Wednesday, August 10, 2011

Nilai Hidayah Allah...

Bismillahirrahmainirrahiim...
Assalamualaikum wbt....

Kali ini nak bicara tentang HIDAYAH. Bukan orang yang bernama hidayah, ataupaun hidayah yang diucap di dalam sebarang kata-kata penutup sesuatu ucapan, namun HIDAYAH kali ini ialah PEMBERIAN ILLAHI kepada HAMBA-HAMBA-NYA  yang TERPILIH.

Bersyukurlah, bila kita diuji dengan sesuatu ujian. Jangan cepat melatah, bahawa Allah tak sayang kite, Allah tak adil, Allah tak penuhi permintaan kita. Ingat, Allah bagi kita apa yang kita perlukan bukan apa yang kita nak.

Sekali hidayah Allah datang bertandang dalam hati seorang manusia itu, tak kisahlah kau non-Muslim ke sebleum nie, kau perempit tegar ke, kau playboy tegar ke, playgirl terhebat ke, hidayah Allah mampu lenturkan semuanya! Percayalah, hanya dengan hidayah Allah, manusia mampu berubah. Tak percaya?

Jom kita susuri sirah nabi, bagaimana baiknya Abu Talib, bapa saudara Nabi kepada anak saudaranya, namun, kerana Allah tidak mengurniakan hidayah kepadanya, umurnya tidak diakhiri dengan asma' Allah. Subhanallah! Dan Allah berpesan pada Nabi, supaya jangan bersedih kerana Nabi hanya mampu menyebarkan ajaran agama Islam, dan tugas memberi hidayah itu adalah dari Allah SWT.

Hidayah yang datang dalam diri kita, hendaklah kita jaga dengan sebaiknya. Peganglah hidayah tersebut agar kita tak kembali kepada kekufuran atau kejahilan kita sebelum ini. Hargai dan jaga dengan sanga teliti, dalam memantapkan iman di hati dan taqwa buat Illahi.

Ya! Bukan mudah untuk bermujahadah menjaga iman, tapi itulah janji Allah. Adakah sesuatu umat itu mengaku beriman sekiranya kita tidak diuji? Jom, saya bawakkan analogi sangat simple. Korang sekarang nie tengah belajar. Hari-hari datang kelas, lecturer masuk, bagi kuliah, bagi tutorial, and before the end of the class, lecturer tanye, ok, ada apa-apa bahagian yang awak tak faham? Mostly, korang akan jawab camnie, "PAHAAAAAMMMM". Then, lecturer kata, "Ok, esok ada ujian mid-term." Korang pun bila sampai masanye jawab exam, taram je lah ikut tahap kefahaman korang and bile lecturer dah marking korang punye paper, yang dapat high marks tu tergolong dalam golongan yang FAHAM dan yang markah tak bape nak ok, tue yang TAK FAHAM. See? Kalau untuk belajar pun ada ujian macam-macam, apetah lagi Allah... Tapi, ujian Allah lagi best ganjarannya dari ape yang kita dapaty ganjaran dunia.


Bile berdoa lepas solat, jangan lupe untuk mintak ditetapkan iman dalam Islam, agama yang haq, minta ditingkatkan kefahaman ilmu agama, minta dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan juga diberikan tempat di syurga kelak, syurga yang tertinggi, setaraf dengan golongan salafussoleh, insya Allah. Jangan asyik dok doa mintak cemerlang exam, mintak kekayaan dunia, mintak pasangan yang baik je... Nak jadi baik tak susah, yang susah tue nak istiqamah jadi baik. Saya? Masih bertatih... ^_^

Yang penting, jagalah hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita lebih teliti. Itu janji Allah...


p/s: dah tukar lagu tema yang lama seba sangat-sangatlah suka lagu nie! penuh dengan nasihat yang hikmah dan menusuk kalbu!


2 comments:

  1. baaaagusssss...alhamdulillah2..
    teringat time blajo dulu..kalo study btol2 kan mesti boleh dapat dekan..huhu..

    ReplyDelete
  2. xpe jgn ckp perkataan KALAU egt x dlm KCB dy ckp ape
    bile cakap KALAU, kesannye menolak takdir... ^_^
    mgkin rzki lbh baik next step bro?

    ReplyDelete