Tuesday, January 24, 2012

Nikah Awal Adakah Semata-Mata Elak Zina?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualikum wbt..

Pertama-tamanya, semoga entry kali ini terhindar daripada sebarang kesalah fahaman dan sebarang fitnah terhadap agama Islam. Sebarang teguran dialu-alukan untuk tegur kesalahan saya.

Tertarik dengan limpahan artikel mengenai masalah gejala sosial yang berkembang pesat dalam kalangan diri orang islam dewasa ini, hingga membuahkan anak-anak luar nikah, yang bilangannya saban tahun semakin meningkat. Tak pernah surut. Malah yang menyedihkan dari kalangan umat Islam. Secara jujurnya, cukup memalukan statistik-statistik begini disandarkan kepada orang Islam.

Saya sedang dalam proses membaca novel karya Ustazah Fatimah Syarha, Sebarkan Cinta-Mu. Subhanallah, sangat bagus dan sangat banyak input yang saya peroleh. Walaupun saya antara orang yang ketinggalan untuk baca novel tersebut, tapi saya sangat seronok mengikuti gerak langkah penulis kegemaran saya. Persoalan utama dalam novel tersebut ialah mengenai pahaman liberal dan juga isu poligami. Satu ayat yang ingin saya petik, amat menarik minat saya, "Jika seorang lelaki sering mendesak kepada isterinya untuk berpoligami atas alasan kahwin lebih baik daripada melakukan zina, telah jelas bahawa urusan hariannya adalah sangat terdedah dengan hal-hal yang mampu menjerumuskannya ke kancah zina." Ayatnye lebih kurang macam nie lah...

Saya berfikir dengan dalam dan lebih mendalam. Ayat tersebut saya kembangkan konsepnya kepada remaja sekarang. Betul, saya sangat menyokong konsep yang dibawa dan konsep tersebut tidak terhad terpakai kepada golongan lelaki yang ingin berpoligami tetapi juga kepada remaja-remaja sekarang. Bagi saya, remaja-remaja yang berpegang pada konsep "baik nikah awal daripada berzina" adalah remaja-remaja yang sedar bahawa dia sudah jauh tersimpang dari landasan sebenar dan menginginkan redha Allah dalam percintaan yang sedang dilaluinya. Namun rakan-rakanku sekalian, ingat, Allah SWT telah berfirman mengingatkan hamba-hamba-Nya dalam kitab cinta-Nya:
"Janganlah kamu menghampiri zina." (Surah al-Isra': ayat 32)


Ramai yang akan memberi alasan,
"Jiwa remaja beb, mana boleh kawal cinta nie.."
"Aku sayang gile dengan buayafren @ gilefren aku... Sebelum jadi bende tak baek, baiklah kitorang nikah. Memang pasti, dia untuk aku."

Jangan silap faham, saya bukan MENIDAKKAN kahwin muda tapi saya menidakkan KAHWIN AWAL ATAS ALASAN ELAK MAKSIAT. Parent saya pun kahwin awal. Memang tak dapat dinafikan, kahwin awal antara ciri-ciri perempuan yang baik, namun tak semestinya perempuan tak kahwin awal tu perempuan jahat, kan? Jangan tahu syokya bercinta, syoknya ber'sayang abang', jangan hanya tahu sms ala-ala romantik setiap hari pada kekasih. Ingat, asas untuk perkahwinan adalah AGAMA bukannya NAFSU. Jom sama-sama kita fikir, kita rasa nak sms, tanya khabar si dia yang masih belum halal, apakah itu nafsu atau itu perintah Allah? Kalau sesuatu yang kita nak buat itu adalah berpaksikan nafsu, bermujahadahlah untuk mengawalnya. Mujahadah itu pahit tetapi hasilnya sangat manis. Jangan bermujahadah dengan berkonsepkan hangat-hangat tahu ayam, memang takkan menjadi.

