Thursday, May 19, 2011

Just The Way You Are

Salam semuaaaaa
Sekarang adalah mase sangat kelam kabut dan serabut! 

-   Dengan program Teachers Day tetibe DIAWALKAN pada Sabtu nie! Giloooo! Dah lah BANYAK BENDA nak kena buat utk Hari Guru, sediakan barang macam-macam untuk permainan dan sume2 nye. Yang paling tak best, makanan pun kene sediakan sendiri... Dekat2 nak ujong bulan nie, celah manelah pulak korek duet... Huuuuuu =(

-   Tanx pada Kak Ayu yang da tolong Asy siapkan surat nak diedarkan pada students. Siap wat and printkan... Kalau tak, mau gile lah saya pikio, camne lah nak wat ayat, cari letter head surat bagai... Huaaaaa sangat3 cuak td! Stay kejap sampai Kak Ayu siap, pastu saya pulak pening sebab nak kene buat 482 copy! Alamak! Bole ke dorang siapkan b4 esok??? Alhamdulillah lah, berjaya jugak disiapkan....

-   Budak2 da start exam... Dah lah paper saya yang hari first! Memang mantop! Bile nak siapkan mark, no sure... Bole je dalam masa sehari ke dua hari... Tapi, memang xtoleh kiri kanan lah jawabnye.... Bukan setakat marking paper, TETAPI siapkan analisis xclap 5 ke 6 analisis kene buat, siapkan kedudukan dalam kelas sume... Huhhu... Menangis lah.... Tapi harus kuat!

-   Sekarang, saya dah tuka lagu blog pade lagu neh... Ase tetibe mood nak dga lagu nie cam tinggi pulak... (walaupun BI xsegempak lagu nie...ngeh3). N saye search lah kod lagu nie utk letak kat blog. Jadi, sambil senget2 nie, nak siapkan keje2 yang bersusun....saya sambil2 blogging and dengar lagu nie... By-the-way, this song is so sweet! Tanx Ziqah, semangat ko tag kan gmba Bruno Mars nie kat aku.. Not bad that guy! Haha!

-    Buat ABM kat kelas, esok Guru Besar nak tengok! 

-    Buku rancangan mengajar pun nak kena disiapkan cepat! Esok due date!!!!

Memang ase cam nak mintak nyawa extra, mintak Asyrafiah extra lah ase2 nye!!! Sume nak besok!!!!
Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Saba3 Asy! U can do it!!!


Oke, nak layan lagu nie kejap!

Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her lips, her lips
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are


Ok, daaaaaaaa
Nak sambung kerja...

Wednesday, May 18, 2011

I Love Law

Assalamualaikum wbt...

Hari nie Wesak Day dan saya bercuti kerja... Cuti lagi? Banyak betul cuti bulan nie. Cuti nie xbest sebenarnye bile mase saya kerja sambilan, kalau pekerja tetap syoklah, cuti pon gaji on saje... Hehehe... Ok, aktiviti semasa cuti tadi ialah membaca novel Mandatori, walaupun agak lambatlah baru nak bace kn... Orang len dah bace Sutera Bidadari, saya baru nak bace novel Mandatori. Lambat pun lambatlah asalkan bace.


Nak kasik komen siket pasal cerita nie. Amboi, macam dah hebat nak komen2 karya orang kan? Actually, not a comment but just an pandangan peribadi... Same je mendenye... Hehehe Cerita nie bagi saya, biase je lah... Tak berapa best sangat. Sebab banyak babak2 bunuh, tak berapa suke babak2 bunuh nie walaupun thriller.Tapi, saya suke gile cerita Bagaikan Puteri dan saya berazam, next year punye bookfair, saya nak boronglah set cerita tue! Baru dapat baca Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu xde pulak... Xpelah, tahanlah tahun depan baru cari...

Esok, budak2 exam mid-term... Good luck my students... Don't worry, I always pray for ur success! Buat yang terbaik, ingat ape yang murid-murid belajar dalam kelas ye...

Bile bace Mandatori, saya jadi teruja nak tau, macam mana sebenarnya pentadbiran sistem perundangan sivil di Malaysia dengan lebih mendalam. Ye, memang saya ada belajar siket2 subjek law sivil, tue pon mase first year... Serious, bace nivel tue buat saya membuak2 nak tau tentang perundangan sivil secara mendalam... Terutamanya pengaplikasiannya di Malaysia...

