Friday, August 19, 2011

Pabila Engaku Bercinta Dengannya...

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

Ape kabar semua pembaca? Terima kasih sudi lawat n baca. (Alamak, perasan cam blog banyak peminat je... Hahaha) Ok, hari nie...topik sal cinta. Cinta itu manis, manis macam gula-gula. Mungkin lebih manis dari madu lebah asli. Cinta itu hangat, ala-ala mentari pagi macam dalam lagu dangdut Amelina. Cinta itu mengasyikkan. Cinta itu menyejukkan. Cinta itu menenangkan. Cinta itu merungkai dendam. Cinta itu mebahagiakan. Cinta itu menyeronokkan. Cinta itu mendamaikan. Cinta itu membuat kita saling berhubung.

Opsss!!! Terlebih sudah. Adakah saya sedang bercinta? Itu BETUL tapi...saya baru nak belajar bercinta... Bila saya dah dewasa, umur dah masuk 21 tahun, barulah saya matang sikit nak cakap pasal cinta. Ya! Saya baru nak belajar memperhebatkan cinta saya dengan Allah. Saya baru belajar nak memperdalamkan cinta saya pada Nabi Muhammad SAW. Saya baru nak bertatih menunjukkan cinta dan kasih saya pada mama dan ayah, pada adik-adik (walaupun dorang kate saye Kak Ros. Ceh budak-budak neh...) Saya nak memperkukuhkan kasih sayang saya dengan kawan-kawan seislam yang saya kenal dengan rahmat Allah SWT...

Cinta Allah itu sweet tau! Macam mana rasanya? Bermujahadahlah dalam 'ibadah, insya Allah kita akan merasainya sendiri. Kita akan dapat kekuatan melalui cinta kepada-Nya... Mujahadah itu memang sukar, sangat sukar bagi insan yang lemah seperti saya, yang iman kejap mumtaz kejap dhaif... Astaghfirullah 'aziim...

Nak tau satu benda pasal cinta manusia? Ok, ini melibatkan cinta lawan jenis, di luar fasa pernikahan. Ada banyak situasi dari apa yang saya baca, lihat dan alami...

L : Assalamualaikum awak... Ukhwah fillah...
P : Waalaikumussalam... ukhwah fillah...

**********************

L : Awak dah solat ke belum? Solat lima waktu kene on-time ye... Jangan lewat-lewat nanti Allah sayang...
P : Saya baru nak solat. Syukran ingatkan saya. Bertuah saya kenal awak. Lepas nie dapat sayang Allah dan sayang awak. ;)

**********************

L : Sayang, kenape lah lambat sangat nie... Wayang dah start dah sayang....
P : Owh, sorry abang. Sayang doa lebih mase solay tadi. Moga hubungan kita kekal sampai ke syurga. Abang dah solat ke?
L : *Diam*
P : Eh abang.... Cerita nie mula pukul 7.15malam, habis pukul 9.15 malam. Sempat ke nak keluar solat Maghrib bang? Kite tengok cerita nie lain kali lah ye bang... Yang waktunya tak ganggu waktu solat.
L : Ala sayang nie... Skali skala keluar tengok wayang time-time camnie... Lain kali abang dah busy.
P : Erm...oklah.... Sayang ikut je abang.... *Kire solat Maghrib nie aku qadha' lah kat umah nanti*
L : Terima kasih sayang. Barulah sporting sikit... Lepas nie kite g karaoke pulak ye...
P : Okey abangku... ^_^



Allah.... Sesungguhnya, rugi betul mengikutkan kekasih anda pada benda-benda yang tak mendatangkan faedah. Dan lelaki-lelaki macam nie...sorry to say, tinggalkan je pun tak jadik masalah.... Ape agak-agaknya yang kite boleh simpulkan? Jarang...sangat jaranglah bila cinta sesama manusia nie mendatangkan faedah yang maha hebat, mampu meningkatkan cinta kita pada Allah. Sebaliknya, banyak ajak kita pada perkara-perkara yang melalaikan... Banyak merosakkan kita sebab manusia nie bersifat lemah.

