Wednesday, December 26, 2012

Impak Kahwin Muda Dalam Kehidupan Mahasiswa

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamaulaikum wbt...

Alhamdulilllah, hari ini saya telah berjaya present subjek Undang-Undang Islam dan Masyarakat, iaitu tajuk postage kali. Actually, hari ini ada dua pembentangan, sesi pagi dan petang. Berpuas hati dan lega dengan apa yang dah dibentang. Alhamdulillah, Ustazah Sarah pun komen positif. Semoga bermanfaat pada kawan-kawan sekelas. Jadi, saya nak share jugak beberpa point penting yang saya rasa perlu untuk dikongsikan dalam isu ni.

Saya mula dapat idea untuk fikir tajuk ni bila ustazah suruh fikir masa dalam kelas. Teringat, saya ada ziarah ke bilik adik bilik yang lama, dia cerita tentang sahabatnya yang berjaya mendapat dekan, selepas perkahwinan.  Dan adik bilik saya teruja cakap nak kahwin jugak bagi dapat dekan. Saya senyum je. Orang berjaya kerana pelbagai aspek, salah satunya perkahwinan. Tapi saya cakap pada adik bilik saya, "Kahwin bukannya syarat wajib nak dapat dekan. Kadang-kadang, bila tak pandai manage diri dalam perkahwinan, orang yang dean list pun mungkin boleh tergelincir." Ini pendapat saya.

Untuk dapatkan maklumat, saya temuramaha 4 orang mahasiswa yang sudah berkahwin, 2 lelaki dan 2 perempuan. Saya juga turut menemuramah 2 orang mahasiswa yang masih bujang. Nama-nama mereka dirahsiakan. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kerana mereka sudi bekerjasama memberikan maklumat kepada saya. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan anda semua.. Amiin.. Saya temuramah 4 orang sebab saya nak tau input-input yang pelbagai daripada mereka, kerana mereka senior dalam alam rumah tangga. Mereka cerita tentang pengalaman mereka ketika membawa hal ini untuk dibincang bersama keluarga. Ada yang menyokong tanpa sebarang argument, ada pulak yang kene soal siasat, kene bentang bajet belanja dan sebagainya.

Hakikatnya, ibu bapa bukanlah mudah-mudah nak lepaskan anak mereka yang masih study untuk berkecimpung dalam alam rumahtangga. Dan bukan semua mahasiswa LAYAK untuk berumahtangga. Konsep ukur baju di badan sendiri itu perlu. Mereka yang sudah berkahwin berkongsi, memang bukan senang menggalas dua tanggungjawab sekaligus, tapi di sinilah pentingnya persiapan diri. Bagaimana mengawal emosi sendiri, mengurus masa dengan sebaiknya, memahamin hati budi pasangan, belajar bertolak ansur kerana pasangan ialah orang yang kita belum kenal dia secara total. Kena banyak lapang dada terima kekurangan pasangan. Pandai cari duit pun salah satu tiket yang biasanya buat ibu bapa setuju untuk bagi anda kahwin walaupun dalam usia muda. Sebab mind set ibu bapa ialah, "kalau kau student, nak bagi anak orang makan apa?"

Saya bertanya kepada salah seorang kawan saya yang ditemuramah, betul ke lepas kahwin ni pointer memang meningkat? Sebab apa? Dia kata, biasanya meningkat sebab kita lebih bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab sebagai mahasiswa, menjadi contoh kepada suami/ isteri dan juga anak-anak. Haaaa betul jugak apa yang dia cakap. *tibe-tibe rasa excited nak kawen masa belajar!!! haha* Tapi...*dia sambung* bergantung kepada macam mana individu itu bertindak, melaksanakan tanggungjawabnya. Ada juga yang tergelincir, mungkin tak pandai urus masa atau faktor lain. Tapi, berdasarkan kajian saya, pointer mereka semuanya meningkat selepas perkahwinan. They'd proved it! Follow them if u can..