Selain membaca Mandatori, saya kemas2 lah saya punya bilik and terjumpalah kertas-kertas artikel Peguam Syarie Menulis. Saya memang suke buat collection mende2 nie... Dlu lah rajen sebab g je perpustakaan, paper ade kan, kad potostat ade duet, ptpstat je lah.. Benda ilmiah... Walaupun tak rajen belek, sekali dapat memang nak wat collection. Sekarang saya dalam proses nak wt koleksi 2011 pulak...

Ok, tajuk artikel yang saya jumpe tue, "Jalan Pintas Bernikah Undang Risiko" by Mohamad Isa Abd Ralip pada 20 Januari 2010 dan satu lagi "Kahwin Tak Ikut Undang-Undang Boleh Dihukum" by Tuan Musa Awang, 10 Februari 2010.  Saya belek punye belek, ade kaetannya antara 2 artikel nie. Artikel yang ditulis oleh dua ornag yang berbeza namun dalam bidang yang sama, sekaligus menampakkan kepada saya betapa gejala KAWEN LARI semakin hangat diperkatakan.

Hahahaha Tergelak saya sendiri mase tengok kartun nie. Tapi, gelak saya bukanlah bererti isu nie xde nilai malah isu kawen lari nie acapkali mendapat sogokan di dada akhbar.

Ingat lagi tak, yang mane ada satu mase lepas, anak-anak dara di Malaysia, lari mengikut jejaka2 di Lombok, Indonesia? Saya yakin, sama ada anda rajin bace paper ke tak, isu tue memang sangat2 hot dan saya rase dah boleh sampai tahap meletup kot!

Ok, dah banyak merepek, meh saya nak bentangkan satu statistik, mengenai kes kahwin lari, yang mane SETIAP TAHUN semakin meningkat!

2005 --->  314
2006 --->  845
2007 --->  1,944
2008 --->  2,342
2009 --->  2,172

Mungkin perkara biasa tetapi....tengok, banyak faktor yang memungkinkan benda2 macam nie jadi... Antaranya berpunca dari pasangan itu sendiri, maksud saya, ini dalm kes poligami. Menurut sistem perundangan, poligami haruslah mendapat izin daripada isteri pertama, dan untuk MAJORITI kes poligami tanpa kebenaran mahkamah nie, lelaki2 yang nak kawen nie, bukannya berada pun, maksudnya, dia tak mampu nak bagi nafkah zahir secara adil, tapi menggatal nak tambah tanggungjawab.

Faktor laen, apabila cinta dihalang oleh orang tua. Saya ingatkan ini isu lama, kes lama... Rupanya tak... Isu lama, kes baru tetap banyak. Zaman sudah semakin moden, kalau dulu, kebanyakan perkahwinan itu terbina dengan penjodohan daripada kedua ibu bapa. tapi, zaman moden kini, di era IT ini, anak2 muda lebih terdedah dengan kecanggihan multimedia, Facebook, Twitter, muda-mudi berkenalan dan berpacaran. Bila dah jumpa yang berkenan, ibu bapa pula yang rawan, lalu pernikahan tidak dibenarkan. Muda-mudi mengambil jalan singkat. Berbekalkan pengetahuan bahawa wanita itu sah bernikah tanpa wali sekiranya melebihi 80 batu, pasangan ini membawa diri ke sempadan Thailand atau Indonesia, di samping kos nya juga murah. Lihat? Ibu bapa mungkin ada sesetengahnya yang lebih rela menanggung malu anak mereka kahwin lari di luar negara berbanding mereka menikahkan anak mereka dengan tangan mereka sendiri. Terdapat pelbagai aspek yang terkadang perlu dinilai kembali oleh pasangan dan juga ibu bapa, sebelum terjadinya hal menghalang pernikahan.

RAMAI MUDA MUDI SEKARANG YANG TAK TAHU, kahwin nak instant, dan HUKUMAN PUN INSTANT! Tak percaya? Walaupun anda bukan seorang pelajar dari bidang perundangan sama ada perundangan syariah atau perundangan sivil, namun, sebagai WARGANEGARA MALAYSIA BERAGAMA ISLAM, ANDA sepatutnya tahu skop-skop kesalahan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Senarai Negeri.  Perlembagaan Persekutuan telah memberi peruntukan di bawah Senarai 2, untuk memperuntukkan kesalahan-kesalahan berkaitan perundangan syariah bagi setiap negeri. Jadi, setiap kesalahan yang bersabit dan hukuman yang dikenakan juga adalah BERBEZA mengikut negeri.