Jangan ingat kite kuat nak lawan nafsu.... Allah dah tunjuk iktibar dalam al-Quran, bahawasanya Iblis Laknatullah sangat hebat godaannya pada manusia. Ingat kisah Nabi Adam A.S dan Hawa? Digoda dengan pohon khuldi hingga tersingkir dari syurga. Wahai semua hati-hati yang mengaku cintakan Allah... Bermujahadahlah melawan fasa sukarmu dalam menghadapi mehnah dunia masa kini. Biar kita dianggap ghuraba' (terasing) dari manusia nan jahil, tapi terkenal di sisi Allah SWT...

Selagi kau muda remaja, memang! Godaan cinta sering bertandang cuba bertapak dalam sanubarimu. Dengan darah muda yang kau ada, rasa sangat girang berkepit berpacaran ke sana ke mari, gahnya kau punya teman hati! Masa kau hangat bercinta, mungkin kau lupa kau telah melangkah ke alam zina walaupun ia belum nyata. Walau kau kata, "aku jarang lah contatc dy, mesej or call. nak jaga hati.." Jangan tipu! Mana mungkin kau kawal hati dari sedetik rasa rindu yang mulanya sedetik akhirnya berkumpul menjadi rindu yang menggila... Mampukah kau menepis semuanya??? Zina tangan kau lakukan saat kau bersentuh manja dengannya. Zina mata saat kau menatap indahnya wajah dan sepasang matanya. Zina kaki juga kau lakukan saat kau mula start enjin kereta nak g amek buah hati pegi date. Hati-hati kerana...bila kau dah mula melangkah ke alam zina yang tak nyata, sekaligus membuka pintu untuk kau masuk ke dunia zina sebenar. Nauzubillah...


Inilah hakikat cinta zaman sekarang. Jangan guna hadith dalil berkasih sayang. Siapa kata couple tak boleh, yang penting ikut syara'. Kalau perempuan yang kenan kat lelaki tu, takde salahnye bertindak dulu. Tengok isteri junjungan Nabi Muhammad SAW, Khadijah, telah meminta Maisarah merisikkan junjungan besar buatnya. Dan cinta terhebat dan paling Nabi ingati, ialah Siti Khadijah, wanita yang sarat dengan cinta dan pengorbanan dalam menempuh dugaan dunia. Kita sekarang? Belum ada ape-ape dah berjanji hidup semati. Dah ada apa-apa, pandailah pulak test-test pegang tangan, peluk pinggang, tengok wayang. Konon nak cipta keserasian... Nabi Muhammad SAW cipta keserasian dengan Aishah RA dengan bermain lumba lari, berkejaran-kejaran untuk saling mengerat cinta selepas nikahnya.

A fact lah kalau bercinta lawan jenis nie kan... Mule-mule kamcing ingatkan Allah... Last-last Allah tah ke mane, masing-masing hanyut dalam dunia fana dengan janji-janji manis... Kita masing-masing ada kekurangan masing-masing. Sama-sama kita renungkan dan perbaiki kekurangan kita... Cintailah Allah, labuhkan cintamu pada-Nya, kelak DIA akan membalas cintamu dengan cinta seorang 'dia' yang turut mencintai-Nya. Saat tu, pasti kau merasa sangat beruntung kerana cinta kau dan seorang 'dia' mampu mengelak fitnah dunia dan mampu memperkukuh cinta pada Pencipta Cinta, dengan wasilah pernikahan... ^_^






6 comments:

  1. so, berhati2 lah dgn org yg bertopengkan agama tapi berisikan naluri setan..
    setakat kenal baru 3 tahun, masih xcukup utk kenal..amik masa 10 tahun pun masih xkan boleh kenal..Sang Pencipta yg kenal ciptaan-NYA..hasil ciptaan-NYA xkan pernah kenal antara 1 sama lain..yg penting, ikut 'signboard' yg betul quran+sunnah..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah... cik asyrafiah, sy menangis membaca artikel awk ni...sgt menyentuh hati sy... sebab semua yg awk tulis ini betul... semoga kita bersama2 mendapat keredhaanNya..amin..

    ReplyDelete
  3. Anisa Nasida: amiin3 insya Allah.. ^_^
    semua org penah buat slh dan Allah tak pernah buang kita kalu kita buat salah, malah Allah suruh kite sntiasa doa dan taubat pada DIA.. Sama2lah kita smoga sntiasa dlam jagaan DIA, insya Allah..

    ReplyDelete
  4. btol btol btol..
    kita yg slalu buang Dia..astaghfirullah hal azimm.

    ReplyDelete