk balik Klang...hahaha) 

Saya paling puas dapat beli buku-buku pasal Palestin, the most written by Fatimah Syarha. Then, buku-buku untuk adik2 sikit-sikit yang ada dan jugak tokoh ilmuan Islam dalam bidang Sains. Serius, saya sangat suka baca tokoh-tokoh dari bidang Sains. Teruja nak baca sebab kita sendiri tau, realitinya, ilmu-ilmu Sains adalah bertitik tolak daripada kajian para ilmuan Islam. Cuma selepas Perang Salib, ilmu-ilmu Islam dicuri, makhtutat-makhutat ilmu diterjemah dalam bahasa barat, dan mereka membuka lagenda di era kegemilangan mereka, bahawa merekalah cendekiawan dunia. Saya sangat tercabar dengan sikap mereka yang mengenepikan keagungan ilmu yang dipelopori cendiakawan Islam.

Saya mempunyai impian yang besar dan kadang-kadang saya rasa saya terlalu kecil untuk menggapainya. Namun, tak ada benda yang mustahil dengan izin-Nya dan dengan sekuat usaha kita. Eh macam dah lari topik lah pulak! Hehe

Kesimpulannya, saya sangat suke shopping kat bookshop. Takyah lah nak susah-susah nak bawak den pegi SOGO ke Midvalley ke... tapi Midvalley pon best gak sebab ada buku gak kat situ! Tempat yang shopping semata-mata insya Allah takkan menggugat iman saya untuk mengalirkan duit! Ngeh3. Kang hantaran nak mintak buku 8 dulang je lah! Tapi jangan sedulang tu satu buku, sah lah hang kodokut! Hahaha

Tapi...masih terkilan sebab tak dapat memiliki buku Fikah Perubatan, Dari Fail Mahkamah Syariah, 8 jilid Tafsir Kitab Fiqh Manhaj min Mazhab asy-Syafie, 7 jilid Fiqh Perundangan Dr Wahbah Zuhaili, jurnal-jurnal hukum JKSM. Insya Allah ada rezeki akan cuba usahakan untuk memiliki koleksi-koleksi ini. Tapi macam Fiqh Perundangan Dr Wahbah Zuhaili tu nak request buat hantaran lah! =p
Ok daaaaa... ^__~