Saya ingin bawakan contoh, bagi kesalahan POLIGAMI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH. Rujuk Bahagian IX, Penalti bagi kesalahan yang dilakukan. Untuk kesalahan ini, termaktub di bawah Seksyen 123 yang berbunyi:

Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana juapun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu.

Mungkin, bahasanya nampak complicated tapi inilah yang termaktub dalam Enakmen Perundangan Negeri. Dalam bahasa pasarnya, kalau kita buat salah, dan kesalahan tu ada dalam sistem perundangan syariah, kte akan dikenakan hukuman, cth saya bagi nie kesalahan poligami tanpa kebenaran mahkamah, pasangan apabila disabit bersalah layak dijatuhkan hukuman RM1000 / penjara 6 bulan / kedua-duanya...

Wahai pemuda-pemudi sekalian.... Satu kesan perkahwinan yang dibuat tanpa kebenaran mahkamah ialah tidak boleh didaftarkan. Tujuan pendaftaran bukan hanya sebagai syarat untuk mendapatkan sijil nikah, tetapi rekod untuk melihat sejauhmana perkahwinan tersebut mengikut hukum Islam dan juga garisan perundangan syariah. Bagi perkahwinan yang tidak didaftarkan, perkahwinan tersebut secara automatik tidak diiktiraf dari sudut perundangan.

Ok, kita lihat satu persatu. Kesan jika perkahwinan tidak diiktiraf undang-undang, pihak wanita secara tidak langsung tidak diiktiraf sebagai isteri. Andaikata berlaku sebarang perceraian atau kematian, pihak perempuan TIDAK BERHAK untuk menuntut sebarang saguhati ataupun pembahagian di dalam perwarisan harta si suami atau tanggungan nafkah anak kerana dianggap perempuan tersebut berstatus SINGLE. Bukankah bila ini yang berlaku, akan menyusahkan pihak perempuan terutamanya?

Sekiranya sesuatu perkahwinan tidak diiktiraf dari sudut hukum (ini yang paling penting untuk diketahui). Ini akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada anak. Kesahtarafan anak boleh tergugat di sini. Kesahtarafan anak mungkin boleh dilabelkan sebagai anak sah atau pun anak haram, berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh pihak mahkamah oleh Yang Arif semasa sesi perbicaraan dalam mahkamah. Sekiranya, anak yang dilahirkan oleh pasangan melebihi tempoh minima 6 bulan dan 2 lahzah, maka anak tersebut diiktiraf sebagai anak sah taraf, begitu juga sebaliknya. Mungkin, ada yang kurang memahami bahagian ini. Tentang kesahtarafan anak sahaja memerlukan huraian yang panjang dan sebenarnya, ada kaitan dengan thesis yang telah saya siapkan... Insya Allah ada kelapangan saya akan tulis tentang kesahtarafan anak pulak.

Wassalam... ^__^



p/s : tiba-tiba saya teringat, saya pernah bercita-cita untuk masuk dengan lebih mendalam dalam bidang perundangan dan menjadi salah seorang yangduduk dalam barisan penggubal perundangan. Perundangan di Malaysia kan banyak berpandukan perundangan sivil, kan sepatutnya perundangan itu perlu berpaksikan pada al-Quran dan as-Sunnah? So, I'll be the next yang akan melakukan transformasi perundangan Malaysia! Insya Allah!

Tuesday, May 17, 2011

Not A Privacy Place

Salam semua haii haii haiii

Sekarang, blog private ke tak private ke, nak tanye lah... Blog tue untuk ape ye???? For me, blog tu tempat korang nak tulis or share something. Blog jugak ade yang salah gunekan sebagai tempat nak lepas marah, lepas tensyen, tempat maki orang, sorry to say bahasa sangat kasar. Kat blog aku nie, awal2 kat blog aku, aku dah tulis, DI SINI AKU MENULIS SEGALANYA DARI HATI. Kalau agak2 entry agak bengang, maksudnye, memang aku tengah bengang, kalau entry agak2 mengade2, memang mood tengah mengade2, kalau entry tulis benda2 baik, ade lah aku bace pape artikel yang menginsafkan hati. So,

And aku hanye lah manusia biase. Awal2 aku cakap, tak kesah korang nak kate aku hipokrit ke ape ke TERPULANG... Blog aku nie memang macam2 aku tulis, pasal agama ada, pasal movie ade, pasal orang tersayang ade, kalau agak2 taknak bace, xyah jengah langsung. Senang dan aku pun takde pape perasaan dah.

