Thursday, September 27, 2012

6 Jam Free Talk

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt semua!

Semenjak dua menjak nie, da bape lame puasa fb~ Sebab library kan xleh bukak fb. Nak panjat ke CC alahaiiii MALAS~ Tapi da lame xbukak fb pulak rindu nak baca status-status Hilal Asyraf. Status yang da bomb2! Berharap agar ape yang ditulis oleh Hilal Asyraf tak setakat baca, tapi saya dapat amalkan.

Semalam hari yang sweet, when my roomate gatal2 nak introduce cite Korea kat saya, so saya pun layan je lah. Ape rtah tajuknya dah lupe. Yang penting ada Go Jon Pio. Hah ntah betul ke tak ke ejaan namanya saya hentam je~ Baru nak tengok episod satu, then my friend call. Happy lah jugak kawan lama tak dengar cerita then call. Dia tanya khabar. Everything macam ok je untuk muqaddimah...

Then dia kata, "aku dah putus~" Erk... Terus saya terdiam. Keluar dari bilik untuk dapat feel ketenanganlah malam lah konon-kononnya~ Saya diam, bagi laluan pada kawan untuk bercerita. Saya dengar dari belah kawan tu pun diam, saya ingat line dah terputus or bateri saya or kawan saya kong. Saya check handphone balik~ Eh, IN CALL. Maksudnya ada orang dekat sana. Then saya dengar kawan itu mennagis... Sedih bila dengar kawan kita sedih... Saya try slow talk cakap, "Nangislah sepuas-puasnya kalau ko rasa tu yang buat ko tenang... Tapi kalo ko nangis je ko tak dengar lah suara aku yang merdu nie~" Terus dia gelak dalam tangis dia. Haha Saya bukan nak suruh dia stop nangis tapi saya nak dengfar cerita dari dia sendiri A to Z.

Si kawan cakap, kalo ko nak tulis kat blog ko pasal conversation nie, u may... That's why saya tulis. Then, al-wajiiz dari cerita beliau, beliau telah berkenalan dengan seorang lelaki, and lelaki tu pulak tahap sosialitinya sangat tinggi. Tah mana-mana perempuan dia kata semuanya kawan. Yang kawan saya pulak, dia lembut orangnya, senang cite dia macam sentiasa husnuz zhan lah dengan si ex-bf nya. Sampai one day diorang ada conflict, that boy senyap gitu je. Sampailah ada sorang perempuan lain add si kawan nie, then dia kata, u ex Mr.L ke? Perghhh Memanglah berderau darah kawan saya dia kata masa dengar perempuan tu bagi statement gitu.

Memang ada conflict tapi tak declare lagi putus ke ape~ Tibe-tibe datang pulak tah mana-mana perempuan g confess pulak makwe terbaru Mr. L~ Kawan saya ape lagi, dia siasat ke akar umbi. Sampailah perempuan yang add dia tu bagi statement, "I dengan L dah 5 months in relationship~" Tak ke gila, walhal gap dorang confolict tu dalam seminggu gitu je.

So saya cakap pada si kawan, better ko lupekan aje lelaki macam tu. Takde sebarang pekdahnye ko nak pegi dekat dia bgalik, and lebih memalukan kalo kita datang kat dia merayu-rayu jangan tingalkan kita. Ish, itu dah menjatuhkan maruah diri sendiri. Saya cakap, janganlah buat benda yang ko nie macam pijak maruah ko sendiri. Dia kata, dia cari lelaki tu untuk dapat penjelasan. Malangnya lelaki tu cakap, dah dengar kan confess dari girl yang add dia tu, dia kata betullah semua tu.

Saya pulak yang terbakar dengar lelaki tu confess gitu. Ko asal nak buat main-main perasaan perempuan? Adoiiii Tolonglah matang~! Ko ingat suka ke sayang ke nie macam baju eh? Ko tak nak ko buang. Eh baju pun kalo orang tak nak orang tak buang tau. Ni pulak hati manusia.

Then pasal lelaki tu malas naik komen bebanyak dah. Biokan je. Yang saya perlu, bangunkan kawan saya. Saya cakap kat dia, kena belajar lupakan dia. Memang takleh lupa dalam masa yang singkat. It's take time. Tapi dalam masa yang ada, saya cakap busy kan diri, banyakkan baca quran. Jadi kalau sibuk, tak de mase nak ingat lelaki yang macam tu. Dia terus tersedu. Sayu saya dengar. Dan at last, saya menangis sekali untuk dia kerana saya pun rasa sakit bila dia disakiti.

Sebagai seorang kawan, kita tak mampu buat apa melainkan kita nasihatkan dia dan doakan dia. Seribu nasihat kalo kita bagi tapi kalo dia tak amalkan pun susah. Setiap yang berlaku mesti ada hikmah. Cakap memang senang, tapi nak buat itu yang payah~ Kena kuat semangat. Kita sebagai kawan boleh membantu menguatkan semangat dia, dengar masalah dan cakap apa yang patut, tak lebih dari kuasa diri sendiri untuk move on.

Kuat, kawan. Aku tau kau kuat. Teringat Dayah selalu pesan, "Allah takkan uji kita kalau tak mampu." Kadang-kadang kita fikir masalah kita besar tapi kita tak sedar masalah yang orang lain ada lebih besar, kan? Maka bersyukurlah bila Allah bagi banyak kurnia sepanjang kita senang atau susah. Kawan, mesti ko rasa aku cakap macam senang tapi ko yang hadapi, ko yang macam terkontang-kanting nak move on. Jangan fikir macam tu kawan. Kau ada Allah SWT yang tak pernah tinggalkan ko even single second, family ko yang tak pernah buang ko event seminit, ko ada kawan-kawan lain sekitar ko, ko ada aku. ^__^

Hurm, memang susah kalo perempuan start frust mem'frust' nie. Tak de komen lain melainkan TERUS KUAT KAWAN. Doa aku tak pernah berhenti untuk ko. Move on. Jangan biar dia nampak ko sakit, ko sedih. Dia lagi happy bila tau ko sakit ko sedih, tapi insya Allah dia menggelabah bila nampak ko move on, kawan. Believe me~

Paling penting ingat, you will get back what u give. Bia lah kalo dia rasa dia betul, ko yakin dengan Allah SWT kawan! ^__^

Tanx sebab sudi cite kat aku~ Soe sangat aku tak mampu tolong banyak. Harap aku dapat kurangkan beban yang ko tanggung.
Tak sanggup dengar ko nangis, ko sedih. Hilang seri muka~ Hihi

Last but not least, love u kawan! ^__^
Wassalam~

No comments:

Post a Comment