Buat diri yang alpa dan sahabat-sahabat tercinta...
Ingatlah, berkahwin itu asasnya pada agama. Tak salah jika kahwin awal tapi, tepuk dada tanya iman, siapkah diri ini secara rohani dan fizikal secara total menghadapi mehnah perkahwinan? Betul, orang kata kalau tunggu sedia sampai bila pun kita memang takkan sedia. *Yang jawab dah ready tu alhamdulillah...* Kita nak kahwin bukan setakat nak dapat cinta yang halal, kekasih halal, tetapi ingat, perkahwinan kita menjadi titik permulaan melahirkan generasi baru berteraskan Quran dan Sunnah, dakwah Islamiah dan qudwatul hasanah. Bukan sekadar ada 7 orang anak sebagai tanda 'berjayanya' institusi sesebuah keluarga itu, tapi biarlah 7 yang ada mampu gemilang, menggilap kembali keagungan Islam yang kian pudar. Itu yang kita mahukan dari sebuah institusi keluarga, bukan sekadar kuantiti tetapi kualitinya.


Kalau kerajaan berpesan pada kita, "Biar lambat asalkan selamat", saya pun nak pesan benda yang sama pada diri saya. *Tapi...bukanlah maksudnya nak kawen lambat-lambat sangat... Ngeee* Mama saya pun berkahwin dalam usia yang muda, iaitu 21 tahun. Tapi Allah tau, mama mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dalam usia yang semuda itu, berbanding dengan saya dengan usia saya begitu. Bagi saya, sebelum siap melangkah ke alam perkahwinan, biarlah saya mempersiapkan diri saya dengan mendalami pelbagai ilmu yang masih cetek dari pengetahuan saya. mahu mencapai perkara-perkara sepatutnya sebelum terlibat dalam amanah besar membimbing amanah Illahi dalam institusi kekeluargaan. Semoga Allah membantu kita, mempermudahkan kita dalam segala urusan dan  tidak berhenti memandang kita dengan rahmat dan kasih sayang-Nya.

Wallahu a'lam..


Monday, January 23, 2012

Sejauhmanakah Kita AMANAH Pada Diri Kita?

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt..

Dah berapa hari tak leh bukak blog nie, sebab asal tekan je nak bukak, dy akan bukak link adiwidget. Bantuan dari seorang sahabat, alhamdulillah blog saya dah berjaya dibuka seperti sediakala. Boleh bersenang hati menulis dan bercerita.

Eh lupa nak tanye, ape khabar semua? Musim-musim raya cina nie, adakah banyak limau yang anda dapat? Meh lah kasi saya siket! Cuti kali nie saya aim nak rehat kejap lepas dari minggu yang full dengan mid-term. Semput jugak, tapi takleh salahkan guru sebab saya yang culas susun masa dengan sebaiknya, mengatur jadual belajar.. Ok, entry kali nie nak cakap pasal amanah.

Apa itu amanah? Secara ringkasnya, amanah ialah satu pertnggungjawaban ke atas kita mengikut standard diri masing-masing. Apa ;pulak maksud standard diri? Adakah anda rasa anda tak standard? Bukan, maksud saya kat sini mengikut jawatan masing-masing. Ada yang menjawat jawatan sebagai barisan kepimpinan pelajar, maka amanah yang dipikulnya adalah besar. Yang menjadi bos, yang menjadi menteri, yang menjadi guru, yang menjadi pensyarah, yang menjadi polis, yang menjadi hakim. Dan tak kurang juga skop mahasiswa, menjadi seorang mahasiswa semata-mata.