Kire sekarang nie, blog bukanlah tempat yang aman untuk aku cerita2 pulak kan... Nak aku private? Bole, no hal tapi MALAS. Ape yang korang nak nilai, nilailah... Teruskan menilai dan menilai, terima kasih atas teguran yang membina.

Ade orang cakap aku jenis happy-go-lucky. Memang! Sebab aku memang jenis suke gelak. Kalau orang tak tau pape, memang engat aku nie manusia yang paling takde masalah, kalau de pun masalah2 kecik je kan... Aku teringat, lecturer aku penah cakap, ornag yang happy nie, masalah dia lagi berat dari ape yang kite sangka. Sorry, bukan nak jual cerita aku ada masalah ke tak, itu hak peribadi aku yang tak semua orang tau. Yang penting, bagi aku, ape yang aku ase, ape yang aku hadapi, tue yang aku post kat blog. Ase nye macam nak crik je katoon letak kat blog nie, taknak bace xyah bace. Tapi, kang nampak cam biadab walaupun aku nie tak baik mane kan...

Tulis rencana yang baik, orang cakap tunjuk alim. Tulis luahan hati, orang cakap over nak jual cerita sendiri. Tulis pasal yang tersayang, orang kate memang dah tak engat batas hukum Allah. Tulis sal berita terkini, orang cakap, macamlah dia je yang tengok tv. So??? Kalau nak ikut ape orang cakap, ape orang kritik, memang sume manusia mati lah tak idup... Sebab nak dengar orang puji je kan... masing2 dah besar, kritik cara orang besar, cara matang. Bukan orang takleh terima, tapi kena ada caranye... ^_^

Ok, terpulanglah ape2 yang korang nak cakap, nak nilai, nak komen, nak perang. Sukatilah! And aku malas amek tau... Terima kasih atas kasih sayang dan perhatian korang tegur.. Bagus methode dakwah yang korang terapkan... Sangat mantap and aku nak akui lah, aku memang xsebagus korang. Sangat2 banyak kekurangan berbanding ngan korang. Keep up ur good manners dears...
Wassalam..

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum... 

16 Mei tanggal yang paling bererti buat semua insan bergelar guru...

Terima kasig buat semua cikgu2, ustaz ustazah, sensei-sensei yang dah banyak ajar saya. Buat guru-guru saya, kalau saya tulis semua nama-nama cikgu saya, takkan tercukup lah kat ruangan nie, tapi insya Allah doa saya tak perbah luput buat semua guru-guru yang berjasa, yang telah banyak bersabar mendidik saya, tabah menghadapi karenah saya yang pelbagai semasa menempuh alam pengajian. Teristimewa buat semua guru-guru yang mengajar saya di

Tadika Kastam Pelabuhan Klang, 1996
SK Pelabuhan Utara & KAFA BSS, 1997-2002
Sek. Agama Menengah Hisamuddin Sg Bertih, Jan- Feb 2003
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, 2003-2007
PLKN,Kem KK Di Bawah Bayu Tuaran Jan-Mac 2008
K. Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Mei 2008-Mac 2011

Saya teringat kata-kata Saidina Ali pada para sahabat, "Barangsiapa yang mengajarkan kamu walaupun satu huruf, maka dia adalah guru kamu, Hormatilah guru kamu kerana pada mereka terdapat keberkatan". Simple! Walaupun satu huruf, sape2 pun yang aja, mereka tetap diiktiraf sebagai guru...

Jadi, di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada kawan2 seperjuangan, kakak2 senior, abang2 senior yang dah beri tunjuk ajar pada saya untuk apa2 ilmu pun, terima kasih sebab anda2 juga merupakan guru saya!

Menjadi guru bukanlah satu kerjaya semudah yang dilihat. Bukan sekadar masuk kelas, bercakap, keluar dan balik... Dan juga bukan semudah huruf ABC yang diajar pada students! Tidak sama sekali... Bercakap dari hati, menyampaikan ilmu yang ada untuk membantu anak-anak didik agar terus cemerlang dan berjaya... Selalu saya pesan pada murid-murid saya, kita belajar bukan setakat nak lawan, kau nombor dua exam, aku nombor 1! Selalu saya ingatkan, bahawa tujuan belajar untuk dipraktikkan ilmunya dalam kehidupan seharian...

