Wednesday, September 26, 2012

Minggu Exam Semakin Dekat

BIsmillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt~

Hai readers! Terima kasih pada yang jadi pembaca tetap blog ni~ May Allah bless u! ^__^

A few days more to go~! Seriously final exam buat aku rasa macam..hai~ Ape mendelah yang aku dah belajar selama nie~ Tapi, ingat satu benda. Banyak usaha, banyak ibadah Allah bantu. And secara jujurnya, aku bukanlah stok2 pelajar hebat2 macam Ecah ke As ke Ain ke Atul ke. Dorang memang bombastik mr loba-loba bak kata Ustaz Isa, lecturer Admin. Aku rasa usaha aku sangat sikit, memang sikitlah kalo compare dengan kawan-kawan yang lain. Segala apa yang ada selama ni, memang atas bantuan Allah 100%, doa dari mama dan ayah yang insya Allah tak pernah dihijab Allah SWT. Bersyukur sebab ada mama dan ayah, sumber doa yang cepat diterima Allah.. Thank you Allah~!

Persaingan makin sengit. Usaha yang sedikit takkan membuahkan apa-apa. Aku memang cuak bebeh start masuk degree sebab dak2 kelas yang hebat2. Seyes tak tipu. Persaingan sengit kot.

Exam akan start tak lama lagi. Dimulakan dengan subjek Family Law, pastu Muamalat, pastu Arab, pastu Kontrak, pastu Admin pastu last sekali Madkhal~ Kalo dibilang nombor subjek memang sikit tapi kalo ditengok total muka surat, memanglah berpeluh~! Nak pulak manusia pemalas macam aku nie. Ya Allah... Tolonglah RAJIN~!!!

Best sebabnya exam KUIS selari dengan exam diploma dak2 IPTA. So lepas nie boleh jadikan abang sebagai mangsa untuk drive ke mana-mana je! Yeay~! Boleh lah jalan-jalan nak happy2. Sabar2.. First paper pon tak start lagi, kan~ Berjalan je pikir nye~ Sorry mama, ayah~ Hehe

Ape lagi eh~ Erm...haaa!! Happy birthday Zunairah limmie~ May Allah bless u till hereafter and may you become limmie as u wish~ Hihi Sorang2 kat UIA takpe Nyrah~ Belajar kan~ Kene belajar lebih berdikari ok little girl~ But actually, u'd come a big girl now. Tak caye~ G tengok kat cermin~ Haha :p

Erm da tak tau nak berceloteh pasal apa~ Sepatutnya hari nie kena pergi hantar Aki Chu ke KLIA, nak ke Mekah untuk melakukan ibadah rukun Islam yang kelima. Bestnye~!!! Malangnya tak jadi sebab biaselah bos ayah, kan KOREA. Adeeee je yang tak betul~ Dah paham dah perangai Korea nie semenjak kerja part time dengan ayah dulu. Aku yang keje part time pun tak moh dah keje dengan dia lagi. Tabah betul ayah.

Cakap pasal ayah, hari Isnin hari tu saya rindu sangat dekat ayah, mesti ayah pun rindu sangat dekat saya, kan? Hehe Then I call ayah~ Saya cakap kat ayah gini, "Ayah, jomlah kita pergi umrah..." Saje je cakap gitu, kot2 lah ayah nak bawak tapi seprais2 kan~ Manelah tau rezeki tu nak datang bila-bila je kan.. Then ayah cakap, "Insya Allah panjang umur kita sampai ke sana." Terus mati ayat saya. Sebak sebenarnya... Nak sangat saya bawak mama ngan ayah g sane. Kalau saya dalam golongan orang berduit sekarang, memang saya dah bawak. Saya masih belum mampu lagi. Doakan one day insya Allah.. Oh, Ka'bah~

Adik-adik bilik saya cerita tentang masalah masing-masing. Kitorang pun dok lah atas katil masing-masing cuba cari jalan penyelesaian. Ada yang jumpa, ada yang tak. Semua pasal kawan. Saya gelak je dengar cerita diorang. Hidup nie memang macam-macam orang yang kita jumpa. Kita cubalah availablekan diri dengan keadaan. Jangan available dengan keadaan je, Allah kite belakangkan, ni saya cakap.

