Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Ok, saya memang peminat tegar lagu nie, dar sekolah rendah lagi. Nak-nak pulak, penasyid sekolah sume 'boleh tahan'. Hahaha. Gurau je lah! Bulan-bulan pose nie kan... Tapi, lagu nie memang meaningful... Saya just nak share lirik dy jelah kat sini.
Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan
Ramai orang sekarang, orang Islam kita dah salah rindu. Rindu bercinta, rindu pada kekasih gelap or kekasih crang dan sebagainya. No need! Dah salah ertikan nikmat RINDU yang Allah hadiah 1% pada manusia. Hai manusia, alpanya kita.
Ingin kuberpesan buat sekeping hati yang lemah... Jangan mudah menyahut erti rindu selagi belum diungkap lelaki sejati. Lelaki sejati tue cemane??? Lelaki sejati dia TAK SEWENANG-WENANGNYA MENJATUHKAN MARUAHNYA MENGUNGKAP RINDU selagi BELUM HALAL. Hehehe Tertekan CAPS LOCK pulak... =p
Sentence yang paling saya ingat kat link AkuISLAM, dia kata, lelaki sejati tue, lelaki yang MENIKAHI wanita yang dicintai, bukan sekadar hero bermain kata, sebab lelaki yang hebat bermain kata adalah lelaki yang PENGECUT. Syok bace artikel tue tapi dah xegt da tajuknye... Huhu.
Tapi betullah, memang lelaki itu pengecut, bile pandai ajak dating, bile pandai calling2, bile pandai berfacebooking2, bile pandai kua lalink2. Haiyyaaaaaaaaaaaa. Ini semua lelaki agak2 buaya darat... Sile jauhi diri anda dari lelaki2 cengginih... =,="
Wahai muslimah sejati, siapkan dirimu menjadi produk yang paling berkualiti, kelak hanya orang yang berkualiti juga akan membelimu. Wanita solehah itu ibarat sebiji buah yang paling baik. Allah dah pilih untuk letaknya dalam kedudukan yang tertinggi di atas pokok. Susah digapai tangan-tangan perosak. Hanya mampu diambil oleh lelaki yang berusaha mencari buah yang terbaik, dengan memanjat pohon tersebut kemudian, bertemulah dia dengan buah epal yang terbaik itu... So, kenapa perlu murahkan diri, rendahkan kedudukan kita di ranting yang paling dekat dengan tanah? Sebab bila jatuhnya buah dari pohonnya, maka dia akan menjadi busuk. Bukan setakat takde orang yang nak dekat, haiwan pun taknak cuit-cuit makan. Akhirnya, bertemankan dengan ulat, buah epal yang busuk tadi perlahan-lahan tertimbus di sebalik tanah...
Sedihkan kalau kita jadi macam tu? Jadi, diri yang hina ini menyeru kepada hati yang lemah ini, dan juga buat muslimah-muslimah yang tersayang kerana Allah... Peganglah janji Rabbmu... Allah tak pernah tipu kita.Perbaiki dirimu kelak dia pertemukanmu dengan yang terbaik.
Wallahu a'lam...
aku first..=)..
ReplyDeletebukan semua laki camtu, tapi majoriti mcm tu..yg ganjil tu lebih baik dpt yg biasa..
sebab tu jgn lah kita berpuasa awam, just dpt lapor n dahaga..hehe..jauh menyimpang..=D..
wei, lirik tu mcm penah ku baca tapi di mana yaaaa??..