Saya nak lebih fokus dari sudut mahasiswa, tetapi saya akan tetap menyentuh skop yang lain sedikit. Adakah kita rasa, kita hanya seorang mahasiswa tanpa sebarang jawatan, cukup untuk melepaskan diri kita daripada amanah? Soalan ini sering bermain-main di fikiran saya secara jujurnya. Amanahkah kita dalam menggunakan wang pinjaman atau biasiswa yang diperoleh? Amanahkah kita bila masa yang ada kita habiskan dengan perkara yang sia-sia? Bergayut, ber'sms' sampai tak boleh nak stop, lepak di sana sini dengan kawan-kawan, ber'dating'an. Sekarang mungkin kita boleh jawab, "Sukati akulah. Ko sebok kenape? Mak ayah aku pun tak pernah kisah aku pegi mane-mane." Yup, ini satu realiti yang memang tak dapat ditidakkan. Mak ayah mengurangkan sekatan ke atas anak-anak bertaraf mahasiswa dengan alasan "My son is 20. Dia dah cukup besar untuk fikir mana yang baik dan mana yang buruk." Wrong! As long as ur son or daughter is a human, so they are exposed to making mistakes.

Lagi... Kalau dalam exam kita meniru, kat mana tahap kepercayaan kita pada usaha kita? Dan kat mana pulak tahap amanah kita pada diri sendiri dan Allah Yang Maha Melihat? Kalau ustaz dah bagi exam dengan cara open book test, dan ustaz dah amanahkan, awak boleh tanya buku je jangan tanya kawan. Masih lagi nak tanya kawan sedang buku boleh dibuka, manakah nilai amanah dalam diri kita? Jom sama-sama melakukan koreksi diri. Apa yang telah kita buat dengan amanah masa yang Allah pinjamkan, ke mana perginya wang-wang yang dibekalkan oleh ibu bapa kita dalam menuntut ilmu, ke mana langkah kita selalu dipanjangkan? Adakah semuanya mampu memberi manfaat kepada Islam? Apa pula sumbangan kita kepada Islam? Ramai mahasiswa beragama Islam lupa, kita mempunyai tanggungjawab tambahan dengan title agama yang kita pegang. Kita lupa, dalam mereka menuntut ilmu, kita turut perlu menyumbangkan sesuatu untuk Islam. Bukan maksudnya kita sebagai pelajar, tugas kita hanya belajar semata-mata. Dakwah tetap perlu ada. Nampak orang buat salah, tegur, bukan maki atau caci.





Sebagai mahasiswa Muslim, kita perlukan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan dan ujian. Kita hendak berbicara tentang agama kita, membawa imej kepada agama kita di hadapan manusia yang memandang dunia. Maka, apakah mencapai 4 flat dalam exam tak penting untuk kita berdakwah? Salah.. 4 flat amat penting sebagai kunci untuk menutup mulut-mulut orang yang cintakan dunia, dengan kita menyebarkan Islam, agama yang agung di sisi-Nya. Kejayaan kita nie pun adalah sumbangan, tanda kita berjaya melaksanakan amanah semua lapisan mansyarakat pada kita. Tapi nak capai kejayaan yang barakah, mestilah kita amanah pada diri sendiri dan berusaha sehabis baik.

Amanah dari sudut pekerjaan, yang biasa orang nampak ialah kes rasuah kan? Pecah amanah. Yup, nie pun contoh paling jelas. Contoh tak amanah yang kita nampak biasa dan kita selalu lupa ialah amanah dengan masa. Ingat balik, perjanjian kita masa mula-mula mask kerja, masuk pukul berapa, balik pukul berapa, rehat pukul berapa sampai berapa? Ramai orang best masa rehat tapi dalam tak sedar, tak best sebab dah termakan masa kerja. Walaupun saya belum bekerja sepenuh masa, tapi melalui sedikit pengalaman yang saya tahu, ini realiti orang bekerja sekarang. Mula-mula, kita curi masa, sikit-sikit curi tulang, sikit-sikit lagi curi cuti, takut-takut sampai curi wang pula. Ini taktik syaitan nak lengah-lengahkan kita. Jadi sebagai orang yang amanah, tunggu apa lagi?



Amanah konteksnya luas. Setiap apa yang Allah berikan pada kita merupakan amanah yang tidak terkira. Mata, tangan, mulut, ahli keluarga dan sebagainya. Jagalah amanah-amanah kita dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersyukur kepada Allah SWT. 

Semoga entry kali ni dapat memberi sedikit manfaat kepada semua. Sebarang kesilapan bicara saya mohon ditegur. Wassalam.

