Saturday, August 25, 2012

Kau Bukan Malaikat

Bismilahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt semua! :D

Hai2, kali ini saya memang happy walaupun baru habis buat open house. Jangankan house je open, tulang pun rase nak TERopen jugak. Hehe

Kali ni, saya terasa macam nak tulis tentang tajuk atas nie, berkaitan dengan hati.

Saya memang suka membaca. Novel is my priority when I'm teenage. Bila dah merangkak ke alam dewasa, dulukanlah apa yang wajib, kan? ^_^

Masa secondary school dulu, saya kira belum banyak stok-stok novel Islami yang tulen macam apa yang ada hari ini. Yang saya ingat, novel Islami 1st yang saya baca ialah Seindah Mawar Berduri, by fatimah Syarha. Tu pun bukannya buku yang bercetak kulit hitam hijau macam dalam pasaran sekarang. Masa tu, kertas fotostat lagi, sebab kakak kepada kakak dorm saya dulu kawan baik dengan Fatimah Syarha. Second yang saya baca, novel Tautan Hati. Tapi, nie lah novel first yang saya beli sendiri untuk simpanan saya sendiri. Seterusnya, saya terus mencari dan mencari novel yang saya rasa sesuai sebagai pengetahuan, improve diri dan tahap intelektual.

Sampai one day, saya baca novel yang saya tak pernah terfikir nak baca dan jadi suka gila nak buat koleksi, iaitu novel karya Hilal Asyraf. Ini bukan sebab tarikan nama yang sama tapi, tema yang dibawa dalam pena penulisan beliau, membuatkan saya rasa bersemangat untuk baca.

Saya cuba membandingkan intipati dan garis panduan tentang apa itu cinta yang dibawa dalam pandangan Fatimah Syarha dan Hilal Asyraf. Masing-masing punya hujah tersendiri tapi yang saya paling tertarik ialah hujah daripada Hilal Asyraf, yang saya rasa saya boleh simpulkan pendapat beliau tentang cinta ialah, KAU BUKAN MALAIKAT.

Manusia itu tercipta dengan seribu satu fitrah. Fitrah yang utama ialah fitrah bertuhan. Sebenarnya, manusia itu memang percaya Tuhan itu wujud, namun mereka kabur atau terhijab dengan logik akal, Tuhan itu sewajarnya menampakkan zatnya. Oleh kerana itu, jelas apa yang kita lihat hari ini, manusia selain agama Islam, mempunyai patung berhala masing-masing. Menzahirkan kehendak naluri untuk bertuhan dengan melihat kewujudan'nya'. Tapi penganut agama Islamlah yang paling unik dan cantik, kerana berjaya merasai kewujudan Tuhan Yang Maha Esa, iaitu Allah SWT tanpa perlu mewujudkan zatnya dihadapan mata, untuk beriman. Mengimani kewujudan Yang Maha Kuasa itu jugalah sumber kekuatan kita menjadikan hanya DIA sebagai satu-satunya tempat kita bergantung harap. Sweet kan? ^__^

Fitrah yang lain, iaitu fitrah berkasih sayang. Kita akan menyayangi orang yang sentiasa dekat dengan kita, ada menyokong kita saat tersungkur atau saat berdiri. Contohnya kedua ibu bapa kita, ahli keluarga kita, kawan baik kita dan juga mungkin seseorang yang kita 'pandang' dalam diam.

Slogan hari ini menguar-uarkan, NO LOVE BEFORE AKAD. Membuatkan ramai yang terganggu, berdosakah aku mencintai dia? Dosakah rasa sayang itu? Rasa cinta yang ada? Lalu kalau dikatakan perasaan ini berdosa, mengapa Yang Maha Penyayang menumbuhkan rasa ini? Bukan hanya kamu yang tertanya-tanya, malah aku juga begitu.

Cinta itu fitrah. Maka sesuatu yang fitrah itu bersifat suci. Maka, sesuatu yang suci itu harus dijaga dengan sebaiknya, bukan dicemari. Manusia masa kini dah tersalah anggap. Cinta mesti dibutikan, bukan sekadar ungkapan. Cinta mesti dating, makan suap-suap, jalan pegang tangan. Buatlah begitu, tak salah. Tapi dengan syarat, anda adalah suami isteri. Muda mudi era globalisasi makin hanyut ditelan kemajuan. Cintanya terpapar di facebook, di blog atau mana-mana saja laman sosial yang ada. Cuba menzahirkan betapa bahagianya punya pasangan seperti bf/gf yang ada. Nanti bergaduh, naik status dengan bahasa-bahasa yang tak sepatutnya. Inikah hakikat cinta?