Ingat, kata-kata seorang guru itu menjadi doa yang sangat mujarab! Sama seperti doa ibu bapa... Jika kita menyakiti hati guru-guru kita, samalah seperti kita menyakiti hati ibu bapa kita sendiri... Kerana, di alam pembelajaran, para guru lah yang diberi mandat untuk mendidik dan mengasuh kita. Tak kisah lah sekolah rendah ke sekolah menengah ke mahupun peringkat IPT.

Jadi, hormati, sayangi dan hargai guru-guru anda selagi mereka masih ada... Guru tak pernah meminta balasan atas ilmu yang diberikan tapi saya tahu, seorang guru itu sangat terharu apabila dihargai oleh anak didiknya... Mereka tak pernah meminta wang berjuta sebagai imbalan kepayahan mereka tetapi cukup sekadar serantai doa kebahagiaan buat mereka yang tak pernah putus...

Akhir kata, Selamat Hari Guru buat semuaaaaaaa yang bergelar guru.
Saya saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang guru-guru saya dan semoga Allah memberkati seluruh kehidupan mereka dan keluarga mereka dari dunia sampai syurga...

Wassalam... ^__^




Thursday, May 12, 2011

Ape Yang Aku Pk Sekarang?

Sekarang adalah mase meluahkan ape yang terpendam dalam hati dan terlintas dalam pikiran....

- Be a double-loan-holder will give the worst impact
- Untuk degree nak fokus btul2 bia dapat 4 flat every sem.
- Nak kawen cepat! Hahaha
- Nak keje sementara yang gaji bole tahan ade tak?
- Hutang belajar Diploma.
- Nak keje dalam bidang law, means kerjaya tetap lah... 
- Nak jumpe kawan2 DSPI A yang sangat baik... Rindu mereka sume...
- Lambatnye lah nak tunggu sambung degree nie... Cepat lah siket.... Nak belajar!!!
- Rindu kat Ustazah Huda!
- Nak kumpul cite dari Nad, nak tengok kat umah.
- Suke tengok gambar dalm folder My Sweet Memories! Memang sangat sweet lah! 
- Rindu kat dia.... Huhuhu Dear...
- Nak wat keje yang menimbun tapi sangat malas lah! Serius!!! Huhu
- Ke mane lah tercampaknya untuk Degree nie... Huhuhu
- Nak cepat2 pose Ramadhan... 
- Nak jadi baik...
- Suke sebab ade abang, kakak ngan adik yang sangat prihatin and sayangkan saye!
- Suke dengan hobi baru abang! 
- Nak bace novel2 yang telah dibekalkan tapi....xsempat2 nak bukak... Sentuh je lebih... Hohoho
- Ok, nak out~!!


Wednesday, May 11, 2011

Perempuan Cun v/s Perempuan Kulit Biase-Biase?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...

Entri kali nie agak 'emo' lah bagi saya. Last week, saya ade sembang-sembang kosong dengan sorang bf saye nie (bf stand for boyfriend yang membawa maksud KAWAN LELAKI not buah hati lelaki!) Kawan same2 kelas mase sekolah rendah dlu... Orangnya agak cerah, boleh lah tahan... Dia dah clash ngan gf dy... And then, saje je lah saya sekadar saje2 nak try tanye, ape masalahnye antara dia ngan ex dy.... Kot2 dia nak cerita kan...

Saye : Ko apsal clash ngan ex ko tue?
Die : Ex ak curang lah!
Saye : Owh, apsal dy curang?
Die : Sebab dia cantek... Yelah aku nie kan xcukup hensem utk dia...
Saye : Eh, ko ok je... Ade je rupe...
Die: Aku tak tahanlah! Aku nampak awek aku tue, gamba dy berdua dengan bf baru dy. Yelah mentang-mentanglah dia cantik kan... Ada pulak datang lelaki yang kaye, yang ada kereta, yang ada duet... Aku nie ape lah ade kan....
Saye : Erm...saba lah ye... Ko sendiri boleh nilai kan perempuan macam tue... Ape yang dia pandang... Ape y
Die : Yelah, masalahnye aku geram sangat tengok gambar die ngan bf baru dy... Kalau aku boleh umpe 3 mate trus, aku ase nak tumbok2 lelaki tue!
Saye : Saba3... aku doakan ko cpat2 jumpe true love ko eh...
Die : Aku engat dy true love aku... And bagi aku, antara sebelum2 nie, awek aku nie lah yang paling cantik... I means...ex aku nie lah...
Saye : Owh...erm...wey! Aku...nak tanye ko siket leh?
Die : Hah, nak tanye pe. Tanye je lah...
Saye : Erm...ape ciri2 perempuan yang ko suke? Maksud aku ciri2 yang de pd pempuan, lepas jadik gf ko? (Ayat cam nak tackle dy plak! Owh no! Xde mase ye nak tackle ko! Hahaha)
Die : Yang cantik...
Saye : Er...ko nie... btol2 lah...aku tanye neh
Die : Yelah... Betullah... Yang cantik dan cantik dan cantik.....

