Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...
Dunia penyiaran di Malaysia hakikatnya semakin maju dan sejajar dengan usia kemerdekaan negara ini yang semakin meningkat. Dari sudut kaca mata saya mengenai dunia penyiaran kini, mana-mana siaran semakin sarat dengan pengisian program ilmiah dan juga berteraskan konsep dakwah. Malah, wujud pula saluran baru, iaitu TV Al-Hijrah yang membawa konsep siaran berteraskan garis panduan Islam. Contoh jelas yang dapat kita lihat daripada senarai program-program yang disediakan oleh pihak media penyiaran, seperti TV3 yang menyediakan program Al-Kuliyyah, TV9 pula dengan susunan rancangan ilmiah seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Halaqah Sentuhan Kalbu, Usrah, Semanis Kurma dan TV Al-Hijrah seperti Madrasah Akhlak, Jalan Orang Mukmin (JOM).
Jelas, kesedaran mencintai Islam semakin menyubur dalam jiwa segenap lapisan masyarakat kita hari ini namun, konsep Islam sepenuhnya masih belum diterap secara meluas, lantaran kurangnya pemahaman mengenai Islam itu sendiri. Ironinya, begitu ketara sekali jumlah-jumlah filem yang diterbitkan untuk menerapkan konsep ‘Islamik’ dalam setiap jalan cerita yang dipersembahkan. Namun, apa yang dikesalkan ialah apabila penerapan unsur-unsur Islam yang cuba dipersembahkan dalam dunia penyiaran masa kini masih belum menepati setiap inci piawaian Islam yang sebenarnya.
Jadi, atas dasar apa saya berkata sedemikian? Secara jujurnya, saya juga merupakan salah seorang daripada jutaan penonton yang turut menonton cerita-cerita seperti Syurga Cinta, Aku Masih Dara, Nur Kasih, Nur Kasih The Movie dan Tahajjud Cinta. Saya berbangga kerana barisan para pengarah filem kini berusaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam karya mereka, contohnya, menerapkan unsur menutup aurat-unsur bertudung. Alhamdulillah, anjakan paradigma kepada jalan kebaikan semakin terserlah. Namun, dari sudut lain seperti konsep bersentuh tangan antara para pelakon yang melakonkan watak sebagai suami isteri misalnya masih belum terhapus secara tuntasnya. Mungkin manusia yang kurang arif akan berkata:
"Alaaa perlahan-perlahanlah bab agama ni. Sikit-sikit. Kire baguslah dia nak buat cerita yang pakai tudung. Kalau takde adegan sentuh-sentuh antara suami isteri nie, jalan cerita dia mesti nampak tak real.."
"Rilekslah, bab agama nie mana boleh paksa-paksa. Kena ikhlas dari hati.... Kalau tak ikhlas rugi je bertudung semua-semua tu..."
Jangan perlekehkan kemudahan agama Islam. Betapa banyaknya rahmat dan nikmat yang Allah sudah pinjamkan kepada kita selaku hamba-Nya, tetapi bagaimana pula kita yang bertaraf hamba ini memanfaatkan setiap kurniaan yang diberikan oleh Tuan kita, yakni Allah S.W.T? Mari kita perhatikan konsep agama Islam yang dijelaskan oleh Allah, di dalam surah al-Baqarah [2] ayat 256.
"Tiada paksaan untuk memasuki agama Islam..."
Betul. Memang tidak pernah sekalipun Allah memaksa umat manusia ini untuk memeluk agama Islam. Tetapi, Allah S.W.T. telah mengutuskan 25 orang rasul untuk menyeru kepada kebaikan bermula daripada bapa segala manusia, iaitu Nabi Adam A.S. hinggalah ke junjungan teragung, Nabi Muhammad S.A.W. Allah juga telah menukilkan di dalam al-Quran, kesinambungan ayat mengenai paksaan dalam beragama ini iaitu di dalam surah ali-‘Imran [3] ayat 19 yang berbunyi:
"Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah agama Islam..."