Ada pula segolongan yang menafikan hak untuk berhubung dengan tunangannya atau orang yang memikat hatinya. Berhubunglah dengan cara yang betul. Direct dengan tuan empunya badan, bagi saya tiada masalah, yang penting, bercakap perkara-perkara yang penting sahaja. Contohnya dalam alam pertunangan, masa ini yang perlu digunakan sebagai masa taa'ruf. Mengenalinya seadanya, jangan berlebih-lebihan. Sama ada bertanya secara langsung, atau melalui sms, email. Macam-macam teknologi yang ada boleh dimanfaatka ke arah membina baitul muslim. Ini juga termasuk dalam muamalat sesama manusia. Boleh menggunakan apa cara yang ada, yang penting tidak melanggar batas syari'at. Nak dating pun boleh, takde hal tapi ikut macam mana yang dipesan oleh baginda Rasulullah SAW:

Daripada Ibn Abbas r.a: "Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya." – Riwayat al-Bukhari."

Bawaklah peneman kalau keluar untuk beli barang perkahwinan misalnya. Kalau tak ada yang teman, yang ketiganya dah confirm syaitan! 

Ada juga mereka tidak mahu melihat langsung bakal suami atau isterinya, dengan alasan jika agamanya bagus, dia akan terima seadanya. Baguslah kalau BOLEH begitu. Persoalannya, berapa ramai yang BOLEH?

Hal ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi, iaitu al-Mughirah bin Syu'bah. Beliau memberitahu baginda bahawa beliau ingin mengahwini seorang wanita. Lalu baginda menyarankan agar beliau melihat dahulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kepada pasangan yang ingin dikahwini. (Rujuk al-Tirmizi: 1087. Diklasifikasikan sebagai hasan oleh al-Nasai). 

Betul, dinikahi wanita itu atas empat dasar, hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Dan pilihan paling ampuh ialah memilih wanita yang beragama. Teringat satu kuliah yang pernah diberi oleh Ust Don Danial, kecantikan tu Allah tak pernah gariskan, bagaimana spesifikasi yang diertikan sebagai cantik. Kerana cantik itu bersifat abstrak. Asal sedap mata memandang, sudah cukup. Kita masih tetap punyai pilihan untuk memilih mengikut cita rasa kita kerana kita akan hidup dengan dia hingga ke akhir hayat, insya Allah sebumbung di syurga. Soal memilih ini bukan terhad kepada lelaki, tetapi terbuka juga kepada wanita. ^__^


Ada juga timbulkan konsep perigi mencari timba. Tiada istilah mencari telaga atau mencari timba, kerana Saidatina Khadijah ialah wanita teragung yang telah menunjukkan contoh proaktif. Beliau telah bertindak terlebih dahulu, meminang nabi MENGGUNAKAN ORANG TENGAH, selepas memerhati peribadi baginda Rasulullah SAW. Jangan direct cakap pulak, nanti menjatuhkan maruah anda sebagai wanita Islam. Gunakan orang tengah misalnya ahli keluarga, sahabat terdekat, guru-guru, ejen-ejen Baitul Muslim untuk membantu, mungkin meminta nasihat daripada mereka, atau memnita mereka yang jadi wasilah untuk cari jodoh untuk kita.

Orang kata, nak jodoh baik ada dua jalan:
1- minta orang yang baik-baik carikan, insya Allah dia akan carikan yang baik untuk kita
2- jadilah yang terbaik, insya Allah, DIA akan beri yang setanding dengan kita.

The most important is, jangan lupa pada janji Allah dalam surah an-Nur, ayat 26 yang bermaksud:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


Ok, gud morning dunia. I wanna sleep now.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada yang sudi membaca dan mampu menjadi saham tambahan untuk saya di akhirat kelak, insya Allah.
Thanks for reading.
Salam syawal from:

2 comments:

  1. lama x singgah,
    singgah-singgah je,
    entry cinta,
    haha~
    -thumbs up-
    =)

    ReplyDelete
  2. hahaha jgn la ckp gtu ketua.
    apa khabar?
    makin sibuk ye kat mesir~ ^_^

    ReplyDelete