Ok, sampai sini je lah perbualan yang saye nak rakamkan kat blog nie. Saya...secara jujurnya....TERDIAM, tak tau nak kate ape bile FIRST TIME memang saya jumpe LIFE lelaki yang memandang wanita sebab KECANTIKANNYA... And mase borak2 tue, ade gak saya tazkirah free kat dy.. Eloklah, sebelum dy g dga khutbah kat masjed, meh sini aku khutbah dlu kat ko! Dari cara jawapan yang dia berikan...Dia memang sangat mementingkan kecantikan sebagai nombor 1! Waktu dy cakap kat saya, ayat last tu (sile refer pd perbualan tu), saya rase bengang! Seyes sangat3 geram! Memang, xdinafikan memang ade perempuan yang pilih partner diorg according hensem or Dato', or Raja or Executive Company or what ever so on... Engat, benda2 tue SEMENTARA, PINJAMAN bukan PERMANENT...

Bile saya nampak keras kepalanye dia dalam menetukan kecntikan is the first one, saya rase nak gelak kuat-kuat nak cakp camnie, "Padan muke ko kene tinggal ngan ex ko! Memang patutlah ko kne tinggal sebab perangai ko sangat demand pilih partner ko! Ko pun nak yang cantik je kan... Ex ko da jumpe lagi hensem, complete sume mende, so pe g dy tunggu kat ko! Patut pun dy angkat kaki g kat bf bru dy!" Memang nak cakap cmtu je sena nye, tapi pk... Rileks...kawan tue ngah cte problem dy... And td tengah tgok home fb, then ternampak dy ngan fren ngan kengkawan yang len... Dy wat fb baru semata-mata nak tutup fb lame dy, yg de connection ngan ex dy... Kalau saya jadi dy, block je pempuan tue sudaaa... Ape nak pening2 sushkn diri wt fb baru bagai... Menyusahkan diri sendiri je! Huhu Disebabkan ternampak name kawan saya tue lah, saya tbe2 diserang geram and tulis status cmneh...



Kalau lah saya, biar lah lelaki tue cmne pun figure dy, sy xkesah... Serius, yang saya pandang, camne dy punye agama, dy punye perangai, jujur and ikhlas dy. Gemuk k kurus ke ape ke... Saya awal2 set kat minda saya, jangan pernah nak komen figure orang. Bukan nak hidup ngan badan dy je nanti tapi nak hidup dengan hati dan jiwa dia... And saya sesungguhnya.... sangat2 lah bersyukur... Ditemukan seorang lelaki yang full packag. Biar lah 'dia' rase dy ape pun, tapi, dy tetap lengkap kat mata saye... And saya terima dy seadanya, sebab saya selalu ingatkan diri saya, no body perfect... Accept the person that u love just the way he is... Biarlah dy senget ke short ke memang hobi suke nyakat saye ke, bulat ke, tough ke, ape k... Ape orang nak cakap bia lah. Saya...terima dia seadanya, bukan sebab dia hensem, bukan sebab dia ada duet, tapi...sebab dia adalah dia yang sebenar... Tak pernah hipokrit, sentiase jujur, dan dy ikhlas terima saya seadanya.. Memang ikhlas xley nampak, but...we can feel it! Seriously...

Kalau korang ade terlintas nak crik yang manis2, yang cuntek2, yang biar papa asalkan bergaye, yang kaye raye, yang macho2, yang hensem2, yang ber'dashing2' 24 hours, yang pangkat gah2, korang kene set awal2 untuk korang ditinggalkan... And kene set awl2, partner korang tue akan berani main kayu tiga ngan korang! Huhuhu Emo lah pulak... Tapi, memang emo kot bab2 neh... Huhu



So, the moral value is just accept ur partner as the way they are... Kalau dia memang style gile2, korang trime lah. Trime tak mesti maksudnye korg pun short sekali but faham situasi dy... Err...xtau dah nak bagi cth ape... Pesanan dari penaja, setialah pada orang yang betul2 ikhlas sayangkan anda... Ade ritu kitorang dengar satu iklan radio neh... Pempuan tue suke gile bile suami dy kate nak belikan barang yang dia nak. Then ada satu ayat yang pempuan tu cakap kat suami dy, trus 'die' komen, ish xikhlas langsung bunyik. Saya tanye 'die', nak tau yang ikhlas tue cmne ye bang? Die ajuk balik satu ayat saye. Adessss terkena lah pulak...
Heeeeee
Ok daaaa
Good night and sweet dream...
I love u because u is urself.. ^_~