Daina pulak cakap, kalo berkawan asyik nak masam muka, nak moody macam budak-budak, bek tak yah pk sal kawen. Part nie saya gelak gile-gile. Saya tanya, ape kaitan kawan dengan kawen? Dia kata, yelah kalau diri sendiri tak boleh urus, tak payah berangan-angan nak ada anak. Kang nanti anak-anak dididik supaya bermusuh-musuhan dengan orang lain, kan tak mencapai matlamat perkahwinan, iaitu nak lahirkan dan kembangkan generasi muslim yang hebat. Terus saya diam. Dia muda dari saya tapi apa yang dia cakap, betul. Betul, uruskan diri sendiri. Saya tak kisah pun sapa yang bercakap, bagi saya umur bukan tiket menentukan sama ada suatu nasihat tu boleh nak diterima atau pun tak. As long inti yang dia cakap tu betul, takde masalah untuk kita ditegur dan menegur, kan? ^__^

Mimi pulak cakap, kawan ada macam-macam jenis. Terpulang pada diri sendiri nak pilih kawan yang macam mana. Ain pulak tiba-tiba gelak. Kitorang pandang dia, nape gelak. Dia cakap, "Sorry, cerita nie lawak gile." Masa nie macam nak lempang Ain laju-laju!!! Orang dok buat conclusion, ko tengok cerita. Hai lah Nasib badan.

Erm...ape lagi eh? Fokus bebeno lah aku kalo nak bercerita kat blog nie. Habis hilang aim asal nak ber'internet'. Cakap pasal kawan, teringat quote dari Hilal Asyraf, "Aku nak berjalan sama-sama dengan kawan aku sampai ke syurga. Dan kalau kawan aku nak jatuh ke neraka, aku nak tarik dia supaya sama-sama dapat masuk syurga." Bestnya ukhwah macam nie. Aimnya satu, kerana Allah. Buku-buku dia memang terbaik and seimbanglah. Tak cakap pasal kepetingan berdakwah semata-mata dan tak sempitkan skop dakwah dalam satu hal je. Dia kata, semua benda yang kita buat nie adalah dakwah. Penampilan kita, personaliti kita. Yang penting, kuatkan ikatan kita dengan Allah SWT dan mulakan suatu kebaikan tu dari diri kita.

Yup, memang susah tapi tak salah untuk berubah, kan? Kita memang takkan dijamin baik selamanya, tapi sekali kita dapat kesedaran, jom kita cuba ubah diri kita perlahan-perlahan. Takde perubahan drastik yang kekal. First, niat kerana Allah, insya Allah diperteguhkan pendirian.

Ape lagi, eh?

Allah akan bagi kita setakat yang kita usaha dan Allah tak pernah zalim dengan kita. Banyak usaha, insya Allah banyak DIA kasi kerana Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan dia berusaha untuk berubah. *sila lah insaf wahai diri~!!!* 

Tanx for reading!
Wassalam~

2 comments:

  1. sume org dilahirkan di dunia ini hebat..kita yg menentukan bagaimana kehebatan itu tercapai..hebat bukan semata-mata dalam pelajaran..tapi dari segala segi..btw..semoga dapat sama2 muhasabah diri..teruskan usaha dan doa..pasti kejayaan datang..paling penting kemaafan org lain & memaafkan org lain perlu dilakukan agar segalanya dipermudahkan..gud luck~ikhlas:atul

    ReplyDelete
  2. yup~ btul3~
    gud luck jugak mat0n~ ^_^

    ReplyDelete