Saturday, January 21, 2012

Voucher Oh Voucher!

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt.

Postage kali nie SANGAT EXCITED sebab dah dapat voucher buku! Korang dah dapat? Agak mencabar jugak lah mase nak dapat voucher nie sebab DUA KALI LINE UP baru dapat! Memang lah terbaek KUIS punye organisation, student KUIS kan 3 orang je, tu yang pegi bukak kaunter untuk voucher kat OSC, tempat TERBESAR kat KUIS. Memang betul2 teruja dan teruji!

Ok, malas nak cakap banyak dah pasal KUIS sebab pentadbiran dorang MEMANG TERBAIK!! Sekarang nie tengah dok kira-kira list buku apekah yang nak tersenarai dalam buku yang saya nak beli! Alhamdulillah, time kasih PAK JIB sebab sedar untuk bagi 0.0001% dari DUIT KAMI. Tapi bagi RM200 pun tak cukup sebenarnya kalau nak compare kan dengan berapa ribu cukai yang ayah saya kene bayar per annum. Tu baru ayah saya, belum ayah jiran saya, belum ayah classmate saya, belum ayah-ayah orang lain. Malaysia nie sepatutnya dah jadi negara terkaya dah tau! Bagi wet buku setakat RM200 still tak cukup, camne nak UNDI pihak sane ye? Ngeh3

Sekarang nie tengah berfikir-fikir, either nak beli buku-buku law atau buku-buku bahan bacaan Islamik yang dah lama saya kempunan sangat nak milikinya. Please, kalau nak bawak saya shopping, bukan kat Sogo atau Jusco but bring me to any bookshop because IF i have RM5,000 on a day, i'm sure i can use all of the money to buy books! Memang sangat gile! Koleksi buku tak lah banyak, sebab kalau nak beli kadang-kadang tengah mase duet takde dorang wat book fair, mane lah nak borong, ye dak?


Tadi, dah contact2 dengan Pustaka Mukmin, located at Jalan TAR. Dia kate boleh guna voucher kat situ! Yezza! Seriously, sane memang syurga buku lah especially for law student. TETAPI MALANGNYA, buku-buku yang dibeli dengan voucher adalah tidak dibenarkan untuk dapat potongan. Beli ngan duet cash je boleh daat potongan. Duet oh duet. Kalau memang purse nie TEBAL tak pernah nak nipis, memang habis dah kugodek-godek semua kedai buku kat Malaysia nie *ayat poyo je, walhal selalu g pun kat Pustaka Mukmin je pon!* =p

Sampai sini dulu. Next entry saya nak cakap pasal.... jeng jeng jeng...
Tanx for reading, Assalamualaikum wbt.. ^__^

Friday, January 13, 2012

Bismillahirrahmanirahiim
Assalamualaikum wbt.. 

Ape khabar semua hari nie? Apa khabar anggota zahir anda, terbebaskah daripada perkara mazmumah hari nie? Apa khabar hati anda, masihkan ada barang setitik hitam di situ? Apa khabar iman anda, cukupkah ia untuk menjadi pembantu mendapatkan tiket first class ke syurga?

Hidup berbuat baik adakah untuk mendapatkan kehidupan yang selesa di akhirat nanti? Teringat satu tazkirah yang dikongsi oleh seorang teman, kita kebanyakan hari nie beriman dan beramal untuk mendapatkan syurga. Macam mana kalau syurga itu tiada, apakah kita akan ekal beriman? Saya pun terdiam mendengar persoalan yang diutarakan. Cukup membuat diri ini terasa kerdil. Ingat, dalam hadith pertama daripada Hadith 40 ada menyebutkan, bahawa sesuatu amalan itu berdasarkan niat. Perkara yang terlalu umum. Harus kita muhasabah kembali, atas tujuan apa kita perlu hidup, apa tujuan kita beribadah seminit tadi, makan sejam yang lalu, tidur lima jam yang lepas. Semua yang kita buat mesti ada tujuannya sendiri.