Saturday, May 7, 2011

Jom Tawan Dunia

Salam semua... Semoga sentiase diberkati Allah walau dalam apa jua keadaan...
Saya...sangat-sangat rindu kenangan-kenangan ini.... Nak upload sesatu gamba macam malas n kompem lah line HANG yang bole wat saye ase nak PELOK LAPPY KUAT2! Adesss~~

Nie antara sweet memories yang saya saaaaangat2 suke dan rindu.... Kenangan itu indah dan masa tak mungkin boleh berputar kembali...

Saya alhamdulillah direzkikan untuk sampai di Syria, ikut Kursus Bahasa Arab... Menjejak kaki ke tanah arab merupakan pengalaman yang sangat mahal bagi saya... Bila saya kat sana, barulah saya tau, bukan susah rupanya nak bercakap bahasa Arab... Bukanlah nak bongkak ke ape... Saya pun bahasa arab tak hebat mane... Cincai2 saje... Cuma, saya rasa kalau kita nak mahir bahasa apa, kita kana duduk sendiri kat tempat tu... Kat Syria memang best! Melawat makam nabi dan para syuhada'. Alhamdulillah, kenangan yang sangat manis! Bergelak ketawa dan bersedih bersama-sama... Saya pegi nie masa saya sem 2, umor saye 19 tahun... Ceh, siap nak state umor plak kan... Hehehe... Yang same sem ngan saya yang pegi tu, Kinah, Syed, Arif, Aiman... Saya memang rapat gile ngan dorang nie kecuali Aiman sebab dy xslalu join kami... Hehehe... Kat Syria, Souq Hamidi adalah shopping mall yang best lah! Memang lah xsecantik Sunway Piramid ke sebesar Mid Valley ke... Tapi, nilai sejarah yang ditinggalkan dan kemudian diubah menjadi tempat perdagangan menjadi satu nilai yang tinggi untuk Souq Hamidi.. Asalnya, dia merupakan terowong untuk bersembunyi daripada peperangan dan akhirnya, daripada dibiarkan tinggalan sejarah ni dimakan zaman, mereka dah ubah jadi tempat pelancongan yang pesat.

Saya ingat lagi! Boleh kata setiap hari, lepas aje klas, mesti kitorang akan keluar. Kitorang di sini refer pada saya, Kinah, Arif, Syed. Nie memang bestiest nak kua lah! Hahaha... Kelas lelaki n perempuan lain2.. Kelas budak lelaki belah pagi, kami yang perempuan kelas belah petang. Biasenye, saya, Kinah n Kakak Muna mesti akan g ke Souq Hamidi lpas habis kelas, walaupun setakat window-shopping! Saya tak kesah sangat nak keluar sebab yelah...tiket bas dy murah! 70 sen je pegi balik! Waaaaa memang hidup kat sane kos rendah! Lepas tu, hari2 nak makan syawarma @ kebab, roti pizza, roti batotoh (roti kentang) pun macam tak kesah. Sebab roti dy besar and harga tak mahal mane... Mengeyangkan lah untuk perut2 perempuan Asia macam kami2 nie... Tapi, balik klas tu masak lah gak macam kat Malaysia, nasik, lauk2 ape yang ada... Survive! Suke sangat! Dan sangat rindu ke tempat2 yang saya dah pernah lalu kat sana... Sangat2 rindu... Nak bulan madu kat sini bole x? Hahaha! Mesti terbeliak mate dia kalau dia baca... Heeee Takdelah! Im not too demand. On saje dengan ape rezki yang ade... =)



Let tour to Singapore! Event kat seberang je dengan Malaysia, sudah cukup nak buat saya pokai! Wahahahaha sebab nye duet dorang kan twice ngan wet Malaysia... Saya ke Singapore nie atas sebab melarikan diri sekejap.... LARI tu~!!! Jangan main2! I lari kan diri bukan dalam Malaysia tau! Luar negara! (Walaupun seberang je ngan Malaysia, hahaha) Tapi, memang serious! Saya ke Singapore sebab saya larikan diri, saya nak jauh dari satu situasi yang menyedihkan dan menyakitkan... Saya dah cakap dengan mak saya, saya nak pegi Singapore, dia tak bagi. Saya tak bagitau situasi ape yang buat saya tertekan, saya tak kire! Saya packing gak, g gak Singapore. Kebetulan, kawan kelas saya, Zunairah Malee, dia memang dari Singapore. Sekali jalanlah melawat dia. Dia punya seronok sebab dia kata, saya kawan yang dari Malaysia yang first pegi rumah dia! And, untuk pegi lagi bile, saya pun xsure, tapi memang berhajat nak pegi lagi sebab saya rindukan Singapore....