Saya... masih dengan pendapat saya. Sependapat dengan mahasiswa yang single yang saya temuramah. Saya lebih fokus untuk mencapai satu demi satu. Dalam tempoh masa sekarang, saya leih pilih untuk belajar. Kahwin insya Allah selepas habis belajar. Sebab saya tak yakin mampu memikul 2 in 1. Saya juga rasa, sementara single nie, kita bebas nak ke sana sini untuk memperdalami ilmu. Bukanlah saya kita bila dah bersuami, tersekat. Bila bersuami ok jugak. Ada kawan nak pergi majlis ilmu sama-sama. Tapi, saya lebih pilih single dulu dalam status mahasiswa. Saya bagi masa untuk diri sendiri prepare sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Saya sebagai seorang wanita sedar, asas untuk berkahwin bukan semata-mata pandai ke dapur. Asas untuk tackle hati ibu bapa mertua, adik beradik dan ahli keluarga bakal suami, kawal emosi ketika situasi-stuasi yang menekan sangat perlu. Jadi, saya rasa perlu berguru dengan kehidupan dan juga pengalaman orang-orang terdahulu.

Paling penting, sementara masih belum berpunya, eloklah pertingkatkan ilmu agama. Sebagai seorang isteri, dia adalah seorang gurur pertama ilmu agama untuk anak-anaknya. Lelaki juga begitu. Berapa kali solat jemaah di masjid sehari? Sekali? Dua kali? Jauh sekali? Muhasabah diri sendiri. Tuntun fitrah dengan iman dan ilmu, bukan dengan serakah semata-mata. Saya selalu dengar, alasan orang kata nak kahwin awal ialah nak elak maksiat, nak elak zina. Melalui pembacaan saya dari Ustazah Fatimah Syarha, pandangan dan pengalaman, saya sangat setuju dengan apa yang Ustazah Fatimah Syarha kongsikan, iaitu Kenapa mesti ada isu mksiat dan zina, jika dia berkawan dengan kawan yang baik-baik? Ini kerana keakraban dia dengan golongan yang berlawanan jenis lebih tinggi dari kawan yang sejantina. Kenapa mesti ada cinta pada yang bukan halal jika cinta dan fiokusnya pada pelajaran, agama, keluarga dan rakan-rakan? Pastinya kerana dia menyalur cinta pada tempat yang bukan syarie dan tidak halal.


Last but not least dari saya, peganglah pada janji-janji Allah SWT, kerana Allah SWT sajalah yang tidak pernah mungkir janji pada hamba-hamba-Nya. Jangan dipegang janji manusia kerana mereka juga bukanlah suatu makhluk yang sempurna. 

1- Kalau kita menjaga maruah, insya Allah kita akan dapat pasangan yang bermaruah juga... Jangan jadi murah, nanti dapat partner pun yang murah-murah, sebagaimana janji Allah SWT dalam Surah an-Nur ayat 26:
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."

2- Yang kita damba dalam kehidupan ialah seorang suami sebagai pembimbing kita dunia akhirat. Bukan sekadar romantik dan caringnya sebelum pernikahan, bimbang itu semua palsu semata-mata dan fitnah hati mudah berleluasa. Benarlah janji Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 34:
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar."

3- Cinta itu fitrah, jangan sampai ia jadi fitnah. Uruskanlah fitrah dengan sebaik-baiknya. Jika anda sebagai wanita menyukai seseorang dalam diam, dan sudah bersedia mendirikan rumah tangga, apa salahnya mempraktikkan sirah Saidatina Khadijah dengan cara  terpuji. Nampak anda wanita bermaruah. Tapi bagi saya, saya sependapat dengan Ustazah Fatimah Syarha dari sudut usaha seorang wanita dalam mencari jodoh, ialah memperbaiki diri dan mengingkatkan kualiti diri.

4- Jangan nafikan kuasa sepotong doa. Ayat nie sangat powerful bagi saya, dapat dari Puan Sharifah Hana punya blog. Jangan pernah nafikan, kerana Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Mungkin kita ska seseorang tapi kita tak tahu sama da dia baik untuk kita atau tak. Caranya? Istikharah dan berdoalah dengan istiqamah. Allah SWT sentiasa menjawab doamu. ^__^

Maaf banyak typing error, bajet-bajet macam pro taip lah kan~ :p
Sekian, wassalam.
Semoga bermanfaat untuk semua. ^__^

No comments:

Post a Comment