Sebagai seorang manusia, kita memang takkan lepas diuji. Walau sekecik-kecik ujian hingga ke sebesar-besar ujian. Sebaik-baik makhluk hingga seburuk-buruk makhluk. Jika orang berilmu itu diuji dengan ilmunya. Jika dia orang yang berilmu, CGPA nye mantap 4 flat every sem, tapi kalau dari segi amalannya, tiak beramal dengan ilmunya, apakah maksudnya itu?? Orang yang kaya diuji dengan hartanya, orang cantik dan tampan diuji dengan kelebihannya. Pendek kata, semua orang diuji mengikut kemampuan masing-masing. Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu. Cuba untuk kuat saat diuji, cuba tersenyum dan berfikir, saat kita diuji, ramai lagi insan diuji dengan ujian yang lebih hebat.

Erm...sebenarnay tak tau dah nak kongsi ape. Cuma kadang-kadang mengalami komplikasi hati *this is not about heart cancer or something else. this is about missing, homesick!* Hahaha. Sungguhlah macam budak kecik, walhal dok Malaysia. Belajar pun dalam Malaysia lagi, kat Selangor lagi tue! Bukannye jauh sangat pun, tapi kalau nak every week balik, macam xleh jugak. Kesian kat ayah, sebab ayah yang akan hantar saya balik ke sini. Memang tak pernah balik KUIS nie nek kenderaan awam, sebab saya mempunyai mama an ayah yang sangat mengambil kira keselamatan saya. Owhhooo seriously, I'm homesick! Nak balik tak leh. Next week ada 4 paper mid term *kalut nak mid-term pun blog tak habis-habis..haishhh* 



Assignment yang memang best, bersambung-sambung. Agak tercabar jugak  bile assignment dok ejek-ejek *hang boleh tak nak buat aku bagus-bagus?* Alamak! Memang akan sentiasa kita nak MARKAH TERBAIK, tapi cuba fikir, kita dah usaha YANG PALING TERBAIK ke belum? Muhasabah diri, jangan nak markah lebih tapi kurang kerja dan yang paling penting kurang aplikasi ilmu. Tadi belajar pasal Imam Syafie, memang best. Belajar macam mana Mazhab beliau diperkembangkan, para syuyukh (guru) beliau.  Subhanallah. Kalau kita, ingat lagi tak nama semua cikgu-cikgu kita dari skolah tadika sampai sekarang? Takut kalau tergolog dalam golongan yang mengkeji guru-guru, macm mana ilmu nak berkat, nak lekat. Ya Allah.. Tapi, inilah realiiti sekarang.

Ok lah. Nak sambung bat assignment. tak mau tergendala. Tapi, untuk update blog memang masuk dalam kerja yang perlu buat. Hehehe *Bukan wajib*
Wassalam. ^_^

Saturday, January 7, 2012

2012 Takkan di Takuk Lama Lagi...

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt...

Tahun 2011 sudah berlalu. Tahun 2012 Sudah seminggu melepasi kita. Waktu yang diperuntukkan adalah lebih kecil daripada tugasan yang kita ada. Sungguh, masa itu amat pantas dan masa itu amat berharga. Memang masa yang lepas takkan boleh kembali tapi cuba kita renungkan, apa yang kita telah buat dengan masa kita yang telah berlelu? Seminit lepas, sejam lepas, sehari lepas, seminggu lepas dan mungkin juga setahun lepas? Ingatlah pesanan Allah dalam Surah al'Asr, ayat 1 hingga 3. Paling perlu dihighlightkan pada ayat yang kedua dan ketiga, 

"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan orang-orang yang berpesan-pesan pada kebaikan dan berpesan-pesan dalam kesabaran".