Singapore tak kurang macam Malaysia, cuma dy lagi banyak pembangunan, sebab Singapore nie satu tanah yang kecil... Banyak binaan batu, and ada jugak tempat2 yang unik. Sepanjang saya kat Singapore, penginapan, makan minum dan tambang perjalanan saya di sponsor penuh oleh parent Zunairah. Terima kasih makcik... Saya suke sangat kat Singapore... Tapi mule2 sampai Sinhapore, agak culture shock siket lah sebab nye majo cine kan... Payah beno nak nampak yang pakai tudung cam kat Malaysia. I mean..sebab ramai cine.. Islam tak pakai tudung pun ada gak kat negara mana-mana pun...

Saya paling suke pegi Esplanade, sweet sgt tempat tue, rekaan bentuk dy macam durian hahaha so unique! Saya suke makan pasta kat Pasta Maniac! Memang maniac lah! Bole pilih bntuk pasta yang korang suke, dengan persa apa yang korang suke! And saya yang memang suke pasta tu, saya pilih yang cream soup punye, pastu tmbah lagu serbuk cheese! Phewwww! Sukeeeeee3!!! Dah lah saya memang penggemar cheese no 1! Wuhhuuuu

  

Melaka-Johor-KUIS trip! Happy and fun journey! Setelah lame merancang untuk buat family day dengan klasmate, alhamdulillah lah sem 6 dapat gak g... Walaupun macam-macam dugaan... Saya suke! Walaupun dalam Malaysia hehehe Sebab mule2 rancang nak pegi sekelas ramai2 ke Singapore, ke rumah Nyrah, tapi xde rezki... Kelas saya nie jangan tak tau! Sume pegang jawatan hebat2! 

Dayah - TYDP ALAM (Masjid)
Pah - Majlis Perwakilan Mahasiswa
Iera - Majlis Perwakilan Mahallah
Nad, Atul - PMU (Persatuan Dak2 Law)
Fateen - PBSM 
Fad - HAWA ALAM
Asy, Naim, Husaini - PERMAI (Persatuan Mahasiswa Akademi Islam)

Sorang bz, rancangan kene dibatalkan... Huhuhu Bayangkanlah, dalam seramai2 klas, (19 orang) klu 18 orang free sorang meeting kene batalkan! Memang nanges lah! So, alhamdulillah, Allah dah izinkan kami jalan macam nak gile dari Selangor pastu ke Melaka and ke Johor, last patah balek ke Selangor. Macam nak tercabut urat2 dan tulang2 termasuklah gigi-gigi yang ada hehehe... Kesian kat Tanaa sebab saya kate nak jadik co-driver konon nak temankan dy xtdo lah dr journey Johor patah ke Selangor. Last2, saya tewas! Tertido gak, and langsung tak sedarkan diri melainkan lepas sampai kat KUIS! Wahahaahaha Gile punye tdo mati sebab terlampau gumbira dapat mandi sepuas-puasnya kat Air Terjun Gunung Ledang, and saya telah ditackle oleh Putera Gunung Ledang yang hensem and taknak lepaskan saya balik Selangor. Saya terpaksa cakap leklok kat Putera tue tolong lepaskan saya dari Johor, sebab saya anak Selangor. Hahahaha Ok, ini adalah hasil kemerepekan saya... Yang best kat Melaka ialah ikan bakar dy lah... Tanx for Fateen sebab ayah dy yang recommended kan tempat tue. By the way ten, next time ko kawen, blanje lah sekelas makan kat situ lg eyh? Kirenye, iktiraf lah siket kami nie macam ttamu VVIP wedding ko nnt... Ngeh3

Saya sebenarnya nak upload gmba sekelas, but may be next time sebab line macam siput sedut semenjak dua menjak nie... (Cek bil dah bayar pun, nak ape lagi?? Hoho) 
Sampai di sini dlu corat-coret saya...
Wassalam....