Wednesday, September 12, 2012

Student Life Style

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Banyak mid term, presentation, assignment yang sudah siap. Tapi ada jugak dua tiga subjek yang belum lepas lagi. Huh~

Last week, ada praktikal berenang kat tasik KUIS. Best, walaupun aku tak tau berenang, hantam sajalah~

Satu budaya yang aku perasan masa mid term nie, mentang-mentang buku sangat dekat dengan kita, ramai yang pakat-pakat nak tiru. Tak kurang jugak yang tiru secara jahrun (terang-terangan). Kot iya nak buat jahat sekalipun, agak-agak lah. And bagi aku, masa mid term memang masa yang menggugat iman. Sebab buku depan mata beb. Boleh capai, boleh selak, boleh salin word by word. Kalau takde iman, memang laju lah weh capai buku selak. Nak-nak pulak kene lecturer yang percaya kat student dy takkan meniru. Tak baek tau korang tupu lecturer. Baik lelaki atau perempuan, same je dua-dua. Aku macam tak nampak beza.

Kali nie memang aku nak bising pasal meniru masa exam. Korang ingat, berkat sangat ke tiru masa exam? Even full mark pon korang boleh score, jangan lupa, markah tu lah yang membentuk GPA korang, then menghasilkan CGPA korang. Kalo korang meniru, nak pulak ada yang memang aku tengok sendiri, dean list kot meniru, bangga ke nak cakap dengan orang ko tu dean list? Malu lah weh. Shame of you!

Kalo ko pernah buat salah, taubat lah. As long masa masih ada. Pegilah mintak maaf pada guru-guru korang. Macam sengaja mencabut rahmat tau tak. And one more thing, peniru ialah pengecut. Sebab ape, korang tiru sebab korang tak habis study, korang nak markah hebat. Korang tiru sebab korang tak yakin boleh hafal, that's why korang jumpa the best way untuk tinggika markah, korang tiru kawan korang. Ingat, orang yang ko tiru tu kompem hebat ke? Paling terkilan bila saya tengok yang dean list sendiri tiru. Yang tak dean list pun meniru gak, macam saya nak cakap gini je kat korang,

"Korang dah lah belajar men2, tu pun nak meniru lagi?!!"

Sorry to say that, tapi sejujurnya masa mid term aku ada jugak part-part yang aku tak leh jawab. Habis nak buat apa? Nak tiru, tuka jopan dengan kawan? Come on lah. Aku dah jumpa, orang nie beria-ia marah orang tiru mase exam, ko tiru OK pulak eh? Oh, mungkin hukum kalo ko tiru tak dosa kot? Hehe nak tau gak, ayat quran mane sebut gitu. Markah plastik. And yang meniru pulak muka suci muci kot... Muka plastik! Amek kau~!

Ape lagi nak tulis eh? Lame dah nak tulis, tapi macam malas and busy lah.. Erm...ha! Rindu kat kawan-kawan yang berhati bersih, yang sentiasa di sisi masa senang dan susah, yang sentiasa menguatkan semangat masa aku down, yang selalu suh aku istighfar bile aku macam tak betul. Seyes aku tak jumpa lagi kawan len yang boleh gantikan korang. Special dedicate to DSPI A, especially untuk geng2 aku: Fad, Dayah, Bie, Pah, Syue, Nyrah. Bile nak jumpa lagi, aku tak tau. And berkawan dengan dioranglah, kali pertama aku rasa betapa manisnya berukhwah kerana Allah. Friendship yang tak pernah terputus walaupun jauh terpisah. Kawan-kawan len ade je, tapi macam lepas habis program ke sekolah ke, semua macam senyap.

Mama said, memang susah nak car kawan yang ikhlas. Jadilah baik, insya Allah orang-orang sekeliling kita baik-baik juga. Yup, jadilah baik... Jadilah baik wahai diri. Takut sangat dengan dugaan bab-bab keimanan ni. Sangat berharap dapat meninggalkan dunia dengan menyebut nama Allah, dalam keadaan husnul khatimah, bukan dalam keadaan sibuk bergosip yang tak berfaeda, bukan jugak dalam keadaan sibuk bermaksiat. Nauzubillah, moga Allah pelihara diri.

Jalan menuju Allah bukan semudah balik Klang. Naik KTM dah sampai. *erk, asal tbe2 KTM pulak?* Ok, serius2! Jalan menuju Allah bukanlah mudah. Nak istiqamah melakukan ibadah tu sangat susah. Nak tinggalkan suatu ibadah, memang senang. Sebab tu orang kata, dalam jalan menuju Allah perlu mujahadah (bersungguh-sungguh). Perlu kawan yang solehah di sisi untuk menguatkan kita kala lemah, yang mengingatkan kita supaya jangan lalai. Allah kalau nak tarik nikmat iman, ke ape-ape nikmat, sekejap je tau. Tak yah tunggu seminit dua, tak yah tunggu setengah jam *macam tunggu KTM balik Klang* Allah boleh byar on the spot, cash lagi tau. Bersyukurlah, bila kita buat dosa, Allah tak aibkan kita on the spot, sebab Allah nak bagi kita ruang untuk bertaubat. Betapa Allah Maha Penyayang. Betapa Allah Maha Baik.

Jangan cari Allah masa susah je, kalo Allah tak kenal, tak ke malu? Susah senang, pastikan Allah nombor satu. Kalau berhibur, jangan berhibur yang menggila sampai tak sedar dunia. Sampai lupa, macam mana kalau aku mati dalam keadaan mengingati Allah. Macam mana kalo aku tengah bersuka ria nie, aku tiba-tiba stroke, ke sawan ke... Ade ke kawan-kawan yang tengah berhibur dengan aku nie sanggup berada sepanjang aku susah?

And yang paling penting, jangan abaikan pelajaran. Bak kata Usrazah Mariam, keimanan itu pertama, ilmu itu kedua. Kerana ilmu itu meningkatkan taraf hidup kita. Bukan kejar duit semata-mata tapi ilmu itulah yang kita akan gunakan untuk membangunkan umat Islam yang ramainya tengah leka sekarang. Contoh paling leka, klik sini.

Ok, sampai sini dulu.
Best nye dapat membebel kat blog, Lebiu blog!
Thanks readers for read this nothing article.
Semoga jadi saham akhirat yang membantu saya bersemayam di syurga, insya Allah.. ^__^
Wassalam.

No comments:

Post a Comment