Termenung aku mengimbas masa lampau yang telah kutinggali. Alangkah ruginya aku! Kembali kumengimbas, kejayaan-kejayaan lampau. Zaman persekolahanku yang aktif, hidup dengan latihan melancarkan lisan dalam bidang ucapan dan jua cuba kuselitkan kekuatan dkawah di situ. Di sekolah, peranan hanya kecil, tapi bila sekarang baru fikir, dulu aku tidak bertanggungjawab. Zaman diploma yang aku habiskan dengan ilmu semata-mata, menjadi mahasiswa pasif aku kira. Dengan kejayaan CGPA yang tidak seberapa, aku cuba mencongak, apa sumbanganku buat agama? Dengan apa yang aku capai semasa diploma, berbaloikah untuk membuat mama dan ayah tersenyum bangga mempunyai seorang puteri sepertiku? Aku jadi malu.

Matlamatku berkisar dunia, berkisar akademik, berkisar menjadi wanita solehah, berkisar mahu terus dan terus menajamkan minda. Namun aku lupa. Ada perkara yang belum beres. Ada benda yang aku tertinggal. Masuk tahun baru, aku seolah-olah mencari-cari identiti diri. Seperti aku sendiri tidak pernah kenal dengan diri sendiri. Apa dah jadi denganku?? Aku sendiri tidak pasti. Yang aku pasti, aku tersangat ingin merasai manisnya nikmat cinta Illahi. Yang pasti aku rasai, aku terlupa aku alpa memantapkan diri taqarrub lillah... Sekadar solat 5 waktu dan sekadar selak-selak al-Quran, cukupkah membentuk peribadi diri?

Aku malu.... Bila bicaraku banyak berkisar kisah-kisah yang tidak bermanfaat. Allah memberikanku hadiah sebagai tanda Tuhanku ini mencintai aku. DIA meminjamkanku seorang rakan yang aku kagumi secara jujurnya. Aku cuba mendapatkan beberapa nasihat daripadanya mengenai keseimbangan pelajaran dengan kepekaan sebagai seorang mahasiswa. Giat dengan usrah dan CGPA diplomanya juga sangat mantap. Terlibat dengan barisan kepimpinan pelajar semasa di KUIS namun tidak mampu menggoyah fokus belajarnya. Berbual dengannya sarat dengan kisah-kisah iktibar. Kagum dengannya dalam masa yang sama, terasa diri ini cukup kerdil. Ya, dia manusia biasa tapi dia punyai semangat luar biasa yang mampu menjadikannya luar biasa.

Aku berfikir malam tadi. Teringat dengan ayat dari sahabatku, kalau di IPTA, saf-saf kepimpinan bukanlah dari calang-calang orang. Hanya orang-orang yang hebat pelajarannya, yang dilantik untuk memimpin orang lain dan menerajui sebarang persatuan. Dia bercita-cita besar untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menganggotai organisasi. Subhanallah!! Sangat berbeza dengan saya. Pesannya, kalau kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita. Betul, itu memang tidak dinafikan. Maka dengan beberapa sesi perbincangan, aku telah mencipta sebuah misi dan visiku sendiri. Bukan cinta manusia yang menjadi buruan utamaku saat ini, bukan juga bersantai-santai di dalam bilik atau di The Mines. berehat itu perlu tapi cukup sekadar yang diperlukan badan. Terlebih ia binasa, terkurang membinasakan. Faham, kan? ^__^

Terbaca satu status dari Kamal Effandy, *saya pun kenal dy daripada blogwalking* Menarik dan menyentuh hati. Malu pada Allah…


'If Allah grants you 70 years of your life, you would spend: 24 years sleeping, 14 years working, 8 years in amusement, 6 years at the dinning table, 5 years in transportation, 4 years in conversation, 3 years in education, 3 years in reading, 3 years watching television. If you prayed 5 times a day, you would be giving Allah 5 months of your life. Can't we give 5 months out of 70 years? Think about it.'

Sekian coretan cinta Tahun Baru dariku. Semoga ada sedikit manfaat. Syukran kathiran pada Ustazah Huda, Ustaz Syuhada’, Khadijah, Dayah, Fad, Pah, Bie, Syue. Paling teristimewa, salam sayang dan cintaku pada Mama dan Ayah, Model Wira dalam keluarga.