Jelas dan tiada ragu atas firman Allah SWT. Islam itu meliputi segala hal, yakni dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Begitu jugalah pengaplikasian konsep Islam itu sendiri dalam bidang komunikasi dan media massa. Biarpun al-Quran telah diturunkan sejak 822 tahun yang lampau, namun isi kandungannya tetap terpakai secara totalnya daripada umat yang terdahulu hinggalah umat Islam saat ini. . Dalam kaedah fiqh ada menyebutkan,
إذا اجتمع الحلال والحرام غلب الحرام
Yang bermaksud, "Sekiranya bercampur yang halal dan yang haram, maka dimenangkan yang haram."
Konsep yang ingin diperjelaskan di dalam hal ini ialah apa yang haram itu hukumnya tetap haram dan tidak akan berganjak melainkan wujudnya darurat-darurat tertentu. Takkan berubah menjadi sesuatu yang halal walaupun terdapat unsur halal di dalam unsur pembikinan sesuatu cerita. Sama-sama kita perhalusi bidang penyiaran sekarang, walaupun pada hakikatnya, watak-watak dalm cerita tersebut bertudung, tapi tetap mengandungi unsur-unsur yang haram dalam cerita tersebut. Bertudung dah cantik, tapi dirosakkan dengan bercampurnya adegan-adegan persentuhan antara yang bukan mahram, maka hukumnya hukumnya tetap haram.
Betapa sayangnya Allah kepada hamba-hamba-Nya, menjaga kita secara terperinci, tidak mahu kita tercampur walaupun sedikit dengan benda-benda yang haram. Kita pula bagaimana?
Betapa sayangnya Allah kepada hamba-hamba-Nya, menjaga kita secara terperinci, tidak mahu kita tercampur walaupun sedikit dengan benda-benda yang haram. Kita pula bagaimana?
Anda penah menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2? Bagi saya, cerita ini mampu menepati piawaian Islam. Jalan ceritanya sangat menarik ditambah pula dengan watak-watak lakonan yang bersih daripada unsur-unsur ikhtilat yang melampaui batasan Islam. Dalam cerita ini juga ada memaparkan babak pernikahan, pasangan suami isteri, komunikasi antara adik-beradik, tetapi tiada babak yang sewenangnya mereka berpegang tangan walaupun mereka memegang watak sebagai suami isteri dalam lakonan tersebut. Mesej cerita ini juga jelas disampaikan kepada para penonton. Dan bilangan penontonnya juga tak kurang hebatnya dengan filem-filem lain, malahan mungkin lebih ramai!
Tiada unsur bersentuh walaupun mereka melakonkan watak adik-beradik.
Pilihlah hiburan yang betul. Islam tidak sesekali melarang umatnya untuk berhibur sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Jumu’ah [62] ayat 11 yang bermaksud:
"Dan apabila mereka melihat perniagaan dan hiburan, mereka meluru ke arahnya dan meninggalkanmu berdiri (ketika berkhutbah) katakanlah apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik daripada hiburan dan daripada perniagaan dan Allahlah sebaik-baik pemberi rezeki."
Bersama-samalah kita cakna tentang kepentingan memilih hiburan yang menepati garis panduan syara', melengkapi syarat syara'. Pilihlah sesuatu yang yang sempurna dari pandangan Illahi untuk kesejahteraan dunia dan akhirat, insya-Allah... Wassalam…
nice one!
ReplyDeletetq dyll! =)
ReplyDeletemasyaAllah, good article!
ReplyDeletebtw, nice blog, n follow u =D
syukran kathiran Mashitah Mustapha
ReplyDeletebyk sgt kkurngn blog nie.. mohon doa dan komentar utk membantu saya menghasilkan yg lbih baik insya Allah.. ^_^
saya like..n amat2 stuju dgn apa yg berlaku pada penyiaran negara kita skang nih..niat bagus dah, tapi penyampaian diorang kureng bagus..
ReplyDeleteniat xmenghalalkan cara...
ReplyDeleteso that yg betul xkn leh bcmpur dgn yg salah...